Thursday, June 30, 2011

Apa Kata Iguana Mereka

بسم الله الرحمن الرحيم

Special untuk mereka yang aku kenal yang ada Iguana,,, huhuhu

Nicky & Ivy
This Iguana is belongs to Arif. Dia ada 2 ekor!!! Paling lama dalam jagaan si Nicky,,, dah 11 bulan, hampir setahun da,,, ermm Nicky kurang jinak berbanding Ivy,,, sebab si Nicky ni kecik so agak susah nak kawal dia berbanding yang dah dewasa,,, Nak cerita tentang kejinakkan mereka.... Ya, saya dah bermain main dengan Ivy! Best giler!!! Rutin kehidupan Ivy adalah setiap pagi akan diberi makan,,, setelah itu dia akan membuang najis,,, then baru si penjaga akan letak di atas stand kayu buatan sendiri tepi tingkap untuk berjemur... dan dibiarkan begitu sahaja,,, jinak sangat!!! Orang lalu lalang,,, sentuh dia, tak lari pun...huhu best!!!



Yang ni plak kepunyaan sepupu aku gak, Bakri a.k.a. Aki.... errr yang ni aku terlupa plak nak tanya nama,,,,hahaha sebab pergi ziarah rumah dia sekejap je,,, ermmm kecik lagi tapi dah jinak,,, ekor dia bercabang sebab pernah terputus dan tak jaga dengan elok, tu yang jadi gitu,,, tapi tu salah penjaga sebelum sepupu aku ney... tapi yang ni plak jinak dia tak sangat,,, just kalau korang nak pegang boleh,,, cuma nanti dia masih takut tapi still tak lari ataupun kelam kabut r.... dan dia jugak pandai kalau nak membuang najis,,, turun dan nanti si penjaga akan bawak gi toilet,,,huhu


Haha ni iguana siapa? huhu biar lah rahsia~ Al Kausar tu dah mula nak berjinak jinak bela Iguana gak,,, yeaaa!!! Saya support anda!!! Nanti dalam keluarga boleh lah buat group balik kampung jer bawak Iguana masing².... huhuhu walaupun makcik² kat sana terjerit jerit tengok Iguana ^^


  • Korang baca ney tak reti² ke nak hadiah kan aku sekor Iguana? hahaha
  • Tips untuk jinakkan Iguana adalah biarkan dia bebas dalam bilik anda dan anda mesti selalu ada dalam bilik,,, nanti dia fikir kawasan dia tu kira kawasan(territory) tuan dia jugak,,, so nanti dia cepat jinak,,, tapi pastikan bilik anda tidak ada ruang yang boleh dia memboloskan diri!


Saturday, June 25, 2011

Wishlist terbaru

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang dah ada new wish pet!!! huhu tak pelik pun kalau aku nak bela Bearded Dragon,,,huhu nama taknak macam hebat lagi kan...  Tengok betapa macho nya future pet saya ney... kehkehkeh


Dulu tengok haiwan ney takde nafsu pun sebab dia xboleh besar cam iguana, xboleh peluk,,, tapi sejak aku berkongsi cerita kat group iguana,,, hmmm macam best la plak!!! Memang best pun,,, mengkaji kat internet jap tadi,,, perhhh hati teruja beb,,,, tapi harga benda alah ni lebih mahal dari iguana.... sedih lagi sekali,,,hahaha yang best tentang Bearded Dragon ney dia jinak dan boleh bertelur walaupun dalam sangkar,,, ingat senang ker reptilia nak breed,,,huhuh susah weyh,,, ular, iguana, dan apa lagi jenis reptilia kena orang yang expert! 


Sediakan tempat camni ada pasir,,,,dia dah boleh bertelur lepas mengawan


Mantap!!!


