Sunday, January 23, 2011

Couple...?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau awek/pakwe dengan kawan, mana satu kita pilih?
Kalau mereka ajak keluar, mana satu kita pilih?
Kalau pilih awek/pakwe, kawan akan kata penting kan awek.
Kalau pilih kawan, awek/pakwe merajuk.
tak payah fikir orang lain la,,fikir kalau si dia buat kat kita
apa kita anggap kat dia...

Kalau isteri/suami dengan kawan, mana satu kita pilih?
OK ini jawapan hanya ada satu saja iaitu isteri/suami.

Kesimpulan...tak payah lar bercouple, kalau nak sangat terus nikah saja.
Kalau bercouple waktu sekarang...banyak zina yang kita lakukan,tak semestinya zina yang kita tahu je.
Syaitan banyak cara nak nampak benda yang jahat nampak betul dan suci~

Ingat perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik.
Ingat lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.
Sama2 lah saya dan anda, kita cuba untuk menjadikan diri kita yang terbaik.
Renungkan~
InsyaAllah...

Friday, January 21, 2011

Tak sampai hatiiii.... :-(

بسم الله الرحمن الرحيم

Serius,,,aku tak sangka pun Lalo boleh jadi gini, aku balik dari kolej tengok, Ya Allah apa yang terjadi ney....?! Kaki Lalo dah takde!  



Tengok tu,,,sebelah tinggal tulang, sebelah lagi bengkak,besar giler! Tadi aku try la untuk bersihkan kaki dia, Ya Allah perit agaknya dia rasa,,,tangan aku pun perit gak,,,adehhh kena duri dia,,,Duri Lalo la yang paling tajam antara landak2 yang ada kat rumah. Dah la aku kena buat sorang2,,,yang lain tak boleh buat,,,aku yang kena pegang dia,aku yang kena cuci kaki dia,dan macam2 lagi...susah wei kalau buat sorang2! Ada sesiapa yang nak bantu aku...?

Insiden ini berlaku disebabkan anak Lalo sendiri iaitu Lala (Generasi II).  Umi sempat melihat Lala menggigit2 kaki ayahnya,,,errr sungguh biadap perbuatan anak itu! Nasib kaki sebelah tak sempat hilang.

Pada mulanya, aku rasa macam nak bunuh je Lalo tu,,,tapi fikir2 dialah satu2nya hedgehog pertama aku,dan dia jugak boleh jadi baka dan dialah ketua keluarga Hedgehog kat rumah ney,,,Tapi dari sudut hati,daripada biar dia terseksa kerana kesakitan,lebih bunuh dia, tapi sanggupkah aku nak membunuh dia, macamana nak bunuh cara lembut tapi terus mati...? Bubuh RACUN? Asap Kereta? Argghhh entah la,,, Last2, aku tanyalah kepada yang lebih arif iaitu Kak Aisyah yang sedang belajar dalam bidang veterinar...memang ada ubat dan injection untuk matikan binatang dengan cara yang lembut...nama ubat tu Euthanasia. Tapi dia syorkan xyah la bunuh dia,,rawat dia dulu,,boleh je guna ubat manusia dengan bertujuan untuk cuci luka dia,,nak pergi klinik haiwan anjing kucing pun dia kata boleh....huhuhu tapi kena selalu rajin bersihkan dia...Masalahnya di sini siapakah yang akan lakukan semua itu apabila ketiadaan saya di rumah,,,jap lagi nak balik dah...ermmm tu lah persoalan yang selalu bermain di fikiran....

Tapi sekarang Lalo dah semakin sihat dan aktif,,,malam je dia aktif,,,walaupun kesian tengok dia jalan guna tiga kaki,,,errrr memang kesian la lau tengok dia,,,

Rasa cam dah taknak bela apa2 binatang yang susah camni la....

OK pengumuman di sini....siapa yang nak hedgehog saya,,,boleh datang ke rumah saya,,,Yup, ia Free dan percuma...cepat sementara stok masih ada.....tinggal 1 jantan,5 betina....!Semua salt&pepper! KECUALI LALO&LOLA

bukan apa,,taknak perkara di atas berlaku lagi...haih...sebab dah banyak sangat...

