Friday, October 28, 2011

Gelaran Bertukar?

بسم الله الرحمن الرحيم

Nama apa lagi Muezz oiii, nama dah sedap,famous nak ubah apa lagi??? Hahaha bukan apa, ni berkenaan dengan pets,,, sebelum ini aku lebih dikenali dengan Iguana sebab aku ada Iguana dan selalu bercerita tentang Iguana dan bagi tips kepada orang yang membela Iguana! Dan aku juga terkenal dengan Iguana, bila Iguana ada keluar kat TV, cepat² orang mesej suruh bukak TV, kalau terjumpa mengkarung kat kebun, cepat² orang panggil aku *mereka ingat itu Iguana* dan semua tahu aku sangat suka kat Iguana! Sedih sebenarnya!!!!!! T.T


Sekarang nama atau gelaran itu perlu ditinggalkan dan jangan diingatkan lagi,,,cehhh takde la sampai jangan dikenang sangat, sebab aku dah takde Iguana, orang lain pun tak berminat nak tanya aku sebab aku takde, berbekalkan pengalaman yang sekejap dan sepupu aku pun, sape yang percaya? hahaha sekarang aku lebih selesa dengan Hedgehog.

Orang terjumpa blog aku semua disebabkan google Hedgehog, orang friend aku kat FB pun sebab Hedgehog, aku dapat mesej pun sebab Hedgehog, orang tag nama aku pun sebab Hedgehog. OK sangat best sangat dapat mencurahkan sedikit
ilmu dan pengalaman kepada mereka! Terima kasih lah pada yang mempromote diri ini,,,huhu Sekarang gelaran aku Muezz and The Hedgie! hehehe sekarang pun post pasal Hedgehog sedang menaik dengan mendadak kat blog aku lagi satu Tips Penjagaan Haiwan Kesayangan. Iguana jap lagi kalah la tu,,,, selamat tinggal Iguana,,,hehe


Sekarang post yang tengah top adalah pasal sangkar, sebab ramai yang tanya sebelum beli apa perlu buat, dan sangkar amat penting sebab ia menjadi rumah dan wilayah bagi haiwan itu, jangankan haiwan, manusia pun perlu kan rumah sebelum berpindah kan :)


Lepas ni, kalau Hedgehog aku melahirkan anak lagi, aku akan ambek gambar, buat report tiap minggu atau setiap perubahan yang berlaku dan aku akan share kat korang... lebih sikit bukti tu, tapi sebelum ni memang dah rancang tapi tetiba gambar dalam kamera kene buang, memang satu hari tu aku panas gila! Sabar je la yang mampu,,, tak dapat nak buat jurnal untuk LaloLa aku tu,,,,uhuk uhuk

P/s : Kalau korang nak masuk group <3 We LOVE aNiMaLs <3 ni, dijemput eh, kerana disini la komuniti pencinta haiwan berbicang dan bertanya tentang haiwan peliharaan masing masing! Tapi kalau korang tanya pasal Hedgehog kat dalam tu, sure admin terus suruh tanya aku,,,lebih baik korang tanya aku secara direct eh, tapi pastikan PM dulu la eh sebab aku takkan approve orang yang tak kenal,,,heee

Aku bukan master tapi cuma banyak pengalaman je,,, insyaAllah aku boleh membantu ;)

Sejarah ringkas sepanjang hidup LaloLa yang sudah mempunyai 7 keturunan,,,kehkehkeh klik sini


2 comments:

Noor Amirah Mohd Nor said...

ceh ko..
aku bleh wat peribahasa baru..
bagai muez lpekn iguana..
haha..
cmne ko nk tngkp gmbr hedgehog ko??
ko kn kt UPM??

muezz@blaz said...

bukan nak lupekan tp TERPAKSA,,,hoho

tu la yg menjadi kekangan sebenarnya