Wednesday, September 28, 2011

Serius! Kerinduan Sedang Melanda

بسم الله الرحمن الرحيم

Haaa rindu sape tu???  kehkehkeh rindu kat member matrix! Serius, aku sangat merindui waktu dulu²... arrrr lepas berborak kat group kitaorang, semua eksited nak jumpa, nak reunion bagai, tempat yang disyorkan yang pertama adalah Pulau Pangkor,,,gempak tak gempak kan? haha pastu cadang nak pergi zoo, aku kena Boooo plak dengan diaorang,,,haha memang siot


Haaa aku slalu kena booo,,, -.-' Kitaorang rancang nak buat BBQ lagi, sebab sebelum ni pernah buat BBQ dengan jayanya kat KMM sampai orang lain tengok, fikir tu jamuan blok, padahal kita² je... hehe 
Kat atas tu dah bezakan bila semua orang cuti serentak, tapi budak UTM tak sama plak dan sangat sekejap, so kesian kat Bad, Su & Apiz. Aku ambik keputusan, nanti aku nak pergi jenguk diaorang kat UTM,,, i miss them so much!!! Agak² apalah perubahan mereka lepas menjadi mahasiswa,,,haha

Harap reunion kita menjadi!!! hehe jangan makan bajet tinggi sudah ^^

Tadi member tengok wallpaper laptop aku, dia kata,,, "Wah meriahnya korang, bestnye"
Aku jawab " Yup, memori paling best adalah kat KMM" ^^

Ni lah wallpaper tu...


Dan harap² memori di UPM ni pun penuh dengan manis dan indah melebihi dari kepahitan!


Tuesday, September 27, 2011

Aku Terlibat dengan Gossip

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku tak tahu la nak kata apa da... serius selepas mendengar cerita dari seorang budak ex-KMM, aku rasa diri aku macam dah tak selamat, takde privacy dah! Rupanya kat KMM aku pun turut jadi bahan gossip! Aku buat apa seyh sampai diaorang nak mengata aku,,,, arrrr rasa macam nak nangis je, hahaha

Punya la penat aku menjaga imej baik dengan menjadi orang yang baik kat sana, hasilnya tak menjadi. Mulut orang kan, terutama mulut perempuan! Sori lah pada perempuan yang di luar tu, korang ni memang takde kerja lain ke nak bercerita kisah orang dengan hanya pandang sekali imbas! What the fish!

Nasib aku jumpa budak ex-KMM tu, dia tanya aku jugak, then dia kata, baru dia kenal aku ni orangnya camne, cerita yang dia dengar tu berbeza! Ya Allah~ Nasib la cerita tu tak sehebat cerita artis.

Disebabkan aku ni famous kan, semua budak ex-KMM yang kat UPM tegur aku, tapi malangnya aku tak kenal pun mereka,,,haha sori *rasa bersalah* kalau lelaki aku tak kisah, semua yang kat UPM aku kenal walaupun nama ingat² lupa,,hehe 

OK di sini aku dapat pengajaran la bahawa sosial tu jaga² la, jangan terlalu bersosial dan aku akui aku memang bersosial kat KMM tapi perempuan pun certain²,,, pelik nape cerita aku ni boleh timbul...




OK sebenarnya ada member yang dah tahu cerita tu tapi tak beritahu kat aku pun, hmmm masalah tu mula² tak serius, tapi agak r... dia terus cerita kat aku apa yang dia tahu. disebabkan orang pandang aku pelanduk dua serupa, dia nampak aku terus berkata,,,, hey minachi, mata anda tu rabun ke tak reti beza aku dengan budak tu -.-' dan disebabkan budak  pelanduk dua rupa tu aku kena,,,,haaaa ni cerita yang lain plak kan,,,, adehhh aku tensyen sebentar~
Nasib ada orang yang tolong betulkan keadaan tu mengatakan Muezz bukan lah A****, dan A**** tu bukanlah Muezz,,, Alhamdulillah lah,,,tapi yang tak sampai tu, tu yang pandangan orang terhadap aku berlanjut sampai sekarang, ayoyo

OK² aku nak lupakan kisah ini... hanya yang kenal aku je tahu perangai aku camne kan ^^
Gembira semula!!!


