Tuesday, May 4, 2010

Pengalaman PLKN

بسم الله الرحمن الرحيم

Ni la kawan yang paling rapat kat sane,,,Sabri Best Friend PLKN De Bana

Sebenarnya banyak sangat aku nak citer pengalaman aku kat PLKN . Sungguh best & enjoy! Apa-apa pun Kem De Bana tetap hebat!
Hari pertama kat sana sangatlah bosan sebab takde kawan lagi, aktiviti pun belum mula lagi. Just duduk dan terperap dalam dom, keluar time makan ngan pergi sembahyang je... Memang rase macam nak balik je! Dah la 3 hari macam tu boleh kena sakit mental!

 1st time masa bosan,muka aku debab sikit...sekarang da semakin susut,,,

Bila da mula je aktiviti memang rasa syok jugak sebab mula nak kenal-kenal orang lain. Kat PLKN ni ada Kelas (kemahiran Insaniah) jugak,,kita belajar tentang diri kita sendiri,bukan belajar cam kat sekolah. Yang bestnya 10minit sebelum masuk kelas akan diiringi muzik,sebelum muzik berhenti kita mesti duduk! Aktiviti pertama kat kelas adalah Bongo-Bongo,,,hahaha aktiviti ni la yang memudahkan mengenali orang lain... Modul pertama untuk kelas ni adalah Menampilkan Yang Terbaik dalam Diri Sendiri (9 hari). So kita kena belajar la camne nak menonjolkan diri dan buang sifat malu yang tak bertempat tuh... Sebelum kelas habis mesti ada satu sesi Perkongsian Terbuka, untuk sesiapa yang berani pergi ke depan dan cerita apa saja. Aku pernah, yeay!!! huhuhu. Modul 2 plak Menampilkan Yang Terbaik Dalam Diri Orang Lain (7 hari). Kelas kedua ni agak bosan sebab kena belajar menampilkan orang lain,bukan diri kita,camne tuh? OK time ni kita mesti ada BUDDY, Fadh dia la yang bantu aku dalam segala hal,,,apa-apa pun BUDDY aku memang hebat! 
Ok Kelas ni banyak aktiviti yang kena guna kekereatifan otak,,,so selalu kitaorang diperbodohkan dengan permainan dan aktiviti-aktiviti yang senang-senang belaka rupanya!

Satu Malaysia! Masa ni tengah duty untuk hari lawatan keluarga,,,penat tapi best!

Mesti korang fikir pasal kawad kan...? hehe kawad kat sane ada hari-hari tertentu je,,tak setiap hari belajar kawad...so dont worry...Ada senam aerobik,,,aku paling suka sambil senam kita menari,,,hehehe then masuk hutan navigasi pun best,,, Kompeni aku sampai tersesat dua kali,hu~  lenguh kaki ni nak patah,,, macam-macam boleh jumpa dalam hutan! Berkayak ngan rakit sangat best even aku tak dapat cuba pun,,huhu sebab air dia aku alah,,, aku sorang je plak tu padahal sebelum ni air kotor mana pun aku boleh redah je,,, habes satu badan bengkak gatal,,,hu~ Kat sane belajar makan pokok-pokok hutan yang boleh makan juga makan cacing pun ada,,,hehehe tapi rase dia tak boleh nak ungkapkan,,, hanya jurulatih dan orang yang makan je tau.

Padang kawad time pagi-pagi,,,bila dapt HP semua bz berposing,,,,

Bab-bab sembahyang pun dititikberatkan gak,,,kalau lepas Maghrib selalu ada zikir munajat, baca al-Quran, yasin, dan kelas fardhu ain berlanjutan sehingga masuk waktu Isyak. Kuliah Suboh pun ada tapi cuma hari Jumaat,,,jujur aku kate kan memang ngantok time Suboh ney,,,huhu sape yang tido, sebagai denda kena pegang tongkat cam Khatib baca khutbah,,,hahaha kalakar!!!

Tak suka time ni kena pulang HP pun kena beratur,,, dah la ramai,,,
Tapi kalau nak ambik HP semua jadi suka,,,hahaha
Selalunya Cikgu akan buli kitaorang sebelum dapat HP,,,

Lepas Isyak, aktiviti santai la dikatakan selain tayangan untuk kelas Pembinaan Karakter. Selalu kitaorang menyanyi ramai-ramai lagu Ukays! Lagu tema De Bana! Takpun tengok tayangan movie yang best-best, yang selalu tak ngantok ialah aktiviti kena kan orang,,,senang citer permainan! Nanti mula lah cikgu nak kenakan budak-budak suruh buat aktiviti kat depan, kena sporting la,,,hahaha memang sporting semuanya! Kena berjoget pun ade,,,! ^^ Yang tak larat kalau ade budak-budak buat hal, so kena dengar bebelan Jurulatih,,, adeh~

 Dewan Makan : Duduk makan ikut kompeni warna kerusi 

See,,,PLKN tak seteruk mane pun,,,
Jurulatih kat sana cakap "saya nak awak semua enjoy je kat sini,tapi..." ade tapi nye hehehe jangan buat perangai,onar & langgar peraturan! Konsep PLKN adalah sorang buat salah, semua( satu kompeni) kena! Best tak? hehehe
Kompeni aku pernah kena,ada satu hari kitaorang tak bawak bendera(bendera adalah maruah, kena bawak kemana-mana) so kitaorang dituduh memang takde kerjasama,,,So kene denda depan kompeni laen,,, waktu tu pukul 6.30 pagi, dah tu kena lari 5-6 pusingan,,,hu~ pastu kena jalan itik,,,adeh tak larat~


Kenangan sebelum balik,,,bergambar depan Dom aku...

