Friday, December 30, 2011

Sunyinya Study Week

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang musim study week,,, so kena study ke tak ni? Tapi nape cam tak rasa suasana study week pun? Keliling aku takde pun yang study weyh....hahaha itu lah yang aku cuba nak sampaikan ni,,, bukan apa, study week tu bukan semata-mata 24jam kau nak menghadap nota ke buku ke, tapi.....huhuhu

Study week di sini(UPM) tak semeriah cam kat matrik,,, sebenarnya agak sedih dan terkilan keadaan kat sini,,,huhu ye memang la kan, kat universiti tak macam kat matriks kena skema... huhu tapi bukan camtu yang aku maksudkan.... tak semestinya study week tu kau nak study je...

Sebenarnya teringat time study week kat Matriks,,, tu je,,,huhu

Study Group Aku ^^

Dean : Sebab dak ni lah aku rajin mentelaah buku prepare awal sebelum study week,,, ajak sabtu ahad gi study Kimia,Biologi... dan dia sangat kreatif! nota dia berlipat-lipat menyebabkan simple dan mudah baca serta tulisan dan point dia,,, perhhh memang terbaek! dan kalau aku tensyen ngan sesuatu subjek, mula lah dia reka citer, buat-buat citer bagi aku ketawa,,,,haha siyes even kekadang cerita dia tu, buat aku rasa nak pukul dia, lempang laju-laju,,,hahaha tapi selalu je dak ni kena cekik ngan aku,,,hahaha :p


Tuesday, December 27, 2011

Kisah Haiwan di UPM (2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak menjak ni, group UPM 2011/2012 sibuk cerita pasal haiwan,,,hahaha dimulakan dengan Ebak Casper aka Rahimi :  


Hahaha kelakar sebenarnya sebab macam-macam nama orang bagi kat kucing bertuah ni. Inilah kucing Legacy Serumpun,,,,huhu paling popular dalam kalangan kolej Serumpun. Melalui penceritaan Senior, dulu dia tak sumbing, sebab selalu gaduh dia jadi sumbing. Aku sangat suka kucing ni, sangat unik ditambah lagi dengan mulut dia tu,,,,hahaha dan dia lah yang pegang kawasan kafe ni,,,,hehehe agak garang kot, tak boleh nampak kucing lain, nak gaduh je!


Si Ebak aka Rahimi tu rindu dah lama tak jumpa, so aku pun post gambar ni,,, ramai yang tak tahu rupanya perut dia dah berisi sebab ingat dia dah dimandulkan. Gambar ni aku ambil waktu petang dah nak Maghrib. Apa yang bestnya tarikh kelahiran 13/12/11,,,huhuhu ramai jugak tak dapat tengok anak dia sebab sekejap je dia kat situ, esok tengok dah takde... Aku tak faham sebenarnya kondisi UPM ni. Serius sesal tak sudah! Aku tensyen bila dengar : 
Anak-anak kucing takkan hidup kat UPM! Dengar cerita mereka buang semua anak-anak kucing. 
Hmmm entah la,,, Macam susah nak percaya tapi bila aku tengok keliling,,, hmmm betul lah, depan mata aku ada tiga ekor kucing bunting, tapi lepas kempis takde pun anak dia, pelik sesangat! Kalau nak kata si Jantan makan, mungkin dari 3 ekor ibu kucing tu, 2 ekor ibu kucing la paling kurang anak dia kena makan kan. Lagi satu, ibu kucing pandai la jaga anak dia, dah berpengalaman, bukan yang kecik si Ibu tu, hmmmmmmmm dan memang tak pernah tengok anak kucing kat UPM ni!


Sebelum kucing sumbing tu berperanan jaga kawasan kafe, kucing atas ni lah. Tapi dengar cerita dia mati sebab kena langgar dengan bas depan blok L7. Perhhh sadis giler dengar. Aku takde rezeki nak jumpa dia,,,,huhuhu

Pastu ade lagi beberapa budak post gambar kucing-kucing Serumpun kat group, tetiba ada sorang budak ni post ni plak,,,,


Hahaha terbaik petak merah tu,,,,wakakakaka aku suka komen dia!

Kisah Haiwan di UPM (1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Taknak cakap lelebih sebenarnya tapi memandangkan banyak giler la hai manusia sekarang ni tak hormat makhluk lain yang Allah ciptakan ney... Tengok je lah sesame manusia pun bergaduh apatah lagi dengan makhluk lain,,, no wonder la. Ye, aku memang pecinta haiwan, bukan haiwan saje tapi pecinta alam jugak,,, alam ni kita kena jaga, tiada alam, kita tak boleh hidup, kita saling bergantung. Sebelum tu, kalau korang nak tahu, bumi ni tak setuju nak bagi tanah untuk penciptaan manusia, alasan dia : akan memusnahkan dia punya khazanah Allah ini, merosakkan bagai apa yang Allah telah ciptakan serta buat Allah murka. First Allah mengutus Malaikat Jibril turun ke Bumi minta tanah. Malaikat demi malaikat turun meminta tanah sehingga akhirnya Malaikat Izrail, barulah Bumi bersetuju bagi tanah untuk penciptaan Manusia. Korang boleh fikirlah la kan... sekarang aku rasa, Bumi mesti rasa sedih dan kecewa dengan tindakan manusia-manusia yang merosakkan Bumi serta makhluk lain,,, mungkin kalau dia dah tak tahan, dia berdoa kat Allah bagi kiamat serta azab terus kepada manusia,,,hmmmm takut! Apa-apa pun, manusia lah penyebab bumi ni musnah,,, ini telah dibuktikan dalam Al-Quran :

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Ruum 30:41)

OK, jom kita tengok antara isu haiwan yang berlaku di UPM...

