Showing posts with label Iguana. Show all posts
Showing posts with label Iguana. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Rindu kat Iguana

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru je lepas aku menggugurkan gelaran Iguana, sentimental tu datang ,,, adushhhh
Di sini aku mengingatkan bahawa aku tetap cintakan Iguanaseperti dulu, aku tetap eksited dengan Iguana, cita² aku tetap nak jadi penjinak IguanaT.T


Memang betul, sekarang musim post gamba Iguanamereka masing² yang kecik. Setiap bulan or bila² mereka akan update pasal Iguana mereka,,,huhu kekadang rasa macam.... hmmm hahaha aku ketawa ni

Sunday, September 4, 2011

Hari Raya Bersama Pets

بسم الله الرحمن الرحيم

Kenapa aku cakap pelik? kehkehkeh entah la sebenarnya tak pernah fikir pun,,, tiba² semua bawak pets masing² masa hari raya... Raya tahun ini agak enjoy walaupun pada mulanya aku takde feel pun nak raya... 

Apa yang best apabila raya kali ini ialah bila tiga sepupu ni kalau dah berjumpa memang takde cerita lain,,,hehehe *pets* dan ditambah lagi dengan beberapa orang yang pakar dalam fotografi,,, apa lagi la kan,,, dengan baik hati ambek gambar sana sini,,,huhu

Tagline pets masing²
Arif - Sufi - Muezz
Iguana - Sugar Glider - Hedgehog

Sebenarnya aku lebih prefer Iguana tapi memandangkan aku takde Iguana buat sementara waktu,,, tinggal Hedgehog so takpe la... tetap sayang amat²! Gambar situasi di atas hanya boleh berlaku kalau semua berkumpul beraya kat rumah aku sebab Hedgehog tak boleh bawak jenjalan sangat sebab dia tak sesuai, nanti muntah²...

Suasana balik kampung memang best!!! Antara hidup di pekan, bandar dan kampung,,, memang sangatlah berbeza... tahu² je la suasana nya camne lagi² kalau kampung kat Kedah sana,,, perhhh sawah padi beb!!!



Aku kat belakang sane tu,,,huhu

Tengoklah gambar suasana aku bersama Iguana dan pets yang lain,,,haha beraya dengan haiwan + manusia... 

Bersama Sugar Glider
Gambar terOVER sikit,,,hahaha songkok tu pun pinjam orang punye....

Bersama Lola yang tengah risau,,,hoho

Bersama makcik, kazen, adik,,, haha tak boleh blah tol la,,,haha




Ni tiga gambar bersama Iguana dan tuannya, Akie. Syok je erk Stich(Iguana) ni dok atas kepala aku serap cahaya,,,hehe

Ni jela yang dapat bergambar... ramai gak family yang tak dapat datang...
Hehe pelik tak? hoho sekarang ni ahli Keluargaku Permataku hanya ada 5 orang yang tegar(bela pets) dengan haiwan ni... Aku, Arif, Sufi, Akie, Solehah... Tapi sekarang dah cuba² nak hasut supaya ramai lagi,,hahaha mana taknya, pets lagi popular dari tuannya,,, ini tak boleh jadi,,,ececeh... semua nak bergambar dengan pets² yang eksoktik tu walaupun takut² nak dekat,,,hehe

Dan nantikan la wahai Keluargaku Permataku bahawa raya tahun depan korang akan bergambar dengan Ferret plak,,, wahhh gempak!!!

Bersama Family Tercinta
Eh apsal aku tak pakai songkok -.-'

Wednesday, August 10, 2011

Serba Info Tentang Pets² Di Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Senarai pet yang masih dalam list aku lagi... sedikit info tentang mereka,,, mana tahu korang minat lepas aku citer serba sedikit,,,hahaha boleh share nanti,,, ^^