Perbandingan saiz baby smpai adult,,, tak besar sangat pun,,,huhhu


Sedikit info tentang Bearded Dragon saya... Nama dalam Bahasa Melayu ialah Janggut Naga,,, sebab kat leher dia seperti insang naga (kelihatan seperti duri) yang apabila rasa terancam atau mengawan, ia akan mengembang! Jangka hayat sehingga 7 tahun dan membesar sehingga 24 inci sahaja. Berdarah sejuk, so dia perlu berjemur untuk memanaskan darah tapi jangan terlalu panas,,,sape pun tak boleh tahan,,,hahaha yang best dia pandai melambai tangan *kaki* ! Ia sejenis omnivor,,, makan sayur,buah dan serangga, Tapi kebiasaannya suka makan serangga hidup, macam manusia gak,,,huhu suka makan ayam dari sayur.

OK menambah lagi list saya.... kehkehkeh ;-p


Friday, June 24, 2011

Astaghfirullah...

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku tak tahu sekarang manusia ni jenis apa...? Aku rasa takut yang amat bila baca komen² kat group batch aku yang mempunyai 1183 ahli... dan sekarang ramai gak yang leave kerana budak² yang merepek bajet bagos! hahaha dah kena sound... Alhamdulillah diam sikit....

OK,,, bermula dengan post pasal web gov kena block disebabkan kerajaan block web yang sedia maklum untuk kita download muvie, game & software... then melarat tiba cerita pasal politik,,,ermm apa lagi keluar semua cerita,,,hangat beb hanya post tu je semua orang tumpu,,, aku baca dan baca sampai ke bawah,, hati semakin panas!!! Sentuh bab agama,,, bangga dengan web2 porn takyah nak block, bangga mengaku selalu tengok dan melancap, caci ulama, guna bahasa carut dah macam biasa da... bercakap seperti macam bukan beragama Islam! Wei malu beb budak agama lain tengok kita bergadoh,,,pandangan dia terhadap Islam dah menjunam² tahap infiniti da! Perli orang yang menasihati, lepas tu cakap kerajaan salah, betul ada korupsi tapi tetap still ingin sokong kerajaan sebab negara masih merdeka dan aman,,, aku mula ingin beri pandangan sikit apa yang dikatakan kemerdekaan sebab mereka cakap "kita ni duduk kat tanah kerajaan, so ikut la cakap kerajaan" lebih kurang camney lar

Aku mula memberi pandangan pada komen yang ke-78 dari 1**:
Kemerdekaan yg kte nmpak,,, tp bersih k dari kekotoran cam zaman jahiliyah...kalau nk tau jawapannya semua,,, kembalilah pada Al-QURAN & SUNNAH,,, baru anda faham apa sistem pemerintah malaysia sekarang,,, bukan setakat yg kte nmpak hukum hudud ea... sistem Islam sgt lengkap,,,tgok je lah camne aman yang dianggap Allah cam zaman pemerintah kulafa ar rasyidin...dan setersny smpai uthmaniah... sme2 fikirkan...

Sedih tengok member² aku berani mempermainkan agama sendiri. Tak sangka!!! Nasib ramai yang 'like' komen aku, maknanya ada orang beri sokongan kat aku...Takde ubah sikit pun komen ni,,,aku copy paste,,huhuhu nak jelaskan sikit apa yang aku perkatakan ney... Ramai manusia zaman sekarang bergaduh tentang sesuatu tanpa kembali pada Al-QuranAs-Sunnah... tengok apa yang jadi? 



Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa' 4:59)

Ayat ini seringkali diingatkan bagi orang lelaki semasa khutbah Jumaat,,,tak paham² lagi ker? Maksudnya sumber Al-Quran adalah sumber informasi teragung diikuti As-Sunnah(sahih). Al-Quran adalah wahyu Allah bermaksud kata² Allah untuk semua hamba-Nya. Kalau anda tidak ikut bermaksud anda mengingkari kata² Allah. Nak lawan Allah ke nak ikut manusia? So, apa jua yang kita lakukan mestilah berlandaskan kepada fitrah iaitu Al-Quran! 