Sunday, September 25, 2011

Kenapalah Kau Mahal Sangat

بسم الله الرحمن الرحيم

Terliur sebentar melihat gambar² Bearded Dragon kat Group Malaysia Bearded Dragon Fan Club! Haha just join untuk kongsi tentang pets masing² walaupun aku takde BD,,,haha
Haaa bila lah aku nak ada pets tu... kat UPM ada sorang member dah ada BD ni, dah besar! Sungguh jeles!

OK jom kita usha gambar² yang aku ambek dari group tu :

Kecik ni je harga dari RM380 - RM500
tapi jangan harap sangat nak dapat bawah RM400, memang susah

Spesis ni paling aku nak sangat!!! Cantik giler corak badan

Senang jugak nak suh mandi,hehe
Sedang kembangkan insang dia tu

Lagi geram tengok gambar ney sampai tak boleh tidur! Dyowang sedap je tidur,haha

Tengok betapa banyak jenis BD
Geram plak rasa macam nak gigit je sekor sekor

Spesis baru aku jumpa Hypo White Tiger BD ^^

Nampak gagah kan


Gambar di bawah ni member aku punya, (Goh Chong Haw) :

Jenis common je

Dah besar da wey

Tahu kenapa mahal sangat binatang ney?! Sebab pertama, dia jinak super duper dan kedua dia mudah dibiakkan walaupun dalam sangkar! Bukan mudah untuk berlaku proses mengawan dalam sangkar, kat zoo pun tak tentu dapat! Dan ada sebab lain yang membuatkan BD ni unik sampai harga market! Geram plak, haha

Lepas tengok gamba² ni, nafsu membuak dan membuatkan otak aku yang tengah berehat kembali berfikir untuk membela kat kolej, hahaha fikir punya fikir,,,, OK settle, jadi lah nak bela

Tepon la Bayep sebab ada tawaran dari dia sebab kenal dengan dealer BD... Hoho lepas tanya bagai soalan tentang BD, malangnya ada sebab tertentu yang membuatkan aku kena batalkan,,,hoho

Pertama, sebab cage dia adalah akuarium 2 kaki
Kedua, sebab mahal *walaupun dah diskaun banyak, tetap mahal*
Ketiga, kos permulaan tinggi seperti lampu UV, food-water dish, kayu, bedding, live food, vitamin bagai

Nampak macam complicated kan, ada orang bela just bela je,tak beli pun benda alah tu, tapi aku bukan camtu, tunggu lengkap semua baru boleh beli haiwan tu, sebab aku nak kasi yang terbaik untuk haiwan aku ni...haha kan

So sekarang ni aku tunggu lagi dalam beberapa hari, minggu, bulan, sem tapi tak sampai setahun aku akan ada BD sendiri! hehehe InsyaAllah ^^


Cerita Orientasi

بسم الله الرحمن الرحيم

Agak famous aku ketika pendaftaran, *perasan* sebab aku ni special case sikit,,,hoho mana tak nya, patutnya kolej aku mendaftar waktu petang tapi aku orang 1st yang mendaftar pagi,,,, gelabah semuanya hahaha sampai aku pun naik sama,,,kehkehkeh siap ambik gambar setiap kaunter pendaftaran lagi,,,haha harap² nama dan gambar aku tak naik masa orientasi nanti,,,haha selamat~

Disebabkan aku orang pertama yang mendaftar, aku dapat lah bilik paling bawah dan paling depan,,,ceh inilah sebenarnya yang aku nak elak sangat²! Benda dah jadi, apa boleh buat... then family tolong kemas bilik, makan tengah hari lepastu aku pun tidur... lepas tu bangun untuk sembahyang,,, alamak kiblat mana ni??? takde plak arah kiblat kat sini, nak tanya orang pun takde,,, hmmm aku niat, dan sembahyang,,, agak² diterima tak? sebab aku tak tahu kiblat mana, main agak je,,,errr 

