Monday, April 25, 2011

My 15th April

بسم الله الرحمن الرحيم

Ok 15 April adalah tarikh lahir aku,,,yup im now 19! Dah besar daaa,,,boleh da nak kahwin lau dah mampu,,,kuikui

Ok la aku memang takut sebenarnya kalau besday aku diketahui, ye la kan kat kolej tu,,,pehhh hardcore sambutan dia,,,aku taknak terlibat benda2 tu,,huhuhu tapi malang tak berbau,,,ada saje yang tahu walaupun aku dah hide besday aku kat Facebook!

Petang 15 April kelas aku ada buat jamuan buat kali terakhir sebab dah nak kluar matrik, so memang dah rancang lama da benda tu, so aku tak expect apa2 r kan,,,lagipun dyowang tak tahu punya....makan punya la makan sampai aku terlebih makan,,,kihkihkih tiba2 dyowang cakap "weyh ko nak makan lagi ke? Kitaorang dah nak gerak ni nak main game!" aku pun apa lagi cepat2 la makan,,,

Penuh dengan drama mereka ni...

Tiba kat padang,,,aku tengok dyowang tengah main pepsicola... "kehkehkeh sori tunggu aku lama sangat sampai korang dah main dulu,,," So, aku pun sowh tukar main game lain,,,game Freeze,,(suke kenakan orang) tiba2 je Syafiq tangkap aku,,, "oooo ko sorokkan besday kau kat FB,ingat kitaorang tak tau ea,,," Sejurus itu semua pergi ambil senjata masing2 dan attack aku! Hu~ Habes2 aku kena tepung,,,serangan kedua adalah air Budu,,,mak aihh busuk,,,masam! Ketiga plak telur,,,Pap kena kat kepala aku dan yang terakhir Syampu Rejoice,,,hahaha ni takpe,,,wangi~


Apa lagi mula lah sesi kejar mengejar,,,hahaha
Malu seyh budak2 maen bola,tennis semua tengok,,,hahaha

Malam tu plak,,,aku dipanggil untuk ke Kafe B ada jamuan plak,,,adehhh malam2 plak tu,,,Kafe B budak lelaki tak boleh pergi malam2,,,huhuuh disebabkan mereka merayu so aku pergi lah...aku ajak Dean,Amir n Ijat...Geng Kelantan! Hu~ sampai sana memang amat bengang yang teramat,,,perempuan semua tengok pandang kerek siot....hahaha 
Aku duduk je,,,dyowang keluarkan kek....Secret Recipe! Peh lagi lah wat aku malu,,,apsal plak kek mahal tu plak ngan hidangan KFC depan aku,,,fuhhh sangat terharu masa tu...Terima kasih kat Ex-Schoolmates Jiha,Zuha,Fany n Shahzrin sebab korang sambut aku macam tu sekali even sambut besday orang len sekali,,,aku amat menghargainya... tak lupa gak roomate korang,,,hahaha n makcik kat kafe B tu yang bagi percuma hidangan Kentang Goreng,,,huuhuhuh thanks sangat2!

Bersame Jiha sebagai sponsor,,,Aku n Zuha yang disambut...huhuhu

Ni plak bersama Shira,,,huhu slalu kacau dia sampai dia cuak lau terjumpa aku,,,hahaha
Sesi memotong kek,,,mereka ni menyebok je,,,hehehe takde r,,,
Thanks ye Dean & Amer

Makan KFC plak,,,kehkehkeh thanks Jiha!!!

 Ok time balik aku sangat lah cuak sebab 'Amir & The Gang' macam ada rancang sesuatu,,,aku sangat berhati2 time balik tuh...Aku pun cakap kat dyowang,,, "Weyh aku takde baju taw lau korang nak kenakan aku" huhuhu sampai je kat blok ambek kau kene tenyeh kek kat muka aku yang Hensem ni,,,hahahah dengan cermin mata sekali,,,aduiii abes bau tak hilang...apa lagi aku pun kejar lar,,,,fufufufu tak dapat dikesan sebab mereka sangat kuat stamina ye....fufufu last2 malas aku nak cari,,,,pergi bilik Dean kena kau ngan aku,,,hahahaha


Esok malam pulak,,,aku hampir kena dengan benda2 yag agak menjijikkan....errrr
Tiba2 aku keluar dari bilik study kena tangkap lagi,,,aduh ingat gurau jer,,,tiba Jaz bawak pulak telur tembelang dalam polysterene ntah bape banyak n lame ntah dia simpan,,,,aku meronta2,,,dapat pun lepas,,,dan sangat la pantas aku terus ambek polysteren tu,,,hahahaha semua pecut lari,,,hahaha ni besday spe? aku plak kenakan dyowang,,,hahaha like3. Sesi kejar mengejar bermula lagi,,,,satu blok aku kejar,,,last2 semua dapat masuk bilik,,,aku tak dapat buat ape...