IGUANA adalah spesis cicak yang terbesar di Amerika dan boleh membesar sekitar 6.5 kaki (2 meter) panjang dan berat sehingga 11 poun (5 kg). Jangka hayat selama 20 tahun.
Reptilia yang susah nak jaga sebab untuk menjinakkan nya sangat memakan masa, di sini adalah ujian bagi penggemar reptilia! Tapi hasilnya sangat berbaloi! 100% herbivor ni aktif siang je dengan menghabiskan masa makan daun,bunga dan buah. Iguana juga pandai berenang dan boleh menyelam selama 20 minit. Hebat!
Iguana digelar "bamboo chicken" atau "chicken of the trees." Sebab daging dia memang sedap! *kata orang asli macam ayam!*



HEDGEHOG adalah landak kecil, dikatakan genetiknya lebih kepada tikus. So kita tak boleh makan lah,,,hehe saiz hanya sepanjang 13cm hingga 30cm dan berat dari 397g hinnga 1106g.
Kelebihan dia, jika terasa diancam atau tidur, dia akan membentuk bola dan menegakkan duri(seperti gambar di atas). Tapi jangan risau kerana ia amat popular dalam kalangan penggemar pecinta haiwan kerana durinya tidak begitu tajam. Spesis ini juga komersial dalam membanteras haiwan perosak di taman. Makan semua serangga dan makanan kering kucing. Spesis nokturnal(aktif pada malam dan tidur waktu siang) ini juga pandai berenang tetapi tak lama lah,,,huhu sangat lemah deria penglihatan tetapi kuat dalam deria pendengaran dan bau.



FERRET adalah spesis musang atau memerang tetapi habitatnya di darat. Saiz kepala dan badan dari 38cm hingga 50cm dan ekor sehingga 13cm. Jangka hayat sehingga 12 tahun. Haiwan pemangsa ini memakan arnab, tikus dan haiwan roden kecil. Tetapi apabila dalam jagaan kita, harus beri daging segar... kos agak tinggi untuk membela ferret ni... Menghabiskan masa seharian dia dengan tidur dari 14 hingga 18 jam dan masa selebihnya masa makan dan bermain dengan pemiliknya. Dia sangat bersosial sehingga kadangkala pemiliknya juga tak larat,,,hahaha boleh juga bermain dengan kucing. Sangat sosial!



BEARDED DRAGON atau POGONA adalah spesis reptilia yang mudah dijinakkan,,, saiz boleh mencecah sehingga 24 inci dan dikatakan sangat baik jika haiwan ini gemuk! haha comel... Ia sangat friendly dan tenang jika bergaul dengan manusia tidak seperti Iguana. Tetapi dalam kalangan spesis mereka, suka bersendirian. Ia juga mudah dibiakkan dalam sangkar. Ia diurnal(aktif siang tidur malam) perlukan berjemur di bawak matahari sambil bertenggek di atas batu. Sejenis omnivor dan makanan utama adalah serangga dan tikus kecil.



PRAIRIE DOG adalah mamalia yang sangat comel dan bersosial,,,hehehe saiznya yang kecil seperti arnab sehingga mencecah 30-40cm. Ia adalah spesis tupai tanah, membuat lubang sebagai tempat tinggal. Jangka hayat sehingga 8 tahun. Makan sedikit serangga dan kebanyakkan rumput dan buah. Sangat suka bermain, kucing pun suka main dengan mereka ni,,,huhu Prairie Dog ni kita kena selalu beri perhatian kat kita, nanti dia merajuk dan stress,,,huhu mengada! Sama macam ferret. Kos untuk membela ini juga besar sebab antaranya sangkar kena besar. Yang best, dia ni kalau orang panggil dia pandai datang... ^^



RACCOON spesis mamalia, musang yang suka mencuri ayam orang, makan telur, selongkar tong sampah! Kalau dah bela, tolong jaga dengan baik jangan sampai terlepas,,,huhu jangka hayat ada yang kata 4 tahun hingga 20 tahun, bergantung keadaan di sekeliling. Diet dia adalah 40% invertebrata, 33% bahan tumbuhan dan 27% vertebrata. Memang susah nak bela Raccoon ni... kos pun agak tinggi... Tetapi kebiasannnya orang suka bagi makan makanan kucing, walhal tak elok sebab jika diberi makan dalam masa yang panjang, dia boleh kena penyakit gout! Ia juga akan aggresif jika kita tak mandulkan. Ia juga susah nak ikut cakap kita, senang citer bela Raccoon sangat lah susah, perlukan pengalaman.



