Wednesday, July 13, 2011

Malaysia Oh Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak peristiwa yang berlaku pada 9 Julai 2011,,, adakah anda berfikir apa makna semua ini? Kenapa Malaysia menjadi huru - hara? Ya, memang benar disebabkan manusia yang berhimpun dan diganggu oleh polis dan FRU serta askar... Kenapa titah Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj tak nak ikut buat kat stadium? Akan tetapi setelah pihak perhimpunan itu nak buat kat stadium, pihak polis pula tak bagi permit. Dan apabila disiarkan di media cetak dan elektronik seperti TV1, TV2, TV3, Utusan, Metro, Kosmo, mereka menyalahkan pihak perhimpunan kerana tidak mahu membuat di stadium,,, nampak tak permainan politik yang sungguh kotor di Malaysia? 

OK tolak ketepi masalah di atas, tetapi saya di sini ingin memberi pendapat tentang peristiwa yang telah berlaku ini. Malaysia dikatakan adalah salah satu 'Negara Islam' selain negara² Arab kat sana tu, Mesir dan yang lain² lagi. Tetapi apa guna tittle 'Negara Islam' tu jika aturan Allah dan hukumNya tidak tertegak di negara ini? Di umpama kan seperti Allah itu dipijak pijak! Di umpama kan juga Al-Quran itu disepak sepak kerana tak ikut pun yang terkandung dalam Al-Quran.! Di umpamakan lah,,,

Perhatikan ayat di bawah ini....

Maksudnya : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya). (An-Nuur 24:1)


Maka Allah kata ia adalah wajib,,, hmmm macam mana keadaan kita sekarang ni? Pernah terfikir tak? Ni dalam al-Quran taw bukan fatwa atau hadis yang boleh dikatakan tidak sahih...

Apabila tidak ikut hukum Allah, maka terjadilah dalam satu ayat al-quran :

Maksudnya : (Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau. (Qaaf 50:5)

Maka ini lah jadinya apabila hukum Allah tidak tertegak,,, siapa lagi yang perlu tegakkan kalau bukan kita sebagai orang Islam sebab bumi ni pun Allah punya. Negara kita dah huru - hara, 'negara Islam' yang lain pun dah huru - hara,,, ini memang janji Allah jika kita tidak menjalankan hukumNya.

Berkenaan dengan politik yang berlaku di dunia ini... Demokrasi!!! Demokrasi adalah kerajaan yang ditentukan oleh rakyat. So, untuk tujuan propaganda, muncul lah parti² politik. Dengan berkerjasama dengan ramai pihak lagi mudah untuk menang jika dibandingkan hanya satu individu yang meraih simpati untuk menang. Sistem ini menyebabkan timbulnya satu petua penting untuk menjadi juara demokrasi, siapa meraih undi paling banyak, dialah juara! Maka maksud ini, muncullah hukum Machiavelli (Matlamat menghalalkan cara). Penganut demokrasi dihalalkan menggunakan apa jua cara dan berpandukan perlembagaan semata mata tanpa mengikut al-Quran & Sunnah.



Anda boleh memakihamun,
menjatuhkan maruah lawan,
mengeluarkan video lucah atau lompat parti.
Anda boleh merasuah pengundi,
menabur janji palsu atau menipu undi pos.
Anda juga boleh mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu,
memberi kerakyatan kepada warga asing
atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau berkali-kali.
Anda boleh membuat persempadanan semula,
merasuah suruhanjaya pilihanraya atau sekatan media.
Banyak cara sebenarnya anda boleh lakukan untuk meraih undi.
Ingat peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI.
UNDI ialah Tuhan demokrasi.
Dari rakyat kepada rakyat.
Tidak kisah dengan cara apa sekalipun anda mendapatkan undi
tetapi anda mesti memiliki undi secukupnya untuk menang. 

Dalam sistem memilih pemimpin, sebagai contoh ada 10 orang yang terdiri daripada 9 orang bodoh dan seorang yang bijak pandai hanya 0.00000009% orang bijak itu dapat menang. Maksudnya mustahil lah orang bijak tu nak menang melainkan orang² bodoh itu mati.

__________________________________________________________________

Manakala dalam sistem Islam pula, ada satu majlis yang dinamakan Majlis Syura yang berfungsi untuk memilih pemimpin. Ahli Majlis Syura ini terdiri daripada golongan bijak pandai, alim ulama, dan mereka² ini dipilih oleh rakyat... Diingat kan bahawa Majlis Syura bukan kerajaan, tetapi tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin. Kita dapat lihat di sini untuk mendapatkan kerajaan yang bodoh sangat amat tipis! Orang bijak yang memilih bukan ikut majoriti.


