Showing posts with label Pet. Show all posts
Showing posts with label Pet. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Ermmm Ferret?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum tu, maafkan aku sebab cakap itu ini, cakap punya la gebang, hahaha last² tak jadi,,,,huhu mengenai post sebelum ni, aku dah confirm kan nak adopt sepasang Bearded Dragon,,,hehe tapi kan................... haha okeyh disebabkan melihat terlalu banyak barang yang perlu diambil kira, aku terpaksa membatalkan gara² ikut akal fikiran, jangan nafsu,,,,hehe sebab :
  1. Banyak barang perlu dibeli
  2. Nampak serabut
  3. Bila nak balik rumah, angkut semua barang. Apa kes?

Haaa itu sangat merumitkan bagi pelajar seperti aku ni lah... Ermmm sekarang try tengok yang ni plak...


Amacam? Comel tak? hehehe apa ciri² yang ada pada dia? Sebenarnya dia ni pun dalam wishlist aku... Dah lama pendam, tapi disebabkan kekangan keluarga... huhu Nama binatang ni ialah Ferret, berasal dari keluarga musang atau cerpelai dan Weasel. Tapi rupa dia ada sikit macam memerang. Cara bela dia lebih kurang macam kucing atau anjing. Tapi mestilah banyak kelainan serta unik! ^^

Ferret ni tak boleh biar dia main dengan budak kecik, kalau tak,,,,

Wednesday, November 2, 2011

Rindu kat Iguana

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru je lepas aku menggugurkan gelaran Iguana, sentimental tu datang ,,, adushhhh
Di sini aku mengingatkan bahawa aku tetap cintakan Iguanaseperti dulu, aku tetap eksited dengan Iguana, cita² aku tetap nak jadi penjinak IguanaT.T


Memang betul, sekarang musim post gamba Iguanamereka masing² yang kecik. Setiap bulan or bila² mereka akan update pasal Iguana mereka,,,huhu kekadang rasa macam.... hmmm hahaha aku ketawa ni

Friday, October 28, 2011

Gelaran Bertukar?

بسم الله الرحمن الرحيم

Nama apa lagi Muezz oiii, nama dah sedap,famous nak ubah apa lagi??? Hahaha bukan apa, ni berkenaan dengan pets,,, sebelum ini aku lebih dikenali dengan Iguana sebab aku ada Iguana dan selalu bercerita tentang Iguana dan bagi tips kepada orang yang membela Iguana! Dan aku juga terkenal dengan Iguana, bila Iguana ada keluar kat TV, cepat² orang mesej suruh bukak TV, kalau terjumpa mengkarung kat kebun, cepat² orang panggil aku *mereka ingat itu Iguana* dan semua tahu aku sangat suka kat Iguana! Sedih sebenarnya!!!!!! T.T


Sekarang nama atau gelaran itu perlu ditinggalkan dan jangan diingatkan lagi,,,cehhh takde la sampai jangan dikenang sangat, sebab aku dah takde Iguana, orang lain pun tak berminat nak tanya aku sebab aku takde, berbekalkan pengalaman yang sekejap dan sepupu aku pun, sape yang percaya? hahaha sekarang aku lebih selesa dengan Hedgehog.

Orang terjumpa blog aku semua disebabkan google Hedgehog, orang friend aku kat FB pun sebab Hedgehog, aku dapat mesej pun sebab Hedgehog, orang tag nama aku pun sebab Hedgehog. OK sangat best sangat dapat mencurahkan sedikit

Saturday, October 8, 2011

Menanti Pets Menemani Di Kolej

بسم الله الرحمن الرحيم

Haaaa kehkehkeh ahahahaha huhuhu kahkahkah hehehe entahla....
Sekarang tengah fikir sangat² camne nak bela pets kat kolej,,, rase sangat bosan takde peneman yang setia selain kawan kat sini,,,hahaha

Desert Horned Lizard & Bearded Dragon

Mana satu nak pilih ney? DHL(Desert Horned Lizard) lebih murah berbanding BD(Bearded Dragon). DHL berharga RM220 manakala BD berharga RM380. Seperti sedia maklum, aku memang nak beli sepasang,,, huhu tapi yang murah tu susah nak jaga sebab temperature nak macam kat padang pasir, malam pun nak paling rendah 40°C. Makanan pulak nak kerengga,,,haha payah kowt tapi BD plak cengkerik dan akuarium nak kena besar,,,huhu mana satu aku nak pilih ni...???
Tapi kedua dua sangat jinak!