Singkirkan Anjing Liar


Petak merah tu emo giler... memalukan diri sebenarnya bila

Friday, December 23, 2011

Psycho orang memang Best! -.-'

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni nak citer pasal member aku yang sangat efektif bab² mensycho orang.... sebelum tu korang ade kawan² yang suka sycho tak? kalau ada mesti agak sakit hati kan,,,,hahahaha serius beb!

Aku kenal dak ney sejak Matrikulasi,,, dia ketua blok aku, satu aras, satu jurusan hayat... praktikum aku H3P5 tapi praktikum dia H5P3, mempunyai cikgu kesayangan yang sama iaitu cikgu Biologi,,,hehehe

Masa kat matriks, banyak kali aku kena sycho ngan dia, terpedaya macam² padahal aku tahu sebelum ni dia tu sycho je lebih,,, tapi tak tahu la nak cakap camne sebab aku

Monday, December 12, 2011

Enjoy bersama Dak Animal Science

بسم الله الرحمن الرحيم

Sangat kontroversi tarikh 11/12/2011 ni,,,,haha takde kontroversi mana pun, sebenarnya aku nak sangat balik minggu ni sebab Isnin cuti, tapi tak juga berkesempatan sebab ahad ada program, isnin plak ada presentation even cuti,,, >.< sebelum tu, aku sepatutnya terlibat dengan aktiviti Family Day@15 untuk kolej tapi tak dapat join la sebab ada field trip ni,,, hmmmm best kowt aktiviti permainan dia! huhu

Hari ahad, jam 7pagi Hapisz datang bilik, bapak awal dia bersiap, aku masa tu belum bersiap lagi,,,haha pastu Daus MTM plak datang mintak hutang duit program yang sepatutnya aku terlibat,,,hehe sori tak dapat tolong, lebih best bersama classmates,,,hehehehe Pastu kitaorang pergi jap ke blok perempuan yang jauh nun disana naik bukit sikit untuk tolong angkat barang²,,, hoho rajin bebenar budak² perempuan ni buatkan sandwich ngan air,,hehehe so takkan lelaki tak buat kerja, so sumbang la sikit,,,hehehe


Monday, November 28, 2011

Kurangkan Merungut, Banyakkan Memberi

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika anda fikir, anda tidak gembira, apa citer tentang mereka plak?



Anda fikir gaji anda terlalu sikit? Macamne plak dengan dia ni?



Tak banyak rakan? Sekurang-kurangnya anda lebih baik daripada dia ni!



Sedih kerana tak dapat pergi ke universiti yang anda suka? Mereka tidak mempunyai pilihan langsung!



Ibubapa anda terlalu mengongkong anda? Mereka langsung tiada ibubapa!



Bosan dengan permainan Playstation, komputer? Mereka langsung tiada pilihan!



Sesetengah anda mempunyai barang berjenama Adidas, Nike dan yang lain. Mereka hanya ada satu jenama saja!


Kita nak makan menu yang berbeza tiga kali sehari. Dia Kebuluran!!!



Ahhh takde minuman lain ke selain Coke, Pepsi, Mountain Dew?! Dan ini adalah cara yang terbaik untuk mereka menghilangkan dahaga!


Benci dengan keadaan muka dan rambut anda yang kurang menawan? Mereka susah untuk dapat air untuk  mandi!


Tak bersyukur dengan katil yang ada? Mereka mengharapkan tidak lagi bangun esok pagi.



Jika anda rasa berputus asa? Fikirlah tentang mereka.




  • Perhatikan sekeliling anda dan bersyukur lah dengan apa yang anda miliki sepanajang hidup kita yang singkat ni.
  • Kita tak mampu nak menangis setiap apa yang kita tidak dapat dimiliki, tetapi bergembiralah dengan apa yang kita telah miliki.
  • Jangan fikir berapa banyak masa dalam kehidupan, tetapi fikirlah berapa banyak kehidupan dalam masa itu.
  • Di sini saya mengingatkan diri saya juga kawan-kawan saya, jika saya tersilap tolong tegur saya ;)


Friday, November 25, 2011

Happy Birthday Apiz & Su

بسم الله الرحمن الرحيم


Haha disebabkan besday korang hampir,,, aku wish sekali je la,,, hehehe
Selamat Hari Lahir Muhammad Nur Hafiz Hamid yang jatuh pada 25 November 
Selamat Hari Lahir Mohd Suhaimi Padri yang jatuh pada 28 November
Ye befday ko hari ni,,,,hehe

Hehe semoga korang sentiasa dalam keberkatan dan keredhaan Allah... Semoga murah rezeki dan umur panjang diliputi dengan kemanisan iman ;-) Semoga juga sukses dalam apa jua bidang yang korang ceburi...

