Wednesday, December 26, 2012

MAHA 2012 Awesome!

بسم الله الرحمن الرحيم

Pavilion Johor
Alhamdulillah dapat jugak merasa suasana MAHA kali ni... sebelum ni cuma dengar-dengar je, maklum lahh budak sem 1 ni mana la nak pergi kalau takde kenderaan kan... huhu MAHA ni diadakan kat MAEPS, Serdang... sebelah UPM je.. sekangkang kera je! Boleh dikatakan aku pergi hari-hari... haha padahal busy ngan ayam, nak buat camne kalau benda dah minat tu sanggup je! 

Hari 1st pergi waktu malam sebab makcik aku datang, lagipun isteri sepupu aku jaga booth MARDI, bahagian ternakan, siang jaga laman ternakan, malam jaga booth kat Dewan A. Dia gak adalah senior aku gak sebab belajar Sains Ternakan UPM gak,,, tapi sekarang kan banyak perubahan dan improvement kursus aku ni. Pastu esoknya plak aku pergi dengan family aku,,, huhu puas aku pujuk meh la datang sini pergi MAHA selepas aku tahu keBESTan di MAHA ni... hehe Esoknya

Tuesday, December 25, 2012

Dokementari Hedgehog (Aqib Production)

بسم الله الرحمن الرحيم


OK dokumentari yang selama ini dinantikan sudah pun siap,,, hehehe ramai komen yang sangat memberangsangkan! Kalau tengok dokementari ni dah macam Majalah 3 daaa... takpun dokumentari pet yang popular tu Pets 101.

Monday, November 26, 2012

Pasai Pa Nak Kurus?

بسم الله الرحمن الرحيم

Haha terKEDAH sikit disitu... adehhh ramai benorrr orang sekeliling aku orang Kedah.... nak je semua aku cakap ada 'Q' kat belakang... hahaha :-p
ok la berbalik pada tajuk kita, Sebab apa nak kurus? Soalan ini ditujukan khas pada aku sesangat!

Orang dok sibuk habaq awat hang nak kurus sangat sebab hang dah ok da... haaaa

Friday, November 9, 2012

Lumba Kuda!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Fakri-Arep-Kuda-Fitri-Muezz

Ok tak sangka berpeluang dapat menonton perlumbaan kuda depan mata sendiri... hehe aktiviti ni terjadi masa cuti Raya Haji... Fitri mesej ajak untuk tengok dia berlumba kuda... huhu terus ajak Arep ngan Fakhri sebab masa tu cuma mereka je yang ada kat UPM yang tercinta ni... haha Pertandingan ni sebenarnya kecil-kecilan je... orang Melayu yang buat... sejarah dulu mereka organise hadiah pertama cuma periuk nasi, blender je... sekarang dah makin maju dan membesar.... Hadiah pun dah RM1000... Alhamdulillah... ada peningkatan... Penganjur pun sangat menitik beratkan kebajikan Kuda... memang terasa hati sejuk je kat situ... huhu bukan kerana nak menang semata-mata... Ok lah... jom tengok suasana kat sana

Sukarelawan Zoo Negara

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar semua yang join, aku paling hensem kat situ... haha sila klik gambar untuk lebih jelas

Alhamdulillah kerana dengan izin Allah, progam aku dan Mira dibawah Sekretariat Kebajikan dan Perpaduan berjaya dilaksanakan... Ye lah, sebelum ni Progam Semai Bakti Zoo Negara ni dibatalkan atas masalah kenderaan yang tiba-tiba berlaku,... Ambek kau FRUST giler!!! haha

Tentatif Progam
  • Seawal 6.30 pagi kitaorang kena berkumpul dan bahagikan sarapan
  • Jam 7.15 pagi bas bergerak dengan jayanya, dan terdetik rasa syukur serta gembira.. hehe
  • Sampai di Zoo Negara jam 8 pagi.
  • Sedikit taklimat dari pihak Zoo.