Chinchilla & Praire Dog
Nak bela yang mahal mahal saja,,,haha semua orang yang sukakan haiwan, mesti syorkan Chinchilla tu,,,huhu sebab dia lebih comel dengan ekor dia dan bulunya yang lembut seakan sutera! Tapi pada aku dua dua comel! Chinchilla lebih kecik berbanding PD(Praire Dog) tapi harga sebaliknya! Chinchilla seekor sahaja memakan RM800 manakala Praire Dog RM680... Makanan mereka sama je seperti arnab, hamster... Sangkar untuk Chinchilla lebih mudah selenggara berbanding PD,,, tapi PD tak silap aku just letak bakul dengan kain pun dah ok tapi kang tetiba balik bilik tengok abes dia gigit buku, almari, kasut aku nanti,,,hahaha bersepah! So mana nak pilih ney? errrrrr


So, konklusinya?????
Entah tak tahu nak confirmkan camne,,, ok anda cuba bayangkan situasi aku ni camne....

  1. Roomate aku seorang perokok
  2. Roomate aku geli dengan binatang reptilia di atas
  3. Bilik aku sentiasa sejuk, jarang panas
  4. Bilik aku jauh dengan sumber air (tandas)
  5. Takde kenderaan jika makanan mereka habis (makanan hidup;cengkerik)

Dah dapat bayang situasi tu camne? Aku bukan apa, kalau nak beli sesuatu pets tu biarlah berpasangan sebab aku tahu, dia mempunyai nafsu. Takkan dia bernafsu dengan manusia plak?! Gilaaa! hahaha dan bila dapat baby, insyaAllah aku akan utamakan untuk keluarga yang terdekat untuk adopt baby tu atau tidak, kalau takde, aku akan jual,,,dan di situlah bermulanya bisnes aku... 

Peringatan kepada diri sendiri dan orang di luar sana... Janganlah kerana kita nak duit, kita membiakkan sesuatu haiwan tu tapi tak menjaga dengan betul, dia makhluk yang bernyawa! Sebenarnya haiwan haiwan kat kedai Pet Shop tu semua tak semestinya dijaga dengan elok, harap harga je mahal

So, pandangan anda? Mintak pendapat anda sekalian,,,hehe


Sunday, September 25, 2011

Kenapalah Kau Mahal Sangat

بسم الله الرحمن الرحيم

Terliur sebentar melihat gambar² Bearded Dragon kat Group Malaysia Bearded Dragon Fan Club! Haha just join untuk kongsi tentang pets masing² walaupun aku takde BD,,,haha
Haaa bila lah aku nak ada pets tu... kat UPM ada sorang member dah ada BD ni, dah besar! Sungguh jeles!

OK jom kita usha gambar² yang aku ambek dari group tu :

Kecik ni je harga dari RM380 - RM500
tapi jangan harap sangat nak dapat bawah RM400, memang susah

Spesis ni paling aku nak sangat!!! Cantik giler corak badan

Senang jugak nak suh mandi,hehe
Sedang kembangkan insang dia tu

Lagi geram tengok gambar ney sampai tak boleh tidur! Dyowang sedap je tidur,haha

Tengok betapa banyak jenis BD
Geram plak rasa macam nak gigit je sekor sekor

Spesis baru aku jumpa Hypo White Tiger BD ^^

Nampak gagah kan


Gambar di bawah ni member aku punya, (Goh Chong Haw) :

Jenis common je

Dah besar da wey

Tahu kenapa mahal sangat binatang ney?! Sebab pertama, dia jinak super duper dan kedua dia mudah dibiakkan walaupun dalam sangkar! Bukan mudah untuk berlaku proses mengawan dalam sangkar, kat zoo pun tak tentu dapat! Dan ada sebab lain yang membuatkan BD ni unik sampai harga market! Geram plak, haha

