بسم الله الرحمن الرحيم
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kawan sekolah tadika-rendah-menengah-kolej sangat berbeza! Aku lebih rasa dihargai dan menghargai di kolej berbanding dulu, mungkin sebelum ni belum matang,,,huhuhu aku ingat lagi peristiwa² sebelum ini banyak sangat yang berlaku tentang kawan. Apa² pun aku tetap sayang semua kawan² aku even dia jahat,baik,pandai,kurang pandai.....Aku sangat perlukan sahabat kerana sahabat la tempat aku berkongsi suka duka masalah dan kegembiraan apabila ibubapa tiada di samping. Susah senang bersama,dah berjaya tidak lupakan aku,alangkah indahnya ada sahabat. Sahabat dan kawan adalah berbeza. Kawan hanya kawan tetapi sahabat lebih dari kawan. Akhirnya aku jumpa jugak sahabat perjuangan,,, Alhamdulillah... terima kasih kerana menjadi sahabat saya..!
Aku panggil Su. Orang 1st aku kenal kat KMM tidak termasuk roomate. Serius tak sangka jadi best friend, padahal dia memang dah lupa dah siapa orang yang bernama Muezz kat dalam handset dia, tapi sekarang dia kata nama aku sudah terpahat di dalam hati dia,,,hahaha. Kelemahan dia ney memang mudah lupa nama orang,,, Mak dia pandai buat kuih goyang,,,haaaa favourite aku ! hahaha Dia ambik jurusan fizikal, seorang yang memberi aku semangat untuk terus belajar di matrikulasi walaupun aku sains hayat. Selalu ingatkan aku untuk study lau aku malas ;-p
Terima kasih Su....Mohammad Suhaimi |
Mohammad Nur Hafiz |
Badrul Hisyam |
Muhammad Ikhwan |
Mohd Salehan |
Then, semester dua, aku menambah lagi sahabat,,, mereka² yang di bawah ni juga yang terbaek!!! Versi skandal,,,huhuhu
Muhammad Najmuddin |
Dean ni adalah ketua blok aku...kenal dia sangat lah tensyen ok...huhuhu mana tak nye mamat ni adalah seorang mamat Psycho....aku asyik tensyen je,,,,bukan aku sorang tapi ramai lagi kowt,,,huhuhu tapi dalam tensyen²,disebabkan dia ni memang suka buat orang ketawa,,,aku taklah jadi gila,,, dia pencetus untuk aku rajin study sebab selalu ajak pergi study kat luar,,, last² result kita naik mendadak kan,,, Alhamdulillah...dia ni sangatlah Metroseksual,,,haih rimas tengok dia sangat jaga penampilan diri...memang...memang patut lah ramai girl suka kat dia,,,serius,,,,! hahaha
Muhammad Saiful |
Muka Epul ni sangat gangster,,,hahaha tapi kenal dia sangatlah baik....banyak² dia menegur & perbetulkan aku,,,dan paling sangat terharu dia tengok aku di saat zaman kegelapan aku dan angau ngan sorang minah ney,,,dia sanggup tolong aku untuk progress kan aku ngan minah tu,,,huhuhu tapi ingat itu dulu(sekarang tak),,,kalau boleh jangan lah kita bercouple pada masa sekarang ni... dan minta maaf sebab kau selalu datang bilik aku tapi aku takde dan kau terpaksa tunggu sampai tertido,,, huuu rasa sangat bersalah,,,*sape suh taknak mesej,,,huhu* terima kasih Epul sebab terima aku jadi sahabat kau,,,huhu
Epul & Dean. Ok inilah Pn.???(opss gambo dah kena banned) yang aku maksudkan,,,sebab dia dah berkahwin dan ada dua orang anak,,,hahaha saje je rebut perhatian pensyarah ney...kehkehkeh...Kitaorang rebutkan sama² pensyarah ney,,,Kitaorang memang tak boleh belah,,,,! Apa² pun kepala mereka yang gila² telah membuatkan aku pun gila²,,,hahaha apa² pun ini hanyalah gurauan ok,,,,
Dan finally is Amer!!!
Muhammad Amir |
Inilah geng sahabat saya! Alhamdulillah,,, disebabkan korang r aku masih berdiri dan bangun di KMM walaupun semester satu membuatkan aku mengalirkan air mata~ di sini lah aku mula mengerti erti persahabatan... aku tengok memang korang sungguh ikhlas!!! Tak bermuka² dan berterus terang,,,support aku! Ingat lagi peristiwa Su disyaki deman denggi,,, punya la risau kitaorang... melawat dia,,, ermm terharu tengok mereka bawak makanan KFC kongsi even dua ketul saje,,,errr dah la ada 6 orang,,, aku? tak ada apa² pun,,,huhu bila air minum dah takde, Bad sanggup turun ke kafe beli air,,,haaaa banyak lagi larh,,, aku dah penat nak tulis sorang² punya kebaikan,,,hahaha
Harapan aku, walaupun kita berpisah,,, kita tetap & still sahabat!!!
Sahabat,,,
kita berjumpa kerna takdir,
kita berkawan kerna kasih,
kita bersama kerna hati,
kita berpisah kerna cita2,
kita kekal kerna kuatnya ukhuwah,
kita bergaduh kerna harga 1 ikatan
tapi yang paling penting semuanya kerana Allah
bukan mudah untuk kita berkawan
bukan mudah untuk kita teruskan
bukan mudah sehingga sekarang
semoga Allah kekalkan persahabatan ini!
InsyaAllah... amiinnn ;-)
1 comment:
dan kwn2 kamu juga bertuah sbb ada kwn seperti kamu...
Salam perkenalan...
Post a Comment