Friday, September 21, 2012

Hedgie Owner Group Gathering Kali Kedua

بسم الله الرحمن الرحيم


Akhirnya dapat jugak aku pergi ke gathering hedgehog. Sebelum ni tak dapat pergi, macam biasa alasan yang sememangnya kukuh adalah takde kenderaan sebab jauh... hahaha 15 September 2012 adalah tarikh Hedgie Owner Group Gathering kali kedua... Bertempat di Taman Tasik Seksyen 2 Shah Alam bermula 12 tengahari sampai la ke 7 malam.... amboiii kemain lama lagi kan... hahaha Yang hadir sepatutnya 11 orang tapi yang datang hanya 6 orang je... ok la... even tak

Friday, September 14, 2012

Manis Pahit Surprise Fasilitator Universiti

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah selesai sudah Minggu Perkasa Putra UPM (orientasi) setelah pelbagai dugaan, cabaran, manis dan pahit berlalu. Tak sangka dapat juga aku tempuh walau berbekalkan hanya tidur seminima 1 jam sahaja. Aku diberi tugasan untuk menjadi Fasilitator Universiti dengan berjawatan Kebajikan dan Keselamatan. hahaaha okeyh rasa-rasa tugas kebajikan ni senang tak? 


Balik ke UPM seawal dua minggu dan terpaksa meninggalkan keseronokkan di kampung untuk beraya. Balik awal sebab nak prepare sebelum menjadi Fasilitator... walaupun dua hari je kursus tu tapi pack dan busy... penat pun boleh tahan... Pada 31 Ogos kami 'disuruh' pergi ke stadium untuk menyambut tweet

Saturday, August 25, 2012

Konvoi Raya Meriahnye Pun!

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah dapat juga konvoi untuk tahun ni setelah sekian lama... sebenarnya tahun lepas je tak dapat join! Mungkin sebab lama tak jumpa, tu yang rasa macam lama sangat,,,,,hehe Konvoi sebelum ni, aku dan Amin yang akan jadi Leader. Nak jadi Leader ni memang sentiasa menguji kesabaran...huhu Tapi sejak tahun lepas, aku tak buat apa-apa pun sebab malas dah,,,hehe tu pasal aku tak dapat join... lagipun busy sebab masa tu nak masuk UPM...

Saturday, August 18, 2012

Antara Kad Raya dan Rendang Arnab

بسم الله الرحمن الرحيم

Tahun ni dapat kad raya satu jerk,,,haha dari Tajul aka Saifuddin. Aku tak mengharap pun nak dapat banyak sebab aku pun bukan hantar kad raya kat orang... tapi mungkin tahun depan insyaAllah nak cuba sebab tetiba rasa kad raya ni macam bernilai kan? sebab dek telan zaman, sekarang semua guna e-Kad Raya.... kat Facebook berlambak aku tengok... yang kreatif dan ucapan yang puitis tu memang terbaik... tak lupa jugak yang membuat video wish... haha ni aku tak

Friday, August 17, 2012

Inspirasiku...


بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni aku nak kongsi plak orang yang menjadi inpirasi dalam bab membaca al-Quran kepada aku... Dialah Muhammad Taha al-Junayd...




Kenal tak siapa? Dia ni kira low profile dan tidak terkenal sebab aku cari kat internet takde pun... Tengok video dia macam berumur budak lagi dalam lingkungan 13-15 tahun kowt,,, Tadi tetiba dengar lah bacaan beliau ni, surah al-Mulk... ya Allah terus teringat..... Alhamdulillah aku diperkenalkan benda-benda camni sewaktu dulu...huhu (zaman matrikulasi)

Aku kenal beliau sebab satu hari tu, aku keluar dari surau nak pergi kelas,,, tiba-

Thursday, July 26, 2012

Owhhh Kucing

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramai tertanya-tanya aku ni banyak(dulu) haiwan dibela tapi Kucing takde plak... Semua yang pelik-pelik...hahaha Sebenarnya aku memang nakkkk sangat bela kucing... dulu beberapa kali aku bela kucing.. semua mesti tak lama.... dari aku kecik dah beberapa kali dah aku bela kucing sampai la aku pindah rumah yang terakhir ni masa tingkatan 5.... Sebab apa tak bertahan bela kucing? huhu Cerita