Lepas tengok gamba² ni, nafsu membuak dan membuatkan otak aku yang tengah berehat kembali berfikir untuk membela kat kolej, hahaha fikir punya fikir,,,, OK settle, jadi lah nak bela

Tepon la Bayep sebab ada tawaran dari dia sebab kenal dengan dealer BD... Hoho lepas tanya bagai soalan tentang BD, malangnya ada sebab tertentu yang membuatkan aku kena batalkan,,,hoho

Pertama, sebab cage dia adalah akuarium 2 kaki
Kedua, sebab mahal *walaupun dah diskaun banyak, tetap mahal*
Ketiga, kos permulaan tinggi seperti lampu UV, food-water dish, kayu, bedding, live food, vitamin bagai

Nampak macam complicated kan, ada orang bela just bela je,tak beli pun benda alah tu, tapi aku bukan camtu, tunggu lengkap semua baru boleh beli haiwan tu, sebab aku nak kasi yang terbaik untuk haiwan aku ni...haha kan

So sekarang ni aku tunggu lagi dalam beberapa hari, minggu, bulan, sem tapi tak sampai setahun aku akan ada BD sendiri! hehehe InsyaAllah ^^


Sunday, September 4, 2011

Hari Raya Bersama Pets

بسم الله الرحمن الرحيم

Kenapa aku cakap pelik? kehkehkeh entah la sebenarnya tak pernah fikir pun,,, tiba² semua bawak pets masing² masa hari raya... Raya tahun ini agak enjoy walaupun pada mulanya aku takde feel pun nak raya... 

Apa yang best apabila raya kali ini ialah bila tiga sepupu ni kalau dah berjumpa memang takde cerita lain,,,hehehe *pets* dan ditambah lagi dengan beberapa orang yang pakar dalam fotografi,,, apa lagi la kan,,, dengan baik hati ambek gambar sana sini,,,huhu

Tagline pets masing²
Arif - Sufi - Muezz
Iguana - Sugar Glider - Hedgehog

Sebenarnya aku lebih prefer Iguana tapi memandangkan aku takde Iguana buat sementara waktu,,, tinggal Hedgehog so takpe la... tetap sayang amat²! Gambar situasi di atas hanya boleh berlaku kalau semua berkumpul beraya kat rumah aku sebab Hedgehog tak boleh bawak jenjalan sangat sebab dia tak sesuai, nanti muntah²...

Suasana balik kampung memang best!!! Antara hidup di pekan, bandar dan kampung,,, memang sangatlah berbeza... tahu² je la suasana nya camne lagi² kalau kampung kat Kedah sana,,, perhhh sawah padi beb!!!



Aku kat belakang sane tu,,,huhu

Tengoklah gambar suasana aku bersama Iguana dan pets yang lain,,,haha beraya dengan haiwan + manusia... 

Bersama Sugar Glider
Gambar terOVER sikit,,,hahaha songkok tu pun pinjam orang punye....

Bersama Lola yang tengah risau,,,hoho

Bersama makcik, kazen, adik,,, haha tak boleh blah tol la,,,haha




Ni tiga gambar bersama Iguana dan tuannya, Akie. Syok je erk Stich(Iguana) ni dok atas kepala aku serap cahaya,,,hehe

Ni jela yang dapat bergambar... ramai gak family yang tak dapat datang...
Hehe pelik tak? hoho sekarang ni ahli Keluargaku Permataku hanya ada 5 orang yang tegar(bela pets) dengan haiwan ni... Aku, Arif, Sufi, Akie, Solehah... Tapi sekarang dah cuba² nak hasut supaya ramai lagi,,hahaha mana taknya, pets lagi popular dari tuannya,,, ini tak boleh jadi,,,ececeh... semua nak bergambar dengan pets² yang eksoktik tu walaupun takut² nak dekat,,,hehe

Dan nantikan la wahai Keluargaku Permataku bahawa raya tahun depan korang akan bergambar dengan Ferret plak,,, wahhh gempak!!!

