Monday, August 29, 2011

My Beloved H3P5

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum dan salam sejahtera ex-classmate H3P5 ^^ ini bukan lah wasiat atau pun surat pemergian aku,,,haha tapi hanyalah post special untuk korang... Sebelum korang pergi sambung belajar, walaupun ada yang dah melanjutkan pelajaran tempat lain tapi aku tetap nak sampaikan pada korang,,,kehkehkeh sebelum tu jangan fikir aku ni touching plak ea,,, hahaha

------------------------------

AM
1st time aku jumpa kau, perhhh aku fikir Am ni dah kenapa, mencarut tak habis². Nak nak kat Saravanesan tu, apa boleh buat kau classmate aku, aku rasa dengan kau macam tak boleh ngam. Tapi lelama okay je... hahaha Kau lah member aku yang 1st perangai yang giler tapi masih boleh berkawan dengan aku. Ingat lagi kau ajak aku baca al-Quran kat surau,,, ececeh baik rupanya kau ni...hehe Actually sebelum ni aku marah² kat kau tu bersebab. Bukan sesuka je,,, hehe lagi² kat kuliah... Kau paham kan? Apa² pun kau tetap buddy aku,,, ^^ sorry Am selama ni aku berkasar, aku memang camgini dengan orang yang berperangai macam kau,,, hahaha

FARAH
Tentang kau? Hmmm Fara, selama aku berkawan dengan kau, aku rasa kau tak pernah marah kat aku, hehehe ada la jugak kadang² aku buat kau tak senang dengan aku, kau nak marah tapi kau tahan je,,, hoho Aku bukan apa, tu lah perangai aku sebenarnya, suka menyakat, kalau aku tak kacau nanti bosan plak,,, huhu kau pun pandai, kalau mintak tunjuk ajar, kau ringan² je mulut nak ajar aku. Thanks jugak sebab percaya kat aku, hehe rakan segossip,,, hehe

YING
Haa Ying, rupa anda seperti orang Melayu jerk,,, hehe Tentang Ying tak banyak sangat aku nak cerita, tapi aku tahu, aku pun banyak kacau² kau, gurau tak pasal²,,,hehe lagi² masa Tutor Biologi,,, mesti kau bosan dengan aku kan,,, huhu kawan dengan Ying memang best sebab Ying terima je aku punya idea, hahaha apa² pun thanks yaw sebab anda adalah rakan berbangsa Cina yang saya takkan lupa... heeee

EEVON
Ceh nama taknak gempak lagi,,, hehehe masa 1st time tengok muka kau, aku tahu dah ni mesti harapan kelas untuk dapat 4flat,,, hehehe walaupun sem 1 tak dapat, ye saya tahu anda sangat sedih tapi nak buat macamne, itulah takdir anda,,, masa itu saya rasa sangat bersimpati,,, tapi taknak tunjuk pun,,,huhu Eevon pun selalu marah dan tegur aku suruh jalankan tugas,,, hahaha sorry ye sebab kurang melakukan tugas dengan baik,,, lelagi pasal fotostat nota,,, haha malas dehh

ANNA
Yup Anna anda adalah kawan aku yang paling brutal pada abad ini,,, hahaha memang betul pasal kau, kawan kau semua aku tahu,,,hehe bukan stalker ye tapi dah memang takdir ada je member yang berkaitan dengan kau aku pun kenal,,,hohoho layan kepala kau pun best! haha thanks la sebab percaya pada aku tentang rahsia² kau tu... haha kau pun tak takut dengan aku kan,,, hahaha apa² pun tetap aku jaga,,, hahaha

MAI
Ok tentang Mai.... Kau sebenarnya selalu buat aku malu tau tak,,, hahaha kalau jumpa aku jangan lah jerit² nama aku,,, haha semua tengok fikir bukan²,,, hahaha kawan dengan kau best sebab even kau selalu kutuk aku secara terang terangan,,, its okay selagi kau percaya aku sebagai member kau,,, hehe kau pun sporting je, banyak kowt gambar kau dalam handset aku sampai orang ingat kau ni awek aku,,, haha tak boleh blah,,,