CHINCILLA sejenis roden yang selalu jadi mangsa makanan pemangsa. Di hutan, dia diburu kerana mempunyai bulu yang sangat lembut! Diet dia macam hamster seperti kuaci, kacang, buah dan sedikit serangga. Haiwan ni kena bersenam sikit dan giginya perlu dijaga,,, agak sukar jugak nak bela haiwan ni,,, sangat pembersih, kita kena selalu bagi dia mandi dengan debu untuk membersihkan bulu dia yang lembut tu,,, sangat jinak!!! Comel! Suhu persekitaran juga perlu dititikberatkan kerana ia memerlukan tempat yang sejuk, sesuai di dalam aircond..



Thursday, June 30, 2011

Apa Kata Iguana Mereka

بسم الله الرحمن الرحيم

Special untuk mereka yang aku kenal yang ada Iguana,,, huhuhu

Nicky & Ivy
This Iguana is belongs to Arif. Dia ada 2 ekor!!! Paling lama dalam jagaan si Nicky,,, dah 11 bulan, hampir setahun da,,, ermm Nicky kurang jinak berbanding Ivy,,, sebab si Nicky ni kecik so agak susah nak kawal dia berbanding yang dah dewasa,,, Nak cerita tentang kejinakkan mereka.... Ya, saya dah bermain main dengan Ivy! Best giler!!! Rutin kehidupan Ivy adalah setiap pagi akan diberi makan,,, setelah itu dia akan membuang najis,,, then baru si penjaga akan letak di atas stand kayu buatan sendiri tepi tingkap untuk berjemur... dan dibiarkan begitu sahaja,,, jinak sangat!!! Orang lalu lalang,,, sentuh dia, tak lari pun...huhu best!!!



Yang ni plak kepunyaan sepupu aku gak, Bakri a.k.a. Aki.... errr yang ni aku terlupa plak nak tanya nama,,,,hahaha sebab pergi ziarah rumah dia sekejap je,,, ermmm kecik lagi tapi dah jinak,,, ekor dia bercabang sebab pernah terputus dan tak jaga dengan elok, tu yang jadi gitu,,, tapi tu salah penjaga sebelum sepupu aku ney... tapi yang ni plak jinak dia tak sangat,,, just kalau korang nak pegang boleh,,, cuma nanti dia masih takut tapi still tak lari ataupun kelam kabut r.... dan dia jugak pandai kalau nak membuang najis,,, turun dan nanti si penjaga akan bawak gi toilet,,,huhu


Haha ni iguana siapa? huhu biar lah rahsia~ Al Kausar tu dah mula nak berjinak jinak bela Iguana gak,,, yeaaa!!! Saya support anda!!! Nanti dalam keluarga boleh lah buat group balik kampung jer bawak Iguana masing².... huhuhu walaupun makcik² kat sana terjerit jerit tengok Iguana ^^


  • Korang baca ney tak reti² ke nak hadiah kan aku sekor Iguana? hahaha
  • Tips untuk jinakkan Iguana adalah biarkan dia bebas dalam bilik anda dan anda mesti selalu ada dalam bilik,,, nanti dia fikir kawasan dia tu kira kawasan(territory) tuan dia jugak,,, so nanti dia cepat jinak,,, tapi pastikan bilik anda tidak ada ruang yang boleh dia memboloskan diri!


Tuesday, June 21, 2011

Apa Yang Aku Inginkan.......(Part 2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Banyak sangat yang aku nak,,, -.-' hehehe tapi ni semua just impian,,, harap² aku dapat tapi kalau tak dapat aku percaya apa yang berlaku kat bumi ni semua Allah yang tentukan sebab dia Maha Ketahui apa yang kita tak ketahui... ^^