Korang dah macam adik beradik aku da,,, dan aku adalah abang korang,,,haha sebab aku lahir dulu kan,,, hehe,,, Aku takde hadiah tapi just this wish with my full sincerely,,,,hahaha ingat kita tetap sahabat! Jangan lupakan aku... ^^

Trio Budak Johor

Apiz, leklok kat sane, jangan tensyen2 sangat,,,hehehe
Suhaimi contact2 r aku dapat call free tu,,,huhu
Bila pulak la korang nak datang ke UPM ek,,,hehe aku sentiasa menunggu kedatangan korang,,, huhuhu


Thursday, November 24, 2011

Si Cacat Thorny Devil

بسم الله الرحمن الرحيم


Thorny Devil atau nama lain Cicak Australia. Boleh hidup sehingga 20 tahun dan panjang badannya sehingga 20cm. Badan dia dipenuhi duri, warna dia pun menarik seakan akan mengikut warna tanah. Bila panas, warna dia akan puct manakala sejuk akan bertukar menjadi gelap. Pastu cara jalan dia goyah, macam tak reti berjalan,,,,huhu kelakar gak lah dan pergerakan dia sangat slow~


Keistimewaan dia antaranya ialah

Tuesday, November 22, 2011

Hackers? Tahniah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Fenomena hacker semakin menular seluruh dunia dan tidak ketinggalan kat Malaysia jugak,,, baru² ni terjadi hampir² dekat ngan aku >.< Group <3 We LOVE aNiMaLs <3 kena hack! What the heck?

Ceritanya terjadi camni, Admin Group tu ada 5 orang. 1st yang kena hack si Jali tu. Si hackers tu punya lah suka dengan apa yang terjadi,,,huhu dapat admin tu... lepastu dia terus remove semua admin,,, cissss


Lepastu mula lah taktik yang seterusnya,,, dia pun letak

Sunday, November 20, 2011

Happy Birthday Amer!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Semue nak purple kan, air kotak pun purple,,,haha

Selamat Hari Lahir Muhammad Amir Abdullah hehehe nak berahsia konon tarikh,,, hahaha
Semoga panjang umur dipenuhi keimanan dan murah rezeki dengan keberkatanNya...
Semoga kau dapat capai apa yang diimpikan serta mendapat jodoh yang kau idamkan selama ini,,,haha InsyaAllah, aku doakan yang terbaik untuk sahabat aku sorang ney,,,hehe ^^

Rasa terhutang budi plak sebab kau teman aku masa ni,,,haha

Masa befday kau kali pertama kat KMM, aku tak sambut pun kan, haha sebab masa tu kan ada kursus Ketua Praktikum yang merepek tu,,,hahaha hmmm rasa macam nak pergi je Unikl pergi serang kau ke prank ke, mesti best dan terbalas dendam aku kat kau, hahaha

Dan disebabkan kau lah aku comot ;p

Bau kek sampai ke esok walau dah basuh muka dengan pencuci muka


Pastu sebab kau jugak kowt aku kena teruk camni, bau busuk!!! Ye lah sape lagi yang tahu....huhu



Friday, November 18, 2011

Ermmm Ferret?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum tu, maafkan aku sebab cakap itu ini, cakap punya la gebang, hahaha last² tak jadi,,,,huhu mengenai post sebelum ni, aku dah confirm kan nak adopt sepasang Bearded Dragon,,,hehe tapi kan................... haha okeyh disebabkan melihat terlalu banyak barang yang perlu diambil kira, aku terpaksa membatalkan gara² ikut akal fikiran, jangan nafsu,,,,hehe sebab :
  1. Banyak barang perlu dibeli
  2. Nampak serabut
  3. Bila nak balik rumah, angkut semua barang. Apa kes?

Haaa itu sangat merumitkan bagi pelajar seperti aku ni lah... Ermmm sekarang try tengok yang ni plak...


Amacam? Comel tak? hehehe apa ciri² yang ada pada dia? Sebenarnya dia ni pun dalam wishlist aku... Dah lama pendam, tapi disebabkan kekangan keluarga... huhu Nama binatang ni ialah Ferret, berasal dari keluarga musang atau cerpelai dan Weasel. Tapi rupa dia ada sikit macam memerang. Cara bela dia lebih kurang macam kucing atau anjing. Tapi mestilah banyak kelainan serta unik! ^^

Ferret ni tak boleh biar dia main dengan budak kecik, kalau tak,,,,

Friday, November 11, 2011

Happy Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah... selepas aku tensyen², fed up dengan perangai orang sekeliling, sekarang aku kembali dengan hati yang ceria, tapi muka still yang sama, ahahaha

Thanks jugak la kat Muaz sebab walaupun komen kau pada mulanya menyakitkan hati! ia membuatkan aku tersenyum,,,,haha its very funny bila bergadoh komen dengan kau! 

Thanks kepada kepada Bad sebab calming down aku,,,huhu maaflah aku memang orang yang beremosi sebenarnya,,, sebab tu korang takkan pernah tengok aku bergadoh dengan orang sebab aku tak sanggup memalukan diri aku dengan emo aku tu,,, errrr harap sangat Ya Allah benda tu tak berlaku kat aku,,,

Dan yang lain² tu pun sama la eh,,, syukran! Takde sape tahu sebenarnya apa yang terjadi kat aku,,,haha

Actually sebenarnya hanya dengan mengingati Allah sahaja lah hati kita akan tenang,,, ingatlah Allah sentiasa, berzikir, kita manusia sekarang ni dengar lagu hiburan, hafal lagu sanggup sambil berjalan, waktu bosan tapi zikir? hmmm cuba ingat balik ada tak kita buat semalam? malam tadi? hmmmm muhasabah diri kita...