AMIR
Yeahh Amir ni la selalu stay ngan aku kat kelas dan kuliah. Amir kau tau tak kau selalu buat aku tensyen,,,hahaha perangai kau yang selalu bad mood,,,huhuhu dengan kau lah aku selalu bertekak, dan finally aku selalu mengalah. Malas nanti jadi hal besar,,,haha apa daa... Gurau² je kan tu... hehe thanks ye sebab selalu bagi aku pinjam tutor,,,haha Sebab budak lelaki dalam kelas, kau sorang je yang siap, yang lain takde maknanya siap,,,,hahaha

SYAFIQ
Kau budak kelantan yang pertama aku kenal, ye lar aku sekolah dekat² dengan rumah, baru aku tahu kawan dengan orang Klate ni camne. Masa 1st kenal, sungguh aku tak bape paham apa yang kau cakap, sampai aku suruh ulang,,,hehe lagi² dalam handset. Tapi perangai kau pun berubah semakin hari,,, haih nasib kau pandai tau tak,,,hahaha penat daa aku backup untuk kau dalam kelas bila lecturer tanya pasal kau,,, budak perempuan mana nak backup kau,,, hahaha

NORA
Anda lah penolong saya,,,kehkehkeh kau sungguh berbakat, best kot bakat macam kau ni. Fasih bahasa Inggeris dan muzik. Dengan Nora ni pun pernah gak konflik. Harap kau dah lupa dah,,,hahaha Satu kumpulan dengan kau sangat merangsang otak aku,,, cehhh tapi aku memang malas kalau assignment berkenaan subjek English dan kau jugak selalu suruh aku berusaha. Kau berjaya jadi ketua kumpulan aku dengan jaya nya,,,yea!!! Sebab kau terima je kelemahan aku,,,sorry ye lagi² time presentation aku yang kolot tu,,, -.-'

ZAREN
Ye, aku tahu, kau lah perempuan yang paling sopan dalam kelas,,,,hahaha Selalu menjaga ciri² perempuan melayu terakhir,,,hehe Sebab tu la ramai suka kau. Ok tak nak ungkit lagi. Apa² pun Zaren, kau selalu nasihat aku kan, terima kasih banyak². Maaf sebab aku banyak sakitkan hati, malu kan kau,,,hahaha Sebenarnya itu lah cara nak menyakat orang macam kau,,,,hahaha sorry >.<

AMIERA
Hmmm Amiera paling pendiam antara yang lain. Yup i know you,,,, cehhh huhu Amiera yang aku kenal peramah sebenarnya. Bekerja dalam satu group pun mudah cuma kau malu² kucing macam aku bila kat depan,,,,hahaha Apa² pun Mira, best kawan dengan kau. Kita saling melengkapi kekurangan yaw...

NUR
Haaa budak ni sebenarnya aku nak explain panjang sikit dari yang lain, silap² satu post untuk dia je,,,hahaha gurau je Nur! Gurau dengan Nur sangat best even nak gurau kena gedik² dulu baru boleh bergurau,,,haha tak boleh blah! Hmmm Nur i know you mula² tak ngam dan tak suka kawan dengan kitaorang sebab tak sekepala. Tapi percayalah bila kita dah sekelas, percaya antara satu sama lain jadi best kan,,, hehe rindu kat Nur la,,,hahaha ;p

SYUHADA
Hehe Syuhada ni plak, selalu tensyen ngan aku sebab buat lawak bodoh,,,haha kalau cakap dengan dia, pandang lama² kena marah,,, hahaha Balik² aku kacau, buat lawak bodoh, tu la rutin aku sebagai ketua praktikum kat sana,,,hahaha Syuhada best kot buat kau tak selesa,,,haha ok la tu semua gurau² jee. Sorry pasal apa² yang aku buat kau kecik hati,,,hehehe

SYAFIRA
Mama a.k.a. Syafira memang macam emak² korang la senang citer,,,haha Bukan fizikal tapi rajin bagai nak buat itu ini, selalu kowt tolong aku photostat nota. Masa tu aku sebagai ketua dah takde keja sangat da,,,haha kutip duit, jamuan, beli hadiah semua dia yang buat. Terima kasih Syafira sebab kau sanggup bersusah payah dan bertungkus lumus untuk menolong anak² kau. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda,,,hehehe

AISYAH
Sebenarnya Aisyah ni membuat aku terkenang pada cinta monyet aku dulu masa darjah satu,,,haha *tak boleh blah* muka lebih kurang nak sama. Apa² pun Aisyah ni selalu fedup bila aku ada,,,haha sebab suka pasang telinga dan tiba² muncul secara mengejut,,,haha suka tengok kau terkejut. Jangan marah², nanti cepat tua,,,hehe apa² pun mintak maaf ye...