Sepanjang orientasi, not bad r,,, happy sebab dah ada kawan, pembei taklimat kelakar, tapi tak semua dan sentiasa macam tu la, yang aku kurang suka adalah time cheers, aku admit aku malu nak buat benda² tu! 
Antara cheers kami :

1.       Boom Boom Chakala Keboom Boom Ahhh (x3)
Ah Ah Ah

2.       Kurma!!!!
Ah Ah Ah Semputtttt
OMG
Panjat Boboi

3.       Satu tak cukup
Dua tak cukup
Tiga tak cukup
Kita bagi cukup cukup

Kolej 15
Kepak kepak
Kami memang hebat
kepak kepak

4.       Tom Tom Bak (x3)
Ah Ah Ah

5.       K-Fifteen
Turun Padang
Semua orang pandang²
Berdentingtang Berdentang Jatuh Terlentang
K-Fifteen memang hebat

OK lupakan cheers tu sebab K15 semua malu² sopan,,,haha
Hari 1st masuk dewan, sangat sejuk errrr... Fasi K15 selalu menetapkan bangun awal dan rollcall awal... mula² agak tensyen sebab kolej lain boleh je lambat, nape K15 mesti nak cepat² padahal majlis lambat lagi nak mula, dah lama² baru paham sebab kenapa kena awal,,,haha pandai² fikir la ye,,, ^^ dan kitaorang diberikan tempat kat atas,,, special sikit sebab kat situ just K15 saje, memang best la tengok budak² ni lawan cheers, paling bosan dengan K10,,,, haha diaorang memang turun temurun cheers paling hebat, hakka lah, sampai dewan rosak kerusi, lantai akibat kehebatan mereka,,,haha sekarang dah tak kasi, cuma boleh sorak je, tapi ada je yang buat! 

Kat langsir Kuning tu kitaorang melihat gelagat mereka, dan sekarang....


Kitaorang ditukarkan ke bawah sana belah kiri tapi still special,,,haha


Dewan besar camni pun sejuk macam nak ape dah! Kat sini selalu taklimat atau majlis yang melibatkan orang² berjawatan, dekan, MTM dan menteri²... pakaian semua nak formal. Overall rating majlis dalam dewan ni ok r... ada musik bagai, tepuk tangan, nyanyi apa semua dan jurukamera suka ambek gambar orang pastu buat dialog sendiri,,,haha lawak²

Hari jumaat, tensyen mula menguasai diri apabila masalah sistem berlaku ketika kami nak daftar subjek... Sebelum tu berjumpa PA dulu Prof. Madya Ismail Idris, dia pun tatau nak buat apa. So, tanya fasi pun tatau sebab itu masalah sistem, yang penting sekarang ni pergi kelas dulu walaupun belum daftar,,haha lepastu kami ramai² pergi bangunan pentadbiran nak settlekan *sebab banyak buat pembaharuan sistem*

Cantik kan suasana UPM Serdang,,, haha semua hijau

Esoknya Sabtu, ada aktiviti Senam Seni kat Bukit Ekspo, kena jalan kaki dari kolej ^^ dah lama tak macam ni, dulu kat matriks je,,,haha tapi cuaca tak mengizikan sebab hujan, nasib pakai topi... banyak lah aktiviti kat sana, paling teruja tengok Palapes buat persembahan askar mereka, tembak sana , bom sini,,,huhu
Dan yang teruja nyer, aku jumpa kenalan kat Facebook sama umur yang dapat kos Veterinar,Zach,,,haha best², mesra orangnya,,, dapat jugak kawan bakal Dr.Haiwan,,,hahaha

