Sunday, October 9, 2011

Mencabar Allah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Takut tak baca tajuk tu? Siapa yang berani mencabar Allah tu selain orang yang bukan Islam dan yang murtad tu? Hissshhhh tunggu je lah azab dari Allah!

Masa berlalu, sehingga sekarang dan ia takkan berhenti melainkan dengan izin-Nya. Tengok keadaan Malaysia sendiri... wahhh ada yang rasa dan bangga dengan Malaysia sebab negara aman. Kenapa aman? Sebab Malaysia mempunyai undang undang yang sistematik dan betul, sesuai untuk semua orang dan terbukti ia berkesan kerana jumlah jenayah semakin berkurangan. Sape yang cakap camtu, berhati hatilah kerana anda sudah mencabar kekuasaan Allah,,, errr takut! 

Kenapa aku kata begitu?
Sebab dia bangga sangat dengan hukum yang dibuat oleh manusia sendiri dan letak hukum Allah di bawah! Ya Allah, sape yang terlibat tu tolonglah bertaubat... Korang rasa aku cakap benda ni betul atau aku reka semata mata je?

Kat dunia, hanya ada dua sahaja hukum, hukum Allah atau hukum Jahiliyah. Hanya ada dua sahaja, takde tambah tambah, kalau nak tambah jugak, automatik termasuk dalam hukum Jahiliyah. Hukum hudud antara termasuk dalam kategori hukum Allah. Banyak lagi hukum Allah selain hudud, cuma kita perlu belajar sebab negara Malaysia ni tak beri penekanan yang lebih terhadap Ilmu Islam padahal ianya Fardhu Ain*Wajib* tapi bahasa Inggeris? Perhhh memang hebat kan nak suruh budak pandai.


Nak tak nak, kita semua kena berusaha lah mempelajari ilmu Islam tu, pandai pandai lah cari buku, cari ustaz dan yang paling terbaik al-Quran sendiri, kata kata Allah direct terus kepada kita. Di akhirat, bila Allah tanya tentang ilmu fardhu ain, kita boleh jawab sebab kita berusaha semampu kita untuk mempelajari ilmu Allah. Allah maha memahami ;)

Aku sampaikan ni bukan memihak mana mana parti politik, tak kisah kita parti politik mana pun, Islam tetap dipertahankan. Kenapa korang semua tak buka minda tentang benda ni? OK, tengok situasi negara negara lain, apabila minoriti rakyat Islam, merana yang minoriti tu tapi apabila majoriti rakyat Islam, yang minoriti tu selamat aman sejahtera je... Nampak tak? 

Di Malaysia, majoriti Islam, tapi takut nak pertahankan Islam? Pelik kan? Sudah tentu Islam akan menang, kata Demokrasi??? Baru kena ugut keluar parti, dah takut. Sesungguhnya golongan itu telah menukar ayat Allah dengan harga yang murah. Rugi yang amat amat,,,, sebab apa takut kalah? sebab rakyat Islam sendiri pun tak sokong,,,camne tu... sedih sangat! 



Kenapa ada istilah Islamphobia? Kesiannya Islam memang dah kat bawah sangat, jatuh rangking, silap silap kalah dengan golongan atheis. Sebab umat Islam sendiri tak paham dengan maksud berjihad di jalan Allah. Jihad sekarang bukan bom berani mati dan yang memecahbelahkan rakyat serta buat kekecohan. Ambil pelajaran dari sunnah Nabi s.a.w. ketika membuat perjanjian Hudaibiyah. Umat Islam takkan tak marah apabila mendengar pembunuhan Uthman bin Affan kerana ingin menerangkan kepada pihak Musyrikin bahawa umat Islam dari madinah nak ke Mekah hanya untuk menunaikan haji. Nabi s.a.w pun buat perjanjian kepada orang Musyrikin untuk menuntut kematian sahabatnya, iaitu antaranya :
  • Gencatan senjata selama 10 tahun
  • Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
  • Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
  • Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
  • Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu dalam peperangan
Ada lagi sebenarnya...tapi ambik ni saja untuk jelaskan...
Tak adil bukan? Tapi kenapa Rasulullah terima? Haaa itulah terbaiknya Rasul kita. Corak politik baginda yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran. Biarlah orang Quraisy dari Madinah tak dapat balik kerana disitulah gunanya mereka untuk menyampaikan syiar Islam dan berdakwah. Hasilnya sangat berkesan sehingga Islam diiktiraf! Hebat! Jihad sekarang adalah nafsu dan minda. Perang perang tu nanti dulu, tunggu dia serang kita, baru kita berperang! Masalahnya, pemikiran kita dijajah, mereka guna taktik halus, kita pun perlu guna taktik halus untuk menyerang minda minda kita kembali pada fitrah iaitu berfikiran secara Islam.

Pasal murtad, betul memang betul orang yang murtad itu dihukum bunuh, tapi bukan sewenang wenang kita nak bunuh dia, tu lah masalah masyarakat Islam sendiri tak paham sehingga menimbulkan masalah terhadap Islam sendiri. Aku ada member yang murtad, dia mempertikaikan kenapa Islam ni nak bunuh bunuh orang sebab itu hak dia nak memilih agama mana pun. Kesian sangat sebab dia tak paham, sebab tu dia  murtad, kesian keluarga dan kawan kawan dia, penat menasihati tapi tak berjaya jugak... aku harap Ya Allah, dia diberi hidayah kali kedua dari mu Ya Allah... kembalikan dia kepada kami(Islam) 

Apa apa pun, bangunlah umat Islam sekalian, berjihad lawan nafsu tu paling utama! Berjihad dengan minda! Bebaskan minda yang dijajah tu! 

Allah bila bila je boleh bagi bencana kat Malaysia ni sebab ramai sangat yang mencabar kuasaNya. Apa pun kita kena prepare untuk diri sendiri sebab bencana tu mungkin terkena pada kita, sebelum terkena lebih baik bersedia untuk menuju kematian itu,,,takut plak,,, Ingat bila bila sahaja, anytime!

Ingat, tiada alasan taknak gunakan hukum Allah sebab zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. pun ada ramai bangsa, kaum serta agama. Sebab tu lah baginda suruh rujuk al-Quran dan sunnahnya bagaimana nak makmurkan dunia milik Allah ni,,,,haihh tolonglah paham rakyat Malaysia yang Islam....

Tak guna dah nak beritahu pihak atasan kerana mereka takkan dengar dan pandang remeh je kat kita sebab kebanyakan pemimpin sekarang mana pernah rasa duduk bawah, tak pernah rasa duduk susah. Realiti ok! Bacalah sejarah, takkan setakat kat sekolah je kowt kita baca. Sebab tu mereka tak memahami.... Harap Allah pelihara aku dari Syaitan terkutuk dan berilah kemakmuran di Malaysia dengan keredhaan Mu serta berilah petunjuk serta hidayah kepada pemimpin pemimpin kami tak kira setinggi tinggi jawatan sehingga tukang sapu sekalipun...

1 comment:

Farhana Hameed said...

*.....sigh.....*

mmg isu yg takkan habis dibincangkan bilamana takde langkah proaktif diambil.. -____-'