FARHANA
Ermmm Farhana.... pasal kau,,, pun best bila mengarut dengan kau,,,haha cara kau cakap pun berbeza dengan orang lain. Tapi kau pun agak kelam kabut bila kat depan. Aku pun sama weyh nervous,,,haha lagi² time presentation english kau,,,huhu kelakar tengok kau nak hafal sebutan tu betol² takut kena marah nanti,,,haha

SYAFIQAH
Sama lah kau,,, aku pun suka merepek dengan kau dan buat kau marah kan,,,hahaha chill~ nak gosip pun jangan la pasal aku,,, *perasan* haha lagi satu, aku rasa aku pernah group dengan kau dalam presentation english,,,hehe dan aku tak banyak membantu pun. Sorry lagi sekali,,, kau hebat dalam hias² blog, lagi² time buat web guna kompozer tu,,,cewahh bangga plak,,,haha thanks a lot buat aku terpengaruh denga cerita Jepun yang bagus² tu,,, ^^

SYAKIRAH
Hehe Syakirah kecik sorang ney,,, Aku terkejut bila dalam kuliah, tadi kau keluar, tiba² kau ada plak,,, hehe baru tahu kau ada kembar,,, plak tu ada satu hari pakai baju nak sama memang tak boleh cam, kadang² kalau nak cakap dengan kau, susah nak cam, aku terpaksa sengih tengok kau lama², kalau kau cakap *** maknanya betullah itu kau,, haha malu kot kalau tersalah orang.

CHEN
Hehe suka² kacau Chen,,,haha suka buat awak jadi blur, suka buat awak terkejut dengan jawapan saya,,,hahah tapi Chen is the best la ketua Group Biologi & Matematik aku,,,haha bangga aku kumpulan dengan dia. Senang bekerjasama, tapi tu lah selalu kena keluar study group,,,haha sebenarnya malas,,, haha awak pun memang tak sombong kan, so takpe la....

IERA
Hmmm aku sampai sekarang tak panggil dia 'akak' sebab dia tak benarkan,,, haha Iera ni kalau korang kenal,,,hmm memang bergaduh je la,,, haha tak dinafikan nak menang memang susah sebab naluri lelaki yang baik memang kasi perempuan menang ;p aku pun selalu kena marah dengan dia,,,haha chil~ tak takut pun dengan sorang kakak ney,,, haha sorry Iera kehkehkeh tapi akak aku sorang ney selalu tolong aku,,,,hehe

UBAI
Kak Ubai ni pun sama, sikit² marah tak boleh nak buat dajjal sikit, nanti kena pukul kehkehkeh kau memang pandai, mintak ajar Matematik pun senang, senang tiru,,, hahaha apa² pun kau telah menunjukkan bakat seorang kakak bila akhir² sem,,, haha ceh siap nasihat lagi,,,,huhu

IKA
Kak Ika sorang ni memang sangat lembut orangnya. Tak pernah nak marah aku even aku sakitkan hati dan menyusahkan dia,,, hehe pun selalu tolong aku dalam segala hal. Sekumpulan dengan dia pun best sebab dia ada idea walaupun suara tak kuat mana pun,,,hehe ok kak Ika memang baik,,, *takde motif* hehe

MUEZZ (tak boleh blah)
Pasal aku plak macamne? hehe aku tetap baik kan di mata korang,,, haha ok la, aku admit, sem 1 aku agak smart sikit, rajin dan sopan! Tapi masuk sem 2 aku dah mula serabai dan serabut, termasuk berat badan aku naik,,, haha dan banyak jugak aku buat hal dengan pensyarah,,, hoho lagi² selalu datang lambat, bangun lambat kelas Puan Syazwani,,, haha maaf ye aku tak dapat jadi contoh pada anak² aku,,, haha dan lagi satu jangan panggil aku Abuya depan orang lain kecuali antara korang² ok, nama tu memainkan peranan aku sebagai turun naik saham heh,,, haha