Ini adalah sistem Islam.
Ini adalah sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika nabi wafat,
para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk memilih pengganti nabi
bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam.
Para sahabat tidak mengadakan pilihanraya.
Mereka tidak menubuhkan parti.
Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan.
Para sahabat nabi tidak kenal apa itu demonstrasi atau tunjuk perasaan.
Mereka tidak hantar memorandum ke pada raja Mekah.
Mereka hantar doa hanya kepada Allah Azza Wa Jalla.
Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah.
Bukan buang masa terpekik terlolong di jalanan.

Dalam situasi negara kita ni, memang kita tahu kan kita tak ikut sistem Politik Islam. Ini semua hasil dari penjajahan pemikiran orientalis di seluruh dunia. Adakah 'negara Islam' itu hanya bersyaratkan majoriti rakyat yang beragama Islam? Banyak syariat Islam tidak tertegak di negara Malaysia ini... 

Ok mungkin Sistem Syariah di Malaysia berjaya mendaulatkan bab munakahat (hal ehwal kekeluargaan Islam) Dalam sistem ekonomi, hmmm nampakkan riba berleluasa?! Ekonomi  yang bertuhankan kadar faedah, bunga atau penindasan ekonomi. Bayangkan lah pinjaman, beli kereta semua ada faedah,,, sangat membebankan rakyat yang tidak mampu,,, ini adalah satu penindasan,,, adakah anda tidak perasan?

Bila orang hendak kahwin, mereka mahukan syariat Islam.
Bila mereka mahu berurusan dalam jual beli atau kewangan, mereka mahukan syariat Islam.
Tapi apabila mahu mentadbir negara, mereka membuang syariat Islam.!
Adakah hukum Allah boleh sesuka hati kita pilih, yang ni kta nak buat, yang ni kita tak nak buat, susah -.-'


Ingat!
Di dunia,
anda boleh terlepas bebas,
namun di akhirat anda tidak boleh lari.
Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan mati suatu hari nanti.
Adakah saya dan anda boleh lari dari kematian?
Tunku Abdul Rahman,
Tun Abdul Razak
dan Tun Hussein Onn telah dipanggil pulang oleh Ilahi dan mereka akan ditanya,
mengapa tidak jalankan hukum-Nya ketika memegang kuasa nombor satu di Malaysia?
Mereka pasti ditanya sebab hukum-Nya tertulis jelas dalam AlQuran.
Adakah Allah s.w.t menurunkan hukum Hudud hanya untuk dipermainkan?
Adakah hukum Hudud boleh dijual dengan harga 'Negara Kebajikan'?
Apa itu 'Negara Kebajikan'?
Rasulullah s.a.w pernah atau tidak bercakap tentang Negara Kebajikan?
Mengapa begitu bodoh sekali sehingga menggadaikan hukum-Nya di telapak kaki musuh-musuh Islam?

Ingat, jika kita berusaha di dunia ini untuk menegakkan hukumNya, tetapi tidak berjaya, di akhirat kelak kita mempunyai alasan. Tapi jika kita membuang hukumNya digantikan dengan Negara Kebajikan atau 'whatever'  apa alasan kita nanti di hadapan Allah? Anda layak diletakkan dalam kelompok para Sekular dan Komunis yang anda sering kecam dan memaki hamun semasa di dunia.

Peristiwa yang baru berlaku ini 9 Julai 2011, cuba tengok siapa pengajurnya, penggeraknya? Dan cuba tengok siapakah ahlinya,,,orang Melayu Islam kan...ada tak DAP? takde kan?


Maka yang akan terpekik terlolong adalah Melayu-Islam.
Yang buat kerja adalah Melayu Islam.
Yang memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam.
Yang buang masa di tengah panas adalah kita,
yang tolong tengok adalah mereka.
Kemudian kita tengok di manakan mereka akan BERKUMPUL.

Ya, mereka berkumpul di SOGO, Masjid Kampung Bharu dan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.Ini semua tempat lepak orang Melayu. Tapi kenapa tidak berkumpul di tokong atau gereja ke? Penganjurnya non-Muslim yang memusuhi Islam.


Mengapa gunakan masjid?
INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.

Cukup la kita telah digunakan... Harap kesilapan ini tidak berlaku lagi...


Bersih 2.0 didokong oleh non-muslim yang memusuhi kamu orang Melayu dan agama Islam.
Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu PKR.
Untuk tidak nampak dipergunakan,
beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun
untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini untuk terpekik terlolong di jalanraya.
 Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat.
Provokasi dijalankan,
hasilnya Pemuda UMNO dan Perkasa bangkit untuk menentang.
Namun pendekatan Perkasa bodoh dan tidak matang.
Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak berhikmah.
Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan terang-terangan.
Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO.
Mereka berselisih pendapat.
Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa bercakaran,
musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan provokasi dan propaganda.
Silap haribulan,
yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa.
Non-Muslim akan bertepuk tangan
dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.