Semua orang tahu cita² aku nak jadi Veterinar... ermm sangat best kalau mereka semua panggil aku Dr. Haiwan,,, ececeh,,,hahaha sebab semua family² aku sekian maklum aku minat haiwan... datang rumah orang bukan dihadapkan dengan air atau minuman tapi pets,,, hahaha ketika landak aku melahirkan anak,,, kata aku on call,,, wahh semua tu buat aku excited,,,hehehe pergi klinikveterinar, dia tak pandai nak tolong susukan baby arnab sepupu aku,,,huhu then kat rumah makcik aku siap cakap,,, 
"Ha, ko nanti jangan jadi veterinar macam tu, wat malu jerk tak reti nak susukan arnab,,, tercari² mane puting susu siap tanya betul ke dia ni emak dia,,,
mungkin dia takde pengalaman banyak sangat kowt kat arnab,,, Ok lah tak nak citer banyak2 sebab aku pun tak tahu kerjaya tu dapat aku gapai ke tidak,,, just dalam penantian...


Video Favourite Aku

Selain itu, aku gak nak buat ladang aku sendiri,,,kehkehkeh nak ternak apa? Haaa antaranya rusa, kambing, kuda, burung unta, merak dan yang sesuai,,,hehehe


Kuda bukan senang nak bela tahu tak?! Dah pergi tanya orang yang jaga kuda,,, agak leceh sebab rumput dia nak lain, then kena potong guna mesin dia,,,campur ngan dedak,,then kena ada habuk kayu, boleh dikatakan kos penjagaan dia sebulan dalam RM1000! hahaha tapi haiwan ternakan lain pun bukan senang gak,,,semua mempunyai cara masing²...
Antara haiwan² yang bakal ada di ladang aku nanti,,,,hahaha


Tak kisah kuda warna apa pun yang penting jinak, boleh tunggang dan dengar kata,,,kehkehkeh





Tapi semua ni bukan mudah,,, modal mungkin berjuta nak cari tanah lagi,,, nak bina bukit, shelter, kandang,,, huhu banyak,,, silap2 nanti rumah kayu pun aku nak dirikan untuk aku,,,hahaha tak lupa gak rakan kongsi dalam pembinaan ladang ni atau lebih sedap lagi 'Farm Resort' huhuhu
Antara bayangan atau plan aku,,,huhuhu

Rumah ilex2 je camni,,,

Kandang kuda bersebelahan rumah nanti,,,hahaha
Aku akan buat Farm Resort ney berkonsep kan mesra alam,,,kira dipenuhi pokok² dan haiwan² yang lain tanpa penjagaan sangat seperti hedgehog, kucing,iguana,,,hahaha
Function hedgehog sangat komersial kat luar negara digunakan untuk memakan serangga perosak kat taman cam lintah,siput,belalang,,,kucing memainkan peranan sebagai haiwan yang memenuhi konsep semula jadi,,,hahaha iguana plak sebagai variasi mewakili haiwan reptilia... ikan...? ok mesti la ada... akan buat kolam yang akan diduduki oleh ikan kelah, lampam, susu, jelawat dan macam2 lagi larh... wah best lah!!! Arnab plak memang best tapi dia lah haiwan selemah lemahnya sebab banyak pemangsa,,, -.-' kucing, helang, biawak,,,takut nanti banyak plak bangkai dia kat Farm Resort aku nanti,,,hahahah

Boleh memancing gak kat sini...huhuhu
Hedgehog memainkan peranan sebagai pemburu serangga perosak...kehkehkeh

Arnab,,, adakah ia sesuai?

Pernah terfikir nak buat Ladang Iguana,,,tapi anda sanggup ker dengan keadaan sebegini? hahaha
Mesti sikit je yang datang nanti,,, ;p 

Takde la sampai camni,,,hahaha tapi boleh jadi kan?

Sesape yang dah kenal aku,,, mesti tanya, mana haiwan yang aku nak sangat bela sampai gila tuh? Hehehe Ferret mesti lah ada tapi aku bela kat dalam rumah,,,sesekali bawak pergi jalan²...

Istimewa sikit, sebab boleh bawak jenjalan macam anjing,,,huhu
Ermmm apa lagi aku nak merepek ek,,, ha ada lagi... dan lagi satu yang aku nak buat jadi pet...