Malam tuh, ada meeting... aku plak terlibat sebab jadi AJK Teknikal dan Peralatan... ingat senang je... haha bila dah berlaku kat diri sendiri baru tahu betapa kena betul² melakukan tugas tu...huhu
Serius malam tu aku dah malas dahh,,, tolonglah aku nak balek, nak tido sebab dah pukul 12malam dah, orang lain dah tido, AJK sibuk meeting,,,haha plak tu tetiba sorang ahli AJK kena panggil dengan Fasi sebab mesej akak Fasi,,,kena marah kowt tapi tak nampak sangat marahnya,,,huhu masa tu semua dah senyap, aku dah tensyen sebab ganggu meeting ni, aku dah ngantok ney! Last² salam tangan nyanyi hebi besday,,,haaaa memang profesional betul dia berlakon kena kan orang,,,hahaha sampai nangis budak yang dikenakan tu,,,,kahkahkah

Ahad plak, semua yang ambik sains ternakan kena injection,,,kehkehkeh,,, i like it... ye lah nanti main dengan tanah, lembu, ayam semua kan kotor, takut kena jangkitan plak... seperti biasa K15 paling awal sampai beratur untuk mendapatkan injection tu walaupun pegawai kesihatan tak sampai lagi,,,haha 

Pelajar lelaki sains ternakan menunggu di luar dewan 14 orang semuanya

Lepas ambil suntikan mencegah penyakit, terus pergi tempat K15 punya port, sebab sama² nak selesaikan masalah pendaftaran kursus ni -.-' Fasi² semua membantu, lama giler kat sini! 


Muka semua dah tensyen abes, serius je, hahaha

Petang tuh, kitaorang bergotong royong sebab tadi Fasi nampak ada anjing buat pesta kat port K15 ni, maka dengan rasminya kena lah sertu membersihkan lantai dari najis berat ni. Tak susah kalau ramai yang buat,,,hehe 



Malam esoknya, majlis tu berlangsung... tu yang buat nervous sebenarnya sebab ada VIP, pengetua kolej, Bonda datang, so kira suruh buat betul² dengan perfectnya,,,haha thats why laa... Alhamdulillah ada partner, Aini dan kawan Floor Manager, Qayyum yang tolong bantu aku untuk pahamkan dan rilex,,,haha aku memang cepat gelabah sampai kena gelak dengan orang,,,hahha malu bila teringat! Malam majlis tu kira ok la bagi aku yang amatur,,, ada salah, slide lambat, masalah lagu,,,haha memang tak reti nak cover walaupun cuba mengcover...


Selepas Orientasi

Isnin, bermula lah kelas pertama dimana subjek Pertanian dan Manusia. Subjek ini diwajibkan bagi semua pelajar tak kira kursus engineer ke, perubatan ke, linguistik ke sebab UPM kan terkenal dengan pertanian, lagi pun pertanian tu penting untuk semua manusia untuk paham, so nanti takde lah salah faham dengan pertanian ney... Kehidupan di UPM jadi lebih mudah apabila aku dah kenal kawan kat FB, banyak betul mereka membantu aku, tolong daftarkan*sebab aku takde broadband*, bagitau kelas kat mana, kenalkan tempat² di UPM ney,,, Amirah dan Fany...best lah kawan dengan dia... tak lupa gak Azie,Jijah, Ella dan yang lain,haha thanks korang...

Bilik Kuliah Fakulti Agrobio

Bilik Auditorium Perpustakaan

Kawan lelaki pun even semua baru kenal, macam² perangai aku kenal, semua jenis aku tak pernah lihat,,,haha 1st kenal Fakri & Dean... aduhh banyak sangat nama Dean dalam list kawan aku,,, haha tapi sebelum ni Syhafiq dah pernah kenal kat FB gak,,,hoho senang la kan hidup,,, ;p 