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia. 
(Ar-Ra'd 13:28)­ ­

Lepas ni aku rasa macam nak mengubah diri aku lebih baik dari sebelum ni... tapi sangat susah kerana perlu bertarung dengan hawa nafsu sendiri,,,, hu~~ jadikanlah aku orang yang beriman Ya Allah... sekarang mungkin aku orang kafir, mungkin juga orang fasik dan mungkin juga aku orang yang syirik...

Ya Allah...ampunkanlah hamba mu ini keran tunduk sangat ngan hawa nafsu, melebihi arahan nafsu dari arahan mu Ya Allah.... :(

Ketahuilah manusia sekarang banyak bertuhankan nafsu dan mensyirikkan Allah... >.<




Wednesday, November 9, 2011

Fed up Dengan Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuba perhatikan dunia kita ni? errr cukup la, aku rasa loya dan macam tak sanggup nak hidup kat dunia ni... Apa² pun diingatkan bahawa jangan lah bunuh diri atau mintak nyawa dicabut walaupun dengan cara berdoa kepada Allah. Allah dah bagi nyawa, ia satu anugerah yang tak terhingga, tak bermakna kita putus asa di dunia, nak lepas dengan mudah je...

Berkenaan dengan aku, entah lah, rasa macam........ aku sangat² fedup dengan dunia sekarang ni. Kenapa aku kata begitu? Mesti lah ada sebab. Entahlah... ok la abaikan perkara ini.

Oh ye, lagi satu, berkenaan dengan politik? Apa khabar politik di Malaysia? tak mahu tengok negara orang lain, tengok negara sendiri lah... sihat ke tak? hmmm politik juga salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w., oleh itu jangan mencela politik. Tiada politik, siapa nak tadbir negara? Orang luar sana jangan mudah berkata². 

Cuma yang tak betulnya, politik di Malaysia kotor, bukan Malaysia tetapi di seluruh dunia! Kenapa? Sebab DEMOKRASI. Hmmm bila aku kata demokrasi tak patut ada, pasti yang amat, orang luar, rakan serta hubungan kekeluargaan pun akan takut dengan kenyataan aku. Pasti sangat. Anda² sekalian tak nampak ke? Apa yang demokrasi dah buat? Hmm memang patut korang tak nampak, kalau nampak, sah sah la benda tu akan ditentang. Benda macam ni kena disorok baru lah orang boleh terima.

Disebabkan nak menang dalam undian,,,, 

Wednesday, November 2, 2011

Rindu kat Iguana

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru je lepas aku menggugurkan gelaran Iguana, sentimental tu datang ,,, adushhhh
Di sini aku mengingatkan bahawa aku tetap cintakan Iguanaseperti dulu, aku tetap eksited dengan Iguana, cita² aku tetap nak jadi penjinak IguanaT.T


Memang betul, sekarang musim post gamba Iguanamereka masing² yang kecik. Setiap bulan or bila² mereka akan update pasal Iguana mereka,,,huhu kekadang rasa macam.... hmmm hahaha aku ketawa ni

Friday, October 28, 2011

Gelaran Bertukar?

بسم الله الرحمن الرحيم

Nama apa lagi Muezz oiii, nama dah sedap,famous nak ubah apa lagi??? Hahaha bukan apa, ni berkenaan dengan pets,,, sebelum ini aku lebih dikenali dengan Iguana sebab aku ada Iguana dan selalu bercerita tentang Iguana dan bagi tips kepada orang yang membela Iguana! Dan aku juga terkenal dengan Iguana, bila Iguana ada keluar kat TV, cepat² orang mesej suruh bukak TV, kalau terjumpa mengkarung kat kebun, cepat² orang panggil aku *mereka ingat itu Iguana* dan semua tahu aku sangat suka kat Iguana! Sedih sebenarnya!!!!!! T.T


Sekarang nama atau gelaran itu perlu ditinggalkan dan jangan diingatkan lagi,,,cehhh takde la sampai jangan dikenang sangat, sebab aku dah takde Iguana, orang lain pun tak berminat nak tanya aku sebab aku takde, berbekalkan pengalaman yang sekejap dan sepupu aku pun, sape yang percaya? hahaha sekarang aku lebih selesa dengan Hedgehog.

