Tuesday, July 19, 2011

Haih Biawak... Biawak...

بسم الله الرحمن الرحيم

Biawak ni tadi hampir² membuat aku eksiden -.-' cuak tadi,,, elok² kau dah lintas,,, aku lalu yang kau patah balik buat apa?! haih nasib je tadi... disebabkan peristiwa tadi membuatkan aku nak research sikit tentang biawak ni la,,,hehehe 

Biawak dalam bahasa Inggeris adalah monitor lizard ok... Mempunyai 70 spesis (lebih kurang)... Kebanyakkan karnivor tetapi ada beberapa spesis biawak yang makan buah. Malaysia adalah salah satu penempatan biawak lagi² di Pulau Tioman dan Pahang. Biawak Savannah kebiasaannya dijadikan haiwan peliharaan kerana kosnya yang kecil dan saiznya berbanding  Nile monitorswhite throated monitorswater monitors, mangrove monitors, emerald tree monitorsblack tree monitorsacanthurus monitorsquince monitorscrocodile monitors dan komodo dragons. Spesis susah nak dijadikan pets sebab memerlukan tempat persembunyian, substrat yang sesuai, hidangan air yang besar untuk rendam kan seluruh badannya. Semulajadi, biawak makan apa saja, tetapi kalau dalam kurungan (pets) diet mereka adalah cengkerik dan ulat juga telur rebus... payah²... -.-'

Spesis biawak yang bertuah duduk di Malaysia adalah spesis Varanus salvator 

Asian Water Monitor kebanyakkan di Malaysia

Biawak Savannah popular dalam kalangan peminat biawak

Perentie sejenis biawak yang cantik coraknya...

Nile monitor seperti buaya

Biawak Emerald Pokok

Komodo Dragon adalah spesis biawak terbesar...

Komodo Dragon adalah spesis biawak paling bahaya sebab dia boleh memakan manusia... errr cara dia membunuh manusia dengan menggigit manusia tu,,,sejurus itu dia telah menyebarkan racun ke dalam badan manusia itu,,, dan akan membiarkan manusia itu lari kerana si biawak ini tahu budak itu tak dapat bertahan,,,hehehe dan jikalau kita bagi pilihan kat dia, daging busuk atau daging segar? Semestinya dia akan memilih daging busuk!

Inilah realitinya kehidupan seekor biawak ^^
Tetiba minat plak nak mengkaji haiwan ni,,,hehehe 



3 comments:

NuMeeQah said...

xhabis2 dgn iguana aka biawak kau hahahaha~

muezz@blaz said...

>.<
iguana bukan biawak
iguana lagi comel haha

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

hahahha stuju.....iguana lagi chomell!!!~~~
kihkihkih~~~
:'D