Saturday, August 31, 2013

Sebentuk Harapan dan Impian

بسم الله الرحمن الرحيم

klik gambar untuk saiz sebenar

Amati dan hayati gambar diatas... Terasa gak diri ini, sentap jugak gambar di atas ni... hehe Bila aku fikir-fikir, betul juga apa yang berlaku di dunia realiti. Kita terlalu obses dengan haiwan, semua nak bela... Kawan bela itu, kita nak juga.. Bela eksotik, kita pun mesti cuba yang eksotik... Sampai di sesuatu sudut waktu, kita terpaksa menanggung dan korbankan masa juga wang demi mereka... Penyudahnya ada yang terkandas... 

Cerita ini juga berlaku pada aku... tengoklah aku dulu banyak pets, sekarang tinggal yang betul-betul aku sayang.... Bukan nak kata yang lain tak sayang, tapi orang cakap... yang berjaya menambat hati ini... First love kan? Cinta sejati..haha Lagipun dulu masih kebudak-budakan.. Fikiran pun tak matang sangat... Actually bukan tak boleh nak bela haiwan banyak-banyak, tapi ia akan berjaya bergantung daripada awal iaitu niat. Jika kita terikut-ikut orang bela, tu yang jadi tak lama... So, lepas ni aku memang berhati-hati untuk membela haiwan... So far setakat ini biarlah Ferret dahulu... Nak tambah? Tunggu dulu biar stabil hidup ni... hehe

DoTA 2 Mula Dapat Perhatian Dari Menteri Sukan

بسم الله الرحمن الرحيم

Dewan Benaroya di Seattle, Washington, USA
Kali ni nak cerita pasal game DoTA sebab dah ramai kenal dah game DoTA ni gara-gara pemain Malaysia berjaya mengalahkan pemain-pemain hebat US, China dan negara lain sehingga Malaysia berjaya mendapat tempat ketiga dalam dunia!!! Kumpulan hebat dari Malaysia adalah Duskbin Esports, MUFC eSports dan Neolution Orange. Yang berjaya menembusi sehingga ke top 3 adalah Neolution Orange yang diketuai Mushi dan terdiri daripada XtincT, kyxy, Net, Ohaiyo...

Friday, August 30, 2013

Pelbagai AJK, Luas Pengalaman

بسم الله الرحمن الرحيم

OK sekarang dah tak jadi MTM, tapi masih lagi kena organise 1 progam... hehe Untuk sem akan datang ni, aku dan rakan-rakan batch perlu buat majlis makan malam khas untuk Pelajar Tahun Akhir Sains Ternakan... Sebenarnya pada aku agak sukar sikit sebab kawan-kawan aku semua ni ramai yang tak pernah join progam, tak pernah ambil jawatan untuk sesuatu progam... Cuma harapnya mereka boleh dan bersedia untuk merasai pengalaman ini, sampai bila kan kita just datang progam tanpa mengetahui apa dan bagaimana majlis itu berjaya dilangsungkan? Disebalik tabir? Susah atau senang? Mesti lah nak tahuuuu, so kena la try join... hehe

Rehersal untuk progam kedua aku join, Majlis Hari Raya Bersama Bonda

Anyway selama aku join progam, paling banyak jawatan yang aku merangkul adalah

Thursday, August 29, 2013

Rombakan Wishlist Petz

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau korang sebelum ni perasan, wishlist pets aku banyak sampai berbelas dan sekarang tinggal 8... Itupun berbaki 4 lagi haiwan yang belum dapat.. hehe aku nak buat kronologi sebenarnya... Sekarang dah ada Ferret dan Hedgehog... Lepas ni giliran Maine Coon > Skunk > Rakun > Stripped Opposum.. InsyaAllah.. Ok cukup!!!






Seperti sedia maklum, rumah aku