Maksudnya : Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)



Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah 2:208)

Penjelasan sedikti tentang ayat diatas... Allah direct bercakap pada orang² yang beriman tapi bukan orang Islam... Maksud syaitan musuh yang nyata anda rasa camna? Maksudnya kita nampak lah musuh kita tu,,, maknanya syaitan yang bertopengkan manusia.... Mintak dijauhkan Ya Allah...
Seseorang itu masuklah ke dalam Agama Islam secara keseluruhan dengan mematuhi segala hukum-hukumnya! Hukum Allah macam mana ek? Banyak sebenarnya,,,tak semesti yang ada pada rukun Islam je kan? Hukum dalam berjual beli (tiada riba & rasuah), pemakanan yang halal, hukuman sesuatu kesalahan,,, 


Maksudnya: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Maaidah 5:38)

OK kalau orang Islam tak diwajibkan memakai tudung apatah lagi nak ikut hukum kat atas kan... Hak asasi manusia? Camne tu? Sesungguhnya menutup aurat itu fitrah... Fitrah tu apa plak? Fitrah bermaksud asal... asal kejadian ataupun keadaan yang suci. 

Maksudnya : Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Taha 20:121

Kisah Nabi Adam a.s. selepas melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon itu, apabila Allah membuka aurat, Nabi Adam a.s. dan Hawa menutup aurat masing², bukan kemaluan sahaja ea... ni maksudnya menutup aurat itu fitrah... sebab ia adalah perkara asal dan asas kejadian kita,,, perasaan untuk menutup aurat itu mesti ada pada setiap manusia...



Maksudnya : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 24:31)

Rasa dah jelas dah kata² Allah kat atas tu... Tapi masih ada yang kata,,, "Mungkin saya tak dapat petunjuk lagi nak berubah sepenuhnya..." Ok baca ayat ni plak...


Maksudnya : Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadipetunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (Al-Baqarah 2:2)

Haaa petunjuk dah ada dah,,,depan mata kita jerk! Tinggal kita nak baca,memahami, menghayati dan melaksanakan nya sahaja... nak atau tidak bergantung pada hamba-Nya itu sendiri...



Maksudnya : Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (A-li'Imraan 3:4

Jelas gak kan...? Ketahuilah maksud kafir itu apa... Kafir berasal dari perkataan 'kufur' iaitu ingkar-menolak-menutup,,, adakah orang Islam yang ingkar kata² Allah itu kafir? Wallahualam... sama² kita fikir dan renungkan...




Maksudnya : Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (A-li'Imraan 3:7)

Sesungguhnya Al-Quran untuk orang yang berfikir dan menghayati apa yang terkandung,,, jangan sibuk nak bercakap tentang agama kalau tak kaji, tak menghayati, tak baca... kata ustaz... bukan aku ea...




Maksudnya : Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (Al-Maaidah 5:50

Penjelasan sikit... Tiada sesiapa yang boleh buat 'hukum' melainkan Allah. Pada pandangan aku,,, sistem Malaysia yang gunakan pada zaman sekarang adalah bukan gunakan sistem daripada Allah sebab tak ikut hukum² Allah. (jangan marah pada aku ,,,baca sampai habes) Maaf kalau ada yang terasa tapi inilah hakikatnya. Memang kita nampak semakin maju,pembangunan,,, aman jerk,,,tetapi akidah semakin merosot menjunam... apa kes? Tengok lah situasi dunia sekarang dengan mata hati bukan mata kasar,,,tapi kalau tak nampak gak,,,cepat la bertaubat sesungguhnya hati itu telah dibutakan... Waanuzubillah min zallik... Banyak kes jenayah *sebab tak ikut hukum Allah*

