بسم الله الرحمن الرحيم
Semasa musim peperiksaan SPM, banyak sangat peristiwa yang membuat aku sedih tapi aku memang tak nak fikir benda tu sangat.
Pertama, Ikan Sebarau yang aku paling sayang mati kerana salah ikan tu sendiri. 25/11/09 adalah peperiksaan SPM Matematik Tambahan, semasa aku hendak pergi ke sekolah, aku terdengar bunyi yang kuat seperti menghempap berdekatan dengan kolam ,tapi bila aku 'check' takde pape pun... Apabila aku balik dari sekolah, sungguh terkejut apabila Sebarau aku sudah dipenuhi semut. Melalui siasatan didapati dia melompat!hahaha,,, wa.... rasa ralat giler sebab aku sayang & dah besar la boleh dikatakan... hmmm redha... Pastu selang beberapa hari,ikan aku yang cantik yang baru belum ada rasa sayang tapi tetap sayang jugak mati,,, hmm apa la nasib aku.
Ni ikan apa ntah tapi ikan ni sangat cantik
Kedua, Tiko menghilangkan diri buat selama-lamanya.... Aku tak sangka dia boleh buat gitu kat aku hahaha ye la sebelum ni memang aku biarkan dia lepas kalau dia membolos kan diri dari sangkar, petang baru aku tangkap masukkan balik dalam sangkar. Tapi Sabtu 28/11/09 dia keluar tapi tak balik,,, aku belum rasa khuatir sebab dia pernah keluar tak balik-balik dua hari, tapi sampai hari Isnin aku menunggu tak kunjung tiba. Bila aku fikir-fikir mungkin dia menjadi mangsa kucing, ular, biawak, ikan, burung kat belakang kebun tu. Aku mulai redha dan aku harap suatu hari nanti aku akan jumpa Tiko kat belakang rumah dengan saiz yang besar huhuhu... kat belakang rumah aku ada kebun, mungkin suatu hari nanti tiba-tiba aku terlihat dia sedang berjemur di bawah sinaran cahaya matahari pagi sesudah aku baru bangun dari tidur dan aku ternampak ia melalui tingkap di bilikku...hehehe
Ketiga, Kucing yang selalu "meow" kat kitaorang ni dah mula jinak dan duduk kat rumah ni. Umi tak suka sebab kucing ni penarik kucing-kucing Jantan kat luar sana. Mesti bau hancing sebab jantan suka pancut sana sini tanda kawasan. Paling buat orang marah, dia pancut kat baju ampaian... haishh kucing ni lah... Aku tak tahu nak buat apa sebab sekarang aku tengah periksa SPM kalau aku buat atau buang dia rasa macam tak elok,macam satu dosa, tapi aku fikir emak dengan haiwan mana lagi penting. Mestilah emak... Aku cakap kalau nak buang, buanglah walalupun aku rasa macam kasihan, tapi kucing tu memang sangat manja tak macam kucing lain nak kena manjakan baru nak manja. Ini aku tak layan pun buat muka kesian pastu meleset,,, Lalola tengok jelez je hehehe
Dia suka nyorok kat dalam stor, tak tahu ada apa kat dalm stor melainkan berselerak & dipenuhi barang2 yang akan serabutkan otak aku...
Mereka lebih suka berjemur kat sini sebab secara terus dia dapat cahaya matahari & vitamin yang secukupnya lagi-lagi Tiko. Dia lah selalu melepak kat sini...tapi sekarang......
No comments:
Post a Comment