Malam tu jugak aku ditarik n ditangkap lagi oleh budak2 Hardcore...pehhhh merana aku menahan kat pintu,,,dyowang tarek aku,,,abes lebam semuanya sampai seluar terbukak....hahahha,,,,nasib dyowang kesian kat aku,,,,hahhaa sebenarnya dyowang nak kenakan orang len tapi aku pun nak kena join same,,,,err tak nak sebab ramuan mereka sangat lah kejam,,,,,sambal-air ntah ape warna coklat pekat,,,erk n bermacam2 lagi ramuan yang menggelikan tekak saye ney,,,,huhuhu ikat tangan kaki memang tak pernah dilupakan,,,,Alhamdulillah aku terselamat lagi....


Saturday, April 23, 2011

Tak boleh Berjauhan...... :-(

بسم الله الرحمن الرحيم
 
Argghh aku sudah mula rase kesunyian....sekarang aku berjauhan dengan si dia....selama seminggu,,,harap2 jangan lebih dari itu...tolonglah....aku macam tak boleh hidup tanpa dia,,,tak lengkap hidup seharian aku.....owhhhhhh aku risau camne keadaan dia....
 

Friday, April 22, 2011

Penguin Semakin Berkurangan

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambil berjalan terkedek-kedek  di atas dasar batu besar dan menjunam ke dalam lautan berwarna firus, lensa kamera pelancong2 bersiap sedia  merakam gambar penguin kat Afrika Selatan. Burung laut berwarna putih dan berkaki pendek ini adalah tarikan utama bagi pelancong. Even, angka burung laut ini semakin berkurangan sehingga menimbulkan kebimbangan ia petunjuk kepada ancaman yang menakutkan berkenaan marin.
"Penguin Afrika semakin berkurangan  sehingga 60% sejak tahun 2004. Ia membuatkan kami amat bimbang " kata Lorien Pichegru dari Institut Percy FitzPatrick Ornitologi Afrika Selatan.
"Kini hanya terdapat kira2 26000 pasangan penguin yang masih wujud dan ia merupakan catatan yang terendah pernah direkod setakat ini. Pada permulaan kurun ke 20 kita mempunyai lebih 2 juta penguin ini" ujarnya. Ahli sains menjadikan penguin sebagai salah satu spesis petunjuk yang mudah untuk memantau masalah yang tersembunyi serta luas di dalam lautan.

Pada tahun lalu, penguin Afrika diklasifikasikan semula sebagai spesis terancam selepas angka nya semakin menurun. Ia mungkin disebabkan kekurangan sumber makanan kerana aktiviti perikanan selain pencemaran. Burung yang tidak boleh terbang ini dan berwarna seakan pakaian kot serta berjalan agak lucu itu mendapat sumber makanan dengan menikmati ikan bilis dan sardin yang hanya membiak di selatan Namibia dan Afrika Selatan. Perubahan corak kehidupan ikan2 ini telah memaksa burung2 ini mengembara lebih jauh semata2 mencari makanan dan mendirikan sarang baru. "Penguin tidak boleh berenang terlalu jauh untuk memberi makanan kepada anaknya dan pada penghujung pembiakkan ia memerlukan makanan bagi bersalin bulu" kata Rob Crawford dari Jabatan Perhubungan  Alam Sekitar Afrika Selatan sambil menunjuk migrasi sardin sejauh 600km. Organisasi Kehidupan Burung Antarabangsa memberi amaran bahawa 18 spesis penguin  Afrika antara yang berdepan dengan kepupusan.



Thursday, April 21, 2011

Aktiviti bersama Penyu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Aktiviti ni aku takkan lupakan... 19/02/2011 aku pergi ke Pusat Pemuliharaan Penyu,,,huhuh syok...! Walaupun penat,tapi sangat enjoy! Pagi, kitaorang menaiki bas kolej untuk pergi ke destinasi tetapi sebelum tu singgah jap kat warung mana ntah...pehhh boleh ambik apa saja juadah sarapan kat situ,,,memang favourite aku r kan...hahahaha banyak gak r aku order,,,kehkehkeh ye lar jap lagi nak guna energy untuk membatu WWF tu,,,hahaha sesudah tu kitaorang pun beredar dan sampai,,,dekat je dari kolej...

Waa pagi tu sangat bertenaga yerk,,,sebelum melakukan tugasan,kitaorang diberi taklimat ringkas apa yang perlu dibuat... lelaki dibahagikan tugas untuk mencangkul dan menggembur pasir...(ingat senang ke) dan perempuan tugas mereka bersihkan kolam penyu dan kutip sampah kat tepi pantai...memang letih sangat amat! ada dalam dua jam gak buat benda tu tak siap2...

Akhir sekali kitaorang diberi satu sesi penerangan tentang pentingnya penyu ni kepada alam. Memang sangat best,padat n terperinci penerangan yang diberi. Perlu menjaga mereka terutama di Malaysia,,,Penyu adalah khazanah kita, kita perlu sangat menjaganya... Kalau nak makan telur dia,,,tolonglah jaga dia elok2, bila dah meningkat  bilangan dyowang,,,nak makan terlu penyu,makan lah...Makan telur penyu dilarang ea dalam undang2 Malaysia,so sesiapa yang makan or jual tu jadi apa? Fikir2 fikirkanlah....