Kata² aku kat atas bukan nak menuding jari pada sesape,,, ni semua untuk kita semua yang bergelar Islam! Tak salahkan Perdana Menteri saya. Kira untung dia yang memerintah. Saya masih setia dan sokong tapi bila berkaitan dengan melawan hukum Allah saya bangkang. Tapi ingat senang ke PM kita tu nak ubah sistem Islam kalau rakyat nya masih dalam zaman jahiliyyah? Sekarang ni tak boleh nak tuding pada sesiapa tapi individu itu sendiri kena beriman pada Allah dengan kembali pada Al-Quran & As-Sunnah. Baru lah senang PM kita nak ubah sistem Allah kan...? Tapi kalau ada orang Islam yang masih tak bersetuju sebab negara Malaysia ni berbilang kaum dan agama,,, ternyata anda masih tak faham lagi isi kandungan Al-Quran dan tak memahami sejarah Islam... jom kita cuba faham serba ringkas...

Imbas kembali cerita ketika zaman Rasullullah s.a.w. di mana pemerintahnya ketika itu Amr ibn Hisham atau digelar oleh anak saudaranya sendiri (Muhammad s.a.w) Abu Jahal yang bermaksud bapa kebodohan...kenapa? sebab ketika itu Islam dah ada hasil dari Nabi Isa a.s. dan Kaabah pun dah terbina oleh Nabi Ibrahim a.s. dibantu anaknya Nabi Ismail a.s. tetapi tidak menerima dan menolak ajaran Islam secara menyeluruh! Cuba fikir waktu tu Nabi Muhammad s.a.w. dapat wahyu ketika berumur 40 tahun di Gua Hirak...bayangkan Nabi kita berada pada zaman itu tetapi dia tak ikut amalan jahiliyyah...

Wahyu pertama : Surah Al - 'Alaq

Maksudnya : Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),(1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(5)

Sedikit penjelasan wahyu pertama ini... bacalah...apa maksud itu? Adakah Nabi s.a.w. tak pandai baca? Sebenarnya bukan, kerana bukankah baginda sudah pun pandai berniaga sebelum ini? Takkan tak pandai baca kowt,,,? Maksud baca dalam ayat ini adalah Allah menyuruh baginda membaca kondisi atau keadaan sekeliling baginda... membaca, mentafsir, analisis dan berfikir ketika itu zaman Jahiliyyah. Bacalah dengan Nama Allah, yang mengajar manusia melalui pena & tulisan... inilah permulaan ayat al-Quran diturunkan... hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja dapat wahyu melalui Malaikat Jibril tetapi manusia seperti kita dapat wahyu melalui tulisan² al-Quran...itulah ilmu yang Allah ajar dan ambil dari Al-Quran.


Wahyu Kedua : Surah Al - Qalam

Maksudnya : Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis,(1) Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).(2) Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);(3) Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.(4) Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat,(5) Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.(6) Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.(7) Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah).(8)


Wahyu kedua Allah menjelaskan kepada Nabi s.a.w. bahawa baginda bukan gila sebagai mana yang dikatakan oleh orang Musyrik ketika itu. Allah memberi keyakinan kepada baginda untuk menyampaikan ajaran Islam. Bayangkan masyarakat di Mekah ketika itu sudah sebati dengan sistem Jahiliyyah,,, senang ke mereka nak terima ajaran Islam?! Mesti mereka akan mencaci kerana ingin mengubah dan menghapuskan sistem nenek moyang mereka kan? Seperti zaman sekarang jika kita mengamati kondisi pada zaman sekarang....manusia semakin di dakwah semakin melenting... sebenarnya kena ada step dari awal...


Wahyu Ketiga : Surah Al - Muzzammil

Maksudnya : Wahai orang yang berselimut!.(1) Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),(2) Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,(3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".(4) (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).(5)


Wahyu di atas Allah menyampaikan kepada Nabi s.a.w. pada waktu malam... suruh bangun pada waktu malam untuk membaca wahyu Allah dan sampaikan pada manusia yang lain... Ketika ini baginda bangun...


