Friday, December 30, 2011

Sunyinya Study Week

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang musim study week,,, so kena study ke tak ni? Tapi nape cam tak rasa suasana study week pun? Keliling aku takde pun yang study weyh....hahaha itu lah yang aku cuba nak sampaikan ni,,, bukan apa, study week tu bukan semata-mata 24jam kau nak menghadap nota ke buku ke, tapi.....huhuhu

Study week di sini(UPM) tak semeriah cam kat matrik,,, sebenarnya agak sedih dan terkilan keadaan kat sini,,,huhu ye memang la kan, kat universiti tak macam kat matriks kena skema... huhu tapi bukan camtu yang aku maksudkan.... tak semestinya study week tu kau nak study je...

Sebenarnya teringat time study week kat Matriks,,, tu je,,,huhu

Study Group Aku ^^

Dean : Sebab dak ni lah aku rajin mentelaah buku prepare awal sebelum study week,,, ajak sabtu ahad gi study Kimia,Biologi... dan dia sangat kreatif! nota dia berlipat-lipat menyebabkan simple dan mudah baca serta tulisan dan point dia,,, perhhh memang terbaek! dan kalau aku tensyen ngan sesuatu subjek, mula lah dia reka citer, buat-buat citer bagi aku ketawa,,,,haha siyes even kekadang cerita dia tu, buat aku rasa nak pukul dia, lempang laju-laju,,,hahaha tapi selalu je dak ni kena cekik ngan aku,,,hahaha :p


Tuesday, December 27, 2011

Kisah Haiwan di UPM (2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak menjak ni, group UPM 2011/2012 sibuk cerita pasal haiwan,,,hahaha dimulakan dengan Ebak Casper aka Rahimi :  


Hahaha kelakar sebenarnya sebab macam-macam nama orang bagi kat kucing bertuah ni. Inilah kucing Legacy Serumpun,,,,huhu paling popular dalam kalangan kolej Serumpun. Melalui penceritaan Senior, dulu dia tak sumbing, sebab selalu gaduh dia jadi sumbing. Aku sangat suka kucing ni, sangat unik ditambah lagi dengan mulut dia tu,,,,hahaha dan dia lah yang pegang kawasan kafe ni,,,,hehehe agak garang kot, tak boleh nampak kucing lain, nak gaduh je!


Si Ebak aka Rahimi tu rindu dah lama tak jumpa, so aku pun post gambar ni,,, ramai yang tak tahu rupanya perut dia dah berisi sebab ingat dia dah dimandulkan. Gambar ni aku ambil waktu petang dah nak Maghrib. Apa yang bestnya tarikh kelahiran 13/12/11,,,huhuhu ramai jugak tak dapat tengok anak dia sebab sekejap je dia kat situ, esok tengok dah takde... Aku tak faham sebenarnya kondisi UPM ni. Serius sesal tak sudah! Aku tensyen bila dengar : 
Anak-anak kucing takkan hidup kat UPM! Dengar cerita mereka buang semua anak-anak kucing. 
Hmmm entah la,,, Macam susah nak percaya tapi bila aku tengok keliling,,, hmmm betul lah, depan mata aku ada tiga ekor kucing bunting, tapi lepas kempis takde pun anak dia, pelik sesangat! Kalau nak kata si Jantan makan, mungkin dari 3 ekor ibu kucing tu, 2 ekor ibu kucing la paling kurang anak dia kena makan kan. Lagi satu, ibu kucing pandai la jaga anak dia, dah berpengalaman, bukan yang kecik si Ibu tu, hmmmmmmmm dan memang tak pernah tengok anak kucing kat UPM ni!


Sebelum kucing sumbing tu berperanan jaga kawasan kafe, kucing atas ni lah. Tapi dengar cerita dia mati sebab kena langgar dengan bas depan blok L7. Perhhh sadis giler dengar. Aku takde rezeki nak jumpa dia,,,,huhuhu

Pastu ade lagi beberapa budak post gambar kucing-kucing Serumpun kat group, tetiba ada sorang budak ni post ni plak,,,,


Hahaha terbaik petak merah tu,,,,wakakakaka aku suka komen dia!

