بسم الله الرحمن الرحيم
Senarai pet yang masih dalam list aku lagi... sedikit info tentang mereka,,, mana tahu korang minat lepas aku citer serba sedikit,,,hahaha boleh share nanti,,, ^^
IGUANA adalah spesis cicak yang terbesar di Amerika dan boleh membesar sekitar 6.5 kaki (2 meter) panjang dan berat sehingga 11 poun (5 kg). Jangka hayat selama 20 tahun.
Reptilia yang susah nak jaga sebab untuk menjinakkan nya sangat memakan masa, di sini adalah ujian bagi penggemar reptilia! Tapi hasilnya sangat berbaloi! 100% herbivor ni aktif siang je dengan menghabiskan masa makan daun,bunga dan buah. Iguana juga pandai berenang dan boleh menyelam selama 20 minit. Hebat!
Iguana digelar "bamboo chicken" atau "chicken of the trees." Sebab daging dia memang sedap! *kata orang asli macam ayam!*
HEDGEHOG adalah landak kecil, dikatakan genetiknya lebih kepada tikus. So kita tak boleh makan lah,,,hehe saiz hanya sepanjang 13cm hingga 30cm dan berat dari 397g hinnga 1106g.
Kelebihan dia, jika terasa diancam atau tidur, dia akan membentuk bola dan menegakkan duri(seperti gambar di atas). Tapi jangan risau kerana ia amat popular dalam kalangan penggemar pecinta haiwan kerana durinya tidak begitu tajam. Spesis ini juga komersial dalam membanteras haiwan perosak di taman. Makan semua serangga dan makanan kering kucing. Spesis nokturnal(aktif pada malam dan tidur waktu siang) ini juga pandai berenang tetapi tak lama lah,,,huhu sangat lemah deria penglihatan tetapi kuat dalam deria pendengaran dan bau.
FERRET adalah spesis musang atau memerang tetapi habitatnya di darat. Saiz kepala dan badan dari 38cm hingga 50cm dan ekor sehingga 13cm. Jangka hayat sehingga 12 tahun. Haiwan pemangsa ini memakan arnab, tikus dan haiwan roden kecil. Tetapi apabila dalam jagaan kita, harus beri daging segar... kos agak tinggi untuk membela ferret ni... Menghabiskan masa seharian dia dengan tidur dari 14 hingga 18 jam dan masa selebihnya masa makan dan bermain dengan pemiliknya. Dia sangat bersosial sehingga kadangkala pemiliknya juga tak larat,,,hahaha boleh juga bermain dengan kucing. Sangat sosial!
BEARDED DRAGON atau POGONA adalah spesis reptilia yang mudah dijinakkan,,, saiz boleh mencecah sehingga 24 inci dan dikatakan sangat baik jika haiwan ini gemuk! haha comel... Ia sangat friendly dan tenang jika bergaul dengan manusia tidak seperti Iguana. Tetapi dalam kalangan spesis mereka, suka bersendirian. Ia juga mudah dibiakkan dalam sangkar. Ia diurnal(aktif siang tidur malam) perlukan berjemur di bawak matahari sambil bertenggek di atas batu. Sejenis omnivor dan makanan utama adalah serangga dan tikus kecil.
PRAIRIE DOG adalah mamalia yang sangat comel dan bersosial,,,hehehe saiznya yang kecil seperti arnab sehingga mencecah 30-40cm. Ia adalah spesis tupai tanah, membuat lubang sebagai tempat tinggal. Jangka hayat sehingga 8 tahun. Makan sedikit serangga dan kebanyakkan rumput dan buah. Sangat suka bermain, kucing pun suka main dengan mereka ni,,,huhu Prairie Dog ni kita kena selalu beri perhatian kat kita, nanti dia merajuk dan stress,,,huhu mengada! Sama macam ferret. Kos untuk membela ini juga besar sebab antaranya sangkar kena besar. Yang best, dia ni kalau orang panggil dia pandai datang... ^^
RACCOON spesis mamalia, musang yang suka mencuri ayam orang, makan telur, selongkar tong sampah! Kalau dah bela, tolong jaga dengan baik jangan sampai terlepas,,,huhu jangka hayat ada yang kata 4 tahun hingga 20 tahun, bergantung keadaan di sekeliling. Diet dia adalah 40% invertebrata, 33% bahan tumbuhan dan 27% vertebrata. Memang susah nak bela Raccoon ni... kos pun agak tinggi... Tetapi kebiasannnya orang suka bagi makan makanan kucing, walhal tak elok sebab jika diberi makan dalam masa yang panjang, dia boleh kena penyakit gout! Ia juga akan aggresif jika kita tak mandulkan. Ia juga susah nak ikut cakap kita, senang citer bela Raccoon sangat lah susah, perlukan pengalaman.
CHINCILLA sejenis roden yang selalu jadi mangsa makanan pemangsa. Di hutan, dia diburu kerana mempunyai bulu yang sangat lembut! Diet dia macam hamster seperti kuaci, kacang, buah dan sedikit serangga. Haiwan ni kena bersenam sikit dan giginya perlu dijaga,,, agak sukar jugak nak bela haiwan ni,,, sangat pembersih, kita kena selalu bagi dia mandi dengan debu untuk membersihkan bulu dia yang lembut tu,,, sangat jinak!!! Comel! Suhu persekitaran juga perlu dititikberatkan kerana ia memerlukan tempat yang sejuk, sesuai di dalam aircond..

10 comments:
mana nak beli prairie dog ni?
Call 012-6655 285 / 010-308 8822
No.7, Jln Inang 5,
Off Jln Haji Sirat,
Bandar Bukit Raja,
Klang Selangor.
Sebelah balai polis Bandar Bukit Raja.
Buka setiap hari.
10am - 8pm.
Kami menerima pembayaran melalui kredit kad & debit kad.
Penghantaran boleh di uruskan.
how much for a pair of sable ferret? I'm interested. Anyway for preferences can discuss through email? my email is "bluemoonskryder@gmail.com"
looking forward.. XD
hai benji... im not sell this animal, i just provide some info about this pets :-)
Ada orang jual raccoon tak? Kalau ada, mana tempat dia eh. Thanks
boleh pergi fb ni :-
https://www.facebook.com/ENR-Pets-Farm-1390828534499752/?fref=ts
raccoon mana ada jual ya
ferret jual mana ya
Brpe market price utk raccoon?
racoon ni dkt malaysia kalau nk bela kene berlesen eih
Tak perlu lesen
Post a Comment