Sunday, June 24, 2012

Ceciter 23 Jun dan Last Exam

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni 23 Jun 2012 berlangsungnya 17th Super Mega Gathering Pets anjuran Pets Parrot Club Malaysia dan We Love Animals serta group-group haiwan yang lain turut memeriahkan dan memajukan kali ini. Dan hari ini juga adalah last paper exam aku Biochemistry. Alhamdulillah dengan berkat doa, aku langsung tak teringat hari ni ada event pets tu.... mungkin Allah nak suruh aku fokus pada exam ni. Alhamdulillah jugak aku boleh dikatakan dapat jawab kalau nak bandingkan dengan paper Anatomi dan Fisiologi Haiwan Domestik serta Perakaunan...haha 

Lepas habes exam, terus hantar motor aku ke rumah Fitri seperti yang dirancang sebelum ni, nak tumpang simpankan motor...huhu tapi sebenarnya memang dah rancang dak-dak laki nak ambik gambar muka-muka happy lepas abes exam guna kamera DSLR tapi malangnya tidak dibawa.... so terus gerak ke

Wednesday, June 20, 2012

Perlukan Blog lagi?

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku sebenarnya mengalami kekeliruan dan kecaluran otak sebab blog ni macam dah terover plak. Over dari segi apa? hahaha ye laa semua benda nak masuk sini...huhu pasal pets, pasal kehidupan, pasal ilmiah...huhu aku pun tak tahu nak buat camne dah.... terfikir nak buat Blog untuk Ferret aku, menceritakan kehidupan mereka,,,, tapi ermmmm entah la,,, masalahnya perlu ke? huhu Sebab aku dah ada 3 blog, nak tambah lagi satu? errrr

Ketiga-tiga blog aku sekarang ni kalau korang mengikuti dan membezakan,

Hedgehog Masuk Exam

بسم الله الرحمن الرحيم

OK, tadi baru lepas jawab soklan Writing General,,,haha lawak giler aku baca soklan dia tadi,,, pasal Hedgehog,,, hehe terasa nak kongsi plak,,, citer dongeng sikit :

Sunday, June 17, 2012

Cerita Pasal Jodoh

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang betul jodoh kita dah ditentukan sejak kecil lagi,,, ditentukan oleh Allah s.w.t. Tapi kenapa kita kena berusaha juga untuk dapatkan jodoh? Kenapa kita perlu berdoa jugak? Haaa ni sama jugak konspenya rezeki yang Allah dah tetapkan juga kematian kita... Kenapa kita perlu berdoa? Sebab.... sebab kita kan tak tahu rezeki tu camne, bila, jodoh kita sape dan macamne.... sebab tu kita perlu berdoa.... Allah kan suka hambanya meminta dan merintih kepada-Nya... So jangan la malas untuk berdoa ;-)

Berkenaan jodoh... nak kongsi sikit yang terjadi pada sahabat aku ni... aku mudahkan nama lelaki ni Bin dan perempuan ni Binti,,,hehe sahabat aku ni si Bin manakala si Binti ni aku kenal disebabkan si Bin ni,,,hehe

Monday, May 28, 2012

Zaman Ikan Saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Teringin rasanya aku kembali ke zaman ikan aku...hehe dulu kecik-kecik kalau nak bela haiwan, ikan je lah yang mampu,,,huhu ikan laga, ikan guppy dan lain-lain lagi...


1st time aku bela adalah ikan Flower Horn,,, ikan ni bela sebab makcik bagi dengan akuarium sekali,,,hehe masa tu kan tengah popular so memang ramai lah yang bela,,,hehe lepastu mati.... tak ingat bela berapa lama... lepastu akuarium tu

Monday, May 21, 2012

Jadi Fasilitator Untuk Darjah 6

بسم الله الرحمن الرحيم

Barisan Tenaga Fasilitator, Guru dan Pelajar Darjah 6
Klik gambar untuk lebih jelas

