Monday, July 1, 2013

Liku & Dugaan Mendapatkan Bearded Dragon!

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah akhirnya berjaya aku memiliki Bearded Dragon... huhuuuu Jenis morph biasa-biasa je... tak mahal pun... dapat 50% diskaun okeyh... haha sebab tu lah cepat-cepat beli... ekekeke Sebenarnya masa nak dapat haiwan ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang berlaku kat aku... semua memang menguji aku... takde yang gembira melainkan kedukaan dan ketensyenan... huhuhuhu

Hari Jumaat yang indah dimana cuaca redup-redup je... Aku pun sambung tidur lepas Subuh sebab malam tadi tidur lambat akibat study+dota... haha sebenarnya masa ini adalah minggu final exam! Sebelum tu rancang lepas Jumaat nak masak jemput-jemput dan pergi karaoke. Al maklum lah aku duduk terasing dari kawan-kawan aku ni sebab semata-mata nak bela Ferret (duduk blok lain). Sepanjang minggu final exam, aku menjadikan bilik mereka sebagai bilik kedua aku... haha

Ok sedang nyenyak tidur, tetiba dapat mesej dari Helmi! Ohh sangat terkejut aku.
"Petang ni pukul 5, jumpa orang jual BD kat TBS. Jam 4 same-same tunggu naik bas or naik motor kau, pergi stesen KTM Serdang."

Perasaan aku masa tu sangat geram kat dealer tu sebab beritahu secara mengejut! Mentang-mentanglah beli ngan dia murah... haha dah janji kan ngan member petang ni ada progam! So aku buat lah ayat kesian kat Helmi biar dia