Orang terjumpa blog aku semua disebabkan google Hedgehog, orang friend aku kat FB pun sebab Hedgehog, aku dapat mesej pun sebab Hedgehog, orang tag nama aku pun sebab Hedgehog. OK sangat best sangat dapat mencurahkan sedikit

Thursday, October 27, 2011

Perjumpaan @ Small Gathering

بسم الله الرحمن الرحيم

Belum lagi nak buat reunion ni,,, masih awal kowt, tapi semua dah macam apa da, rindu la, ape la,,,haha
Disebabkan itu, buat lah pelbagai rancangan... yang menjadi kekangan adalah waktu cuti tak sama :(

11Okt lepas, berjaya aku ajak Farah(ex-practicum) datang ke UPM,,, ada motif sebab boleh pergi pc fair kat sini dan ada pameran buku kat Maeps! Pancing baik punya kan, ditambah lagi dengan Fany(member lama Farah), tu yang dia gagahi juga untuk datang,,,haha

Agak membuat sangat gembira time tu bila Farah datang,,,haha dah lama tak jumpa,,, anak² aku yang lain bila nak jenguk aku kat UPM ni? uhuk uhuk

Monday, October 24, 2011

Pesta Konvo dan Ekspo Pertanian UPM

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni best sangat 16Okt, sebab dapat main² dengan kambing-lembu-rusa-kuda! hehe sebab hari ni ada pesta konvo kat Bukit Ekspo,UPM! kat situ macam² gerai dan booth yang berkaitan pertanian ni la... best semuanya. 

Tempat yang pertama aku pergi adalah Booth Stevia. Korang tahu tak Stevia tu apa? Simple je aku bagi penerangan eh, Stevia ni jenis manis yang menggantikan gula tebu! Bubuh sikit je kat air, dah rase manis secukupnya! Tak tipu, dan ianya sangat baik untuk kesihatan walaupun manis! Sebenarnya benda ni dah lama, tapi kita belum didedahkan sangat. Dan orang kampung kebanyakkan tak terima benda ni sebab mahal, tapi nak diikutkan lebih kurang je sebab guna sikit je dah manis. Pastu aku jumpa lah Pak Long, sape pernah tengok TV3, dia pernah keluar sebab benda ni, dia bekerjasama dengan UPM untuk buat research tentang Stevia ney.

Kiri tu pokok Stevia dari beberapa buah negara
Kanan tu just cuci mata tengok macam jenis bunga dijual

Pastu pergi pet shop kat situ, kecik je tapi still enjoy sebab dapat jumpa Guinea Pig-Hamster-Tortoise-Ikan Pelaga-Ayam dan dapat pegang Kucing spesis mahal tu, ntah apa nama dia,,,huhu agak lama kat sini sebab ambek gamba bagai,,,hahaha

Saturday, October 15, 2011

Satu satu berlaku

بسم الله الرحمن الرحيم

Macam² berlaku hari ni dan semalam,,,,
Semalam, 1st time aku sewa kereta dan jadi pemandu, bawak anak orang, seorang teruna dan 3 orang anak dara! Selalunya amali sains tanah habis awal tapi semalam habis dekat jam 7 malam, so terpaksa bertolak lepas Maghrib... 

Aku sewa kereta Viva Manual je,,,haha sebab dah senang bawak kereta kecik ney! Plak tu, jalan jammed!!! Arghhh agak tak suka lah, ye lah sape suka kan,,,haha dengan jalan nya yang berbukit, sabo je laa~

Sampai dalam jam 8.30 malam, pastu terus pergi makan sebab lapa~hehehe makan sizzling? errr aku

Sunday, October 9, 2011

Mencabar Allah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Takut tak baca tajuk tu? Siapa yang berani mencabar Allah tu selain orang yang bukan Islam dan yang murtad tu? Hissshhhh tunggu je lah azab dari Allah!

Masa berlalu, sehingga sekarang dan ia takkan berhenti melainkan dengan izin-Nya. Tengok keadaan Malaysia sendiri... wahhh ada yang rasa dan bangga dengan Malaysia sebab negara aman. Kenapa aman? Sebab Malaysia mempunyai undang undang yang sistematik dan betul, sesuai untuk semua orang dan terbukti ia berkesan kerana jumlah jenayah semakin berkurangan. Sape yang cakap camtu, berhati hatilah kerana anda sudah mencabar kekuasaan Allah,,, errr takut! 

Kenapa aku kata begitu?

Saturday, October 8, 2011

Menanti Pets Menemani Di Kolej

بسم الله الرحمن الرحيم

Haaaa kehkehkeh ahahahaha huhuhu kahkahkah hehehe entahla....
Sekarang tengah fikir sangat² camne nak bela pets kat kolej,,, rase sangat bosan takde peneman yang setia selain kawan kat sini,,,hahaha

Desert Horned Lizard & Bearded Dragon

Mana satu nak pilih ney? DHL(Desert Horned Lizard) lebih murah berbanding BD(Bearded Dragon). DHL berharga RM220 manakala BD berharga RM380. Seperti sedia maklum, aku memang nak beli sepasang,,, huhu tapi yang murah tu susah nak jaga sebab temperature nak macam kat padang pasir, malam pun nak paling rendah 40°C. Makanan pulak nak kerengga,,,haha payah kowt tapi BD plak cengkerik dan akuarium nak kena besar,,,huhu mana satu aku nak pilih ni...???
Tapi kedua dua sangat jinak!



