Wednesday, December 23, 2009

Majlis Graduasi & Apresiasi

بسم الله الرحمن الرحيم

Terima kasih kepada Timbalan Menteri Pelajaran sebab sudi meluangkan masa bersama kami untuk merasmikan majlis yang tak seberapa ney!

Thanks Umi & Ayah bagi hadiah ni n pihak sekolah juga guru kerana bagi sijil yang cantik ney,,huhuhu


Huhu muka 'cover' tapi tertengok kamera yang lain la plak...

Alhamdulillah majlis ni berjalan dengan lancar walaupun aku agak 'nervous' naik pentas nak ambik sijil,,,huhuhu Apa2 pun majlis ni just majlis untuk menaikkan semangat untuk lebih berjaya n ada gak orang kata ni je la peluang yang kita ada sebab Diploma/Ijazah dah x dapat,,,hu mulut tu agak 'laser',,,hehehe

Kat bawah ni gambar2 aku & kawan2 yang aku akan simpan buat kenangan sebab lepas ni mungkin tak dapat jumpa lagi. Jangan lupakan aku okey!
We're all must alwayz SMILE!!!


Smart tak?? Hahaha


Hahaha aku xtahu macam mane aku boleh buat aksi gitu...! Spontan!
Lapar agaknya...

Dikelilingi wanita2 yang berjaya & aku la BOS! Huhu


Budak baju hitam tiba2 jadi pemalu plak,,,hehehe


Muka2 budak baik,,,hehehe


Ada style lah!


Monday, December 21, 2009

Takziah......

بسم الله الرحمن الرحيم

18/12/09 ketika aku mandi pada waktu petang tiba2 terdengar berita yang agak mengejutkan bahawa sepupu aku Muhammad Izzudin bin Shamsudin kemalangan di jalan raya. Mari kita sedekah al-Fatihah kepada dia agar dia sembuh dengan cepat. Hari ini dia telah menjalani pembedahan kaki dan tangan, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar selama 6 jam pembedahan dari pukul 9.00 am - 3.00 pm, Hmm lama tuh...




Terima kasih saya ucapkan pada yang sudi mendermakan darah. Saya mewakilkan keluarga pesakit... PEACE!


Ni muka cam takut jerk,,huhuhu

Derma darah tetap gembira n terseyum....

20/12/09 semasa aku di JB, tiba2 aku mendapat 'SMS' berita sedih jugak bahawa Cikgu Muzaffar kesayangan aku telah kembali ke rahmatullah....di sebabkan komplikasi jantung....
Cikgu Muzaffar adalah seorang guru Bahasa Melayu yang sangat dedikasi, berkomitmen dan bertanggungjawab dalam segala tugas yang diberi, tidak kenal erti penat lelah demi untuk mengajar anak2 murid untuk masa depan mereka.

Sedekah AL-Fatihah kepada Cikgu Muzaffar agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Amin.....


~Cikgu Muzaffar kekal dalam ingatan~

Thursday, December 17, 2009

MenSIBUKkan diri

بسم الله الرحمن الرحيم

OK memandangkan cuti ni banyak perkara yang bebas sampai dah tak tahu nak buat apa,,, aku terpaksa menSIBUKkan diri agar tidak bosan & jadi gila,,,hehehe
Ni la 'list' yang aku buat berdasarkan kemampuan aku :

  • Cari Kerja dulu
  • Menghias Landskap & membuat rumah untuk Hedgehog & Arnab(akan datang)
  • Buat Komik!!! huhuhu
  • Menjinakkan Iguana aku yang dah lama tak jinakkan
  • Ambil Lesen Kereta
  • PLKN
Rasa ni pun da banyak....Tapi aku akan cuba siapkan senarai di atas

Mengenai senarai yang kedua tu, aku dah buat pelan, Cuba tengok OK tak? Kalau ada sesiapa yang nak mencadangkan untuk aku,,,aku sangat memerlukan. Nak tanam pokok yang sesuai dan lain2 lagi....


Kawasan Kiri untuk Arnab


Kawasan Kanan untuk Hedgehog & Iguana


Ni tempat Iguana


Adakah pokok ini sesuai untuk ditanam kat tepi2 ala2 pagar?
Kucing tu nak gak buat posing ~


Ha inilah pelan dia,,,hmmm aku main buat apa yang terlintas di kepala.


Aku sangat memerlukan pertolongan idea, sape2 yang pro tentang Landskap ni,,,bagi komen sikit,,,

Wednesday, December 16, 2009

Peristiwa Yang...... -.-

بسم الله الرحمن الرحيم

Semasa musim peperiksaan SPM, banyak sangat peristiwa yang membuat aku sedih tapi aku memang tak nak fikir benda tu sangat.

Pertama, Ikan Sebarau yang aku paling sayang mati kerana salah ikan tu sendiri. 25/11/09 adalah peperiksaan SPM Matematik Tambahan, semasa aku hendak pergi ke sekolah, aku terdengar bunyi yang kuat seperti menghempap berdekatan dengan kolam ,tapi bila aku 'check' takde pape pun... Apabila aku balik dari sekolah, sungguh terkejut apabila Sebarau aku sudah dipenuhi semut. Melalui siasatan didapati dia melompat!hahaha,,, wa.... rasa ralat giler sebab aku sayang & dah besar la boleh dikatakan... hmmm redha... Pastu selang beberapa hari,ikan aku yang cantik yang baru belum ada rasa sayang tapi tetap sayang jugak mati,,, hmm apa la nasib aku.