Wombat... sangat best apabila dipeluk,,,haiwan ni jalan macam tak betul,,,,comel je dan jinak!
Impian diatas hanyalah lakaran,,, kalau ada rezeki,,,InsyaAllah dapat lah aku capai... tapi apa² pun mula lah dengan kecil kecilan,,, takkan nak mula terus dengan semua benda kat atas kan... lain lah aku ni mempunyai harta berjuta² .

Klik sini untuk part 1

Tuesday, May 31, 2011

Ber Sentimental Bersama Iguana

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk yang pelik kan? hahaha bukan apa,, aku ada group Pecinta Haiwan Iguana kat facebook... semua join mestilah ada Iguana kan tapi aku takde,,,hohoho semua share2 pasal Iguana masing2,,, selama ni bila ada post and comment, aku just tengok je... sampai satu hari, admin group tu tanya :

Ramai lagi yang komen tapi aku khusus kan perbualan ini sahaja hehehe

Hahaha sedih kowt... dan aku nak citer sikit secara ringkas tentang Iguana aku,,, wuwuwuwu
Bapak aku belikan 2 ekor Iguana masa hadiah birthday aku masa form 5... sebab sebelum ni aku memang nak sangat bela IGUANA!!! aku search2 kat internet pasal iguana dan Alhamdulillah bapak aku belikan gak,,,hehehe excited giler time tu!!! Iguana adalah haiwan reptilia yang sangat unik dan eksoktik dan Iguana lah haiwan yang termurah jika nak dibandingkan dengan haiwan eksoktik yang lain,, dah tu boleh besar sehingga 2 kaki! Sape tak teruja ditambah lagi boleh ajak tidur, boleh biar kat rumah, bawak jalan2 letak kat bahu je dan macam2 lagi sifat dia!

Tapi tu semua tinggal kenangan~ hmmm kalau tak sekarang dia dah 2 tahun umur dia,,, T.T ni kisah2 aku bersama Iguana aku... huhuhu

  • Aku buat sangkar khas untuk dyowang! Klik sini
  • Tiko a.k.a. Iggy melarikan diri -.-' Klik sini
  • Video mereka makan ;-) Klik sini
  • Video aku membelai Gecko sampai terlelap ^^ Klik sini

Start aku nak pi sambung belajar kat Matrix,,, bermula lah kisah duka aku,,, huhuhu aku terpaksa bagi Gecko kat kawan aku sebab dia volunteer nak jaga,,, sekali sekala aku melawat dia kalau balik rumah... tapi tiba2 satu hari tu,,, dia dapat melarikan diri! errr sedih kowt,,, dah la dia tak bagi tahu aku langsung,,, agak terkilan r,,, dah lama hilang,,, aku tanya baru nak beritahu... tapi aku tak salahkan dia pun,,, tak suka tuding jari,,, dah takde rezeki kan.... mase tu saiz dia dah besar dahhhh,,, sebab tu aku terkilan,,, menangis lagi sekali Y.Y


Zaman muda2 dulu,,,,,

Saiz sekecik ni jerk

wahhh rindu lar nak bagi dia makan kangkong!!!!

Last aku melawat dia,,,dah besar gini da... tapi waktu dia hilang lagi besar dari ney,,,, :-(

Tengok kalau dia dah besar nanti....

Spesis warna camni susah sikit nak dapat

Haa besar kan,,,sangat teruja dan impian ini sudah terkubur~

Aku sangat ingin jadi macam dia!!! Excited ney!




Tuesday, May 3, 2011

Aktiviti Di Zoo Melaka

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah aktiviti kat Zoo Melaka pun aku dapat pergi,,,bukan apa, hanya dua orang setiap praktikum yang dipilih untuk buat assignment...kehkehkeh aku terfikir gak,, asep aku je yg terlibat cam tak adil,,, tapi dalam hati memang sangat nak pergi,,,bertuah aku sebab budak2 kelas aku sangat memahami dan baik hati sebulat suara pilih suruh aku yang pergi ;-) thanks sangat,,,!
Love mereka!!! hehehe

Epul terpakse tido bilik aku takot2 kalau dia tak bangun esok pagi... Then Suboh tu dia yang bangun dulu,,,hahaha punya lah semangat aku ney.
Pagi2 tu macam biase kena berkumpul untuk taklimat,,,kate pukul 7.30 pagi kan tapi pensyarah yang lambat,,,hahaha takpe la,,,huhuhu Yeah! semangat2! Kitaorang diberi sedikit sarapan (roti-kuih-air kotak).