Penyu yang sangat popular di Melaka iaitu Penyu Karah (Hawksbill turtles). Mulut dia seperti paruh helang, cangkerang dia sangat unik...sebab tu pupus, banyak orang nak dia ney.

Paling aktif tengok keletah penyu berenang adalah penyu Lipas,,,kecik je dia,,comel sangat2...Penyu paling cantik plak Penyu Agar...yang banyak mendarat n bertelur kat Terengganu,Sabah n Sarawak tu...huhu

Taklimat ringkas sebelum melakukan tugas,,,ngeh

Sesi membersihkan pantai


Banyak woo nak kena pindahkan pasir2 ney ke sebelah sana...

Best tengok dyowang berenang,,,huhuhu

Bilik penerangan dan belakangnya ada pameran penyu
Jap lagi dak laki dok depan bawah sampai terlentok2 sejuk~

Aku sebagai wakil kaum lelaki mengambil cenderamata baju penyu,,,hehehe sangat sayang baju ney...


Semangat!!! *Poyo lebih

Dan Yang Ini adalah cenderhati,,, Best!


Ancaman Terhadap Penyu

  • Orang ramai memakan telur penyu
  • Pengutipan dan penjualan telur secara haram
  • Kematian penyu akibat terperangkap dalam alat penangkapan ikan
  • Pencemaran air di kawasan pantai, sungai dan laut
  • Pembangunan dan penambakkan persisiran pantai yang tidak terkawal yang boleh menggangu habitat penyu
  • Pembagunan dan pencahayaan di tepi pantai yang berlebihan
  • Gangguan pengunjung di kawasan pantai penyu bertelur

Tensyen2

بسم الله الرحمن الرحيم

Tensyen2x...29/03/11 adalah tarikh yang sangat buat aku takde mood,,,apa taknye HP aku skrin retak!? Haih memang r...keluar je dari dewan kuliah,,,keluaarkan handset tengok......? Tensyen2x camne boleh jadi gini,,,sesiapa yang buat aku marah sikit memang nak kena marah r masa tu...huhuhu sori tak dapat nak kawal emosi...sebab aku sangat sayang handset aku tu melebihi barang2 yang aku ada,,,aku sangat sensitif kowt kalau handset tu tergores sikit ke,budak2 wat main ker,main baling2 ker,,,haih memang nak kena marah...hehehe


Ni baru2 lagi,,,tapi semakin hari semakin gelap skirin dia,,,nak mesej kena teka n kecikkan mata,,,kalau orang calling aku tak tahu pun sape yang call,,,aduh payah! Dah tak boleh nak snap picture,,,memang makin buat aku stress,,,,(padahal handset je pun)
Minggu terakhir plak jadi macamgini,,,time cam gini r aku nak guna handset ni nak ambek gambar2...sabo je la....
Agak2 berapa kos repair dia ek?

Saat Terakhir

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari itu sangat menyedihkan,,,,saat2 ingin meninggalkan KMM sangat sedih walaupun dalam kegembiraan... Banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat di situ. Dari diri sendiri, rakan2, pensyarah2 dan tak lupa gak pada makcik2 cleaner....hehehe

Aktiviti Praktikum H3P5 buat kali terakhir sangat menyentuh hati aku,,,huhuhu sesudah habis aktiviti, kitaorang pun buat satu bulatan dan cakaplah sesuatu buat kali terakhir,,,peh masa tu sangatlah touching, pesanan dan kata2 mereka memang menyentuh jiwa,,,hahahaha ada yang mengeluarkan air mata, ada yang tak terkata...huhu tapi aku steady cool,,,huhuhu terima kasih classmates ku yang selama ini memberi kerjasama...


Pesanan pensyarah juga tidak kurangnya,,,lagilah menusuk ke dalam kalbu ku ini,,,kehkehkeh... semua pensyarah nak habis cepat mengajar sebab mereka ingin menyampai sesuatu amanat atau pesanan amat berguna pada kitaorang...paling aku ingat pesanan Pn Zabariah.... :') Harap kitaorang dapat memberi kan mereka gembira dengan keputusan kami...Kami tidak akan lupakan mereka....yeah!


Dengan kawan2 pun lagi la walaupun lelaki,tapi kitaorang punya hati dan perasaan....terharu sangat bila teringat kitaorang selalu tolong menolong dalam susah,,,senang sama2 susah pun sama2...kalau sakit sanggup pangku pergi turun bawah blok, melawat ke blok yang jauh, turun pergi ke kafe yang agak jauh belikan air mineral,,,sangat terharu ye...terima kasih kat mereka sebab disebabkan aku berkawan dengan mereka, baru lah aku faham erti semangat setia kawan, kerjasama,tolong menolong dan lain2 lagi. Hari last, kitaorang jalan2 satu KMM usha aweks,,,hahaha sangat enjoy~