بسم الله الرحمن الرحيم
Selepas baca blog MzRins, aku pun terfikir gak nak buat Group SKSP Batch 2004 untuk member² aku masa zaman kanak². Haa ingat lagi betapa terejal dan nakalnya masa tuh. Aku ada geng masa tu... Geng kitaorang terdiri daripada Pejal, Lebai, Nizam & Muezz(aku lah). Aku sekolah kat kampung, so budak² sane suka membandingkan aku yang duduk bandar *tapi takde la bandar pun, pekan je pun*. Agak sakit hati r... Kelas masa tu hanya ada satu je setiap tahun. So, masa tu aku rasa dalam kelas just ada geng aku je kowt, yang laen tak rasmi pun sebab kitaorang ada buat buku,,,huhuhu tak boleh blah!
Disebabkan atuk dan bapa aku dikenali di kampung, kalau aku buat benda tak elok mesti jadi bualan,,,*ade ke?* hehe Ya Allah bila fikir camtu, aku takkan nakal la seyh masa tu >.<
Banyak kes, tak banyak la tapi ada jugak lah,,,huhhu ada gak buli budak, dan macam² lagi lah,,,, tak nak cerita sebab nanti aku yang malu,,,hehehe yang tahu just dak H3P5 je sebab maen True Or Dare,,, kena jujur,,,huhuhu
Nak citer pasal Geng aku...
Diketuai oleh Pejal, yang merangkap sepupu aku. Rumah dia sebelah rumah atuk aku sahaja, dekat jerk. OK memang otai dan aku slalu kena mengalah dan slalu jugak bergaduh, merajuk macam budak kecik *memang budak kecik kan mase tu,,,hahaha*
Lebai pulak, budak yang slalu kena marah ngan cikgu,,,hehe dan tak pernah serik,,,huhu biasa la budak kecik... rumah dia hanya depan rumah atuk,,,haha dekat jugak...
Nizam plak,,, haaa dia ney even geng kitaorang, tetap tak ikut perangai kitaorang... siyes! Nizam kau memang budak baek! Dah la kau hensem, smart memang kau ada pakej lah! Kau pun tak pernah gaduh ngan aku,,, camne kau boleh masuk geng kitaorang? huhu dia pun sepupu aku.
Kepada cikgu², saya ingat lagi saya pernah berlaku kurang sopan terutama cikgu Mate saya,,, dan peliknya aku jugak jadi anak angkat guru besar aku,,,hahaha memang kena jadi baik la kan... -.-' Dan disebabkan itu, aku kena jadi top student untuk UPSR,,, aku masa tu pandai kowt tapi bila result,,, aku hancur, cikgu semua sedih,,, aku pun sedih tapi tak rasa apa² pun,,,ni semua akibat banyak dosa kat cikgu,,, sori² semua cikgu >.<
Disebabkan aku nakal, aku rapat dengan pekerja awam kat sana,,, makcik² ni memang best melayan aku dan menasihati aku,,,kehkehkeh tapi tak ambil pelajaran pun,,,huhuhu
Sekolah rendah juga aku dah pandai bercinta,,,errr tolong lah kan bila teringat,,, aku masih ingat lagi nama penuh dia,,,hehehe sangat romantik masa tu tapi tu masa jahiliyah,,,hahaha
Kepada classmate aku, aku tahu aku slalu maen ejek² nama bapak, kalau tahu nama emak dan atuk nenek moyang kira bonus la nak ejek... -.-' zaman kanak² sekarang camtu tak? Dan yang ada aku buli tu, sori lar,,,
So, aku harap kita akan berjumpa lagi, ada yang dah bekerja dan ada jugak masih belajar, tak kisah la asalkan korang menjadi manusia bukan binatang ;-)
Siyes aku rindu korang sangat² !!! Rindu nak bergadoh,,,hehehe
No comments:
Post a Comment