Aktiviti riadah dia pun best,,,kat kem aku ade Futsal, Bola Tampar, Takraw, PingPong, Bola Keranjang,,, Ok la,, not bad,,, kalau tak dapat join, just jogging je kuatkan stamina... Dan ada jugak program Bumi Hijau kena gembur kan tanah, siram pokok dan tanam pokok,,,huhuu

Peristiwa yang sungguh mengujakan aku dapat tengok Aurora kat sane,,cantik ciptaan Allah ini!
Pelik

Peristiwa yang menarik yang tak dapat aku lupakan adalah besday aku. Hari tu pada 14 April dan aku tahu esok memang birthday aku, masa kat kelas CB3, sedang aku melukis Peta Visual, cikgu Awie panggil aku,,,aku tak tahu pun sebab ape, bila aku datang, dia cakap :
"Cikgu tak panggil pun awak, just sebut je,,,"
hampeh~ hahaha
OK masa perkongsian terbuka tiba-tiba aku dipanggil untuk ke depan!!! adehhh nak cerita apa ni,,, cikgu ni dah kenapa panggil aku ,,,so aku hentam je la cakap pasal diri aku(tak segementar waktu dulu time CB2)banyak gak idea aku,,, bila habis je bercakap cikgu terus letak tangan kat bahu aku, seraya berkata :
"Kamu tahu dia ada buat salah apa sampai saya panggil dia ke depan" aku terfikir jap ade ke aku buat salah ney?! Then, cikgu terus cakap,,, hari jadi aku! Aku terus bisik kat cikgu,, bukan hariniii tapi esok la cikgu,,, ooo rupanya esok takde kelas tu yang buat harini.... Aku tak expect la sebelum tarikh birthday diaorang nak surprise... huhu Pastu semua nyanyikan lagu birthday,,, sungguh bengang tapi terharu gak r,,, then cikgu panggil BUDDY pergi ke depan untuk wish kat aku...Da wish, cikgu suruh salam semut(salam then peluk). Aku rasa hari tu sungguh best! Terima kasih kat cikgu dan kawan-kawan sebab meraikan sebegitu. Tapi sayang lar aku takde gambar dengan MY BUDDY,,,tak sempat nak ambik :-(

Bilik Rehat untuk wira, ada Astro,,, tu yang tengok bola sampai lewat malam pastu bising.
Penyudahnya tak bagon Suboh,,,,kena!

Ketika 15 April, birthday aku memang sangat indah sebab hari tu memang enjoy-santai-rilek giler! 1st dapat makan tak seperti menu yang selalu, dapat aiskrim dapat kuih waktu pagi-pagi tuh,,,hehehe then kitaorang diberitahu bahawa takde sebarang aktiviti,,, hehehe memang syok dan rehat giler time tuh,,, dan lagi satu handphone dapat esoknya ,,,selalu handphone dapat Sabtu, tapi kali ni hari Jumaat dah dapat,,, mana tak excited budak-budak ni,,,wahhaha bape banyak berita gembira aku dapat! Alhamdulillah... Sebab hari tu ada pelancaran Bumi Hijau! pastu dapat jugak tengok keajaiban seakan aurora kat Malaysia ni, memang menakjubkan!!!

O
Ni la dom aku,,,nampak bersih dan kemas,,,Dom aku lah paling cantik kat De Bana! ^^
Aku punye katil yang ada beg besar tuh belah kanan


Ada satu hari tu tak ingat tarikhnyer bila, kawan aku Adib terpaksa buat pengecualian sebab dia menghidap asma! Sebenarnya dia sedaya upaya menyembunyikan penyakitnya(sebab dia sayang PLKN) sampai satu hari dia kantoi! Beberapa hari dia tak masok kelas,,,then tiba-tiba dia masuk kelas dan berkata "boleh masuk kelas? sebab harini hari terakhir" kitaorang ingat dia main-main, pastu tengok muka dia memang serius dan mata merah macam sedih sangat,,,so cikgu pun panggil dia secara personal kat belakang cerita apa yang terjadi sebenarnya... Time perkongsian terbuka, dia pun ke depan dan menceritakan yang dia akan balik ke rumah,,,semua orang senyap dan sorang-sorang mengeluarkan air mata jantan,,,huhuu budak gangster ke taiko Bravo ke tetap mengeluarkan air mata sebab Adib is the best,,, dia lah selalu yang beri semangat, kira dia penguat semangat kitaorang! OK time makan, memang tak boleh blah,,,hahaha kat dewan makan ade gak beberapa orang tak dapat tahan nak nangis gak kat dewan makan! termasuk aku,,, serius memang tak tahan sebak dalam hati ni,,,buat malu je,,,hahaha dah kompeni-kompeni lain pelik dan tanya-tanya aku,,, da la tengah sedih tanya macam-macam soalan,,, hu~ pastu malamnya kitaorang diberi pinjam gitar oleh cikgu Burn untuk nyanyikan lagu khas untuk Adib & meluangkan masa terakhir sebab esok dia nak balik,,,banyak lagu kitaorang nyanyikan,,,hu~ touching
 