Bersama Family Tercinta
Eh apsal aku tak pakai songkok -.-'

Wednesday, August 10, 2011

Serba Info Tentang Pets² Di Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Senarai pet yang masih dalam list aku lagi... sedikit info tentang mereka,,, mana tahu korang minat lepas aku citer serba sedikit,,,hahaha boleh share nanti,,, ^^


IGUANA adalah spesis cicak yang terbesar di Amerika dan boleh membesar sekitar 6.5 kaki (2 meter) panjang dan berat sehingga 11 poun (5 kg). Jangka hayat selama 20 tahun.
Reptilia yang susah nak jaga sebab untuk menjinakkan nya sangat memakan masa, di sini adalah ujian bagi penggemar reptilia! Tapi hasilnya sangat berbaloi! 100% herbivor ni aktif siang je dengan menghabiskan masa makan daun,bunga dan buah. Iguana juga pandai berenang dan boleh menyelam selama 20 minit. Hebat!
Iguana digelar "bamboo chicken" atau "chicken of the trees." Sebab daging dia memang sedap! *kata orang asli macam ayam!*



HEDGEHOG adalah landak kecil, dikatakan genetiknya lebih kepada tikus. So kita tak boleh makan lah,,,hehe saiz hanya sepanjang 13cm hingga 30cm dan berat dari 397g hinnga 1106g.
Kelebihan dia, jika terasa diancam atau tidur, dia akan membentuk bola dan menegakkan duri(seperti gambar di atas). Tapi jangan risau kerana ia amat popular dalam kalangan penggemar pecinta haiwan kerana durinya tidak begitu tajam. Spesis ini juga komersial dalam membanteras haiwan perosak di taman. Makan semua serangga dan makanan kering kucing. Spesis nokturnal(aktif pada malam dan tidur waktu siang) ini juga pandai berenang tetapi tak lama lah,,,huhu sangat lemah deria penglihatan tetapi kuat dalam deria pendengaran dan bau.



FERRET adalah spesis musang atau memerang tetapi habitatnya di darat. Saiz kepala dan badan dari 38cm hingga 50cm dan ekor sehingga 13cm. Jangka hayat sehingga 12 tahun. Haiwan pemangsa ini memakan arnab, tikus dan haiwan roden kecil. Tetapi apabila dalam jagaan kita, harus beri daging segar... kos agak tinggi untuk membela ferret ni... Menghabiskan masa seharian dia dengan tidur dari 14 hingga 18 jam dan masa selebihnya masa makan dan bermain dengan pemiliknya. Dia sangat bersosial sehingga kadangkala pemiliknya juga tak larat,,,hahaha boleh juga bermain dengan kucing. Sangat sosial!



BEARDED DRAGON atau POGONA adalah spesis reptilia yang mudah dijinakkan,,, saiz boleh mencecah sehingga 24 inci dan dikatakan sangat baik jika haiwan ini gemuk! haha comel... Ia sangat friendly dan tenang jika bergaul dengan manusia tidak seperti Iguana. Tetapi dalam kalangan spesis mereka, suka bersendirian. Ia juga mudah dibiakkan dalam sangkar. Ia diurnal(aktif siang tidur malam) perlukan berjemur di bawak matahari sambil bertenggek di atas batu. Sejenis omnivor dan makanan utama adalah serangga dan tikus kecil.



PRAIRIE DOG adalah mamalia yang sangat comel dan bersosial,,,hehehe saiznya yang kecil seperti arnab sehingga mencecah 30-40cm. Ia adalah spesis tupai tanah, membuat lubang sebagai tempat tinggal. Jangka hayat sehingga 8 tahun. Makan sedikit serangga dan kebanyakkan rumput dan buah. Sangat suka bermain, kucing pun suka main dengan mereka ni,,,huhu Prairie Dog ni kita kena selalu beri perhatian kat kita, nanti dia merajuk dan stress,,,huhu mengada! Sama macam ferret. Kos untuk membela ini juga besar sebab antaranya sangkar kena besar. Yang best, dia ni kalau orang panggil dia pandai datang... ^^