Minggu kedua, tetiba dapat berita kabel penyambung kat rumah pam telah dicuri!!! Sila bawa baldi untuk ambik air di belakang surau,,,krisis ini mungkin berlaku sehingga 3 hari,,,! Aku dengar berita tu, muka rilex selamba je tapi dalam hati meronta ronta menjerit bagai tak percaya!!! Baru tahu susah kan takde air bila di negeri orang,,,hoho bersyukur la selama ini dan jangan membazir~
Mandi kat tandas mewah,,,,haha banyak hal berlaku nak pergi ke tandas mewah ni,,,haha

Dari pagi takde air... Bila petang tu, dah tak tahan dah tak mandi² dari pagi, so pergi bilik member nun jauh di atas tingkat lima, memang nasib baik diaorang pun nak pergi mandi tapi kat dewan... walaupun kena naik bas,,,its okay la, hanya itu saja cara yang terbaik,,,hehe

Malamnya, Alhamdulillah dapat berita lagi selepas itu,,, 

"ISU KETIADAAN AIR DI UPM :

Pihak MPP UPM 2011 telah berbincang dengan pihak HEP berkenaan isu air yang tiada di setiap kolej. Hasilnya tindakan pantas telah diambil dan punca utama masalah tersebut adalah kerana kabel penyambung di rumah pam telah dicuri. Pasukan pembaikpulihan telah berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bekalan air dijangka pulih selepas jam 12 malam dan boleh digunakan sepenuhnya pada pagi esok.TQ"

OK bersyukur sangat tak terhingga pada Allah... nikmat yang diberi,,, tengok baru sikit nikmat yang Allah tarik, dah macam apa dah manusia kat bumi ni lagi² manusia macam aku,,,huhu

Ok lepas ni, cerita yang berkenaan UPM akan berada di blog lagi satu...http://ternakanmuezz.blogspot.com/

Saturday, September 17, 2011

Aquaria KLCC

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuti 1Malaysia, tengah tidur pepagi, tetiba Umi telefon, cakap lagi 30 minit nak sampai UPM..
Apa lagi, bangun terus mandi, siap² terus dapat call kata dah sampai,,,hahaha good timing! Ayah,Umi, Awa dan Adah ikut, yang lain tak ikut sebab kereta Naza masih rosak, so naik Hilux je... Makdik pun ikut...

Sebenarnya, aku tak tahu pun nak pergi mana, sebab ingat nak beli beg dan kasut je, rupa² nya nak pergi Aquaria!!! eksited giler!!! Lepas sarapan, terus call Abg. Pi & Bayep... Malangnya diaorang tak dapat pergi,,,sedih,,huhu takpe jelezkan diaorang je pun boleh,,,,hahaha
Hmmm nak pergi tu macam² dugaan, pergi dengan family ni lain sikit, faham² la kan,,, lagi dengan adik kecik,,, dengan KTM yang penuh orang, batal perjalanannya lagi,,,jalan kaki lagi,,,haha

Dah sampai, harga tiket dewasa RM35 dan RM25 untuk budak... mahal tapi standard lah tu, aquaria tu bukan senang nak bina, fahamlah rakyat Malaysia,,,haha

Tengoklah pic² yang aku ambek, kualiti tak bape nak elok sebab tak kasi flash fotografi. Harap Maklum

Masuk je, anda dihidangkan dengan Ikan Piranha

Water Rat, besar tikus ney, kalau ada kat rumah, sure kucing pun tak berani nak kejar

Macam macam spesis kumbang

Macam macam spesis rama rama

Tak ingat apa nama rama rama ini

Ular idaman aku,,,kehkehkeh

Teringat zaman dulu ketika aku ada akuarium cam gini T.T

Pelik kan binatang ney

Berudu yang besar

Dan bertukar jadi katak ney,,,haha

Teringin nak bela ikan ni tapi mahal

Cantik kan....

