Iguana digelar "
bamboo chicken" atau "
chicken of the trees." Sebab daging dia memang
sedap! *kata orang asli macam ayam!*
HEDGEHOG adalah landak kecil, dikatakan genetiknya lebih kepada
tikus. So kita tak boleh makan lah,,,hehe saiz hanya sepanjang 13cm hingga 30cm dan berat dari 397g hinnga 1106g.
Kelebihan dia, jika terasa
diancam atau tidur, dia akan membentuk
bola dan menegakkan duri(seperti gambar di atas). Tapi jangan risau kerana ia amat popular dalam kalangan penggemar pecinta haiwan kerana durinya tidak begitu
tajam. Spesis ini juga
komersial dalam membanteras haiwan perosak di taman. Makan semua serangga dan makanan kering kucing. Spesis
nokturnal(aktif pada malam dan tidur waktu siang) ini juga pandai berenang tetapi tak lama lah,,,huhu sangat
lemah deria penglihatan tetapi kuat dalam deria pendengaran dan bau.
FERRET adalah spesis musang atau memerang tetapi habitatnya di
darat. Saiz kepala dan badan dari 38cm hingga 50cm dan ekor sehingga 13cm. Jangka hayat sehingga 12 tahun. Haiwan
pemangsa ini memakan arnab, tikus dan haiwan roden kecil. Tetapi apabila dalam jagaan kita, harus beri daging
segar...
kos agak tinggi untuk membela ferret ni... Menghabiskan masa seharian dia dengan tidur dari 14 hingga 18 jam dan masa selebihnya masa makan dan
bermain dengan pemiliknya. Dia sangat
bersosial sehingga kadangkala pemiliknya juga tak larat,,,hahaha boleh juga bermain dengan kucing. Sangat sosial!
BEARDED DRAGON atau
POGONA adalah spesis reptilia yang
mudah dijinakkan,,, saiz boleh mencecah sehingga 24 inci dan dikatakan sangat baik jika haiwan ini
gemuk! haha comel... Ia sangat
friendly dan tenang jika bergaul dengan manusia tidak seperti
Iguana. Tetapi dalam kalangan spesis mereka, suka bersendirian. Ia juga mudah
dibiakkan dalam sangkar. Ia
diurnal(aktif siang tidur malam) perlukan
berjemur di bawak matahari sambil bertenggek di atas batu. Sejenis omnivor dan makanan utama adalah serangga dan tikus kecil.
PRAIRIE DOG adalah mamalia yang sangat
comel dan bersosial,,,hehehe saiznya yang kecil seperti arnab sehingga mencecah 30-40cm. Ia adalah spesis
tupai tanah, membuat lubang sebagai tempat tinggal. Jangka hayat sehingga 8 tahun. Makan sedikit serangga dan kebanyakkan rumput dan buah. Sangat suka
bermain, kucing pun suka main dengan mereka ni,,,huhu
Prairie Dog ni kita kena selalu beri
perhatian kat kita, nanti dia
merajuk dan stress,,,huhu mengada! Sama macam
ferret. Kos untuk membela ini juga besar sebab antaranya sangkar kena besar. Yang best, dia ni kalau orang
panggil dia pandai datang... ^^
RACCOON spesis mamalia, musang yang suka
mencuri ayam orang, makan telur, selongkar tong sampah! Kalau dah bela, tolong jaga dengan baik jangan sampai
terlepas,,,huhu jangka hayat ada yang kata 4 tahun hingga 20 tahun, bergantung keadaan di sekeliling.
Diet dia adalah 40% invertebrata, 33% bahan tumbuhan dan 27% vertebrata. Memang
susah nak bela
Raccoon ni... kos pun agak tinggi... Tetapi kebiasannnya orang suka bagi makan makanan kucing, walhal tak elok sebab jika diberi makan dalam masa yang panjang, dia boleh kena
penyakit gout! Ia juga akan aggresif jika kita tak mandulkan. Ia juga susah nak ikut cakap kita, senang citer bela
Raccoon sangat lah susah, perlukan
pengalaman.
CHINCILLA sejenis roden yang selalu jadi
mangsa makanan pemangsa. Di hutan, dia diburu kerana mempunyai
bulu yang sangat lembut! Diet dia macam hamster seperti kuaci, kacang, buah dan sedikit serangga. Haiwan ni kena
bersenam sikit dan giginya perlu dijaga,,, agak sukar jugak nak bela haiwan ni,,, sangat
pembersih, kita kena selalu bagi dia mandi dengan debu untuk membersihkan bulu dia yang lembut tu,,, sangat jinak!!! Comel!
Suhu persekitaran juga perlu dititikberatkan kerana ia memerlukan tempat yang sejuk, sesuai di dalam
aircond..