------------------------------

Di kesempatan ini aku nak ucapkan tahniah la pada korang sebab masih lagi study tak kira mana pun, ingat masa depan tu bukan bergantung pada kos dan tempat belajar tetapi bergantung kepada pendirian dan prinsip masing². Bila dah masuk Universiti nanti, jaga lah diri masing² sebab banyak pengaruh tak bermoral. Jangan ingat kat matrik kita boleh tangkis tak bermakna nanti kita tidak terjebak. Ingat pesanan pensyarah kesayangan aku,,, Puan Zabariah,,, hehe jadilah orang ok! Dan kat universiti nanti tak mudah seperti matrik sebab kita hanya tiga subjek je, tu pun dah merungut bagai nak apa,,, haha yang penting bagi orang Islam, jangan lari dari landasan kita iaitu Al-Quran & As-Sunnah... Semoga kalian berada dalam keredhaan Allah...

H3P5 tetap di hati aku,,, kalian adalah memori yang best pernah aku ada. Nanti kalau ada problem, just share kat group takpun secari privasi kat handset,,,hehe kita saling membantu ea,,,, pasal reunion tu nanti lah ea. Tunggu aku kahwin nanti,,, hahaha baru surprise ;p apa² pun aku tetap gembira dan tak pernah menyesal dapat kelas H3P5. Ingat praktikum kita antara top semua subjek kecuali English,,, hahaha

Malam Gala Simfoni Adikara ^^

Kat Lab 

Kat Makmal Bahasa (Presentation English)

Kat DK1 (Meeting AJK Pengucapan Awam)

Bilik Pengucapan Awam

Berebut Nak Main Ping Pong

Bersama Pn Zabariah

Penat tunggu van yerk,,,hahaha

Berbuka bersama H3P5

Sedap korang kena kan aku ek...

Hehehe rindu tengok tulisan yang serabai ney,,,haha

Saturday, August 20, 2011

Nukilan Seorang Hamba

بسم الله الرحمن الرحيم

Tiada manusia
yang dilahirkan sempurna
Jangan kau sesali
segala apa yang terjadi

Kita pasti pernah
dapat dugaan yang berat
Seakan hidup
tidak bermakna lagi 

Bersyukurlah dengan apa yang ada
Hidup adalah Anugerah Allah
Terus jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

Allah pasti kan menunjukkan
kebesaranNya dan kuasaNya
Pada hamba yang sabardan tak kenal putus asa

Aku tak pernah menyangka
bahawa semua ini akan terjadi
Mungkin aku terlalu melupakan-Nya
sehingga diberi dugaan seperti ini

Hilang semua milik aku
Petik hikmah dari segala yang terjadi
Ya Allah, mohon leraikan semua ini
Dugaan dan penderitaan ini

Ya Allah, berilah aku kekuatan
Untuk menghadapi semua ini
Hanya Engkau yang sanggup menenangkan
Gelisah dan resah di hati

Mungkin aku terlalu sombong
Anggap diri terlalu hebat
Sampai aku melupakanMu
Hingga akhirnya diberi dugaan seperti ini

Kau tempatku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik-Mu
Mencintai-Mu sejati

Kita pasti akan hilang
Kita pasti akan kembali padaNya

Setiap nafasku kerana izinMu
Detak jantungku adalah rahmatMu
Ya Allah, ampunkanlah dosa dosa ku
Yang tak terhitung bagaikan debu

Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu
Lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Izinkanlah aku bertaubat
Kembali pada jalanMu
Aku kotor dan khilaf
Di hadapanmu yang Maha Suci

Mohon ampun atas kesalahanku
dosa dosaku
Aku bukan siapa siapa
Hanya manusia
hambamu
Yang tak pernah lepas dari kesalahan

Ku serahkan hidupku padaMu
Ya Allah ampunilah aku
Ku memohon padaMu
Tunjukkan jalanMu 

Amiinnn....





Sunday, August 14, 2011

Untunglaa Dah Tahu Semua

بسم الله الرحمن الرحيم


Betul lah, kita kena guna kemudahan zaman moden ni untuk kebaikan... Facebook dan Blogger contohnya,,, best² sebab banyak membantu... apa yang aku buat sampai best sangat tuu??? haa persedian aku sebelum masuk ke UPM lar... dok usha blog² senior, blog yang sama coursemate ternyata menaikkan lagi semangat,,hahah xde la naik sangat kan...

Thanks kepada Kak Ada & Muin yang bagi info bagai nak gila,,, dari situ mula aku kenal budak yang senasib aku, Amirah & Shyafiq... belom lagi kat Facebook, Rossa & Farhani... senior lagi sorang ney Hidayat,,, berguna jugak untuk aku, best sebab belum apa² dah kenal itu ini, haaa tak lupa gak pada senior impian saya, Veterinar Aisyah & Maslinda,,,,hehehe sedih gak tak dapat jadi junior dyowang,,,,heeee haaa lagi satu, ada seseorang komen kat blog lagi satu, tak tinggalkan link, tapi dia offer nak bagi buku free,,, wahhh saya sangat terharu dan berbesar hati untuk menerima hadiah itu,,ececeh...


Info serba sedikit aku dapat, kos ni sangat enjoy bagi aku...hoho sebab kita belajar dari haiwan itu lahir sehingga dia melahirkan anak,,,haha menjaga haiwan² ternakan dan haiwan yang sekutu dengannya,,, nanti kena sembelih gak arnab, ayam,,,huhu tapi lembu tatau ade ke tak,,,hehehe haaa dan lagi satu, aku dinasihatkan jangan upload video² yang agak kontroversi sebab sebelum ni pernah ada kes sampai luar negara kowt,,,haha tengok group ni... Stop The Animal Murder at UPM, video penyembelihan arnab tersebar sampai ke Animal Rights,London... pastu kena serang, then UPM kena call,,,huhuhu betapa rasa bersalah batch akak aku sorang ni sebab dia ada di situasi itu,,,huhu

Pastu kira budak kos ni amatlah busy sebab hari minggu kena bersihkan kandang dan reban, kadang² kalau time cuti, kita kena jaga ayam kat reban,,,hahaha budak yang ambek kos ini juga perlu bersabar dan perlu ada semangat setia kawan serta kerjasama ok! pastu kena perah susu lembu, kena tanam rumput then siram pastu main simbah² air kat orang haha then harvest... pastu ayam kita kena jual gak -.-'


Kos ini sangat taff ok, xsemestinya kos bukan medik dan vet itu senang, buktinya ini lah,,, kena belajar anatomi dan fisiologi, kalkulus, perakaunan dan pemasaran, dan IT... ngeh² betapa membuatkan aku tergamam sebentar 0.0 

Serius aku ingat kos ni ringan² je, belajar menternak, orang takde kelulusan pun boleh je buat ternakan,,,hahaha tapi sangkaan aku sangat² jauh larinya.... betul lah, kat dunia ni takde yang senang,,, nak mencari sesuap nasi pun kena berusaha! Apatah lagi berjuang ke jalan Allah yang sudah tentu Syurga, nikmat selama-lamanya... ;)

OK lah, kesimpulannya Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) ini bukan untuk jadi doktor haiwan tapi menjadi Farmer Management. Dan jangkaan mengatakan kos ini mudah, tolong tarik balik,,,huhu dan kepada rakan² di luar dan family serta saudara mara, maaf lah ye jika saya tak dapat nak join apa² event kalau masa yang tidak sesuai itu,,,huhu perhhh takde la busy sangat kan,,, dan apa² pun kos ini sangat mengujakan dan sangat enjoy even susah

Haaaa sekarang life kat UPM tak citer sangat kat sini, lagi-lagi pasal apa yang aku belajar... lau nak baca, boleh bukak blog lagi satu ni Ternakan Muezz!!! ;-)

Wednesday, August 10, 2011

Serba Info Tentang Pets² Di Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Senarai pet yang masih dalam list aku lagi... sedikit info tentang mereka,,, mana tahu korang minat lepas aku citer serba sedikit,,,hahaha boleh share nanti,,, ^^


IGUANA adalah spesis cicak yang terbesar di Amerika dan boleh membesar sekitar 6.5 kaki (2 meter) panjang dan berat sehingga 11 poun (5 kg). Jangka hayat selama 20 tahun.
Reptilia yang susah nak jaga sebab untuk menjinakkan nya sangat memakan masa, di sini adalah ujian bagi penggemar reptilia! Tapi hasilnya sangat berbaloi! 100% herbivor ni aktif siang je dengan menghabiskan masa makan daun,bunga dan buah. Iguana juga pandai berenang dan boleh menyelam selama 20 minit. Hebat!
Iguana digelar "bamboo chicken" atau "chicken of the trees." Sebab daging dia memang sedap! *kata orang asli macam ayam!*



HEDGEHOG adalah landak kecil, dikatakan genetiknya lebih kepada tikus. So kita tak boleh makan lah,,,hehe saiz hanya sepanjang 13cm hingga 30cm dan berat dari 397g hinnga 1106g.
Kelebihan dia, jika terasa diancam atau tidur, dia akan membentuk bola dan menegakkan duri(seperti gambar di atas). Tapi jangan risau kerana ia amat popular dalam kalangan penggemar pecinta haiwan kerana durinya tidak begitu tajam. Spesis ini juga komersial dalam membanteras haiwan perosak di taman. Makan semua serangga dan makanan kering kucing. Spesis nokturnal(aktif pada malam dan tidur waktu siang) ini juga pandai berenang tetapi tak lama lah,,,huhu sangat lemah deria penglihatan tetapi kuat dalam deria pendengaran dan bau.



FERRET adalah spesis musang atau memerang tetapi habitatnya di darat. Saiz kepala dan badan dari 38cm hingga 50cm dan ekor sehingga 13cm. Jangka hayat sehingga 12 tahun. Haiwan pemangsa ini memakan arnab, tikus dan haiwan roden kecil. Tetapi apabila dalam jagaan kita, harus beri daging segar... kos agak tinggi untuk membela ferret ni... Menghabiskan masa seharian dia dengan tidur dari 14 hingga 18 jam dan masa selebihnya masa makan dan bermain dengan pemiliknya. Dia sangat bersosial sehingga kadangkala pemiliknya juga tak larat,,,hahaha boleh juga bermain dengan kucing. Sangat sosial!



BEARDED DRAGON atau POGONA adalah spesis reptilia yang mudah dijinakkan,,, saiz boleh mencecah sehingga 24 inci dan dikatakan sangat baik jika haiwan ini gemuk! haha comel... Ia sangat friendly dan tenang jika bergaul dengan manusia tidak seperti Iguana. Tetapi dalam kalangan spesis mereka, suka bersendirian. Ia juga mudah dibiakkan dalam sangkar. Ia diurnal(aktif siang tidur malam) perlukan berjemur di bawak matahari sambil bertenggek di atas batu. Sejenis omnivor dan makanan utama adalah serangga dan tikus kecil.



PRAIRIE DOG adalah mamalia yang sangat comel dan bersosial,,,hehehe saiznya yang kecil seperti arnab sehingga mencecah 30-40cm. Ia adalah spesis tupai tanah, membuat lubang sebagai tempat tinggal. Jangka hayat sehingga 8 tahun. Makan sedikit serangga dan kebanyakkan rumput dan buah. Sangat suka bermain, kucing pun suka main dengan mereka ni,,,huhu Prairie Dog ni kita kena selalu beri perhatian kat kita, nanti dia merajuk dan stress,,,huhu mengada! Sama macam ferret. Kos untuk membela ini juga besar sebab antaranya sangkar kena besar. Yang best, dia ni kalau orang panggil dia pandai datang... ^^



RACCOON spesis mamalia, musang yang suka mencuri ayam orang, makan telur, selongkar tong sampah! Kalau dah bela, tolong jaga dengan baik jangan sampai terlepas,,,huhu jangka hayat ada yang kata 4 tahun hingga 20 tahun, bergantung keadaan di sekeliling. Diet dia adalah 40% invertebrata, 33% bahan tumbuhan dan 27% vertebrata. Memang susah nak bela Raccoon ni... kos pun agak tinggi... Tetapi kebiasannnya orang suka bagi makan makanan kucing, walhal tak elok sebab jika diberi makan dalam masa yang panjang, dia boleh kena penyakit gout! Ia juga akan aggresif jika kita tak mandulkan. Ia juga susah nak ikut cakap kita, senang citer bela Raccoon sangat lah susah, perlukan pengalaman.



CHINCILLA sejenis roden yang selalu jadi mangsa makanan pemangsa. Di hutan, dia diburu kerana mempunyai bulu yang sangat lembut! Diet dia macam hamster seperti kuaci, kacang, buah dan sedikit serangga. Haiwan ni kena bersenam sikit dan giginya perlu dijaga,,, agak sukar jugak nak bela haiwan ni,,, sangat pembersih, kita kena selalu bagi dia mandi dengan debu untuk membersihkan bulu dia yang lembut tu,,, sangat jinak!!! Comel! Suhu persekitaran juga perlu dititikberatkan kerana ia memerlukan tempat yang sejuk, sesuai di dalam aircond..



20 Cara Buatkan Roomate Anda Jadi Gila

بسم الله الرحمن الرحيم


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde orang kat rumah. Unpack segala barang anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati "Horee…kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama² dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah sekarang”

3. Buat² terjaga pada tengah malam, jerit kuat² "Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura² tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa² atau cakap apa². Lepas tu bangun secara tiba² sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat² pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura² tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahaw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat² muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member² sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat² keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai². bile roomate terjaga pakat buat² tak nampak ape².

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok² ada mayat..


Sunday, August 7, 2011

Rindu Berpuasa

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah sekarang tengah bulan Ramadhan, jom kita isi masa² dengan beramal dan beribadat. 
Ingat lagi masa aku duduk kat KMM, aku isi masa dengan baik... tapi kalau kat rumah... teruk sangat. Ye lar kat rumah macam² hiburan ada terutama internet. Leka dan lalai...

Aku rindu sebenarnya nak berpuasa kat KMM, bukan aku tak suka berpuasa di samping family tapi bila dah terbiasa kat rumah terlalu lama, jadi pemalas kowt. 

Bermula sahur, kalau rajin pergi kafe, kalau malas sahur roti dengan air milo... sementara tunggu azan Subuh, buat sembahyang sunnat sikit, lepas tu tido,,,hoho
Tapi kalau kat rumah, selalunya lah lepas sahur terus tidur, bangun Subuh pun 6.30 dah lambat sebenarnya...
Bangun dekat pukul 10pagi then pergi kerja sampai 6.30petang. Malam plak lepas tarawih terus mengadap laptop...memang aku manusia dalam kerugian


Kalau kat KMM, ye la duduk berdikari, kena ada sikit usaha baru dapat. Nak makan pergi beli sendiri, then buka kat bilik orang dan kongsi ramai² makanan masing². Pastu terus sembahyang Maghrib berjemaah. Sementara tunggu Isyak, buat benda berfaedah seperti baca al-Quran ke dan macam² lagi. Lepas tu tarawih, best sangat sebab kat sana ramai kawan² kan, bangga la dengan member jadi imam jemaahkan ramai pelajar, pastu ada sedikit zikir, suara merdu,,, sangat best la! Pastu balik bilik, buat kerja dan terus tidur,,,huhu


Tapi ada satu malam, sangat tak boleh lupa,,,hehe air teh kat surau tak habis, so member AJK surau bawak la balik air tu,,,, masih banyak kowt... pastu ada je otak kreatif nak main permainan...
Buat bulatan, gunakan botol kosong sebagai petunjuk... pusingkan botol dan tengok dia arah pada siapa, dan yang kena, minum air teh secawan! haha dan aku sangat bernasib baik kerana punya lah dekat 40 cawan, aku hanya terkena 2 cawan saje ;) budak² ni sampai berbelas cawan,,, habes kembung perut,,,hehehe



Haha sedikit perjalanan hidup kami semasa di bulan Ramadhan,,,setiap komen membawa seribu kenangan,,,haih -.-' macam² citer sebenarnya... rindu kat sana,,,