Ni la yang aku lemah semangat,,,huhuhu caj HP pun berebut,,tengok sampai sanggup menggadai nyawa,,,hu~ takut tengok banyak2


Tapi memang sangat sedih bila aku da nak balik kena Penangguhan! Bila aktiviti malam nyanyi lagu Bila Diri Disayangi - Ukays dan juga lagu tema De Bana,,,,,serius aku memang sebak tapi kali ni aku tak tunjuk pun sebab menyanyi kat dewan ramai-ramai,,, kawan-kawan aku yang dapat pergi matrikulasi pun sama,,, sebak di dada,,, lirik dia cukup memahamkan aku erti kekuatan persahabatan dan kerjasama! Perpisahan ada dimana-mana!



 Lan(dak cine) ambek gambo aku tengah tido,,,serius time ni aku penat giler sebab tu tido awal.
Hahaha klakar gak aku tido camtu

Pandangan dari Dom aku ke Dewan Makan,,,aku menganggarkan hampir 1km,,,huhuhu dak2 ni kate pegi makan balik lapar balik,,,hehehe(waktu pagi ni) hutan n bukit xnampak dilindungi kabus

Ni blok dom aku,,,Dom C

Ni ampaian sebelah dom,,,luas kan,,memang cukup kemudahan bahagian dom ni

Teka apa yang terjadi,,,? hehehe ni la baju baru lepas angkat sebab hujan ^^
Tapi lau tengah ada aktiviti,memang baju redha je lar ditimpa dek hujan~ huhuhu

PLKN pon ada jadual bertugas gak,,,jangat ingat kat sekolah je ade

Surau pun ok,,,cuma berpasir lau dak2 ney maen masok je, dan juga sangat tinggi suhu apabila waktu Zuhur~

Kat sane banyak sangat kumbang dan serangga yang pelik,berkilat hanya beberapa saja aku dapat ambek gamba.

Rama2 ni sungguh unik,,,kat mane2 lau jumpe binatang aku mesti ambek gambo!

Ulat tu aku rase dia akan transform jadi rama kuning tuh,,,huhuhu 
Yang monyet tu sangat la jinak,,, i like it!

 Ha peristiwa ni memang tak boleh blah! Ade ker time berbaris cermin mata ni boleh patah tibe2,,,?! Agak ajaib!
Da kat sane aku cam meraih simpati,,bengang sungguh. Aku memang tak boleh nampak ape pun semua kabur~
Kat sane memang memerlukan sangat spec,(nasib lagi seminggu nak balik). So terpakse aku soletep
Hahaha cam orang daif betol mintak simpati. Thanks kawan2 ^^

OK la rase sampai sini je pengalaman aku kat PLKN,,,ada lagi tapi dah lupe... Aku rase aku di PLKN telah mengubah diri aku banyak sangat,,,antaranya aku sangat mudah touching2 ney,,, -.-'
OK kat sane walau apapun terjadi jangan set kan dalam minda tensyen2 ni,,,  Disebalik keazaban dan kesengsaraan ada keseronokan dan kegembiraan! Ingat tuh!


7 comments:

Istifa Suryani said...

Best ke? tak nak pergi lahhhhhhh terpaksa :( dah la kena tempat jauh. aiyaaaa

muezz@blaz said...

sangat best! hehe

Anonymous said...

wahh, sebenarnya saya adalah calon yang terpilih untuk pegi ke PLKN tahun dpn dan saya merasa x bersemangat , tapi selepas membaca cerita muezz saya rasa kembali bersemangat :) Terima Kasih!

muezz@blaz said...

Wahhh bgos la... sy pun tumpang gmbira if kamu da semangat... insyaAllah smue bjalan lancar ;-)

Anonymous said...

salam... sebenarnya sy merupakan pelatih PLKN utk tahun 2013... memang sy amt takut sbb ingt plkn tu mcm kem tentera.. tpi lepas baca blog abg.. ad rasa happy sikit la... harap kem sy nnti mcm kem abg jgak... terima kasih.. XD

Unknown said...

Serius rindu sgt ngan kem plkn...moment2 and pengalaman dlm kem tu kalo 30 thn akn dtg pon sy akan seronok nak cter kat anak2 sy nnt...

Unknown said...

Assalamualaikum.. sy pelatih kem debana kumpulan 2 siri 6 2009.. dari company delta.. selamat berkenalan