Alhamdulillah aku dapat merasa menjaga budak-budak sekolah darjah 6. Baru la aku tahu nak jadi cikgu sekolah rendah pun bukannya senang dan bukan mudah. Pada mulanya group Baksis 15 aku nak buat projek Mega bercirikan haiwan dan sukarelawan,,, nak pergi zoo negara tapi memandangkan dalam group tu hanya la aku yang tergila-gilakan haiwan ni,,,hahaha aku sorang je Fakulti Pertanian.... aku pilih group Baksis 15 sebab aku yakin mesti ada kelainannya....ececeh...haha faktor utama sebab taknak group dengan orang kenal lagi-lagi classmate, bukan berlagak tapi aku nak uji diri aku,,,ececehhhh hahaha hasil dia sangat memuaskan! Pertama aku dapat jadi low profile, kerja yang banyak tak diserahkan kepada aku, aku biasa-biasa je... kawan dengan semua orang pun biasa-biasa je... takde cakap belakang...hehehe

Di akhir perbincangan kami, kami ingin membuat program motivasi untuk

Friday, May 11, 2012

Sombongnya Aku

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramai orang yang dah berkawan dengan aku, mereka akan cakap : aku tak suka mula-mula jumpa kau, sombong giler... 

Ya,,, aku dah dengar banyak kali,,,,hahaha but in the end aku jadi kawan korang gak,,,,haha.... gini citer sebenarnya,,, aku disalah tafsir pada permulaan perjumpaan,,, biasa la, pandangan pertama juga mempengaruhi langkah seterusnya...

Kelemahan yang ada pada diriku yang membuatkan ikatan persahabatan susah nak terbentuk adalah muka aku yang tak reti senyum... ermmm entah la,,, camne nak senyum ek? aku tau senyum tapi senyum tu susah untuk berada di situasi yang

Tuesday, May 8, 2012

Not in Mood (1st time)

بسم الله الرحمن الرحيم

Seminggu dua ni agak kelam kabut aku dibuatnya dan terasa busy nya,,,hoho sampai tak makan, tak tidur tengahari,,, aku sedar semua tu tak elok tapi nak buat camne,,, agaknya tu penyebab stress kerana hormon tak stabil,,,huhu

Dengan handphone buat hal, masalah itu masalah ini... huhu aku hampir nak tinggal je benda tu semua nak duduk bilik tidor,,,haha tensyen! Dan ini kali pertama aku rasa perasaan yang camni,,,, tak boleh nak describe camne perasaan tu... 1st time rasa camni,,, yang berlalu biar berlalu...huhu

Masuk exam akaun, serius aku tak paham apa yang dia tanya,,, rasa macam nak

Thursday, May 3, 2012

15th Gathering Parrot Club Malaysia & Others

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah event kali ni berjaya dengan lancarnya... event dari PPCB(Pets Parrot Club Malaysia) hasil kerjasama dengan group WLA(We Love Animals) sebagai pembantu kedua,,,, sangat tak sangka tetiba group kitaorang diberi tugas seperti buat banner, aktiviti serta permainan,,,, hmmm padahal group cikai-cikai je,,,hahaha event kali ni menjanjikan hidangan daging burung unta bakar!!!! Jom kta tengok gambar...hehe

Wednesday, April 18, 2012

Birthday 16 April Jadi Pertanyaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Birthday aku bukanlah 16April tapi 15April... 16April jadi special sebab 15April aku masih di rumah, sampai kolej 16April...Birthday kali ni lain daripada yang lain... Penuh dengan debaran, ketakutan....hahaha cehh aku pun mengade pergi mencabar berani lah kalau nak prank! hahaha aku salah orang sebenarnya...haha sape tak kenal Saifuddin a.k.a. Tajul seorang yang pantang dicabar... kalau dia cabar korang, kalau korang sanggup buat, dia akan tunaikan janji apa yang dijanjikan... kalau dia dicabar, memang dia berani je buat...hahaha cuak aku 

Cerita nya begini... lepas post-mortem teater, ada makan-makan... Malam tu

Thursday, April 5, 2012

Pet Exhibition UPM yang Awesome

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah aku baru dapat sesuatu nikmat walaupun penat...cehhh huhu 24Mac2012 lepas, tak sangka event Pet Exhibition @ Fonesta ni berjaya... pada mulanya admin group We Love Animals si Fatin tu dapat jemputan untuk datang show off haiwan-haiwan eksoktik kat UPM... memang masa tu

