Tuesday, May 3, 2011

Aktiviti Di Zoo Melaka

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah aktiviti kat Zoo Melaka pun aku dapat pergi,,,bukan apa, hanya dua orang setiap praktikum yang dipilih untuk buat assignment...kehkehkeh aku terfikir gak,, asep aku je yg terlibat cam tak adil,,, tapi dalam hati memang sangat nak pergi,,,bertuah aku sebab budak2 kelas aku sangat memahami dan baik hati sebulat suara pilih suruh aku yang pergi ;-) thanks sangat,,,!
Love mereka!!! hehehe

Epul terpakse tido bilik aku takot2 kalau dia tak bangun esok pagi... Then Suboh tu dia yang bangun dulu,,,hahaha punya lah semangat aku ney.
Pagi2 tu macam biase kena berkumpul untuk taklimat,,,kate pukul 7.30 pagi kan tapi pensyarah yang lambat,,,hahaha takpe la,,,huhuhu Yeah! semangat2! Kitaorang diberi sedikit sarapan (roti-kuih-air kotak).

Tiba2 pensyarah cakap naik bas ikut jadual yang dah ditetapkan,,,errr alamak tak tengok,,,terlupa...! Hahahah lantak r,,,masa nak naik bas,,,ada attendant plak tuh,,,huhuhu gamble je r,,, tiba2 cik Syazwani call aku,,,
"Eh Muezz awak naek bas mane tu,,,salah tu,,,bas awak yang lagi satu, cepat2 turun, name awak ade kat sini"
"Ala cikgu,,,takpela,,,bas sane takde member r,,,saye da dudok ney" balas aku,,,hehehehe
"Ha yelah yelah, ikot suke awak r,,,cik Syazwani berkata....hahaha sori cikgu~

Dalam setengah jam dah sampai,,,dekat jerk! kehkehkeh
Ha sampai kat zoo,,,excited aku mula tercapai,,,ntah pape je,cam dak kecik,,,hahaha ok sekarang kena berkumpul bersama partner untuk diberikan tugasan.... Gambar sebelah ney adalah format untuk folio yang kena buat nanti... 12 senarai haiwan yang perlu aku cari serta Nama Saintifik,Kelas dan Ciri2 Fizikal...
Masa yang diberi sangat pendek OK! Bab ni lah yang kitaorang tak puas hati,,,bagi 40 minit saje,,, Zoo Melaka dah la besaw! Aku cakap kat Nora(partner) "Nora,nanti ko gi cari haiwan2 tu,aku ambek gambar je eh" huhuhu sebenarnya aku nak enjoy sikit kat zoo ney bukan semata-mata buat assignment ni,,, -.-'

Hu~ penat sebab terpaksa kejar masa,,, >.< tak sempat sangat nak bermesra dengan gajah,kuda dan tak lupa gak Iguana!!! Tapi yang paling best bahagian memerang,,,hahaha dia ajak maen,,,hahaha sangat comel!!! Tapi sayang kitaorang tak dapat lame2,,, -.-'
Bersama Partner (Nora) dalam Aktiviti tu

Ok dah siap,,,tak dapat cari dua haiwan jerk,,,Hering Himalaya & Indian Black Eagle,,,huhuhu tu la,,,nak cepat punya pasal sampai tak perasan rupanya ada,,,hahahaha. Then singgah kat kedai cendermata,,,nak tengok mana2 berkenan sebab Dean pulak kirim keychain,,, tapi tiba2 Miss Hazel dah marah2 sowh berkumpul kat luar nak naik bas sebab dah lambat,,, -.-' lagi skali mengeluh.... memang macam dak sekolah,,,tapi takpe la...yang penting dapat pergi....^^

Acap-Erul-MuEzz-Epul















Gambar Yang Tercantek!!!






Favourite Gambar Aku!!! (Even tak Cantek)





Ok sorry sebab gambar tak cantik sebab guna kamera handset je,,,sebab nak pinjam kamera orang semua nak guna...Nak balik naek bas laen lagi,,,hahaha then cik Syazwani jage kat bas,,,suh aku naik bas yang ditetapkan,,,hahaha takpela cikgu,,,saye takde member kat bas tu,,,huhuhu nasib cikgu bagi je tapi sain attendant dulu...hahahha
Balik tu kitaorang diberi borang untuk komen aktiviti tadi...kehkehkeh dengan rasa dendam aku pun tulis masa sangat tak cukup dan sekutunya,,,skali tengok dak2 laen komen benda yang sama,,,hahahaha *sebenarnya nak cepat2 ney sebab budak sains Fizikal nak guna bas untuk pergi majlis dinner dyowang,,,hmmm cian kolej aku ney sewa bas satu hari yang sama nak jimat punya pasal sebab takde bajet? hmmm tak kesah lar... yang penting tadi enjoy!!!

11 comments:

MissAisyah said...

fakta : tahukah anda, selain dari harimau yg anda nmpk yg dipamerkan utk tontonan ramai di zoo itu, sebenarnya masih banyak lagi harimau yang ada di jaga di dalam sangkar bahagian belakang tempat pameran itu? sungguh menakutkan.

fakta 2 : tahukan anda, di klinik zoo itu, terdapat seekor anak harimau dan seekor anak singa yg berkawan baik sehinggakan ketika kami melawat mereka, dan si harimau menyorok dalam semak, si harimau tu bising2 cari bestfren dia tu? *lupa plk apa nama diorg*

fakta 3 : tahukah anda, ada orang utan yang kurang ajar suka ludah kat orang kat zoo ni?dia disimpan di bahagian blkg zoo juga bersama ramai2 orang utan yg lain.

hihi. inilah kelebihan menjadi student vet. dapat tengok lebih2 sikit dari rakyat biasa. :)

muezz@blaz said...

hah serius? bestnyer... hohoho

tp kt sne mmg ad org utan men kencing je kt atas tu,,,dah la dyowg boleh keluar tp just gayut kt tali yg dsediakn...naseb xkena,,,huhuhu

Ana Farha said...

eh?? ni entry baru ke?
huhu...rasa nak bawak balik je binatang2 tu sume.. ^^

.f.n.a. said...

untung ler dapat g sane..seronok kot..aq ni last pegi time darjah 2 ok! ngeeee..kesian btol..heee

muezz@blaz said...

farhana:eh ko g ke? hahah xpasan plak

faten:mmg untung meh,,,ble rse2 ko nk g? wat reunion kt situ nak?hahaha

Ana Farha said...

jeng3...grr... aku pergi la..
terpakasa aku korbankan overnight wif classmates yg belum abiz lagi time tuh~ ^^
btw, kau ni mmg suke segale menatang2 ni sume ek??

muezz@blaz said...

owh aah ko ade overnite kt ne ek,,, xsilap ak tmpat tu mmg best sbb ak ngn apiz pnah g...
aah ak mmg sgt suke semue hewan2 ney terutama IGUANA! ^^

Ana Farha said...

la...overnite kat tanjung kemunting...
pgkalan balak je la...
sob3...sedih aku.
err...kau suka iguana?
tah2 kat umah pun ko bela menatang tu gak ek.. :p

muezz@blaz said...

iguana mmg ak ade bela,,,tp malang xberbau...nnt ak post cter psal iguana aku yg ilang,,lau sudi bce lar,,,hehehe

tp bnyak kowt post ak psal iguana aku tuh sblom ney,,,bce la lau ad mse ea,,,hehehe

Ana Farha said...

ahah...insya 'Allah aku baca la..
pasni kau bela la harimau plak..
baru thrill sikit...
alang2 buat skali mini zoo kat umah~ :p

muezz@blaz said...

hahaha