Sunday, August 30, 2015

Sukarelawan Zoo Johor

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah dapat lagi turut serta progam sukarelawan zoo buat kali kedua tetapi kali ini di Zoo Johor. Dapat 'invitation' dari geng sehobi terus terima nak 'join' hehe Progam ini dianjurkan oleh Pertubuhan Sukarelawan Hidupan Zoo Dan Marin Johor(PSHZMJ) untuk meraikan kejayaan kerjasama di antara pihak Iskandar Regional Development Authority(IRDA) sebagai pembiaya dan Zoo Negeri Johor dalam menjayakan program pengayaan kandang Beruang Matahari. Aku dapat makluman seramai 150 yang menjadi sukarelawan.... fuhhh ramai jugak padahal Zoo Johor tak besar mana pun.



Progam macamni nak beri taklimat sebelum hari kejadian memang sukar. Sekarang ni

Friday, August 28, 2015

#bujangvacation #ktkk (Bahagian 2 - Krabi)

بسم الله الرحمن الرحيم



Tiba lah masa untuk kami pergi ke Krabi. Usha tiket bas dari Bangkok nak ke Krabi dapatlah 800 baht. Mahal kan? Sebenarnya korang boleh cari lebih murah dari ini. Tapi 800 baht ni pada aku berbaloi sebab layanan perkhidmatan dia memang terbaik! Mereka akan beri roti, air kotak dan air mineral sebelum bas bertolak. Lepastu mereka sediakan selimut untuk kita rasa hangat sebab dalam bas kan sejuk gilerrr.... haha Perjalanan dari Bangkok ke Krabi makan masa 12 jam taw hehehe memang penat bontot dan kaki aku dalam tu... oh ye, pakej 800 baht ni siap dengan buffet... sedap weyh tapi tak dapat makan banyak-banyak, sebab masatu pergi tandas lama sangat huhu sedihhhh masa time aku, buffet dia Bubur Nasi Thai sebab waktu kami makan

Thursday, August 27, 2015

#bujangvacation #ktkk (Bahagian 1 - Bangkok)

بسم الله الرحمن الرحيم


Dan akhirnya #teambujang tak sembang haha ni semua terima kasih pada Jud yang terus buat keputusan beli tiket kapal terbang, pastu dengan kuasa aku ajak lah beberapa orang. Sepatutnya 7 orang tapi Arep batalkan percutian last minit... Kitaorang rancang ke Thailand bermula dari Bangkok dan teruih ke Krabi. Rancangan asal nak pi Phuket sekali tapi tak jadi sebab nak jimat masa padahal kitaorang kat Thailand seminggu weyh haha


Jam dekat Thailand ni lambat sejam dari Malaysia. So, sebelum korang pergi sana, sila lah cari info waktu solat dan bawa kompas kiblat sebab kat sana bukan negara Islam. Kitaorang pergi Thailand ni bukan rancang sangat pun nak pergi mana sebab

Keburukan Memberi Makan Kepada Haiwan Liar

بسم الله الرحمن الرحيم



Topik ini sangat bagus untuk dibincangkan dan memberi kesedaran serta ilmu untuk semua lapisan masyarakat. Tentu ramai menyangka memberi makanan kepada haiwan liar adalah salah satu cara untuk mengekalkan populasi mereka ataupun lebih senang orang cakap haiwan liar itu akan dapat hidup lebih lama lagi. Sebab dia dapat makanan ketika ia lapar. Sangkaan itu sebenarnya adalah salah. Aku akan cuba berikan sebab mengapa ia tidak digalakkan.

Makanan Manusia Tidak Sesuai Untuk Haiwan Liar
Kandungan nutrisi dalam makanan yang manusia makan tidak sama dengan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh haiwan liar. Perut mereka tidak diciptakan untuk makan makanan apa yang manusia makan terutama makanan yang diproses seperti roti, aiskrim, coklat  dan sebagainya. Kesan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan pada mereka. Sistem pencernaan mereka bersesuaian dari pelbagai jenis makanan yang tersedia di habitat mereka.