Tuesday, March 20, 2012

Jangan nak Tensyen sangat la kan -.-'

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak menjak ni ketensyenan aku menaik dan susah nak turun. Tak tahu nak cakap apa dah. Baru sedar diri ini tak dapat kawal stress tu dengan baik walaupun sebelum ni aku pernah buat presentation kat kelas pasal stress kat Matrikulasi dan kat UPM ni...haha entah la weyhhh seingat aku, aku lah orang yang paling ceria serta gembira je.... ok la gini... stress tu aku boleh je kawal, sebab tu aku boleh gelak ketawa, bergurau? haha tapi bila orang buat sesuatu ketika aku

Tuesday, March 13, 2012

Menghitung Hari....

بسم الله الرحمن الرحيم

Gembira jap....hehe nak citer pasal Ferret lagi ni,,,hehehe sekarang aku dah mula da cari homebreeder Ferret. Sebelum ni tak berani lagi tapi sekarang, agak ramai aku tanya kedai dan homebreeder pasal Ferret. Dan aku akan nyatakan bukan nak sekarang tapi insyaAllah dalam bulan Julai nanti atau sebelum puasa,,,,hehehe tak sabar rasanya nak memiliki dua ekor Ferret!!! Dah ada nama dah...hehe tapi nama ni aku simpan lama dah special untuk Ferret, serius!!!! Tak sabar nak guna nama tu ^^

*Yang bestnya, kalau korang nak tahu, pemilik Ferret ni kebanyakkan bukan Melayu dan kalau dalam Group pun always speaking,,,,hehe kali ni la aku guna english full even macam haram,,,,haha pastu kalau tak paham tanya orang lain,,,,haha tak salah kan? hehehe*

Semakin banyak aku kaji pasal Ferret, macam-macam yang aku tahu dan agak teruja bila dapat tahu Ferret Angora ada jual kat Malaysia???!!!!! Memang tak

Thursday, March 1, 2012

Mengapa? Kenapa?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sementara takde assignment minggu ni, aku update blog jap,,,hehe ramai orang tertanya-tanya aku ni banyak je nak bela haiwan itu ini tapi tak bela-bela gak kan... pastu sibuk citer benda yang sama,,,, hahaha ok la,,, gini sebenarnya,,, kalau nak diikutkan, boleh je aku nak bela Ferret, Sugar Glider, Bearded Dragon dan haiwan lain... hehe tapi as a human, u must think masak-masak... hobi ni bukan

Wednesday, February 29, 2012

Kesimpulanya....

بسم الله الرحمن الرحيم


Hahaha ini pasal insiden yang berlaku kalau aku bawak adik aku yang kecik... Orang tanya anak ker? Benci!!! hahaha muka aku dah tak secomel dulu ;-) *perasan*

Muka bapak aku lagi muda kowt...? Ape dah jadi ngan saye ney...?! Hmmm bersyukur apa yang kau ade ;-)
hehehe Alhamdulillah.... tak kesah lar kan,,, yang penting I enjoyed my life~
*tu pasal dak2 kelas panggil aku abuya...

Tapi tau tak kenapa jadi cam gitu...? sebab muka aku selalu ketat... -.-'
Kurang senyum dan plastik,,,kehkehkeh





















































































Kesimpulannya :-

Senyumlah selalu, smile alwayz~
Senyum tak perlu kata apa...


Kalau tak anda jadi macam saya ;-)
Nak....?


Tuesday, February 28, 2012

Happy Birthday Epul

بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Hari Lahir Mohd Saiful Sairon.... anda sekarang sudah pun mencapai usia yang ke 20 tahun... wah dah besar da,,, kehkehkeh... Semoga kau sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaanNya... Semoga murah rezeki dan dipanjangkan umur dipenuhi dengan keimanan... ;-) Semoga sukses selalu walau apa jua bidang yang kau ceburi... haha tak dapat lah kita satu rumah sebab universiti lain... kalau tak boleh aku prank kau,,,haha gurau je...