Tergoda tengok ikan laut yang macam macam warna

Jerung cover macho

Elok lepak atas kepala orang,,,hehe


Ikan yang aku pernah bela sebelum ni





Haaaaa jelez sungguh tengok ikan ni dah membesar sampai cam gini,,,, muscle ikan tu,,,perhhh
Teringat dulu demi ikan ni, aku sanggup beli makanan yang berkualiti, ajar jadi jinak sebab ikan ni jenis sungai, kalau makan terus menyambar, tak sempat nak tengok diaorang dari pandangan atas,,,
Rasa macam nak mula balik r,,,hahaha

Esoknya baru pergi beli kasut dan beg,,,haha tujuan utama actually


Alhamdulillah sebab masa itu adalah hari bertuah aku sebab opening Al-Ikhsan. Banyak dapat free gift,,,hehe dapat baju, beg mesra alam, beg kecik, beg laptop,,,huhu 

Lappy Bag

Shoe Bag


Monday, September 5, 2011

Tentang Diri Dalam Persahabatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum korang semua mengenali aku,,, aku cakap sikit lar,,, 1st kalau kita berjumpa, aku memang nampak sombong sikit, sebab aku jenis tak ramah dengan orang baru, dan tak reti nak mula berkenalan... So, harap budak² UPM dapat menerima aku dalam berkawan... sebenarnya yang aku risau tentang tempat baru adalah kawan. Takut kalau kawan kita perangai macam binatang, tikam dari belakang, mengambil kesempatan dan pengaruh benda tak baik... Sebab tu bila aku tahu semua member baik tak sama satu Universiti, aku sangat sedih,,, chill bro, jangan nak mengade sangat lah! hahaha

Ingat lagi masa kat matriks, Bad(roomate) tegur aku semasa daftar, then masa kat dalam dewan tengah orintasi, Suhaimi plak yang tegur dulu siap buat benda kelakar lagi,,,haha sejak tu just itu je member aku... Lepas dapat kelas, aku pun cuba memberanikan diri untuk berkenalan tanya² diaorang... Masa tu paling rapat dengan Tajul sebab selalu jumpa kat surau dan kafe... Disebabkan itu, aku dilantik jadi ketua praktikum sebab agak bajet ye sebab aku lelaki paling berani nak tanya budak² kelas padahal aku lah yang paling malu...hahaha

Bukan apa, aku bila dah berkawan, korang akan tengok aku ni sikit², citer pasal kawan,,, sebab aku sangat menghargai mereka kerana menerima aku sebagai kawan mereka,,, yup aku sangat tak membantu dalam berkawan sebenarnya...sebab tu lah aku sangat hargai mereka selepas mereka menghargai aku... ye lar, takde special nya kat aku ni,,, tanya je la diaorang tu...

Aku bila nak berkawan lambat, tapi bila dah berkawan, dah macam kawan dari kecik dah... Dan aku kawan semua lapisan masyarakat, kalau aku berkawan dengan budak terejal, terejal lah aku, kalau aku lepak dengan member skema, skema lah aku dan kalau keluar dengan member yang beriman, beriman lah aku,,, tukar² identiti aku. Adakah aku hipokrit? haha tidak sama sekali,,, takkan kau berkawan dengan orang beriman, kau tetap berperangai setan? Tidak sama sekali kerana kita kena ikut geng tu lah, kalau tak, awal² dah kena kick out dah,,,hehe Tapi bila berkawan dengan best friend, itulah identiti kita, dan saling menerima perangai masing².

Aku cakap awal², aku memang sombong(malu) pada awal perkenalan, dan selepas fasa sombong, aku akan bertukar menjadi fasa ikut perangai orang itu, then fasa gurau berlebihan(kasar) dan yang terakhir fasa menjadi diri sendiri... haha siap berperingkat lagi!


