Sunday, October 2, 2011

Hensem Itu Idaman Seorang Lelaki?

بسم الله الرحمن الرحيم

Haaa apehal tajuk kali ni pasal hensem(handsome) plak,,,hehe OK lah, aku nak bagi pandangan sikit tentang hensemnya seorang lelaki ni ataupun kacak. Semua lelaki memang mengidamkan wajah mereka tampil dengan kacak. Kacak boleh dibahagikan kepada 
  • Hensem + Macho
  • Hensem + Comel/jambu
  • Hensem + Smart

Hensem + Macho ni jenis yang macho r, nampak kelakian dan maskulin! Jenis macam gini, perempuan just suka, tapi kalau dibuat suami kena jaga² sebab mungkin dia tak setia.

Hensem + Comel plak jenis macam artis² Korea/Jepun tu... ni lagilah perempuan gila abes² sampai tak boleh tidur malam bagai, last² kahwin gak dengan lelaki melayu,,,hahaha tapi aku pelik kenapa perempuan zaman sekarang ramai suka lelaki yang macam gini. Lelaki jenis ini mudah buat perempuan jatuh hati, means cara bercakap dan mimik muka bila bercakap, ye lar perempuan kan suka benda comel,hahaha

Hensem + Smart ni jenis yang smart lah, skema pun boleh... jenis cam gini makcik² suka lah,,,hehe tapi smart is the best r! Tak selekeh, rambut takde nak style², baju pun kemas, takde nak berfesyen bagai. Boleh dikatakan simple gak r... Lelaki smart ni perempuan jarang² suka, tapi mak mentua suka kalau menantu dia macamgini...tapi lelaki smart sayang sangat kat isteri!

OK memang betul kebanyakkan lelaki akan cakap tak kisah paras rupa mereka samada kacak atau sebaliknya. Tetapi jika mereka diberi keajaiban tiba² menjadi hensem, mestilah orang itu tersangat gembira dan eksited! Walaupun sekadar dalam hati sekalipun...

Aku? Aku sebenarnya fedup dah nak jadi lelaki yang hensem dan kacak ney, errr hahaha salah satu kurangnya kenyakinan aku ialah kerana aku tak hensem,huhu dulu macam² aku buat *takde lah macam²*. 

Metroseksual tu apa? Aku beritahu serba sedikit lah,,, Lelaki yang Metroseksual ni mementingkan tampil hidup yang bergaya dan kacak. Penggunaan pencuci muka, penyegar, mencukur / trim janggut dan bulu lain adalah senario biasa bagi jejaka ini. Lelaki ini menitikberatkan soal penampilan serta peka soal penjagaan kulit wajah.

Aku pun ada kawan yang Metroseksual, dia dikategorikan hensem+smart. Memang ramai kawan perempuan, bila jalan dengan dia, ada je budak perempuan tegur dia sampai kekadang dia pun tak kenal *ehh sama macam aku je,hahaha* dan aku rimas tengok dia sangat jaga penampilan,,,hehe kalau aku, tak larat....hahaha kalau nak pergi kelas dengan dia, pergi lah bilik dia jap,, dari hujung rambut sampai hujung kaki dia menjaga dan bersiap,,,kalau aku setakat minyak rambut, sikat, perfume dan teros pergi kelas,,,hehe

Uberseksual plak bermaksud lelaki yang lebih bersemangat kepada tujuan dan prinsip, suka pada bisnes, politik dan hal ehwal dunia. Lelaki jenis ni kira yang bijak la dan tak suka bercakap kosong dalam perbualan, hanya sekadar gurauan saja. Lelaki yang macam ni susah nak cari...

Dan dari pandangan aku la kan, perempuan zaman sekarang tak suka lelaki Uberseksual malah Metroseksual juga. Pelik? hahaha perempuan zaman sekarang suka kan lelaki yang sporting, perangai kebudak budakan, buat lawak dan seumpanya... betul tak? 

Aku? Metroseksual atau Uberseksual? Entah, macam dua² tak,,,haha habis tu aku kategori mana? Aku hanyalah lelaki yang biasa. Fesyen dan penampilan wajah biasa² saje, tidak keterlaluan...

Aku dikategorikan hensem + smart - macho - comel?
hahaha takde kan,,,?

Ingatlah lelaki di luar sana, kacak anda itu adalah sementara je *jeles ni* haha
Apa² pun, bersyukur dengan yang dikurniakan Allah kepada kita...

Tak semestinya perempuan itu memilih suami yang hensem² je kan,,, yang penting jadi diri sendiri dan jangan ikut orang... Be yourself! *untuk diri aku juga* (pesanan Su)

Tengok perbualan FB aku di bawah, bergaduh pasal sape paling hensem :D


Nak tergelak aku baca komen² aku ni... ok la, pada aku nak perasan jadi hensem ni boleh je tapi jangan melampau r,,,hahaha tapi yang aku tengah berlawan ni memang agak hensem r, semua budak KMM kenal dia, sebab tu aku tonyoh dakwat kat nama dia, haha trademark dia "susah betol jadi orang hensem nih, semue nak jeles
macam nak kena penampar je! haha gurau²
anyway budak di atas ni lah selalu buat aku malu kat KMM, selalu dimalukan~ >.<

Allah pandang hambanya semua sama, yang Allah pandang adalah hati... Ingat tu :)


4 comments:

Fatihah Mustapa said...

haha.. bersyukur la adik muezz. semua manusia born with kelebihan masing2.
kalau akak la, biar tak cantik kat pandangan manusia, tapi cantk kat pandangan Allah dah memadai. kan? x)

Noor Amirah Mohd Nor said...

muez, ko jnis hensem+jambu..
sbb tu aku xjatuh cinta ngn ko..
agagaga..
rse mcm nk gelak guling2 bce topik ni..

muezz@blaz said...

@kak teha-haha bsyukur sgt da ney ^^ btol tu, yg penting Allah,,, insyaAllah...

@amirah-haha aku pun nak tergelak sbb xde post nk wat lg,,,

Nora Al-Tav said...

okay....sekarang dah faham....