Wahyu keempat : Surah Al - Muddhathir

Maksudnya : Wahai orang yang berselimut!(1) Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).(2) Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!(3) Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.(4) Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.(5) 

Wahyu di atas menerangkan bahawa Allah memberi amaran kepada Nabi s.a.w. lagi untuk bangun dan pergi berdakwah. Pakaian dibersihkan bermaksud Allah suruh membersihkan kondisi atau keliling yang kotor dengan sistem Jahiliyyah. Ketika ini baginda sudah bangun tetapi masih berfikir...


Wahyu kelima : Surah Al - Fatihah

Maksudnya : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani(1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam(2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani(3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus.(6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)

Barulah turun surah al-Fatihah pada wahyu yang kelima... barulah Nabi Muhammad s.a.w. pergi berdakwah setelah memahami surah al-Fatihah ini... maksud setiap ayat perlu kita fahami,,, ayat pertama sahaja iaitu
 بسم الله الرحمن الرحيم  mempunyai makna yang sangat panjang untuk dibincangkan... Apabila anda memahami surah al-Fatihah ini,,, baru lah sisten Din ataupun sistem agama ataupun Islam lengkap! Sebab itu surah ni menjadi surah wajib setiap solat dan menjadi ibu al-Quran,,, bicara di sini surah al-Fatihah adalah pembuka!

Akan bersambung untuk maksud surah al-Fatihah dengan lebih mendalam...


  • Apa yang cuba aku sampaikan bukan untuk kata aku betul mereka salah
  • Tetapi yang ingin aku sampaikan, apa jua yang kita lakukan kat bumi Allah ini haruslah mengikut aturan Allah iaitu kembali pada al-Quran (Baca-Faham-Laksana)
  • Aku tak main politik tetapi apa yang aku rasa salah, aku beri pendapat dengan hujah kata² Allah iaitu Al-Quran. Sebab takde benda yang salah pun dalam kitab suci tu...
  • Politik-Ekonomi-Pendidikan dan apa jua bidang tidak boleh asing kan daripada sistem Islam sebab sistem ini lah yang Rasulullah s.a.w. dan para sahabat gunakan walaupun negara mereka mempunyai berbilang agama dan kaum (seperti Malaysia) sehingga Mustafa Kamal Attartuk menjatuhkan Islam dengan membuatkan Islam ini tidak boleh dicampur dengan politik-ekonomi-pendidikan dan lain² yang sekarang kita gunakan hasil dari jajahan dia! 
  • Ketahuilah Allah lebih Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui,,, so apa yang disuruh Allah tu pasti jalan yang terbaik untuk mencari keredhaan-Nya 
  • Sudah tentu kita semua wajib kembali kan zaman kegemilangan Islam dalam apa jua cara kerana itu adalah suruhan Allah s.w.t.
  • Semua ini ilmu yang aku dapat bukan aku yang reka dan aku cuba menyampaikan nya...
Alhamdulillah.... ;)

Tuesday, June 21, 2011

Apa Yang Aku Inginkan.......(Part 2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Banyak sangat yang aku nak,,, -.-' hehehe tapi ni semua just impian,,, harap² aku dapat tapi kalau tak dapat aku percaya apa yang berlaku kat bumi ni semua Allah yang tentukan sebab dia Maha Ketahui apa yang kita tak ketahui... ^^

Semua orang tahu cita² aku nak jadi Veterinar... ermm sangat best kalau mereka semua panggil aku Dr. Haiwan,,, ececeh,,,hahaha sebab semua family² aku sekian maklum aku minat haiwan... datang rumah orang bukan dihadapkan dengan air atau minuman tapi pets,,, hahaha ketika landak aku melahirkan anak,,, kata aku on call,,, wahh semua tu buat aku excited,,,hehehe pergi klinikveterinar, dia tak pandai nak tolong susukan baby arnab sepupu aku,,,huhu then kat rumah makcik aku siap cakap,,, 
"Ha, ko nanti jangan jadi veterinar macam tu, wat malu jerk tak reti nak susukan arnab,,, tercari² mane puting susu siap tanya betul ke dia ni emak dia,,,
mungkin dia takde pengalaman banyak sangat kowt kat arnab,,, Ok lah tak nak citer banyak2 sebab aku pun tak tahu kerjaya tu dapat aku gapai ke tidak,,, just dalam penantian...


