بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ni Kola selamaat diijabkabul dengan jumlah RM100....Sebenarnya aku memang tak rancang pun nak jual...sebab dia lah satu satunya anak hedgie jenis Albino...dia juga sangat comel berbanding atuk dia yang albino kerana muka dia ikut macam mak dia,,,Lili!
Ceritanya begini...Bayep sepupu aku tolong aku jual hedgehog ney sebab 'orang rumah' dah tak sanggup nak jaga sebab dah banyak sangat kat rumah... Kat rumah ada.......8 ekor hedgehog, (3 jantan dan 5 betina)
Berasal dari pasangan Lalo&Lola, mempunyai anak 4 ekor dan hanya 2 ekor yang hidup iaitu Geela&Veela (25 Julai 2009). Mereka telah dibesarkan dengan kasih sayang oleh Lola,sentiasa menyusukan anak,melindungi anak dan membelai mereka sehinggakan kadang2 aku ternampak Lola sangat penat menjaga anaknya....Sungguh bertanggungjawab dan komitmen haiwan ini menjaga anaknya...
Hari berganti hari mereka telah membesar dengan matangnya yang berjiwa remaja! Dua ekor anak ini telah diberikan kepada rakan dan sepupu aku iaitu Nazihah dan Bayep...Mereka dipisahkan kerana belajar berdikari untuk hidup bersama tuan lain dan tanpa ibunya. Beberapa bulan selepas itu, Geela telah melarikan diri akibat sifat keinginan nya ingin tahu tentang dunia luar membuak.Tidak dapat dikesan... Veela pula masih tidak bersedia untuk mendapat anak sehinggakan apabila sehari selepas melahirkan anak,dia memakan semua anak-anaknya.....
Lalo&Lola tidak mengetahui hal ini kerana aku tidak ingin mereka bersedih dan menyumpah anak-anak mereka...
Selepas 6 bulan Lalo&Lola bahagia bersama,,,mereka mendapat 3 ekor lagi 'duri mata' (cahaya mata) pada 15 Januari 2010. Anak mereka kali ini seperti tidak sihat seperti sebelum ini kerana saiznya yang lebih kecil dan akhirnya Lola mengambil keputusan untuk memakan seekor anaknya... Jadi yang hidup hanya dua ekor, Lala&Lili. Setelah mereka cukup matang, Lala&Lili mengambil keputusan untuk mendapatkan anak,akhirnya mereka berjaya mendapatkan anak hasil 'pengawanan' (perkahwinan) mereka pada 1 Jun 2010.
Sebanyak tiga ekor (Kala-Kola-Kula) yang mempunyai satu jenis albino iaitu Kola. Lili pada mulanya tidak tahu menahu tentang penjagaan anak, kerana tiada pengalaman...Lili menjadi kelam kabut dengan asyik membawa anak2 ke sana sini tak tentu hala~ Bulan berganti bulan anak2 Lili berjaya membesar. Pada suatu hari,,,Kula jatuh sakit akibat tidak cukup antibodi kerana kurang menyusu akibat Lili tidak mampu memberi sebanyak 3 ekor anak sekaligus! Sungguh tragis apabila Kula selalu berseorangan beberapa hari sebelum mati.Dia hanya termenung memandang keluar dari sudut kotak rumahnya. Sesekali aku menyapa tidak dilayan. Akhirnya Kula menghembukan nafas terakhir pada 30 Julai 2010 jam 2.30 petang. Lili merasa sesal yang amat kerana tidak mampu bertindak!

Kala dan Kola berjaya meneruskan hidup disamping ibunya... Pada suatu hari ada seorang lelaki dari Johor Bahru mahu membeli Kola...
Di samping itu, selepas seminggu Lili melahirkan anak,emak Lili iaitu Lola pun melahirkan anak sebanyak tiga ekor iaitu Milo-Mulo-Molo yang mempunyai saiz variasi besar-sederhana-kecil,,,Berdasarkan pengalaman, Lola terpaksa memakan anak dia yang bersaiz sederhana (Molo) mengikut kepercayaan spesis Hedgehog. Akhirnya mereka berjaya membesar dengan kasih sayang Lola yang tiada tolok bandingan sehingga kan Mulo yang sangat tidak bersyukur melarikan diri akibat hasutan nafsu yang meningkat apabila melihat dunia luar sungguh luas tanpa diketahui bahawa sangat bahaya sebenarnya di luar itu... Lola merasai kesedihan anaknya itu hilang....
Kronologi
25/02/2009 - Lalo&Lola dilahirkan (dianggarkan)
05/07/2009 - Lalo&Lola dibeli oleh aku a.k.a Muezz
25/07/2009 - Lola melahirkan anak ( LaloLa I ) Geela&Veela
15/01/2010 - Lola melahirkan anak ( LaloLa II ) Lala&Lili
21/05/2010 - Lola melahirkan anak ( LaloLa III ) Milo-Mulo-Molo
01/06/2010 - Lili melahirkan anak ( LaliLa I ) Kala-Kola-Kula
06/06/2011 - Milo melahirkan anak (Milo&Kala) 3 ekor (semua mati)
17/06/2011 - Lola melahirkan anak (Lalo&Kala) 3 ekor (semua mati)
26-07-2011 - Lola melahirkan anak (LaloLa) Chiki-Miki-Niki
Kesimpulan
Lalo&Lola ada 13 ekor anak dan 6 ekor cucu... Semoga keluarga LaloLa bahagia....Harap anak2 dan cucu2 menjaga emak dan atuknenek mereka sebab mereka sudah tua....Umur semakin pendek...
P/S : Hahahahah tak boleh belah lah entry kali ni,,,,,,,hahahaha penulisan di atas terpaksa aku menahan segala tulisan berbentuk ketawa,senyum dan sebagainya untuk menunjukkan bahawa ianya sejarah fakta. Gelak r aku baca entry kali ney,,,,^^ hahahahahaha Anyway dalam susur galur atas ni ada yang inbreeding, memang tak elok... Masa ni aku masih tak tahu lagi benda-benda camni... huhu so jangan ikut eh

1 comment:
adehh muezz...gile name sume nak gempak..sape bagi name??wadeshhh pasnih ko bley bukak kedai pets laa :)
Post a Comment