بسم الله الرحمن الرحيم
Remaja selalunya dikaitkan dengan cinta. Agak pelik jika dilihat seseorang yang memegang gelaran remaja tidak mempunyai perasaan ingin bercinta dan ingin dicintai juga keinginan untuk berkenalan (kononya) dan berhubung secara SMS ataupun surat (baru romantik kononya) dengan rakan lain yang berlainan jantina.
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Adakah Islam langsung tidak memberi peluang kepada seseorang untuk merasakan perasaan cinta?
Adakah Islam ini terlalu kejam apabila mengekang seseorang itu daripada terjebak dengan percintaan?
Bukan begitu wahai saudaraku...
Islam adalah agama yang syumul! Segalanya sudah ditetapkan oleh syariat supaya manusia tidak terus tenggelam pada bisikan dunia. Cinta yang diimpikan semasa remaja hanya fatamorgana yang tidak kekal. Cuma mainan remaja yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik setiap bani Adam untuk bersamanya di neraka.
Cinta remaja sering membuatkan kita menipu diri sendiri. Pada fikiran sebilangan remaja, cuma setakat 'calling' , SMS dan surat tapi bukannya sampai berjumpa berdua-duaan di taman bunga...
Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Israk (32) yang bermaksud : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah apatah lagi melakukannya.!
Mengapa Allah kata,
'JANGAN' kamu MENDEKATI zina?
Mengapa tidak dikatakan,
'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA'
atau
'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA?'
Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu saja sudah haram apatah lagi jika berzina!
Sesungguhnya terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina, antaranya :
1. Melihat
Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina.
2. Senyum
Seterusnya senyuman diukir untuk menarik perhatian masing-masing.
3. Memberi salam
Salam diberi sebagai tanda memulakan perhubungan.
4. Bercakap kosong
Setelah mengenal hati budi masing-masing, seringkali menelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta.
5. Berjanji
Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati.
6. Berjumpa
Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya iaitu syaitan).
Wahai rakan-rakanku sekalian,
Waktu ini bukanlah masanya lagi kita bercinta. Perjuangan dan perjalanan masih jauh dan kita masih mentah untuk melalui alam percintaan. Percintaan yang sebenar bermula apabila kita mula mahu melangkah ke gerbang perkahwinan.
Carilah cinta yang disandarkan kepada-Nya yang menjanjikan dan fikirkanlah tentang ganjaran serta nikmat-nikmat yang bakal menanti kita di syurga yang tiada di dunia sementara kita melawan dari menuruti hawa nafsu kita yang sentiasa mahukan keseronokan yang tidak kekal juga kenikmatan yang tidak berpanjangan.
Marilah sama sama menyeru diri kita serta rakan-rakan lain sekalian untuk kembali kepada ajaran agama kita sebagai pedoman mereka dalam kehidupan agar negara kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Tuhan.
Alhamdulillah.....
1 comment:
good..
Post a Comment