Video Favourite Aku

Selain itu, aku gak nak buat ladang aku sendiri,,,kehkehkeh nak ternak apa? Haaa antaranya rusa, kambing, kuda, burung unta, merak dan yang sesuai,,,hehehe


Kuda bukan senang nak bela tahu tak?! Dah pergi tanya orang yang jaga kuda,,, agak leceh sebab rumput dia nak lain, then kena potong guna mesin dia,,,campur ngan dedak,,then kena ada habuk kayu, boleh dikatakan kos penjagaan dia sebulan dalam RM1000! hahaha tapi haiwan ternakan lain pun bukan senang gak,,,semua mempunyai cara masing²...
Antara haiwan² yang bakal ada di ladang aku nanti,,,,hahaha


Tak kisah kuda warna apa pun yang penting jinak, boleh tunggang dan dengar kata,,,kehkehkeh





Tapi semua ni bukan mudah,,, modal mungkin berjuta nak cari tanah lagi,,, nak bina bukit, shelter, kandang,,, huhu banyak,,, silap2 nanti rumah kayu pun aku nak dirikan untuk aku,,,hahaha tak lupa gak rakan kongsi dalam pembinaan ladang ni atau lebih sedap lagi 'Farm Resort' huhuhu
Antara bayangan atau plan aku,,,huhuhu

Rumah ilex2 je camni,,,

Kandang kuda bersebelahan rumah nanti,,,hahaha
Aku akan buat Farm Resort ney berkonsep kan mesra alam,,,kira dipenuhi pokok² dan haiwan² yang lain tanpa penjagaan sangat seperti hedgehog, kucing,iguana,,,hahaha
Function hedgehog sangat komersial kat luar negara digunakan untuk memakan serangga perosak kat taman cam lintah,siput,belalang,,,kucing memainkan peranan sebagai haiwan yang memenuhi konsep semula jadi,,,hahaha iguana plak sebagai variasi mewakili haiwan reptilia... ikan...? ok mesti la ada... akan buat kolam yang akan diduduki oleh ikan kelah, lampam, susu, jelawat dan macam2 lagi larh... wah best lah!!! Arnab plak memang best tapi dia lah haiwan selemah lemahnya sebab banyak pemangsa,,, -.-' kucing, helang, biawak,,,takut nanti banyak plak bangkai dia kat Farm Resort aku nanti,,,hahahah

Boleh memancing gak kat sini...huhuhu
Hedgehog memainkan peranan sebagai pemburu serangga perosak...kehkehkeh

Arnab,,, adakah ia sesuai?

Pernah terfikir nak buat Ladang Iguana,,,tapi anda sanggup ker dengan keadaan sebegini? hahaha
Mesti sikit je yang datang nanti,,, ;p 

Takde la sampai camni,,,hahaha tapi boleh jadi kan?

Sesape yang dah kenal aku,,, mesti tanya, mana haiwan yang aku nak sangat bela sampai gila tuh? Hehehe Ferret mesti lah ada tapi aku bela kat dalam rumah,,,sesekali bawak pergi jalan²...

Istimewa sikit, sebab boleh bawak jenjalan macam anjing,,,huhu
Ermmm apa lagi aku nak merepek ek,,, ha ada lagi... dan lagi satu yang aku nak buat jadi pet...

Wombat... sangat best apabila dipeluk,,,haiwan ni jalan macam tak betul,,,,comel je dan jinak!
Impian diatas hanyalah lakaran,,, kalau ada rezeki,,,InsyaAllah dapat lah aku capai... tapi apa² pun mula lah dengan kecil kecilan,,, takkan nak mula terus dengan semua benda kat atas kan... lain lah aku ni mempunyai harta berjuta² .

Klik sini untuk part 1