بسم الله الرحمن الرحيم
Wahhh Alhamdulillah my Hedgehogs telah pun bersama aku selama 2 tahun!!! Dah dua tahun dah umur kau, ada lagi 3-5 tahun jangka hayat kau L♀la & Lal♂... harap lama lah sampai aku graduate,,,hehehe nak bagi hadiah apa erk...? OK lah,,, aku bagi mealworm je ea? Nak??? hehe mesti la nak kan.... Dah jadi atuk nenek dah korang ney,,,, aku sangat sayang mereka sebab dia lah hedgehog yang pertama aku,,, ada nilai, so aku takkan jual atau bagi kat sesape!!!
Lal♂ |
Lal♂ dah sakit, kaki dah kudung sebelah kiri belakang gara gara anak yang tak mengenang budi -.-' nak tahu lebih lanjut bagaimana klik sini... dan bestnya dia lah jantan spesis Albino yang sukar didapati,,, ciri² yang buat aku sayang kat dia adalah pembersih, nak buang najis just kat satu tempat iaitu atas jaring, then takde pun nak pijak najis dia even jalan tak betul sebab kaki dah takde... senang nak cuci
L♀la |
L♀la takyah cakap la,,, pengotor habis habisan, tensyen gak ngan nenek sorang ney! Nama je betina,,,tapi perangai tak sopan,,,hahaha even pengotor, dia lah yang paling jinak, dah tak reti nak bola kan badan sebab dia dah tak takut dengan orang ^^ senang dipegang...
OK la dia sopan bahagian makan,,, kalau makan sangat slow~ sambil duduk,,, lepas tu meniarap,,,,hahaha kalau berlumba makan dengan Lal♂, dah 3 ekor ulat, L♀la baru sekor ulat... tapi rasanya dia memang dah lemah sebab dah beranak 5 kali,,, kali yang kelima tak jadi mungkin antibodi lemah,,, sebab apabila umur dah menjangkau setahun, kadar bunting hedgehog turun secara mendadak!
Disebabkan dia ni pelahap dan gelojoh masa makan,,, selalu tercekik,,,hehehe bukan salah aku,,,huhu rutin harian dia biasa lar, makan tido makan tido... tak timbang plak berat dia... nak pegang dia agak susah sebab duri dia lebih tajam berbanding L♀la ,,, nanti tangan macam kena gigit nyamuk, lebam sana sini,,, bayangkan dia bergenetik albino tetapi selama ni,, hanya sekor je dapat anak albino,,, tu pun bukan hasil sperma Lal♂ , tapi hasil dari anak dia sendiri Lala si jantan mengawan dengan Lili si betina,,, nak tahu betapa besarnya susur galur dan sejarah LaloLa sehingga berjaya membentuk keluarga bahagia yang besar... klik sini kerana aku pasti anda seronok membacanya,,,hahaha harap harap lar... ^^
Selalu orang tertanya tanya kenapa hedgehog buat camtu? Teknik 'Pengurapan Sendiri' atau 'self annointing' adalah tingkah laku apabila dia berhadapan dengan bau yang baru, seperti benda yang wangi lar,,, lau aku pakai minyak wangi, dia akan bau then jilat tangan tu, then dia akan berkumur, kumpul buih putih dalam mulut,,, dan akan memusingkan badannya,,, agak sukar lau tengok dia nak buat camtu tapi dia tetap nak buat,,,hehehe akhir sekali dia akan keluarkan buih putih tu dan jilat kat duri dia... sampai sekarang pengkaji hedgehog tak pasti apa sebab dia buat camtu,,, tetapi ada yang mengatakan dia jadikan itu sebagai racun dan penguat untuk durinya untuk melindungi dari pemangsa! Tapi masih dalam kajian lagi.... misteri sangat lah hedgehog ni,,,hehehe
1st time dapat anak |
Hidup 2 ekor dari 4 ekor |
Dah meniarap kepenatan selepas menyusu kan anak |
Nak mandi
Berebutkan susu,,,huhuhu
Hadiah hari jadi ^^ |
Nak baca pengalaman aku masa 1st dapat anak? ehehe kat sini
7 comments:
Cakap dengan Lalola.....Happy Birthday!!!! Kekekekekeke~~~~ =D
hehe nak ke? insyaAllah,,, ^^
Comel gila anak2 tu mcm kueh da..
Bglah tips mcm mana nak jinakkn haiwan nii
common tips :
selalu pegang dia, letakkan baju kita kat sangkar dia supaya dia biasa dengan bau kita
Saya punya hedegehog pernah kencing berdarah,saya ingatkan dia dtg bulan rupanya dia ada penyakit nasib baik sempat selamatkan pergi jumpa dotor haiwan. Masa sakot tu dia kurus sakit x nk makan sekarang dh gemuk gila😂😂
Saya ada hedgehhog penah satu hari dia kencing berdarah.Cepat cepat saya pergi jumpa doktor haiwan alhamdullilah selamat dan gemok sebab bgi ubat selera makan kt dia 😂
Hazirah, dia sakit apa? Terlebih protein ke camne?
Post a Comment