Wednesday, January 19, 2011

For The First Time.....

بسم الله الرحمن الرحيم

Huu~ Alhamdulillah tak sangka aku pandu kereta sampai jugak ke Gunung Ledang tuh yang jauh lagi penat,,,3 jam kowt perjalanan... Ye lar bukan apa, selama ni nak pandu jauh2 pergi jalan parent tak kasi, lagipun ada jugak rasa takot2 nya,,,tapi tiba2 aku terfikir sampai bila aku nak macamni,,,kalau duduk diam takkan tau camne kan,,,so aku tekad nak pergi jugak join member terbaik aku pergi gunung Ledang,,,hhahaha dah la tak tahu jalan, pakai redah jerk! GPS ada pun tak guna,,,,hahaha nasib ada Apiz kat sebelah tolong tengokkan jalan dan kalau aku terleka,,,fuhhh~ hampir melanggar teksi,,,hahhaha 

Rancang bertolak dari rumah pukul 7.30pg tapi aku gerak pukul 8. hahaha ada kebetulan di sini ye *aku tak camni,kalau kata pukul 7.30,,,7.30 lah aku bergerak* aku ada masalah yang tak dapat dielakkan...apa lagi aku speed r,,,ambik Apiz, dah la jalan kampung kecik,,sampai terbabas,,,hahaha pastu mereka call dah tunggu lama dah,,,hahaha ok menguji kesabaran aku untuk speed!
Pastu pergi lalu Segamat ambik SuPalan kat Felda Moukil,,,sampai2 dyowang belum sampai lagi,,tadi ye ye telefon banyak kali,,,hehehe pastu Bad n Bobo pulak telefon dah sampai kat Gunung Ledang! hakhak memang r speed lagi skali dengan jalan yang berliku cam ular,,,hahaha takot gak wei! Tiba2 aku teringat
"eh kereta ney tak boleh bawak laju2 lau ada penumpang kat belakang sebab....." ha ambik kau! tayar bersentuhan dengan body kereta, alamak takot aku tayar ni boleh bocor ke apa ke,,,hahahaha

Alhamdulillah,,akhirnya sampai juga ke destinasi pada pukul 12.15pm... sebenarnya aku dari tadi kelaparan,,ye la tak sempat pun sarapan,,,nak kejar masa,,,nasib Su ada bawak kuih muih,,,hahaha macam apa aku makan,,, Alhamdulillah... lepas makan,kitaowang pun cari 'port',,,,tapi takde la tinggi sangat pun mendaki,,,asal tempat takde orang,,air tak cetek dan ada derasnya dah kira terbaek r tu!

Inilah gambar pertama sebelum mandi
Dari kiri hadapan: Bad, Su
Dari kiri belakang: Apiz, Muezz, Bobo, Palan

Kami sangat lapar~


Yeah itulah aku,,,rambut masih 'stay' lagi,,,hehehebat gel rambut aku!


Hahaha ok tengah mandi aku masih makan karipap!


Mereka kawan baik selamanya~


Menghalang deras air baik untuk membuang lemak!

Haa inilah percutian aku paling seronok dengan member,,,sebelum ni asal cuti je tak habis2 pergi mall & wayang...aktiviti yang sama kalau keluar dengan kawan,,,heeee OK sekarang dah besar! Hahahaha


Menginap Di Rumah Suhaimi

Sedang tengok album gambar
(aku tak tahu kenapa gambar macamni)