Chinchilla & Praire Dog
Nak bela yang mahal mahal saja,,,haha semua orang yang sukakan haiwan, mesti syorkan Chinchilla tu,,,huhu sebab dia lebih comel dengan ekor dia dan bulunya yang lembut seakan sutera! Tapi pada aku dua dua comel! Chinchilla lebih kecik berbanding PD(Praire Dog) tapi harga sebaliknya! Chinchilla seekor sahaja memakan RM800 manakala Praire Dog RM680... Makanan mereka sama je seperti arnab, hamster... Sangkar untuk Chinchilla lebih mudah selenggara berbanding PD,,, tapi PD tak silap aku just letak bakul dengan kain pun dah ok tapi kang tetiba balik bilik tengok abes dia gigit buku, almari, kasut aku nanti,,,hahaha bersepah! So mana nak pilih ney? errrrrr


So, konklusinya?????
Entah tak tahu nak confirmkan camne,,, ok anda cuba bayangkan situasi aku ni camne....

  1. Roomate aku seorang perokok
  2. Roomate aku geli dengan binatang reptilia di atas
  3. Bilik aku sentiasa sejuk, jarang panas
  4. Bilik aku jauh dengan sumber air (tandas)
  5. Takde kenderaan jika makanan mereka habis (makanan hidup;cengkerik)

Dah dapat bayang situasi tu camne? Aku bukan apa, kalau nak beli sesuatu pets tu biarlah berpasangan sebab aku tahu, dia mempunyai nafsu. Takkan dia bernafsu dengan manusia plak?! Gilaaa! hahaha dan bila dapat baby, insyaAllah aku akan utamakan untuk keluarga yang terdekat untuk adopt baby tu atau tidak, kalau takde, aku akan jual,,,dan di situlah bermulanya bisnes aku... 

Peringatan kepada diri sendiri dan orang di luar sana... Janganlah kerana kita nak duit, kita membiakkan sesuatu haiwan tu tapi tak menjaga dengan betul, dia makhluk yang bernyawa! Sebenarnya haiwan haiwan kat kedai Pet Shop tu semua tak semestinya dijaga dengan elok, harap harga je mahal

So, pandangan anda? Mintak pendapat anda sekalian,,,hehe


Thursday, October 6, 2011

YES Terbaek!!!

بسم الله الرحمن الرحيم


Apa ni? Aku dah ada broadband, kat kolej pun ada wifi tapi kenapa nak ada Broadband 4G Yes? Errr aku anggap ia percuma la senang kata,,,, tak ambik sangat rugi kan... tapi baca info dibawah ni


YES ianya Percuma
Pelajar baru semester ni dapat percuma broadband ni sebab UPM dibawah program EPP. Dah tu kitaorang dapat 300MB percuma dan setiap bulan dapat RM9! Lumayan bukan? So apa kata ambik je,,,hehe tapi percuma ini hanya bagi pelajar universiti je r yang di bawah program EPP tu... dan kalau dah guna melebihi RM9, kena topup sendiri lar hahaha

YES ianya Laju
Kenapa laju? Sebab masih tak ramai yang guna 4G Yes ni,,, kelajuan 4-6Mbps tanpa throttle! Tapi serius laju amat, kalau tengok video kat Youtube takde buffering langsung! Hahaha dan kredit pun mengalir tanpa sekat sekat la,,,haha

Mari kita tengok caj kadar yang ditetapkan...

9sen/3mb = 3sen untuk 1mb usage
5gb usage = 5000mb x Rm0.03 = RM150
Mahal tak? Pada aku ok kowt tapi dia tetap mahal berbanding broadband lain seperti P1Wimax-Maxis-Celcom-Digi

Setakat ni, hanya beberapa tempat je la yang ada liputan 4G Yes ni, Universiti yang ada liputan setakat ini -adalah UPM-UKM-UM-UTM-Utar...




Kecewa + Gembira = ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ahad 2Okt lepas, UPM macam² buat aktiviti,,,,, geram plak cam takde tarikh lain je,,haha yang dirancang nak pergi adalah Dogathon tapi tetiba diberitahu bahawa ada Starting School! Memang aku sumpah serana je program tu,,,haha *jangan caye plak,hahaha*

Pagi tu bangun dengan takde semangat langsung -.-' dah la kena bangun seawalnya, pastu tetiba pakcik bas kata, "Bas akan datang lepas 1 jam nanti, tu lah sape yang tak tahu tak tengok jadual memang susah"
dalam hati aku berkata, "wahai pakcik ku, kitaorang tahu lah, masalahnya bas tu macam ikut time je selalu, dan saya yakin bas tu jap lagi datang memandangkan tadi masih ramai yang tak dapat naik, takkan pemandu bas tu nak biarkan saja kan,,,"
Kenapa susah nak dapat bas? sebab Fakulti Pertanian ni jauh, terpencil dan keluar dari UPM kerana nak bersebelahan dan dekat dengan ladang ternakan kami,,,hehe

Sampai je fakulti, terus pergi tengok senarai nama masuk group mane. OK hampa sekejap sebab langsung tak kenal budak² satu kumpulan.... Masuk je kelas, ok sorang budak cina yang kenal,,bole laa
Tetiba datang lagi sorang lelaki duduk sebelah aku, berkenalan apa semua dan komen sana sini tentang Starting School yang bosan ney,,,haha

Jam 8.30am, fasi pun masuk yang diberi nama Prof Madya Dr Faizah Abood. Sangat happening orangnya, dan disitulah bermulanya hati aku tertarik padanya,,,hahaha Perkara biasa adalah breaking ice! Yup sangat best ye cara dia mengendalikan acara breaking ice tu yang selalu pada aku sangat errrrrr *tak boleh nak cakap* haha