RACCOON spesis mamalia, musang yang suka mencuri ayam orang, makan telur, selongkar tong sampah! Kalau dah bela, tolong jaga dengan baik jangan sampai terlepas,,,huhu jangka hayat ada yang kata 4 tahun hingga 20 tahun, bergantung keadaan di sekeliling. Diet dia adalah 40% invertebrata, 33% bahan tumbuhan dan 27% vertebrata. Memang susah nak bela Raccoon ni... kos pun agak tinggi... Tetapi kebiasannnya orang suka bagi makan makanan kucing, walhal tak elok sebab jika diberi makan dalam masa yang panjang, dia boleh kena penyakit gout! Ia juga akan aggresif jika kita tak mandulkan. Ia juga susah nak ikut cakap kita, senang citer bela Raccoon sangat lah susah, perlukan pengalaman.



CHINCILLA sejenis roden yang selalu jadi mangsa makanan pemangsa. Di hutan, dia diburu kerana mempunyai bulu yang sangat lembut! Diet dia macam hamster seperti kuaci, kacang, buah dan sedikit serangga. Haiwan ni kena bersenam sikit dan giginya perlu dijaga,,, agak sukar jugak nak bela haiwan ni,,, sangat pembersih, kita kena selalu bagi dia mandi dengan debu untuk membersihkan bulu dia yang lembut tu,,, sangat jinak!!! Comel! Suhu persekitaran juga perlu dititikberatkan kerana ia memerlukan tempat yang sejuk, sesuai di dalam aircond..



Monday, July 25, 2011

Hepy Befday LaloLa

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahhh Alhamdulillah my Hedgehogs telah pun bersama aku selama 2 tahun!!! Dah dua tahun dah umur kau, ada lagi 3-5 tahun jangka hayat kau L♀la & Lal♂... harap lama lah sampai aku graduate,,,hehehe nak bagi hadiah apa erk...? OK lah,,, aku bagi mealworm je ea? Nak??? hehe mesti la nak kan.... Dah jadi atuk nenek dah korang ney,,,, aku sangat sayang mereka sebab dia lah hedgehog yang pertama aku,,, ada nilai, so aku takkan jual atau bagi kat sesape!!! 

Lal♂

Lal♂ dah sakit, kaki dah kudung sebelah kiri belakang gara gara anak yang tak mengenang budi -.-' nak tahu lebih lanjut bagaimana klik sini... dan bestnya dia lah jantan spesis Albino yang sukar didapati,,, ciri² yang buat aku sayang kat dia adalah pembersih, nak buang najis just kat satu tempat iaitu atas jaring, then takde pun nak pijak najis dia even jalan tak betul sebab kaki dah takde... senang nak cuci

L♀la

L♀la takyah cakap la,,, pengotor habis habisan, tensyen gak ngan nenek sorang ney! Nama je betina,,,tapi perangai tak sopan,,,hahaha even pengotor, dia lah yang paling jinak, dah tak reti nak bola kan badan sebab dia dah tak takut dengan orang ^^ senang dipegang...



OK la dia sopan bahagian makan,,, kalau makan sangat slow~ sambil duduk,,, lepas tu meniarap,,,,hahaha kalau berlumba makan dengan  Lal♂,  dah 3 ekor ulat, L♀la baru sekor ulat... tapi rasanya dia memang dah lemah sebab dah beranak 5 kali,,, kali yang kelima tak jadi mungkin antibodi lemah,,, sebab apabila umur dah menjangkau setahun, kadar bunting hedgehog turun secara mendadak! 


