بسم الله الرحمن الرحيم
Ahad 2Okt lepas, UPM macam² buat aktiviti,,,,, geram plak cam takde tarikh lain je,,haha yang dirancang nak pergi adalah Dogathon tapi tetiba diberitahu bahawa ada Starting School! Memang aku sumpah serana je program tu,,,haha *jangan caye plak,hahaha*
Pagi tu bangun dengan takde semangat langsung -.-' dah la kena bangun seawalnya, pastu tetiba pakcik bas kata, "Bas akan datang lepas 1 jam nanti, tu lah sape yang tak tahu tak tengok jadual memang susah"
dalam hati aku berkata, "wahai pakcik ku, kitaorang tahu lah, masalahnya bas tu macam ikut time je selalu, dan saya yakin bas tu jap lagi datang memandangkan tadi masih ramai yang tak dapat naik, takkan pemandu bas tu nak biarkan saja kan,,,"
Kenapa susah nak dapat bas? sebab Fakulti Pertanian ni jauh, terpencil dan keluar dari UPM kerana nak bersebelahan dan dekat dengan ladang ternakan kami,,,hehe
Sampai je fakulti, terus pergi tengok senarai nama masuk group mane. OK hampa sekejap sebab langsung tak kenal budak² satu kumpulan.... Masuk je kelas, ok sorang budak cina yang kenal,,bole laa
Tetiba datang lagi sorang lelaki duduk sebelah aku, berkenalan apa semua dan komen sana sini tentang Starting School yang bosan ney,,,haha
Jam 8.30am, fasi pun masuk yang diberi nama Prof Madya Dr Faizah Abood. Sangat happening orangnya, dan disitulah bermulanya hati aku tertarik padanya,,,hahaha Perkara biasa adalah breaking ice! Yup sangat best ye cara dia mengendalikan acara breaking ice tu yang selalu pada aku sangat errrrrr *tak boleh nak cakap* haha
|
Menulis kelemahan dan kekuatan diri |
Mengenai
slot ini, setiap orang mesti mempunyai kata
adjaktif untuk
nama masing²,,, kalau nama aku
Muezz, so kena cari perkataan English yang bermula huruf
M,,,, punya lah
payah aku mencari sebab aku tak banyak word dalam English ni, member sebelah tu
Muz dah ambik
Mystery Muz dan depan aku
Mystical Mar... last² aku ambik word
Majestic! hahah
Majestic Muezz ;p
Slot ini aku menerangkan lah segala
kelemahan aku dan
kelebihan,,, aku pun menceritakan sedikit tentang aku ni seorang
Pecinta Alam then aku pun elaborate lah isi aku tuh,,,best ^^ dan last² sebelum kelas habis semua bagi kertas
mahjong kat aku sebab aku care tentang alam kan, taknak sepah² dan
cemarkan alam,,, cehhh abes korang ni tak nak jaga alam la ney,,, -.-' hhahaa
Seperti biasa lah kan presentation bagai dalam teamwork. And im think im more better to do this things. Cuma role play aku memegang watak just yang simple tak banyak kerenah seperti pekerja yang kena marah buat proposal,,haha lagi satu role play, aku menjadi sebagai pencerita sahaja but in English >.<
|
Lepas role play tentang lagu yang diberikan, kami dipersembahkan video klip lagu tersebut |
Kumpulan kitaorang selalu keluar
lambat waktu rehat sebab fasi kitaorang tak ikut
modul,,, buat aktiviti
sendiri tapi tetap konsep yang sama,,,hehe kitaorang diberi
lirik lagu
Firework by Katy Perry,,, haha slot yang ni sangat
lawak sebab semua kena speak dalam English dan aku plak dilantik jadi
bendahari untuk memungut denda sesape yang cakap bahasa Melayu,,, serius sangat
SPEECHLESS,,,haha paling lawak apabila aku nak cakap lagu ni ayat yang atas tu just
bunga², part korus baru isi sebenar,,, aku tatau nak cakap apa, then aku cakap je
Flower Flower,,,hahahaha semua gelak tak benti²,,,aku tak boleh ingat time tu,,,huhu
Permainan ni lah paling last sekali,,, kalau aku ditempatkan kat situ,,,hmmm sure aku kalah,,,haha sebab dia kena paham apa yang Fasi tu cakap dalam bahasa Inggeris,,, dan nasib aku jadi pembantu je kat situ,,,hehe
Overall program ni sangat menyeronokkan,,, sebelum tu dah tensyen kan,,, aku dah tak kisah tak dapat pergi Dogathon,,,huhu banyak yang aku dapat dari program ni,,, soft skill, communication skill and more,,,
Dogathon tu tengok gambar pun jadi lah,,,hehehe