Friday, November 18, 2011

Ermmm Ferret?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum tu, maafkan aku sebab cakap itu ini, cakap punya la gebang, hahaha last² tak jadi,,,,huhu mengenai post sebelum ni, aku dah confirm kan nak adopt sepasang Bearded Dragon,,,hehe tapi kan................... haha okeyh disebabkan melihat terlalu banyak barang yang perlu diambil kira, aku terpaksa membatalkan gara² ikut akal fikiran, jangan nafsu,,,,hehe sebab :
  1. Banyak barang perlu dibeli
  2. Nampak serabut
  3. Bila nak balik rumah, angkut semua barang. Apa kes?

Haaa itu sangat merumitkan bagi pelajar seperti aku ni lah... Ermmm sekarang try tengok yang ni plak...


Amacam? Comel tak? hehehe apa ciri² yang ada pada dia? Sebenarnya dia ni pun dalam wishlist aku... Dah lama pendam, tapi disebabkan kekangan keluarga... huhu Nama binatang ni ialah Ferret, berasal dari keluarga musang atau cerpelai dan Weasel. Tapi rupa dia ada sikit macam memerang. Cara bela dia lebih kurang macam kucing atau anjing. Tapi mestilah banyak kelainan serta unik! ^^

Ferret ni tak boleh biar dia main dengan budak kecik, kalau tak,,,,
cedera la budak tu sebab dia ni jenis main kasar! Cara dia nak main, suka gigit, pastu lari,,,,haha nampak cute kan,,,haha tapi tak sesuai dengan budak sebab dia juga mampu tolak sampai jatuh? Ferret juga boleh bawak pergi jalan² macam kucing dan anjing dan perlu pakai 'harness'...


Pasal makanan? Haaa ni agak rumit sebenarnya, sampai sekarang aku buat research kat internet, ada yang kata MESTI bagi makan daging mentah, dan ada yang mengatakan makanan kering(kibble) macam makanan kucing tu... Dan sebelum ni pernah keluar kat tv, memang kena bagi makan daging mentah sebab itulah makanan semulajadi dia! Pastu taik dia pun nanti tak banyak dan tak busuk, tapi kalau bagi makanan kucing, taik dia busuk. Sebab apa? Sebab makanan mentah, sistem badan dia boleh serap nutrient dan vitamin yang banyak berbanding makanan kucing, sebab tu taik dia banyak, sebab badan dia tak dapat serap banyak nutrient dan vitamin dalam makanan tu.


Ferret ni secara semula jadi memang memburu arnab, burung, ayam, makan telur. Kegunaan orang zaman dulu memang dijadikan sebagai pets lepastu boleh memburu. Fungsi dia sama macam anjing la gak. So, hati² lah kalau nak bela dia jangan sampai jumpa arnab orang lain, habes mati kena serang. Menangis tak sudah,,,errr huhu tapi kalau nak bagi makanan kering(Kibble), boleh je tapi mesti tengok kandungan dia dulu! Mesti takde bahan sayuran dan sekutunya, sebab badan dia memang tak boleh cerna selain daging. Macam ni laaa


Ok, pasal bab bermain plak, kita mesti bersosial atau bermain dengan dia 2 jam sehari! Tapi serius la nak main dengan dia macam korang bersukan gak, ahahaha sebab dia ni sangat aktif! Ya Allah penat weiii... Cara dia ajak main, dengan suka gigit orang, tu maknanya ajak main lah,,,,hehehe takde cara lain ke nak ajak main? huhu pastu main la kejar dengan dia,,,hehe kalau dia tak cukup main, dia akan stress dan akan menyebabkan dia sakit dan mungkin akan agresif dengan kita. Tapi boleh nak ajar dia jangan gigit orang. Ada cara dia kat blog aku Tips Penjagaan Haiwan.


Tengok gigi sangat lah tajam! hahaha orang yang bela Ferret ni mestilah hardcore dan berpengalaman bela haiwan eksoktik,,, kalau tak nanti korang tak terjaga! Dia ada tiga cara gigit. Pertama gigit sebab rasa takut atau terancam, kedua sebab stress atau tensyen dan yang ketiga sebab nak ajak bermain. Hmmm mesti la sangat berbeza gigitan tu, yang paling kuat dan sakit gigitan pertama tu! Tengok video salah satu cara nak ajar dia jangan menggigit tuannya!