Disebabkan dia ni pelahap dan gelojoh masa makan,,, selalu tercekik,,,hehehe bukan salah aku,,,huhu rutin harian dia biasa lar, makan tido makan tido... tak timbang plak berat dia... nak pegang dia agak susah sebab duri dia lebih tajam berbanding L♀la ,,, nanti tangan macam kena gigit nyamuk, lebam sana sini,,, bayangkan dia bergenetik albino tetapi selama ni,, hanya sekor je dapat anak albino,,, tu pun bukan hasil sperma  Lal♂ , tapi hasil dari anak dia sendiri Lala si jantan mengawan dengan Lili si betina,,, nak tahu betapa besarnya susur galur dan sejarah LaloLa sehingga berjaya membentuk keluarga bahagia yang besar... klik sini kerana aku pasti anda seronok membacanya,,,hahaha harap harap lar... ^^



Selalu orang tertanya tanya kenapa hedgehog buat camtu? Teknik 'Pengurapan Sendiri' atau 'self annointing' adalah tingkah laku apabila dia berhadapan dengan bau yang baru, seperti benda yang wangi lar,,, lau aku pakai minyak wangi, dia akan bau then jilat tangan tu, then dia akan berkumur, kumpul buih putih dalam mulut,,, dan akan memusingkan badannya,,, agak sukar lau tengok dia nak buat camtu tapi dia tetap nak buat,,,hehehe akhir sekali dia akan keluarkan buih putih tu dan jilat kat duri dia... sampai sekarang pengkaji hedgehog tak pasti apa sebab dia buat camtu,,, tetapi ada yang mengatakan dia jadikan itu sebagai racun dan penguat untuk durinya untuk melindungi dari pemangsa! Tapi masih dalam kajian lagi.... misteri sangat lah hedgehog ni,,,hehehe

Lau da jadi durian, tak ingat dunia dah
1st time dapat anak

Hidup 2 ekor dari 4 ekor

Dah meniarap kepenatan selepas menyusu kan anak

Nak mandi

Berebutkan susu,,,huhuhu

Hadiah hari jadi ^^

Anak pertama ^^ 

Geram plak bila teringat time ney,,, cam nak buat kuih plak,,,hehehe 
Nak baca pengalaman aku masa 1st dapat anak? ehehe kat sini


Tuesday, July 19, 2011

Haih Biawak... Biawak...

بسم الله الرحمن الرحيم

Biawak ni tadi hampir² membuat aku eksiden -.-' cuak tadi,,, elok² kau dah lintas,,, aku lalu yang kau patah balik buat apa?! haih nasib je tadi... disebabkan peristiwa tadi membuatkan aku nak research sikit tentang biawak ni la,,,hehehe 

Biawak dalam bahasa Inggeris adalah monitor lizard ok... Mempunyai 70 spesis (lebih kurang)... Kebanyakkan karnivor tetapi ada beberapa spesis biawak yang makan buah. Malaysia adalah salah satu penempatan biawak lagi² di Pulau Tioman dan Pahang. Biawak Savannah kebiasaannya dijadikan haiwan peliharaan kerana kosnya yang kecil dan saiznya berbanding  Nile monitorswhite throated monitorswater monitors, mangrove monitors, emerald tree monitorsblack tree monitorsacanthurus monitorsquince monitorscrocodile monitors dan komodo dragons. Spesis susah nak dijadikan pets sebab memerlukan tempat persembunyian, substrat yang sesuai, hidangan air yang besar untuk rendam kan seluruh badannya. Semulajadi, biawak makan apa saja, tetapi kalau dalam kurungan (pets) diet mereka adalah cengkerik dan ulat juga telur rebus... payah²... -.-'

Spesis biawak yang bertuah duduk di Malaysia adalah spesis Varanus salvator 

Asian Water Monitor kebanyakkan di Malaysia

Biawak Savannah popular dalam kalangan peminat biawak

Perentie sejenis biawak yang cantik coraknya...

Nile monitor seperti buaya

Biawak Emerald Pokok

Komodo Dragon adalah spesis biawak terbesar...

Komodo Dragon adalah spesis biawak paling bahaya sebab dia boleh memakan manusia... errr cara dia membunuh manusia dengan menggigit manusia tu,,,sejurus itu dia telah menyebarkan racun ke dalam badan manusia itu,,, dan akan membiarkan manusia itu lari kerana si biawak ini tahu budak itu tak dapat bertahan,,,hehehe dan jikalau kita bagi pilihan kat dia, daging busuk atau daging segar? Semestinya dia akan memilih daging busuk!

Inilah realitinya kehidupan seekor biawak ^^
Tetiba minat plak nak mengkaji haiwan ni,,,hehehe