Takde hadiah tapi cukup kowt dengan ucapan ni saje,,,hehehe sori ea selama ney,,, sebab kau sampai tertido membazir masa tunggu aku kat bilik aku yang selesa tu,,,haha dan apa jua kesalahan,,, dan tunjuk ajar kau kat aku dan memberi keyakinan kat aku,,,terima kasih sesangat! huhuhuh jangan lupa kawan kau yang bernama Muezzudin ni,,, ^^


Sunday, February 26, 2012

Cerita Sahabat Untuk Dikongsi

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni nak citer sikit cerita yang agak membuat kita rasa bersyukur kerana apa yang kita nikmati ni tak semua orang lain dapat.... 


Nama sahabat aku A. Aku dan dia selalu bersama kemana-mana. Kali pertama

Tuesday, February 21, 2012

Hangat Sambutan Hedgehog (Like3x)

بسم الله الرحمن الرحيم

Tak tahu nak cakap apa da,,, tengok ramai dah adopt dan mempunyai Hedgehog.... hehehe komuniti Hedgians sekarang bercita-cita nak menaiktaraf kan Hedgehog sebagaimana Sugar Glider... ye laa tengok je la Sugar Glider macamne fenomena dia lepas keluar kat majalah tiga.... Hedgians ni pun sama nak buat tapi takde sape nak mula kan....hahaha semua masih merendah diri, kumpul ilmu pasal Hedgehog ....hehehe tapi kan kalau dari perpesktif Ferret

Aduhhh Sem 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah aku masih dikurniakan nyawa untuk hidup, masih lagi sempurna anggota badan... muhasabah diri kenapa kita masih diberi nyawa oleh Allah? Jawapannya kerana Allah masih bagi peluang untuk kita bertaubat setelah dosa-dosa yang kita tak pernah tinggal,,,hurmmmm masih bagi peluang untuk berubah, untuk beriman, untuk kumpul amalan sebanyak mungkin dan sudah tentu dia masih sayangkan kita... ;-)

Nak citer sikit pasal Jadual Sem 2.... errrrr aku rasa agak takut sehingga kecut perut serta tak lalu nak makan sangat dengan jadual kali ni,,,,hmmmm


Pertama kelas semua pagi.... oh yeah!!!

Friday, February 17, 2012

Cuti Sem Penuh Dengan Jenjalan

بسم الله الرحمن الرحيم

Lagi beberapa hari cuti sem nak habis dan tak sangka cuti sem kali ni penuh dengan melancong dan gathering,,,,huhu ceh macam dah banyak sem je aku,,,hahaha takde la, masa cuti sem matrix takdela sampai camni....hehehe cuti sem sebulan bersamaan 4 minggu, setiap minggu ada je aku merantau....hoho meh aku citer sikit aku pergi mana dan dengan sape,,,,hehe

Pertama, tempat yang aku tuju adalah Zoo Johor...hehe even da banyak kali tapi kali ni paling best sebab dapat tengok Bird Show... puas hati dan berbaloi... lagipun aku dah citer pasal trip ni post sebelum ni so aku malas nak citer lagi la,,,,huhu Berjimba di Zoo Johor

Burung Macaw idaman aku

Lepas Zoo,,, pergi pantai plak, tapi....

Thursday, February 9, 2012

Skunk Mula Menapak

بسم الله الرحمن الرحيم

Mesti korang tahu kan Skunk tu binatang apa? hehe kali nak citer sikit tentang  Skunk. Sebenarnya Skunk  ni sangat rare atau jarang kat Malaysia,,,, susah nak cari kat kedai dan kalau jumpa pun harga sangat mahal!!! Sebelum ni, aku pernah usha Youtube pasal Skunk ni... perghhhh sangat adorable... berbekalkan badan yang gemuk, bulu yang lembut... perhhhhhh mantap beb buat peluk!!! hahaha serius masa tu aku naik gila dah tengok video tu,,, hahaha


Skunk ni sensitif, pintar. Skunk  cenderung untuk menjadi sangat

Thursday, February 2, 2012

Wallaby atau Kangaru?