Ni ikan apa ntah tapi ikan ni sangat cantik


Kedua, Tiko menghilangkan diri buat selama-lamanya.... Aku tak sangka dia boleh buat gitu kat aku hahaha ye la sebelum ni memang aku biarkan dia lepas kalau dia membolos kan diri dari sangkar, petang baru aku tangkap masukkan balik dalam sangkar. Tapi Sabtu 28/11/09 dia keluar tapi tak balik,,, aku belum rasa khuatir sebab dia pernah keluar tak balik-balik dua hari, tapi sampai hari Isnin aku menunggu tak kunjung tiba. Bila aku fikir-fikir mungkin dia menjadi mangsa kucing, ular, biawak, ikan, burung kat belakang kebun tu. Aku mulai redha dan aku harap suatu hari nanti aku akan jumpa Tiko kat belakang rumah dengan saiz yang besar huhuhu... kat belakang rumah aku ada kebun, mungkin suatu hari nanti tiba-tiba aku terlihat dia sedang berjemur di bawah sinaran cahaya matahari pagi sesudah aku baru bangun dari tidur dan aku ternampak ia melalui tingkap di bilikku...hehehe
Aku harap di sini lah aku akan ternampak Tiko aku...huhuhu~


Ketiga, Kucing yang selalu "meow" kat kitaorang ni dah mula jinak dan duduk kat rumah ni. Umi tak suka sebab kucing ni penarik kucing-kucing Jantan kat luar sana. Mesti bau hancing sebab jantan suka pancut sana sini tanda kawasan. Paling buat orang marah, dia pancut kat baju ampaian... haishh kucing ni lah... Aku tak tahu nak buat apa sebab sekarang aku tengah periksa SPM kalau aku buat atau buang dia rasa macam tak elok,macam satu dosa, tapi aku fikir emak dengan haiwan mana lagi penting. Mestilah emak... Aku cakap kalau nak buang, buanglah walalupun aku rasa macam kasihan, tapi kucing tu memang sangat manja tak macam kucing lain nak kena manjakan baru nak manja. Ini aku tak layan pun buat muka kesian pastu meleset,,, Lalola tengok jelez je hehehe

Gecko sedang tunggu bersama-sama baju untuk dijemur ;-)


Gecko tengah tunggu cahaya matahari pagi lebih bagus dari panas terik...


Dia suka nyorok kat dalam stor, tak tahu ada apa kat dalm stor melainkan berselerak & dipenuhi barang2 yang akan serabutkan otak aku...


Mereka lebih suka berjemur kat sini sebab secara terus dia dapat cahaya matahari & vitamin yang secukupnya lagi-lagi Tiko. Dia lah selalu melepak kat sini...tapi sekarang......


Waktu aku baca buku Sejarah untuk SPM bertemankan Iguana... ^^


Gecko nak mandi...!!!

Tuesday, December 15, 2009

Sinar Cahaya Ayat Al - Kursi

بسم الله الرحمن الرحيم

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.



Hikmah Ayat Al - Kursi mengikut Hadis-hadis


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Tujuh Kalimah

بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah...
Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut "


1. Mengucap Bismillah

pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah

pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah

jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut


4. Mengucap Insya Allah

jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah

jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

jika menghadapi dan menerima musibah..


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah

sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari

tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi
bisa, karena sudah biasa!

Sunday, October 18, 2009

Perkara Dilarang Ketika Solat

  • Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri
  • Berdiri di atas satu kaki
  • Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai
  • Duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai
  • Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri,rukuk dan sujud (menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka)
  • Mengangkat pakaian(sarung/celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut"
  • Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada
  • Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.
  • Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihram sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam. Ia perlu diam sejenak sebelum takbiratul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.
  • Menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua
  • Solat dalam keadaan hendak membuang air besar atau kecil kerana ia mengganggu khusyuk dalam solat
  • Jangan bersolat ketika keadaan berlapar tegar apatah lagi ketika makan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,maksudnya: "Apabila diserukan solat Isya' sedang makan malam disiapkan, dahulukan makan sebelum solat kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap dan tidak terpengaruh"
  • Menyilangkan jari kedua-dua tangan
  • Mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi
  • Menutup wajah dengan kain
  • Memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk

Beberapa ulama salaf berkata: (tidak patut dilakukan ketika solat)

  • Berpaling
  • mengusap muka
  • mempermainkan batu kerikil (di tempat solat)
  • solat di tempat lalu lintas

Friday, September 18, 2009

Sangkar Baru!!!

Salam raya semuanya...hehehe cam ramai jerk,
Hari n Jumaat hari yang begitu mulia,aku tak sekolah dan takde kerja nak buat
bukan takde kerja tapi belum ada kerja,,,kemas rumah jap lagi
Nak study da tak boleh da,,fikir nak raye jerk,,,hehehe
Pukul 7 pagi aku tiba-tiba rasa bersemangat plak nak buat Sangkar tok Iguana
daripada aku membuta membesarkan perut,,,
Bahan-bahan dah ada da,,,cuba tengok ok tak???

Aku tak tahu apa nama benda ney.. Cable Tight kan?


Ni sangkarnya asalnyer Lola & anak2 dia dilahirkan,,,sekarang dah xboleh dok sini sebab xsesuai
nanti menyelinap keluar

Ni jaring hijau,,asal perancangan nak guna dawai tapi fikir2 nanti cepat karat,,lagipun Umi yang beli,,jadi gua terima je r,,,



Ok ney dalam proses,,,tengok camne aku wat,,,


Hahaha tengok da siap pown,,,korang dapat bayangkan tak?? Tu Tiko tengah melekat kat situ,,,

Haha apa-apa pown aku sungguh puas % ini adalah persiapan untuk raya dyowg,,,apa ingat Iguana tak raya ker,,,sangkar ni gak memudahkan dia dapat cahaya matahari,,ni aku nak letak kat dalam bilik,,cian letak kat luar,,,sejuk~