Monday, May 17, 2010

Kehidupan baru bermula.....

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni 1st aku berada di tempat belajar tanpa kawan2 n keluarga...Semuanya baru dan kehidupan aku baru sahaja bermula...mula2 agak takut,,,banyak sangat aku fikir...! Sebelum tu...

Seawal 6 pagi,aku bertolak dari rumah ke Kolej Matrikulasi Melaka,,,then singgah R&R Machap, takde selera makan,,, pukul 11 pagi aku sampai di KMM....hu~ macam2 aku fikir,,,tapi aku fikir yang positif je,,,ye la kan 1st time aku berjauhan & kena jaga diri sendiri, duit ,masa dan kelakuan.... Semasa daftar,ada orang tegur aku, nama dia Badrul,,,berkenalan lah sekejap,,,reda sikit ketakutan aku,,,hehehe... Selepas selesai daftar, masa untuk pergi kemas bilik,,Alhamdulillah aku dapat jurusan Sains Hayat,,yang aku mohon,,,

Sampai je bilik,hu~ memang lar ramai orang kata KMM ni da lama,,bangunan nak roboh r ape r,,,tapi aku tak kisah asal selesa! Keluarga aku tolong la kemas bilik aku,,,hu~ berhabuk dan kotor,,,nasib ada keluarga,,,aku selalu mengharapkan mereka,,,haih... Bilik aku C4.2.9...Alhamdulillah bilik ni sangat ok! Walaupun blok aku paling jauh daripada kafe,library,dewan kuliah,,,semua r jauh kecuali surau,,,Alhamdulillah lagi sekali,,,hehehe surau dekat! Roomate aku paling bersifat kepimpinan adalah Badrul,,,huhu tak sangka budak yang baru berkenalan dengan aku dapat sebilik ngan aku,,,huhuhu mudah sikit untuk berkomunikasi...then Radzi ni dak Melaka,,,suara kuat tol,,hahaha hensem orangnya tapi sayang dia tarik diri setelah seminggu berada di KMM...dan lagi sorang Chun Wei,,,,dia cina,bijak, n kaya,,,hehehe....Pabila 2nd intake,roomate aku ganti sorang yang bernama Jazreen...huhuhu hmmmm dak ney camne aku nak descript ek...dak KL tapi asal Kelantan,,,masih pekat! Dia la yang selalu buat ntah ape2 yang menghiburkan kitaorang....Rommate depan aku plak Saleh,,,orang paling berpengaruh....semua orang kenal dia dan dia juga kenal semua orang,,,hebat kawan aku ney,,,dia gak member mase kat PLKN...yang len nnt aku citer r,,hehehe

Setelah semua selesai,,,keluarga aku nak balik,,,Ya Allah aku cam nak nangis je,,,hahaha ak tak tau la aku ney kenapa,,,hahaha tapi aku ni lelaki kan....rilex n kool je,,,hehehe...Bermula lah kehidupan aku di Kolej Matrikulasi Melaka......

Orintasi sangat seronok walaupun penat...hu~ memang best & sporting r abang2 & kakak2 fasi(hmmm umur beza 1 tahun je pun). Semasa tempoh seminggu ni, aku fikir takyah la kenal2 ngan dak2 ney ramai2...Cukup mase seminggu ney kenal ramai2 then lepas orintasi tumpukan perhatian,,kalau tak nanti ramai kawan mesti tak study & terpengaruh dengan perangai burok,,,SKEMA!!! huhu nasib aku tak buat camtu,,,selamat tinggal NERD....


Hari pertama belajar sangat lah semangat! Fikir pasti berjaya n apa2 lagi lah,,,Kuliah langsung tak ngantok,,,tapi semakin lama................................................aku down,,,jap naik.......jap down.......risau aku camtu....matrik tak boleh camtu....arghhh sekarang aku sangat takut aku tak dapt 3.5 keatas...Ya Allah~
Aku sekarang tengah berusaha untuk tingkatkan semangat aku dan berharap Allah tetapkan semangat aku untuk study....jangan lah hangat2 tahi ayam.... 

Ujian Pertengahan Sem haritu aku dapat sangat terok! taknak cakap!!! OK aku nak cuba lagi,,,aku taknak repeat!!!! Aku nak dapat 3.8 keatas!!!!!! Veterinar...! Adakah aku layak,,,,???!!!!


Friday, May 7, 2010

Kawan?

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku tak tau la ape lar kesalahan aku sampai dia kata aku macam2 yang mengguris hati aku ni....tak tahu la camne lagi nak explain padahal sebenarnya isu ni xboleh cari gadoh tapi dia yang mule kan dulu terlalu sensitif,,,haih aku tensyen2!!! Susah ke nak paham orang sedangkan aku sentiasa paham dia,,,hmmm sebenarnya malas nak pk tapi benda ni slalu mengganggu fikiran aku,,, mereka...mereka...tolonglah paham aku,,,ak dah cube,,,tolonglah paham aku,,,jangan la fikir kau saje yang betol,,,Ok lau kau dah buat keputusan untuk putus kawan,,,lakukanlah dengan hati yang bangga dan puas! Aku harap kau berjaya dalam hidup walau ape jua bidang yang kau ceburi,,,semoga Allah memberkati hidup kalian...

