Sunday, December 26, 2010

Pening2

بسم الله الرحمن الرحيم

 Hu~ tiba masanya kepala saya menjadi pening untuk memikirkan apa yang patut saya pilih dalam UPU,,,errr lama seyh aku nak isi,,,fikir itu ini,,,terima kasih kepada mereka yang membatu saya untuk memilih dan memberi sokongan! Especially to my parent n sis Maslinda,,,hehehe nak tahu aku pilih apa...?

Antaranya Veterinar di UPM & UMK....

Biotek nak ke taknak,,,,chemical engineering plak camne...? aku dah penat wei...moga Allah beri petunjuk untuk aku pilik universiti dan kos yang terbaik untuk aku....amiinnnn


Sunday, December 5, 2010

Bermula Erti Persahabatan

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kawan sekolah tadika-rendah-menengah-kolej sangat berbeza! Aku lebih rasa dihargai dan menghargai di kolej berbanding dulu, mungkin sebelum ni belum matang,,,huhuhu aku ingat lagi peristiwa² sebelum ini banyak sangat yang berlaku tentang kawan. Apa² pun aku tetap sayang semua kawan² aku even dia jahat,baik,pandai,kurang pandai.....Aku sangat perlukan sahabat kerana sahabat la tempat aku berkongsi suka duka masalah dan kegembiraan apabila ibubapa tiada di samping. Susah senang bersama,dah berjaya tidak lupakan aku,alangkah indahnya ada sahabat. Sahabat dan kawan adalah berbeza. Kawan hanya kawan tetapi sahabat lebih dari kawan. Akhirnya aku jumpa jugak sahabat perjuangan,,, Alhamdulillah... terima kasih kerana menjadi sahabat saya..!

Mohammad Suhaimi
Aku panggil Su. Orang 1st aku kenal kat KMM tidak termasuk roomate. Serius tak sangka jadi best friend, padahal dia memang dah lupa dah siapa orang yang bernama Muezz kat dalam handset dia, tapi sekarang dia kata nama aku sudah terpahat di dalam hati dia,,,hahaha. Kelemahan dia ney memang mudah lupa nama orang,,, Mak dia pandai buat kuih goyang,,,haaaa favourite aku ! hahaha Dia ambik jurusan fizikal, seorang yang memberi aku semangat untuk terus belajar di matrikulasi walaupun aku sains hayat. Selalu ingatkan aku untuk study lau aku malas ;-p
Terima kasih Su....


Mohammad Nur Hafiz
Nama panggilan Apiz. Kitaorang kenal disebabkan seorang perempuan kelas aku,,,dia ney minat sangat ngan dak kelas aku,,,so selalu la berbual,,,lama² kitaorang jadi rapat,,,dialah antara kawan jurusan hayat yang rapat ngan aku...bukan bermaksud aku takde kawan lain, kawan budak fizikal lebih ramai dari hayat...selalu cerita masalah yang dihadapinya kat aku,,, (percaya sangat kat aku,,hahaha) Banyak² masalah pun result gempak 3.7 tu pointer dia,,, kalau mintak tunjuk ajar,,,serius aku paham sebab dia explain dengan detail dan akan kaitkan dengan bab sebelumnya lagi² Kimia... Terima kasih Apiz~


Badrul Hisyam
Ok inilah roomate aku yang tersayang,,,hehehe Bad. Berasal Keratung,Pahang. Dia jugak lah kawan yang  memahami aku....kalau takde dia aku sangat bosan! Serius! Dia adalah orang 1st aku kenal time daftar lagi,,,huhuhu dan tak sangka rupanya dapat satu bilik,,,memang bersyukur sangat masa tu sebab dapat roomate ngan orang dah kenal.! Saling bertolak ansur. Pemurah. Itulah sifat dia,hehehe dia juga selalu kongsi cerita dengan aku....terrima kasih Bad~


Muhammad Ikhwan
Tapi panggil dia Ranggi,,,hehehe lain giler! Serius 1st time jumpa dia aku tak suka dia sebab aku tahu dia tengok ak je,,,pandang seolah aku ney kerek je! hahaha tapi camne ntah aku boleh rapat ngan dia,,,huhuhu dia jugak senasib aku,,,result exam selalu lebih kurang sama ngan aku,,,so kitaorang gak selalu sharing masalah² seperti ney lah,,,tapi sebenarnya tak baik gak rasa rendah diri camni,,,kawan yang lain tetap bagi semangat apa...! Terima kasih Ranggi~