Dan jangan samakan aku di dunia realiti dengan dunia maya(internet).... Di alam maya, aku lebih mesra dan ketawa² tapi realiti, aku kurang sikit melainkan dah rapat. Cara percakapan aku agak kasar, padahal aku tak berniat nak marah atau tinggi suara *selalu aku dicop asyik nak marah je* dan apabila aku cuba cakap berlembut, dah lain jadinya, *orang cakap aku ni sopan sangat -.-'* apa boleh buat, aku banyak kelemahan ok,,, harap korang dapat terima aku... ;)

Anyway salam perkenalan pada semua,,,, ^^


"Takpe ko kn people gerenti bleh carik rmai kawan"
Haha betul ke? Entah la... kat matriks lain, kat universiti lain...

Apa pun terima kasih pada praktikum H3P5, roomate, geng lepak dan terutama best friend~ sebab menerima aku sebagai kawan serta sahabat,,, hoho ;p

Kenapa Allah jadikan manusia supaya saling berkenal kenalan, beramah mesra, kena ada sahabat serta kawan dan berpasang pasangan? Sebab Allah nak kita berdakwah pada geng kita, kawan kita, pasangan kita.... Tak semestinya hanya orang yang baik je boleh berdakwah,,, kalau camtu memang takde la kan yang boleh berdakwah kat dunia zaman sekarang ney. Renungan bersama


Sunday, September 4, 2011

Hari Raya Bersama Pets

بسم الله الرحمن الرحيم

Kenapa aku cakap pelik? kehkehkeh entah la sebenarnya tak pernah fikir pun,,, tiba² semua bawak pets masing² masa hari raya... Raya tahun ini agak enjoy walaupun pada mulanya aku takde feel pun nak raya... 

Apa yang best apabila raya kali ini ialah bila tiga sepupu ni kalau dah berjumpa memang takde cerita lain,,,hehehe *pets* dan ditambah lagi dengan beberapa orang yang pakar dalam fotografi,,, apa lagi la kan,,, dengan baik hati ambek gambar sana sini,,,huhu

Tagline pets masing²
Arif - Sufi - Muezz
Iguana - Sugar Glider - Hedgehog

Sebenarnya aku lebih prefer Iguana tapi memandangkan aku takde Iguana buat sementara waktu,,, tinggal Hedgehog so takpe la... tetap sayang amat²! Gambar situasi di atas hanya boleh berlaku kalau semua berkumpul beraya kat rumah aku sebab Hedgehog tak boleh bawak jenjalan sangat sebab dia tak sesuai, nanti muntah²...

Suasana balik kampung memang best!!! Antara hidup di pekan, bandar dan kampung,,, memang sangatlah berbeza... tahu² je la suasana nya camne lagi² kalau kampung kat Kedah sana,,, perhhh sawah padi beb!!!



Aku kat belakang sane tu,,,huhu

Tengoklah gambar suasana aku bersama Iguana dan pets yang lain,,,haha beraya dengan haiwan + manusia... 

Bersama Sugar Glider
Gambar terOVER sikit,,,hahaha songkok tu pun pinjam orang punye....

Bersama Lola yang tengah risau,,,hoho

Bersama makcik, kazen, adik,,, haha tak boleh blah tol la,,,haha




Ni tiga gambar bersama Iguana dan tuannya, Akie. Syok je erk Stich(Iguana) ni dok atas kepala aku serap cahaya,,,hehe

Ni jela yang dapat bergambar... ramai gak family yang tak dapat datang...
Hehe pelik tak? hoho sekarang ni ahli Keluargaku Permataku hanya ada 5 orang yang tegar(bela pets) dengan haiwan ni... Aku, Arif, Sufi, Akie, Solehah... Tapi sekarang dah cuba² nak hasut supaya ramai lagi,,hahaha mana taknya, pets lagi popular dari tuannya,,, ini tak boleh jadi,,,ececeh... semua nak bergambar dengan pets² yang eksoktik tu walaupun takut² nak dekat,,,hehe

Dan nantikan la wahai Keluargaku Permataku bahawa raya tahun depan korang akan bergambar dengan Ferret plak,,, wahhh gempak!!!

Bersama Family Tercinta
Eh apsal aku tak pakai songkok -.-'