Kisah Haiwan di UPM (1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Taknak cakap lelebih sebenarnya tapi memandangkan banyak giler la hai manusia sekarang ni tak hormat makhluk lain yang Allah ciptakan ney... Tengok je lah sesame manusia pun bergaduh apatah lagi dengan makhluk lain,,, no wonder la. Ye, aku memang pecinta haiwan, bukan haiwan saje tapi pecinta alam jugak,,, alam ni kita kena jaga, tiada alam, kita tak boleh hidup, kita saling bergantung. Sebelum tu, kalau korang nak tahu, bumi ni tak setuju nak bagi tanah untuk penciptaan manusia, alasan dia : akan memusnahkan dia punya khazanah Allah ini, merosakkan bagai apa yang Allah telah ciptakan serta buat Allah murka. First Allah mengutus Malaikat Jibril turun ke Bumi minta tanah. Malaikat demi malaikat turun meminta tanah sehingga akhirnya Malaikat Izrail, barulah Bumi bersetuju bagi tanah untuk penciptaan Manusia. Korang boleh fikirlah la kan... sekarang aku rasa, Bumi mesti rasa sedih dan kecewa dengan tindakan manusia-manusia yang merosakkan Bumi serta makhluk lain,,, mungkin kalau dia dah tak tahan, dia berdoa kat Allah bagi kiamat serta azab terus kepada manusia,,,hmmmm takut! Apa-apa pun, manusia lah penyebab bumi ni musnah,,, ini telah dibuktikan dalam Al-Quran :

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Ruum 30:41)

OK, jom kita tengok antara isu haiwan yang berlaku di UPM...

Singkirkan Anjing Liar


Petak merah tu emo giler... memalukan diri sebenarnya bila

Friday, December 23, 2011

Psycho orang memang Best! -.-'

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni nak citer pasal member aku yang sangat efektif bab² mensycho orang.... sebelum tu korang ade kawan² yang suka sycho tak? kalau ada mesti agak sakit hati kan,,,,hahahaha serius beb!

Aku kenal dak ney sejak Matrikulasi,,, dia ketua blok aku, satu aras, satu jurusan hayat... praktikum aku H3P5 tapi praktikum dia H5P3, mempunyai cikgu kesayangan yang sama iaitu cikgu Biologi,,,hehehe

Masa kat matriks, banyak kali aku kena sycho ngan dia, terpedaya macam² padahal aku tahu sebelum ni dia tu sycho je lebih,,, tapi tak tahu la nak cakap camne sebab aku

Monday, December 12, 2011

Enjoy bersama Dak Animal Science

بسم الله الرحمن الرحيم

Sangat kontroversi tarikh 11/12/2011 ni,,,,haha takde kontroversi mana pun, sebenarnya aku nak sangat balik minggu ni sebab Isnin cuti, tapi tak juga berkesempatan sebab ahad ada program, isnin plak ada presentation even cuti,,, >.< sebelum tu, aku sepatutnya terlibat dengan aktiviti Family Day@15 untuk kolej tapi tak dapat join la sebab ada field trip ni,,, hmmmm best kowt aktiviti permainan dia! huhu

Hari ahad, jam 7pagi Hapisz datang bilik, bapak awal dia bersiap, aku masa tu belum bersiap lagi,,,haha pastu Daus MTM plak datang mintak hutang duit program yang sepatutnya aku terlibat,,,hehe sori tak dapat tolong, lebih best bersama classmates,,,hehehehe Pastu kitaorang pergi jap ke blok perempuan yang jauh nun disana naik bukit sikit untuk tolong angkat barang²,,, hoho rajin bebenar budak² perempuan ni buatkan sandwich ngan air,,hehehe so takkan lelaki tak buat kerja, so sumbang la sikit,,,hehehe