PAS telah dibuai mimpi demokrasi, apabila tiba pilihan raya, dia pun masuk, minta raih pengundi dan apabila kalah, maka demokrasi pun suruh PAS tunjuk perasaan, walaupun kita ketahui mereka ingin menegakkan agama Allah. InsyaAllah...


Siapa yang masuk tong najis,
maka dia akan terpalit najisnya.
Pas terpaksa menanggung segala kebodohan ini
sebab dia bermain dalam demokrasi.
Lihat PKR,
dia tidak pandai hidup dalam tong najis,
maka dialah yang paling hina dilemaskan dalam air tahi.
Yang pandai bermain tahi setakat ini adalah UMNO dan DAP.
Menariknya DAP memijak kepala PKR dan PAS untuk 'bernafas' di dalam tong najis.
Sekarang UMNO yang memiliki tong najis
dan dia berhak mengawal tong najis supaya najis-najis tetap hidup segar bugar dalam tong.
Penjajah mengajar UMNO
supaya jangan bersihkan tong najis.
Jadi dia selesa memeluk tong najis.


Kita terlalu mulia nak terpekik pekik terlolong macam anjing di jalanan. Biar mereka non muslim yang buat kerja itu semua, kita ikut cara mereka TUNGGU dan LIHAT.
Ahli PAS, kenapa anda buat begini? Anda memperjuang Islam, dan saya harap perkara ini tidak berlaku lagi. InsyaAllah... Anda harus bijak berfikir, bukan pasal kita nak memusuhi UMNO ke apa, kita kena membezakan menentang UMNO dengan menentang musuh² Islam.


UMNO adalah saudara kita yang diberi dadah oleh musuh Islam.
Kita kasi cantas dahulu musuh Islam.
Kemudian kita rawat UMNO,
ajak mereka ke masjid,
solat berjemaah.
Beritahu mereka kebesaran Allah s.w.t.
Keluarkan dari hati mereka kebesaran makhluk.
Masukkan kebesaran Allah ke dalam hati mereka.
Beritahu mereka keindahan Islam.
Hikmah melaksanakan perintah Allah.


  • Lagi sekali aku menegaskan, ikutilah sistem Khilafah.
  • Tetapi tidak boleh menyalahkan pemimpin, malah kita yang kena beriman kan diri dahulu. 
  • Menegakkan hukum Allah terlalu banyak dan ia nya semua terkandung di dalam al-Quran,,, bacalah ia dengan kefahaman ;-)
  • Aku memang sangat dah nampak dah sistem demokrasi ini hanya memecah belah kan orang Islam,,, buktinya yang berlaku di Group Batch aku,,, sedih... :-( dan negara² Islam lain pun sudah kacau bilau.
  • Itulah tujuan Barat suatu ketika dahulu menjajah negara Islam digantikan dengan sistem demokrasi walhal dulu, Kerajaan Melaka telah menjalankan Sistem Islam.
  • Aku harap kita sebagai rakyat perlu fikir betul² apa musuh Islam nak kan...
  • Anda nak sangat kaum Melayu itu dilebihkan dan di utamakan tetapi agama Islam tak nak plak mempertahankan...
  • Ingat, zaman Rasulullah s.a.w. memerintah, baginda tiada istilah 'negara kebajikan' untuk mengambil hati Yahudi juga yang bukan beragam Islam.
  • Perintah Allah perlu dilaksanakan walaupun orang bukan Islam tak suka kerana itu telah ditulis dalam al-Quran.
  • Minta maaf jika post ini ada yang terasa, tapi ketahui lah, aku hanya menyampaikan... Ayat² kat atas pun bukan 100% dari aku,,,aku bukan tinggi ilmu pun,,,
  • Sepanjang anda ingin menghijrah kan diri, pilih lah pemimpin yang sedia ada ni yang paling betul dari segi Islam,,, nanti di akhirat kelak kita juga akan ditanya kenapa kita pilih pemimpin itu,,, Jika pemimpin itu masuk neraka, maka kaki sebelah kita pun sudah masuk neraka dan begitu sebaliknya.
  • Setakat ini aku harap perjuangan PAS itu betul² ke arah untuk menegakkan hukum Allah walaupun kita nampak dia menjaga hati sangat DAP,,,tapi mungkin itu strategi mereka,,, Wallahualam....




No comments: