Friday, February 18, 2011

Hari Kucing Sedunia

بسم الله الرحمن الرحيم



Mesti korang semua tak tahu kan ada Hari Kucing Sedunia ? Ha itu dia,,,aku baca kat surat khabar tahun lepas,,,agak excited jugak r ada Hari Kucing Sedunia ney,,,hehehe 
OK apa kata mari kita sama2 tolong kucing2 yang bersepah kat luar sana, bagi la secebis dua makanan ke,,,yang sesiapa ada kucing kat rumah tu, bagi lah BONUS untuk kucing kesayangan anda di rumah ok! 
Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi S.A.W.... ;-)

Sempena itu, lihat lah gambar2 kucing saya... ^^
(Kalau percayalah)





Sunday, February 6, 2011

Perubahan Matrikulasi...?

 بسم الله الرحمن الرحيم



Perubahan sistem pembelajaran Matrikulasi bagi sesi 2011/2012 dimana tiada lagi jurusan sains hayat dan sains fizikal diwajibkan mengambil 4 subjek teras Kimia, Matematik, Biologi dan Fizik. Kepada pelajar yang tidak berminat Fizik akan digantikan Biologi dengan Sains Komputer. Diingatkan Sains Komputer termasuk dalam pointer. Tempoh belajar adalah 3 sem bersamaan satu tahun setengah. Harap Maklum.

*Aku dah lah tak minat Fizik,,,hu~ selamat lah aku dah lepas dan lahir pada 1992,,,hahahha kalau tak aniaya aku  wooo... Tapi serius kesian r kat mereka yang terlibat dengan benda camni,,,huhuhu takpe r,,,siapa2 yang terkena tu,,,i wish u all may get succees OK!

Saturday, February 5, 2011

Pelik ke...?!

بسم الله الرحمن الرحيم
Apa yang pelik sangat kalau seorang remaja meminati *kartun/anime/animasi?(Kartun disini bukanlah kartun budak kecik seperti wonderpet dll.) Hmmm fikirkan... Melalui pemerhatian aku,,,memang kita semasa kanak2 sangat suka menonton rancangan kartun,,,tapi bila sudah meningkat usia,,,hanya lelaki yang teruskan minat tu tapi tak semua lah...Ok tengok situasi lain jugak,,,kalau dulu kita semua suka main permainan/patung, tapi bila usia meningkat hanya lelaki je yang teruskan minat mereka,buat koleksi permainan,,,tapi tak semua lah. Apa pendapat korang dengan perkara ini...? Adakah lelaki ini tidak matang...? Hmmm fikirkan lagi.....



OK lah pada aku bukanlah lelaki tu tak matang tapi itu adalah hobi kan,,,mengenai kita tengok kartun,,,pada aku kartun animasi seperti Megamind,Despicable Me dll tu pada korang sesuai ke untuk kanak2...kebanyakan kartun sebenarnya untuk orang yang berfikir,,,contoh lain adalah Karmen Rider,Power Ranger,Ultraman dll. sesuai ke budak2 tengok cerita ney? Banyak aksi2 yang mereka tiru dan akan membuat mereka terpesong pun ada...Kalau anime,hmmm anime seperti Naruto,Dragon Ball,detective Conan dll. ada jugak selit benda2 tak senonoh gak kan...

Aku cerita benda ney sebab aku tak puas hati kalau aku tengok kartun,,,orang akan cakap apalah macam budak kecik,cerita budak tak sunat dan macam2 lagi,,,ingat dyowang tu dah matang sangat?! hahahaha dan yang paling utama semua kartun/anime/animasi ada moral value nya.....

Wednesday, February 2, 2011

Kelab Pemuliharaan Penyu

بسم الله الرحمن الرحيم

19/02/2011 ni ada Biology Fair dan pada masa yang sama ada aktiviti kat luar dengan kerjasama WWF(World Wide Fund for Nature) kat Pangkalan Balak,Melaka,,,huu~ macamane niiii?????! Aku nak pergi join WWF tapi aku jugak terlibat dengan Biology Fair,,,haih malas tol la,,,

Tiba2 cikgu mesej aku "pelajar (yang terlibat kuiz bio saringan pertama yang kalah) yang berminat menyertai kelab pemuliharaan penyu,sila tulis nama di atas meja saya,terhad 40 orang sahaja, tolong inform pada rakan awak yang terlibat."

Aduhhhh yang boleh pergi hanya yang bertanding dalam kuiz jerk...? ape ney! jap! aku terlibat role play,then aku merayu kat cikgu,,boleh la saya nak pergi,saya nak pergi sangatttt,hahaha tak boleh blah aku merayu kat cikgu,,,huhuhu akhirnya dapat jugak pergi, tapi kalau role play kelas aku menang, kitaorang kena persembahkan masa Bio Fair,aduh camne tu,,,harap2 kelas aku tak menang,,,hahahah boleh ke doa macam tu...? hmmm takpe2 asalkan kelas aku dapat buat yang terbaik dalam Role Play yang bertajuk Lactose Operon. menang kalah adat bertanding....tak kisah la sekarang aku dapat pergi atau tak & tak kisah gak kalau menang atau kalah....! hahaha yang penting aku nak sangat pergi join WWF tuh!


*Aku sangat teringin untuk terlibat dengan kelab2 yang ada kat luar sana yang berkaitan haiwan2 ni,,,,so harap2 inilah kelab pertama yang aku dapt join....