بسم الله الرحمن الرحيم

Wallaby Agile

Kali ni aku nak citer sikit tentang Wallaby. Sekali pandang macam Kangaroo tapi bukan... Kalau nak bezakan sebenarnya senang je, Kangaroo lebih besar dari Wallaby, yang boleh membesar sehingga enam kaki panjang (dari kepala hingga ke ekor). ...hehe Tapi Wallaby ni satu family spesis dalam Macropod dimana Kangaroo pun tercalon dalam Family tu...

Wallaby adalah herbivor yang diet yang terdiri daripada pelbagai jenis

Tuesday, January 31, 2012

Hobi Bercabang Dua

بسم الله الرحمن الرحيم

Errr apsal bercabang dua? hahaha main tibai je hiperbola tu,,,hoho dulu hobi aku just memelihara pets tapi sekarang dah tambah lagi satu!!! Sapan duit aku,,,,errrr aku sekarang dah berminat juga untuk mengumpul collectible toys....haha mesti nak kata aku macam dak kecik la tu,,,, hahaha takde maknanye la hai... macam entry sebelum ni yg aku tulis Pelik Ke...?!. Ramai orang tak paham kekadang hobi seseorang tu,,, memancing, kumpul setem, fotografi, dan macam-macam lagi. Kekadang orang menghina atau kondem seseorang tu disebabkan hobi dia. Manusia jenis tu hanya nak puaskan hati dia, hati orang lain tak ambil kisah... So, selagi hobi tu baik, tak mendatangkan kemudaratan dan lagi baik kalau hobi tu

Wednesday, January 25, 2012

Berjimba Di Zoo Johor

بسم الله الرحمن الرحيم

Sempena cuti sem ni kan, mestilah terasa nak pergi jenjalan kan,,, so rancang lah ngan si Al Kausar dan Arep Ahmad *nama glamour, hahaha* ke Zoo Johor, hahaha semua orang bersuara : 
"Takde tempat lain ke selain Zoo tu, memang Zoo tu tempat kau je la kan..."
hahaha gelak!!! actually ade destinasi lain, tapi aku nak cerita yang Zoo Johor je...hehe 


Turut menyertai kami adalah Mahari, Azani serta Shawn Zikri...hahaha nama semua nak glamour...kahkahkah ok kalau korang nak tau bayaran

Thursday, January 19, 2012

Kenapa dengan Kamen Rider?

بسم الله الرحمن الرحيم

Hahaha kali ni aku nak citer sikit pasal Kamen Rider Jepun yang aku minat,,, kahkahkah Nasib la Kamen Rider ni cerita Jepun, sebab cerita Jepun ni penuh dengan moral, pengajaran, humor, sedih serta jalan cerita dia sangat baik! Mesti ramai yang pelik apsal Muezz ni suka sangat ngan Kamen Rider, asyik-asyik Kamen Rider, status nak Kamen Rider, gambar pun nak Kamen Rider, ringtone pun nak Kamen Rider, hardisk pun penuh ngan cerita Kamen Rider melebihi 50%  memori,,, hahaha dan sekarang aku ada Group Kamen Rider kat FB,,,hahaha style tak aku? group tu penuh dengan lelaki yang dah berumah tangga serta ada anak,,, errrr kehkehkeh sebenarnya cerita Kamen Rider ni bukan untuk kanak-kanak pun sebab remaja yang dewasa macam aku ni pun still tak paham sesetengah cerita tu. Lagipun, cerita fighting-fighting ni elok ke untuk kanak-kanak tengok? Ditambah lagi dengan kostum boleh berubah, ada raksasa nak musnahkan bumi? hahaha serius buat kanak-kanak pendek akal, tak berkembang kowt! Cerita Kamen Rider ni sebenarnya untuk kita fikir apa cerita ni nak sampaikan... Jom aku cerita sikit sinopsis cerita Kamen Rider yang aku tengok :

Kamen Rider Den-O


Ryotaro Nogami adalah seorang lelaki muda yang selalu bernasib buruk. Satu hari, dia terjumpa 'pass' dan terjumpa Imagin. Di situ lah bermulanya dia.......