Menulis kelemahan dan kekuatan diri

Mengenai slot ini, setiap orang mesti mempunyai kata adjaktif untuk nama masing²,,, kalau nama aku Muezz, so kena cari perkataan English yang bermula huruf M,,,, punya lah payah aku mencari sebab aku tak banyak word dalam English ni, member sebelah tu Muz dah ambik Mystery Muz dan depan aku Mystical Mar... last² aku ambik word Majestic! hahah Majestic Muezz ;p
Slot ini aku menerangkan lah segala kelemahan aku dan kelebihan,,, aku pun menceritakan sedikit tentang aku ni seorang Pecinta Alam then aku pun elaborate lah isi aku tuh,,,best ^^ dan last² sebelum kelas habis semua bagi kertas mahjong kat aku sebab aku care tentang alam kan, taknak sepah² dan cemarkan alam,,, cehhh abes korang ni tak nak jaga alam la ney,,, -.-' hhahaa




Seperti biasa lah kan presentation bagai dalam teamwork. And im think im more better to do this things. Cuma role play aku memegang watak just yang simple tak banyak kerenah seperti pekerja yang kena marah buat proposal,,haha lagi satu role play, aku menjadi sebagai pencerita sahaja but in English >.<


Lepas role play tentang lagu yang diberikan, kami dipersembahkan video klip lagu tersebut

Kumpulan kitaorang selalu keluar lambat waktu rehat sebab fasi kitaorang tak ikut modul,,, buat aktiviti sendiri tapi tetap konsep yang sama,,,hehe kitaorang diberi lirik lagu Firework by Katy Perry,,, haha slot yang ni sangat lawak sebab semua kena speak dalam English dan aku plak dilantik jadi bendahari untuk memungut denda sesape yang cakap bahasa Melayu,,, serius sangat SPEECHLESS,,,haha paling lawak apabila aku nak cakap lagu ni ayat yang atas tu just bunga², part korus baru isi sebenar,,, aku tatau nak cakap apa, then aku cakap je Flower Flower,,,hahahaha semua gelak tak benti²,,,aku tak boleh ingat time tu,,,huhu


Permainan ni lah paling last sekali,,, kalau aku ditempatkan kat situ,,,hmmm sure aku kalah,,,haha sebab dia kena paham apa yang Fasi tu cakap dalam bahasa Inggeris,,, dan nasib aku jadi pembantu je kat situ,,,hehe

Overall program ni sangat menyeronokkan,,, sebelum tu dah tensyen kan,,, aku dah tak kisah tak dapat pergi Dogathon,,,huhu banyak yang aku dapat dari program ni,,, soft skill, communication skill and more,,,

Dogathon tu tengok gambar pun jadi lah,,,hehehe


Wednesday, October 5, 2011

Happy Birthday Dean

بسم الله الرحمن الرحيم



Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Muhamad Najmuddin Alias!!! Semoga anda sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah... Semoga murah rezeki hendaknya dan dipanjang kan umurnya dipenuhi dengan keimanan... ^^

Sori tak dapat nak sambut macam ko sambut besday aku,,, huhu

Haaaa nama kau terpampang kat henpon aku hari ini besday kau... hasil buatan kau sendiri,,,hehehe Aku tak dapat nak bagi hadiah tetapi hanya ucapan ini saja,,,haha Tapi aku tak puas hati sebab tak dapat nak kena kan kau waktu besday ney!!! tak dapat nak tenyeh kek kat muka kau lagi,,,,haha ;p peace no war!!!

Semoga kau dapat capai apa yang diimpikan ea,,, ;-) Hidop Abe Dean!!!


Sunday, October 2, 2011

Hensem Itu Idaman Seorang Lelaki?

بسم الله الرحمن الرحيم

Haaa apehal tajuk kali ni pasal hensem(handsome) plak,,,hehe OK lah, aku nak bagi pandangan sikit tentang hensemnya seorang lelaki ni ataupun kacak. Semua lelaki memang mengidamkan wajah mereka tampil dengan kacak. Kacak boleh dibahagikan kepada 
  • Hensem + Macho
  • Hensem + Comel/jambu
  • Hensem + Smart

Hensem + Macho ni jenis yang macho r, nampak kelakian dan maskulin! Jenis macam gini, perempuan just suka, tapi kalau dibuat suami kena jaga² sebab mungkin dia tak setia.

Hensem + Comel plak jenis macam artis² Korea/Jepun tu... ni lagilah perempuan gila abes² sampai tak boleh tidur malam bagai, last² kahwin gak dengan lelaki melayu,,,hahaha tapi aku pelik kenapa perempuan zaman sekarang ramai suka lelaki yang macam gini. Lelaki jenis ini mudah buat perempuan jatuh hati, means cara bercakap dan mimik muka bila bercakap, ye lar perempuan kan suka benda comel,hahaha

Hensem + Smart ni jenis yang smart lah, skema pun boleh... jenis cam gini makcik² suka lah,,,hehe tapi smart is the best r! Tak selekeh, rambut takde nak style², baju pun kemas, takde nak berfesyen bagai. Boleh dikatakan simple gak r... Lelaki smart ni perempuan jarang² suka, tapi mak mentua suka kalau menantu dia macamgini...tapi lelaki smart sayang sangat kat isteri!