Tiba2 pensyarah cakap naik bas ikut jadual yang dah ditetapkan,,,errr alamak tak tengok,,,terlupa...! Hahahah lantak r,,,masa nak naik bas,,,ada attendant plak tuh,,,huhuhu gamble je r,,, tiba2 cik Syazwani call aku,,,
"Eh Muezz awak naek bas mane tu,,,salah tu,,,bas awak yang lagi satu, cepat2 turun, name awak ade kat sini"
"Ala cikgu,,,takpela,,,bas sane takde member r,,,saye da dudok ney" balas aku,,,hehehehe
"Ha yelah yelah, ikot suke awak r,,,cik Syazwani berkata....hahaha sori cikgu~

Dalam setengah jam dah sampai,,,dekat jerk! kehkehkeh
Ha sampai kat zoo,,,excited aku mula tercapai,,,ntah pape je,cam dak kecik,,,hahaha ok sekarang kena berkumpul bersama partner untuk diberikan tugasan.... Gambar sebelah ney adalah format untuk folio yang kena buat nanti... 12 senarai haiwan yang perlu aku cari serta Nama Saintifik,Kelas dan Ciri2 Fizikal...
Masa yang diberi sangat pendek OK! Bab ni lah yang kitaorang tak puas hati,,,bagi 40 minit saje,,, Zoo Melaka dah la besaw! Aku cakap kat Nora(partner) "Nora,nanti ko gi cari haiwan2 tu,aku ambek gambar je eh" huhuhu sebenarnya aku nak enjoy sikit kat zoo ney bukan semata-mata buat assignment ni,,, -.-'

Hu~ penat sebab terpaksa kejar masa,,, >.< tak sempat sangat nak bermesra dengan gajah,kuda dan tak lupa gak Iguana!!! Tapi yang paling best bahagian memerang,,,hahaha dia ajak maen,,,hahaha sangat comel!!! Tapi sayang kitaorang tak dapat lame2,,, -.-'
Bersama Partner (Nora) dalam Aktiviti tu

Ok dah siap,,,tak dapat cari dua haiwan jerk,,,Hering Himalaya & Indian Black Eagle,,,huhuhu tu la,,,nak cepat punya pasal sampai tak perasan rupanya ada,,,hahahaha. Then singgah kat kedai cendermata,,,nak tengok mana2 berkenan sebab Dean pulak kirim keychain,,, tapi tiba2 Miss Hazel dah marah2 sowh berkumpul kat luar nak naik bas sebab dah lambat,,, -.-' lagi skali mengeluh.... memang macam dak sekolah,,,tapi takpe la...yang penting dapat pergi....^^

Acap-Erul-MuEzz-Epul















Gambar Yang Tercantek!!!






Favourite Gambar Aku!!! (Even tak Cantek)





Ok sorry sebab gambar tak cantik sebab guna kamera handset je,,,sebab nak pinjam kamera orang semua nak guna...Nak balik naek bas laen lagi,,,hahaha then cik Syazwani jage kat bas,,,suh aku naik bas yang ditetapkan,,,hahaha takpela cikgu,,,saye takde member kat bas tu,,,huhuhu nasib cikgu bagi je tapi sain attendant dulu...hahahha
Balik tu kitaorang diberi borang untuk komen aktiviti tadi...kehkehkeh dengan rasa dendam aku pun tulis masa sangat tak cukup dan sekutunya,,,skali tengok dak2 laen komen benda yang sama,,,hahahaha *sebenarnya nak cepat2 ney sebab budak sains Fizikal nak guna bas untuk pergi majlis dinner dyowang,,,hmmm cian kolej aku ney sewa bas satu hari yang sama nak jimat punya pasal sebab takde bajet? hmmm tak kesah lar... yang penting tadi enjoy!!!