Wednesday, January 18, 2012

Kecewa Dengan Rakan Seperjuangan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ni ingin meluahkan rasa kecewa dan sedih kat kawan-kawan aku yang digelar Pecinta Haiwan. Sebenarnya diaorang dah terpesong dah... entahlah, aku bagi pendapat berasaskan ilmu dan veterinar sendiri tapi dibalas dengan huruf besar dan tetap berdegil. Aku dah buang dah komen tu,,,kehkehkeh dan lepas ni aku malas dah nak bersuara dengan 'orang-orang' tu,,,, siyes fedup ngan orang camtu.... malas nak timbul pergaduhan je...



Antara yang aku rasa terkilan, mereka bela haiwan semata-mata nafsu dan lepastu dah malas nak jaga, jual... Alasan sebab dah MALAS? hmmm entahla... lain la kalau alasan takde masa ke, faktor kesihatan, dah penuh kat rumah ke... orang camni nak cakap ape ek? hmmm mungkin dia ada sebab tersendiri dan bernasib baik lah dia tanya kat orang-orang pecinta haiwan, so ada gak la tergerak hati nak selamatkan haiwan tu nak beli,,,huhu walauapapun dia still kena marah,,,,hahaha



Lepastu, bab makanan... jangan lah korang nak tukar makanan diaorang tu. Maknanya kalau dia secara natural makan daging, jangan lah bagi makan sayur atau buah. Kalau sikit-sikit takpe la, tapi still sebenarnya tak boleh.

Monday, January 16, 2012

BBQ Sem 1 dan Hedgehog

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku rasa ni rekod dalam UPM kowt sebab budak baru 1st year dah buat jamuan BBQ besar-besaran (satu batch). haha semangat seyh dak-dak nih... Meeting diadakan pada 5/1/12 lepas habis exam TITAS... 

Meeting kat kafe serumpun

Kemasnya la haiii kertas conteng mereka,,,hahaha

Hasil daripada meeting ni, kos dan bajet nampaknya macam cukup tak cukup je, dan Alhamdulillah  Ladang 10 telah lulus permohonan untuk kitaorang nak pinjam tempat tu,,, pastu aku dan Fitri sangat terkejut sebab masa event nanti nak kena bangun pepagi nak gi pasar pukul 7pagi,,,hahaha gelak aku... agak lama la meeting ni sampai aku rasa.....

Friday, January 6, 2012

Why Girls?

بسم الله الرحمن الرحيم

Hehehe tajuk english tapi isi bahasa Melayu eh,,, dah lama aku nak citer pasal ni...actually dah lama dah aku perhati selama aku hidup di alam student life dari sekolah menengah sampailah ke universiti ni... satu hal yang aku rasa tak puas hati la dengan perempuan ney,,, serius weyh,,, perempuan suka hidup berpuak-puak! Am I right? hehehe

Berpuak dan geng adalah berbeza... Geng tak salah, tapi berpuak adalah satu kesalahan sosial. Geng adalah boleh dikatakan kawan rapat,sekepala dalam kuantiti ramai, maksudnya kira kawan rapat jugak la tuu... manakala berpuak ni, dalam sesuatu keadaan, mereka berkumpul secara puak, sini puak lain, sana puak lain, dan bila ada sesuatu hal, yang lain kurang mengetahui...huhu 

Mengikut apa yang aku diberitahu oleh perempuan-perempuan sekalian,,, perempuan ni memang ada

Sunday, January 1, 2012

Sambut Tahun Baru

بسم الله الرحمن الرحيم

For the first time sambut tahun baru dengan keadaan sebegini rupa,,,huhu harap sesangat tahun akan datang, sambutlah dengan cara yang lebih baik... Kali ni aku sambut tahun baru bersama Ustaz Azhar Idrus,,,hehe 


Lepas Isyak kitaorang pegi...huhu sebenarnya lagi bagos sebelum Maghrib dah sampai tapi terlambat sebab ada hal-hal tertentu....bagosnye sembahyang jemaah reramai kat situ,,, cuba bayangkan lau ada