Monday, September 5, 2011

Tentang Diri Dalam Persahabatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum korang semua mengenali aku,,, aku cakap sikit lar,,, 1st kalau kita berjumpa, aku memang nampak sombong sikit, sebab aku jenis tak ramah dengan orang baru, dan tak reti nak mula berkenalan... So, harap budak² UPM dapat menerima aku dalam berkawan... sebenarnya yang aku risau tentang tempat baru adalah kawan. Takut kalau kawan kita perangai macam binatang, tikam dari belakang, mengambil kesempatan dan pengaruh benda tak baik... Sebab tu bila aku tahu semua member baik tak sama satu Universiti, aku sangat sedih,,, chill bro, jangan nak mengade sangat lah! hahaha

Ingat lagi masa kat matriks, Bad(roomate) tegur aku semasa daftar, then masa kat dalam dewan tengah orintasi, Suhaimi plak yang tegur dulu siap buat benda kelakar lagi,,,haha sejak tu just itu je member aku... Lepas dapat kelas, aku pun cuba memberanikan diri untuk berkenalan tanya² diaorang... Masa tu paling rapat dengan Tajul sebab selalu jumpa kat surau dan kafe... Disebabkan itu, aku dilantik jadi ketua praktikum sebab agak bajet ye sebab aku lelaki paling berani nak tanya budak² kelas padahal aku lah yang paling malu...hahaha

Bukan apa, aku bila dah berkawan, korang akan tengok aku ni sikit², citer pasal kawan,,, sebab aku sangat menghargai mereka kerana menerima aku sebagai kawan mereka,,, yup aku sangat tak membantu dalam berkawan sebenarnya...sebab tu lah aku sangat hargai mereka selepas mereka menghargai aku... ye lar, takde special nya kat aku ni,,, tanya je la diaorang tu...

Aku bila nak berkawan lambat, tapi bila dah berkawan, dah macam kawan dari kecik dah... Dan aku kawan semua lapisan masyarakat, kalau aku berkawan dengan budak terejal, terejal lah aku, kalau aku lepak dengan member skema, skema lah aku dan kalau keluar dengan member yang beriman, beriman lah aku,,, tukar² identiti aku. Adakah aku hipokrit? haha tidak sama sekali,,, takkan kau berkawan dengan orang beriman, kau tetap berperangai setan? Tidak sama sekali kerana kita kena ikut geng tu lah, kalau tak, awal² dah kena kick out dah,,,hehe Tapi bila berkawan dengan best friend, itulah identiti kita, dan saling menerima perangai masing².

Aku cakap awal², aku memang sombong(malu) pada awal perkenalan, dan selepas fasa sombong, aku akan bertukar menjadi fasa ikut perangai orang itu, then fasa gurau berlebihan(kasar) dan yang terakhir fasa menjadi diri sendiri... haha siap berperingkat lagi!


Dan jangan samakan aku di dunia realiti dengan dunia maya(internet).... Di alam maya, aku lebih mesra dan ketawa² tapi realiti, aku kurang sikit melainkan dah rapat. Cara percakapan aku agak kasar, padahal aku tak berniat nak marah atau tinggi suara *selalu aku dicop asyik nak marah je* dan apabila aku cuba cakap berlembut, dah lain jadinya, *orang cakap aku ni sopan sangat -.-'* apa boleh buat, aku banyak kelemahan ok,,, harap korang dapat terima aku... ;)

Anyway salam perkenalan pada semua,,,, ^^


"Takpe ko kn people gerenti bleh carik rmai kawan"
Haha betul ke? Entah la... kat matriks lain, kat universiti lain...

Apa pun terima kasih pada praktikum H3P5, roomate, geng lepak dan terutama best friend~ sebab menerima aku sebagai kawan serta sahabat,,, hoho ;p

Kenapa Allah jadikan manusia supaya saling berkenal kenalan, beramah mesra, kena ada sahabat serta kawan dan berpasang pasangan? Sebab Allah nak kita berdakwah pada geng kita, kawan kita, pasangan kita.... Tak semestinya hanya orang yang baik je boleh berdakwah,,, kalau camtu memang takde la kan yang boleh berdakwah kat dunia zaman sekarang ney. Renungan bersama


1 comment:

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

Pendakwah!!!!~~
bgos2!!!~~
:'D