Aku buat keputusan,,,terpaksa r aku stay untuk satu malam kat rumah Su kat Felda Moukil. Ye lar penat kowt dan juga ngantok aku dibuatnya,,,pastu hari makin malam,,,Sebelum ney memang dia dah ajak tapi aku tak confirm sebab macam menyusahkan je,,,huhuhu Aku ngan Apiz jer menginap kat rumah Su,,,Bad tak jadi plak sebab dia kata rumah dia lebih kurang jarak sama jauh. Sampai je rumah Su, mereka layan sangat ok! Huhuhu 1st bapak dia borak2 dengan aku pasal haiwan yang dibelanya,,,hahaha sama kepala! Dia cerita la pasal ayam Siam,angsa pastu ada ikan toman dan juga burung terkukur,,,huhuhu best wooo belakang rumah dia! Apiz plak tiba2 mengadu sakit tangan,tak tahu la sakit camne tapi agak sakit r,berdenyut2, terus Su bagi ubat krim apa ntah. Malam tu aku belajar la buat kuih goyang-ros-pulau pinang. Banyak nama r kuih ney. Dari pukul 8.30pm sampai pukul 12am,,,peh lama gile! Leceh buat kuih ney,tapi untung banyak r kalau jual. Sambil buat kuih ney, mak Su banyak giler pecah rahsia si Su ney,,,hahaha banyak aku tahu,,,hapenning giler malam tuh walaupun dah ngantok,,,hahaha Terima kasih SuApiz sebab sama2 berada di situ walaupun kamu sudah tak larat,,,hehehe
Hasil semuanya,aku dapt bawak balik kuih tu + extra tebu,,,huhuhu

ps : Lepas ney dyowang nak tido rumah aku plak,,,,lepas ney aku nak tido rumah Apiz & Bad plak,,,hehehe

Thursday, January 13, 2011

Awak!!! Kita CLASH!!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Remaja selalunya dikaitkan dengan cinta. Agak pelik jika dilihat seseorang yang memegang gelaran remaja tidak mempunyai perasaan ingin bercinta dan ingin dicintai juga keinginan  untuk berkenalan (kononya) dan berhubung secara SMS ataupun surat (baru romantik kononya) dengan rakan lain yang berlainan jantina.

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Adakah Islam langsung tidak memberi peluang kepada seseorang untuk merasakan perasaan cinta?
Adakah Islam ini terlalu kejam apabila mengekang seseorang itu daripada terjebak dengan percintaan?

Bukan begitu wahai saudaraku...
Islam adalah agama yang syumul! Segalanya sudah ditetapkan oleh syariat supaya manusia tidak terus tenggelam pada bisikan dunia. Cinta yang diimpikan semasa remaja hanya fatamorgana yang tidak kekal. Cuma mainan remaja yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik setiap bani Adam untuk bersamanya di neraka.

Cinta remaja sering membuatkan kita menipu diri sendiri. Pada fikiran sebilangan remaja, cuma setakat 'calling' , SMS dan surat tapi bukannya sampai berjumpa berdua-duaan di taman bunga...

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Israk (32) yang bermaksud : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah apatah lagi melakukannya.!

Mengapa Allah kata,
'JANGAN' kamu MENDEKATI zina?

Mengapa tidak dikatakan,
'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA'

atau
'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA?'

Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu saja sudah haram apatah lagi jika berzina!
Sesungguhnya terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina, antaranya :

1. Melihat
Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina.

2. Senyum
Seterusnya senyuman diukir untuk menarik perhatian masing-masing.

3. Memberi salam
Salam diberi sebagai tanda memulakan perhubungan.

4. Bercakap kosong
Setelah mengenal hati budi masing-masing, seringkali menelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta.

5. Berjanji
Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati.

6. Berjumpa
Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya iaitu syaitan).

Wahai rakan-rakanku sekalian,
Waktu ini bukanlah masanya lagi kita bercinta. Perjuangan dan perjalanan masih jauh dan kita masih mentah untuk melalui alam percintaan. Percintaan yang sebenar bermula apabila kita mula mahu melangkah ke gerbang perkahwinan.

Carilah cinta yang disandarkan kepada-Nya yang menjanjikan dan fikirkanlah tentang ganjaran serta nikmat-nikmat yang bakal menanti kita di syurga yang tiada di dunia sementara kita melawan dari menuruti hawa nafsu kita yang sentiasa mahukan keseronokan yang tidak kekal juga kenikmatan yang tidak berpanjangan.

Marilah sama sama menyeru diri kita serta rakan-rakan lain sekalian untuk kembali kepada ajaran agama kita sebagai pedoman mereka dalam kehidupan agar negara kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Tuhan.

Alhamdulillah.....