Mohd Salehan
Ingat comel r tu tido camtu,,,hahaha Ha panggil dia Salleh,,,hahaha orang yang paling berpengaruh! huhuhu ntah sape² semua dia kenal,,,hehehe Salleh ni gak adalah kawan masa kat PLKN,,,tak sangka depan bilik aku je dia ney,,,kawan yang selalu untuk aku bergurau,,,huhuhu dia ni pakar buat kopi! Hmm betul2 KAW! Selalu bawak kan kitaorang makanan,,,hehehe terima kasih Salleh~

Then, semester dua, aku menambah lagi sahabat,,, mereka² yang di bawah ni juga yang terbaek!!! Versi skandal,,,huhuhu


Muhammad Najmuddin
Dean ni adalah ketua blok aku...kenal dia sangat lah tensyen ok...huhuhu mana tak nye mamat ni adalah seorang mamat Psycho....aku asyik tensyen je,,,,bukan aku sorang tapi ramai lagi kowt,,,huhuhu tapi dalam tensyen²,disebabkan dia ni memang suka buat orang ketawa,,,aku taklah jadi gila,,, dia pencetus untuk aku rajin study sebab selalu ajak pergi study kat luar,,, last² result kita naik mendadak kan,,, Alhamdulillah...dia ni sangatlah Metroseksual,,,haih rimas tengok dia sangat jaga penampilan diri...memang...memang patut lah ramai girl suka kat dia,,,serius,,,,! hahaha


Muhammad Saiful

Muka Epul ni sangat gangster,,,hahaha tapi kenal dia sangatlah baik....banyak² dia menegur & perbetulkan aku,,,dan paling sangat terharu dia tengok aku di saat zaman kegelapan aku dan angau ngan sorang minah ney,,,dia sanggup tolong aku untuk progress kan aku ngan minah tu,,,huhuhu tapi ingat itu dulu(sekarang tak),,,kalau boleh jangan lah kita bercouple pada masa sekarang ni... dan minta maaf sebab kau selalu datang bilik aku tapi aku takde dan kau terpaksa tunggu sampai tertido,,, huuu rasa sangat bersalah,,,*sape suh taknak mesej,,,huhu* terima kasih Epul sebab terima aku jadi sahabat kau,,,huhu

Epul & DeanOk inilah Pn.???(opss gambo dah kena banned) yang aku maksudkan,,,sebab dia dah berkahwin dan ada dua orang anak,,,hahaha saje je rebut perhatian pensyarah ney...kehkehkeh...Kitaorang rebutkan sama² pensyarah ney,,,Kitaorang memang tak boleh belah,,,,! Apa² pun kepala mereka yang gila² telah membuatkan aku pun gila²,,,hahaha apa² pun ini hanyalah gurauan ok,,,,

Dan finally is Amer!!!

Muhammad Amir
Geng satu kuliah... Budak kelantan,,, Dia ni sangat pemurah yang kadangkala membuatkan aku sangat tensyen kalau makan ngan dia... -.-' sebab nanti dia yang bayar kan duit makan aku senyap²,,, then kalau aku nak balas budi,,,marah plak tuh,,,hahaha (dia memang gitu,,,kawan yang rapat ngan dia , dia akan buat gitu) dan dia juga selalu ingin menang dalam segala hal,,,-.-' tensyen saye~ Thanks Amer sebab kau baik sangat kat aku, dunia KMM aku tak seronok kalau kau tak menyakat aku,,, ;p


Inilah geng sahabat saya! Alhamdulillah,,, disebabkan korang r aku masih berdiri dan bangun di KMM walaupun semester satu membuatkan aku mengalirkan air mata~ di sini lah aku mula mengerti erti persahabatan... aku tengok memang korang sungguh ikhlas!!! Tak bermuka² dan berterus terang,,,support aku! Ingat lagi peristiwa Su disyaki deman denggi,,, punya la risau kitaorang... melawat dia,,, ermm terharu tengok mereka bawak makanan KFC kongsi even dua ketul saje,,,errr dah la ada 6 orang,,, aku? tak ada apa² pun,,,huhu bila air minum dah takde, Bad sanggup turun ke kafe beli air,,,haaaa banyak lagi larh,,, aku dah penat nak tulis sorang² punya kebaikan,,,hahaha

Harapan aku, walaupun kita berpisah,,, kita tetap & still sahabat!!!

Sahabat,,,
kita berjumpa kerna takdir,
kita berkawan kerna kasih,
kita bersama kerna hati,
kita berpisah kerna cita2,
kita kekal kerna kuatnya ukhuwah,
kita bergaduh kerna harga 1 ikatan
tapi yang paling penting semuanya kerana Allah
bukan mudah untuk kita berkawan
bukan mudah untuk kita teruskan
bukan mudah sehingga sekarang
semoga Allah kekalkan persahabatan ini!

InsyaAllah... amiinnn ;-)

Semester 2 best!

 بسم الله الرحمن الرحيم

Huh ! Semester dua !
Sem 2 sangat la busy sampai makan pun xsempat...hahaha tu bohong r! 
Sem 2 sangat banyak cuti,,,so padat dengan kelas2 untuk habiskan sukatan pelajaran!
Sem 2 banyak sangat projek itu ini,,,errr
Sem 2 subjek Biology lebih mencabar tapi sangat seronok belajarnya! ^^
Sem 2 aku dah lebih mengenali sekeliling aku, so mudah untuk aku lakukan sebarang aktiviti.
Sem 2 aku lebih bersemangat dan fokus!
Sem 2 aku lebih diberi motivasi & ceramah. Terima kasih ustaz/ustazah dan para pensyarah!
Sem 2 aku lebih menghargai seseorang.
Sem 2 membuatkan aku suka belajar di Matrikulasi.
Sem 2 banyak member keluar! Bosan serius bosan :-(
Sem 2 semakin ramai kawan. ^^
Sem 2 adalah penentu pointer akuh!

Naik sem 2 je,,member aku dah beli laptop,peh gempak siot!  Hahaha sekarang abes bilik aku jadi aim untuk mereka main game....huhuhu Paling musim sekarang ney DOTA r,,,main LAN lagi tuh,,,aras atas bawah lawan,,,,hahaha Counter strike,NFS and PES,,,! Hmm budak matrik camney,,,hahaha

Kalau dah main game,muka semua nak macam tuh,,,,hahahaha

Hari raya haji lalu,,aku sungguh terharu sebab family aku plak yang datang menjenguk aku,,,bukan aku yang balik,,,terasa sangat aku ney anak yang xreti2,,,huhuhu apa2 pun terima kasih kerana datang bawa makanan ketupat rendang dan yang seumpanya,,,dapat jugak aku merasa semua makanan tuh. sedih~




Ok projek English berlambak sekarang ney! Err 3 projek dalam satu masa,,,What the cat...?! Promotion-Research-Jazz Chant! Serius jazz chant paling buat aku tensyen,,,latih hanya sehari,,tu pun 3 jam jerk! Ambek kau,,,sok memang malu giler! Arrr tak suke!


Lirik pun baru nak cari,,,nak hafal lagi malam tuh...tak tahu la salah siapa kan sebab kitaorang diberitahu tentang competition ney semalam!


Nak susun kedudukan lagi,,,muka mereka gembira sebab saya ambek gambar tapi kenyataan mereka sangat ketat sebab esok dah present!


fuh nak ajar orang pun dah malas,,,serius!


Yang sedihnya.....
2 orang classmate aku kena keluar,,,ohhhh aku tak suka benda ni berlaku,,,4 orang plak yang keluar dalam kuliah aku,,,owhhh xbest sungguh mereka dah keluar,,,aku rasa memang kehilangan mereka sangat2!
Tiba2 mentor aku mesej,,,dia tulis 'maafkan saya sebab tak dapat selamatkan kawan awak' owh tidak aku sangat tersentap,,,kesian cikgu,,,,Sebelum mereka keluar,,kitaorang sempat jugak buat jamuan ringan sebab memang dah takde masa dah,,,bayangkan dapat result terus keluar notis 24 jam! Huh! nak tak nak wat malam ni gak dengan tutor,projek berlambak,,,huhu hentam saje la,...


Aku tak tahu la mereka ney,,bila ambik gambar je mesti mereka ni ade je!


Tengok r tu,,,simple je,,,semua bawak jajan je,,,tengok cam sikit kan,,?tapi percayalah jika anda disitu tak habis pun benda2 tu semua errrr kenyang juugak makan benda alah ney!


~Tulus daripada kami~


Last bergambar bersama mereka....2 orang yang kami sayangi....
~Our memory~

Malam tu jugak aku tak lepas dari beri ucapan disebabkan aku ketua praktikum,,,agak kelakar la aku bagi ucapan spontan...nasib tak lame,,,kalau tak air dah berlinangan kat mata,,,hahaha aku sangat sensitif pasal kawan ney! Ramai jugak yang beri ucapan untuk kata2 terakhir nasihat dan sebagainya,,,tak sangka inilah kelas aku!