OK memang betul kebanyakkan lelaki akan cakap tak kisah paras rupa mereka samada kacak atau sebaliknya. Tetapi jika mereka diberi keajaiban tiba² menjadi hensem, mestilah orang itu tersangat gembira dan eksited! Walaupun sekadar dalam hati sekalipun...

Aku? Aku sebenarnya fedup dah nak jadi lelaki yang hensem dan kacak ney, errr hahaha salah satu kurangnya kenyakinan aku ialah kerana aku tak hensem,huhu dulu macam² aku buat *takde lah macam²*. 

Metroseksual tu apa? Aku beritahu serba sedikit lah,,, Lelaki yang Metroseksual ni mementingkan tampil hidup yang bergaya dan kacak. Penggunaan pencuci muka, penyegar, mencukur / trim janggut dan bulu lain adalah senario biasa bagi jejaka ini. Lelaki ini menitikberatkan soal penampilan serta peka soal penjagaan kulit wajah.

Aku pun ada kawan yang Metroseksual, dia dikategorikan hensem+smart. Memang ramai kawan perempuan, bila jalan dengan dia, ada je budak perempuan tegur dia sampai kekadang dia pun tak kenal *ehh sama macam aku je,hahaha* dan aku rimas tengok dia sangat jaga penampilan,,,hehe kalau aku, tak larat....hahaha kalau nak pergi kelas dengan dia, pergi lah bilik dia jap,, dari hujung rambut sampai hujung kaki dia menjaga dan bersiap,,,kalau aku setakat minyak rambut, sikat, perfume dan teros pergi kelas,,,hehe

Uberseksual plak bermaksud lelaki yang lebih bersemangat kepada tujuan dan prinsip, suka pada bisnes, politik dan hal ehwal dunia. Lelaki jenis ni kira yang bijak la dan tak suka bercakap kosong dalam perbualan, hanya sekadar gurauan saja. Lelaki yang macam ni susah nak cari...

Dan dari pandangan aku la kan, perempuan zaman sekarang tak suka lelaki Uberseksual malah Metroseksual juga. Pelik? hahaha perempuan zaman sekarang suka kan lelaki yang sporting, perangai kebudak budakan, buat lawak dan seumpanya... betul tak? 

Aku? Metroseksual atau Uberseksual? Entah, macam dua² tak,,,haha habis tu aku kategori mana? Aku hanyalah lelaki yang biasa. Fesyen dan penampilan wajah biasa² saje, tidak keterlaluan...

Aku dikategorikan hensem + smart - macho - comel?
hahaha takde kan,,,?

Ingatlah lelaki di luar sana, kacak anda itu adalah sementara je *jeles ni* haha
Apa² pun, bersyukur dengan yang dikurniakan Allah kepada kita...

Tak semestinya perempuan itu memilih suami yang hensem² je kan,,, yang penting jadi diri sendiri dan jangan ikut orang... Be yourself! *untuk diri aku juga* (pesanan Su)

Tengok perbualan FB aku di bawah, bergaduh pasal sape paling hensem :D


Nak tergelak aku baca komen² aku ni... ok la, pada aku nak perasan jadi hensem ni boleh je tapi jangan melampau r,,,hahaha tapi yang aku tengah berlawan ni memang agak hensem r, semua budak KMM kenal dia, sebab tu aku tonyoh dakwat kat nama dia, haha trademark dia "susah betol jadi orang hensem nih, semue nak jeles
macam nak kena penampar je! haha gurau²
anyway budak di atas ni lah selalu buat aku malu kat KMM, selalu dimalukan~ >.<

Allah pandang hambanya semua sama, yang Allah pandang adalah hati... Ingat tu :)


Wednesday, September 28, 2011

Serius! Kerinduan Sedang Melanda

بسم الله الرحمن الرحيم

Haaa rindu sape tu???  kehkehkeh rindu kat member matrix! Serius, aku sangat merindui waktu dulu²... arrrr lepas berborak kat group kitaorang, semua eksited nak jumpa, nak reunion bagai, tempat yang disyorkan yang pertama adalah Pulau Pangkor,,,gempak tak gempak kan? haha pastu cadang nak pergi zoo, aku kena Boooo plak dengan diaorang,,,haha memang siot


Haaa aku slalu kena booo,,, -.-' Kitaorang rancang nak buat BBQ lagi, sebab sebelum ni pernah buat BBQ dengan jayanya kat KMM sampai orang lain tengok, fikir tu jamuan blok, padahal kita² je... hehe 
Kat atas tu dah bezakan bila semua orang cuti serentak, tapi budak UTM tak sama plak dan sangat sekejap, so kesian kat Bad, Su & Apiz. Aku ambik keputusan, nanti aku nak pergi jenguk diaorang kat UTM,,, i miss them so much!!! Agak² apalah perubahan mereka lepas menjadi mahasiswa,,,haha

Harap reunion kita menjadi!!! hehe jangan makan bajet tinggi sudah ^^

Tadi member tengok wallpaper laptop aku, dia kata,,, "Wah meriahnya korang, bestnye"
Aku jawab " Yup, memori paling best adalah kat KMM" ^^

Ni lah wallpaper tu...


Dan harap² memori di UPM ni pun penuh dengan manis dan indah melebihi dari kepahitan!