Berkenaan bau, yep Ferret ni sangat la berbau! Semulajadi! Badan dia juga menghasilkan minyak, kalau pegang dia, nanti kat tangan macam berminyak, macam pegang muka kita yang berminyak. Tapi tak buruk yang anda sangkakan,,,hehe cara nak kurangkan bau tu, kena mandulkan dia, tapi cuma KURANG berbau je lah. Jantan lah paling kuat bau dia,,,erkkk Cara lain untuk kurangkan bau, selalu bersihkan atau basuh tempat dia... bab mandi ni pun tak boleh selalu, sebab bila mandi, minyak akan kurang kan bulu dia, selalu kita mandikan dia, semakin banyak lah badan dia bertindak balas mengeluarkan minyak kat badan dia, pastu jadi overdose plak minyak kat badan dia! So agak² la... mandikan dia setahun sekali je... dan jalan lain dengan menggunakan produk spray bawah ni tapi kat Malaysia sangat susah nak jumpa, tanya kat kedai selalu habis atau takde? Kat Chubby Pet Garden selalu kehabisan stok! >.<


Hmmm macam mana berkenaan status mandul mereka tu? hahaha Ok ni jangan nak sensitif sangat eh?! Pertama sekali, korang fikir lah sebelum mengawan kan diaorang, boleh dan sanggup ke jaga? Sebab Ferret adalah binatang yang sosial dan aktif! Pastu bau tak usah citer la,,,,errr plak tu kalau beranak, bukan sekor dua ekor tapi banyak, macam kucing la,,,huhu boleh bagi sampai 8 ekor! Ditambah lagi, nak jual bukan orang nak beli sebab mahal! huhuhu so fikir² la, kesian nanti. Jantan lebih besar daripada betina. Dan yang paling merisaukan, apabila si Jantan(Hob) tiba musim mengawan, bau sangat ekstrim berbau dan akan jadi agresif! Betina(Jill) plak akan memudaratkan kesihatan jika dalam tempoh mengawan, tak berlaku perhubungan seks! Maka, aku nanti bila dah adopt, aku terus mandulkan mereka. Jantan(Gib) lebih sopan dan kurang berbau manakala betina(Sprite) plak akan terselamat daripada konflik kesihatan,,,,hehehehe lagipun pakar-pakar haiwan mengesyorkan sesiapa yang amatur atau baru nak cuba bela,,, mandulkan dulu untuk cari pengalaman,,, ia tak semudah yang anda sangkakan....



Ferret ni plak badan dia panjang macam memerang. Tengok sangkar tu macam kecik je kan tapi besar sebenarnya,,,haha untuk dia main² dan lari. Pastu dia suka tidur tempat yang lembut, so kita letak lah kain ke tuala ke. Pastu dia pun pandai membuang kat tempat yang kita ajar, so senang sikit lah.

So, apa pandangan anda? Dan aku rasa nak bela Ferret lah memandangkan Bearded Dragon lagi rumit daripada Ferret! hehehe sori kawan² sebab tukar plan plak,,,,hehehe dan minta maaf jugak kalau tak dapat luangkan masa dengan korang lama²...hahaha ececeh.... ;p nanti petang² kita main lah dengan Ferret ni eh,,,hahaha

Terms untuk Ferret :

  • Kibble(makanan kering, cth Whiskers) tapi orang Malaysia dah biasa panggil whiskers atau makanan kucing, tapi nama makanan tu Kibble dan Whiskers tu adalah jenama,, tolong ubah menggunakan perkataan tu,,,huhu
  • Hob - Jantan Subur
  • Gib - Jantan Mandul
  • Jill - Betina Subur
  • Sprite - Betina Mandul
  • Business - Sekumpulan Ferret

Nak baca pasal Ferret, boleh lawat blog ini Diskusi Ferret.


Hahaha OK berkenaan dengan binatang dia atas ni, nama dia Thorny Devil, berduri duri... lain kali lah aku cerita pasal dia eh,,,,hehe yang penting sangat menambat hati aku,,,



5 comments:

Unknown said...

gambar ferret yg ko post ni tak de la besar mane, pub lagi kot.. but aku tgk kat pet store ferret ni besar gedabak lagi besar dari kucing biase.. err
tapi aku minat gak ngan menatang ni, cume kene consider part berbau tu..

Noor Amirah Mohd Nor said...

aku rasa okay je..
tapi make sure ko da jd penghuni L7 la mse tu..
cuma mcm mne ko nk ajak dia main?
ko nk bwk dia lari2 kat bukit expo ke apa?
aku nak ikut.. hehe
lg satu,
mne ko nk cri daging mentah??
aku tak pernah nmpk lak kat flat ikan ada jual

muezz@blaz said...

owh ade lg besar eh... sbb slalu tgok utube xbesar mne pun...tp mmg nak beli yg kecik dlu, nak ajr beradab sng,,,hehe pasal bau tu boleh je dikurangkan, tp pada aku, lau ak da minat mgkin kite boleh je kot,,,huhu
xpe la tggu nnt aku da ade, aku citer pengalamn aku plak

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

ko saje je kan muez ingat kan aku ngan ferry...
sedihnyerrr....
xpela......maybe ada hikmah kowt...huhuhu~~~

kibble???ok2...mulai skng i try guna....wat malu jerk....

btw..info sgt berguna....cuma ferry je dah xde...klw x memg aku slalu lah bukak entry ni...
hehehhee~~~~
nice2!!!~~
:'D

muezz@blaz said...

huhu tp kt uma yg mkn kibble tu kan kucing, so boleh je ckap 'makanan kucing' hehehe

insyaAllah ade hikmahnye... ;)