Kali ni aku rasa memang sangat2...............tak sangka kawan aku & boleh jadi gini... Pertama kali aku bergaduh besar sampai nak putus2 ney dengan lelaki!,,,ingatkan perempuan je camni rupanya lelaki pun sama terus buat keputusan...Ego besar la katekan. Sejak ting 4 aku mula bersosial,,,memang banyak sangat pergaduhan berlaku terhadap aku tapi akhirnya selesai jugak sebab masing2 mengaku kesalahan sendiri. Aku mula down dan pernah terfikir malas dah nak berkawan & bersahabat2 ni,,,lebih baik kawan biase je,,,nasib ramai yang beri sokongan janganlah jadi gitu,,,sejak tu aku happy je ngan kawan2...

Tak tahulah  kali ini,,,dia selalu merendah rendah diri aku dan bangga dengan diri dia, aku buat salah yang aku rase bukan salah besar pun saje besar2 cerita,,,haihhh salah ke kalau aku tak balas sebab aku dah kalah dan bengang,,,dia kata aku buat dek j dan menganggap dia sampah dan kata aku pengkhianat,,,sori r beb aku dah explain dan jangan nak ungkit kesalahan yang pernah aku lakukan sedangkan masalah tu dah selesai,,,cerminlah diri tu sendiri,,,ape2 pun perkara2 kat atas semua aku dah cakap kat dia,,,harap kawan2 yang baca blog ni tolonglah jaga kawan dan sentiasa muhasabah diri jangan selalu menuding jari! Ingat saling nasihat menasihati tetapi janganlah memutuskan silaturrahim kerana dimurkai Allah... tak perlu menghukum seseorang kawan dengan cara itu kerana ianya bukan jalan penyelesaian tetapi makin burok dan teros tak jadi pape...memang tak mudah untuk puaskan hati orang,,,tetapi orang lain jugak tak mudah untuk puaskan hati dan sentiasa paham dengan kita,,,jadi fikir-fikirkan lah,,,janganlah seksa kawan anda ok! da lah malas r nak tulis lagi.... Assalamualaikum....

Terima kasih kawan2 laen yang bagi aku sokongan,,,ko kenal aku siapa kan,,,InsyaAllah kita same2 jaga hati kawan masing2...Sayang korang semua,,,hehehe ^^ sekarang aku da rase tenang sikit~ Alhamdulillah


Tuesday, May 4, 2010

Sambung Blajar & PLKN

بسم الله الرحمن الرحيم

Kat PLKN,,,aku try² lar nak check dapat ke tak matrix gune SMS,,,huhuhu dapat,, agak terdiam dan terkejut ,,,dah la time tu tengah sarapan,,,da macam takde selera da,,, pelik kan,,? hahaha ntah r

Pertama:- Aku sayang sangat PLKN ni,,, arrr sungguh berat nak tinggalkan PLKN & kawan²! Dyowang semua tak kasi aku balik,,, dah ramai aku kenal budak² dan jurulatih sana,,,arrghh Terasa hiba dan terharu sangat². Hidup korang akan dihargai kat sana kalau pandai jaga diri! Banyak lagi yang belum aku sumbang kat PLKN De Bana!!! Sori kawan², aku memang terpaksa tangguh PLKN untuk mencapai cita²! *Rase cam nak keluar air mata je biler cikgu ucap belajar rajin² ye* Bila² kite buat reunion ok! BRAVO TAK GOYANG BEB!!! REVOLUSI BRAVO!!!

Kedua:- Aku kena tangguh PLKN...tau ape itu TANGGUH...? Hu~ memang berbeza tangguh dengan PENGECUALIAN.! Dah sebulan aku kat sana,,,sia² je nanti kena ulang balik dan mungkin ketika itu umur aku 23-24 ,bercampur dengan budak² 18 tahun! Hmmm tapi tak kisah r,,,aku tetap dah dapat pengalaman dan sebab kenapa PLKN ditubuhkan! Harap² aku tak dipanggil lagi ke PLKN tuh!

Ketiga:- Matrix? Layak ke aku? Memang takut sangat mula²,,,ye lar kat sana memang kena struggle blaja betol², 1 tahun je, peraturan pun cam dak sekolah, ape² pun bila fikir hanya ni je peluang aku untuk jadi Veterinar,,,asasi dah tak dapat,,, terima kasih pada family,kawan,akak² UPM yang bagi semangat untuk teruskan perjuangan belajar!!!

Ass Scout (Nan), Baju hitam yang ajar aku serba sedikit tentang vokal (Faiz) dan yang sporting (Lokman)

Budak ni tak abes abes buat orang ketawa, memang best r!

Gambar sebelum Adib balik, sangat touching!

Sebelum balik cuti tapi aku balik terus, waaa kenangan~  :(

Bergambar dengan jurulatih, cikgu Omar yang sporing, malu dan terkenal dengan sifat senyum!

Bergambar sebelum balik, hu~ rindu korang semua!!!

Gambar paling terakhir snap, ingatkan sempat lagi nak ambek gambo bagai, tetiba dah kena panggil naik bas, sadis!!!

Entri ni sangat membuat kan aku terfikir dyowang sakarang tengah wat pe lar ek,,,mesti tengah bergembira...
Entri ni membuat aku sensitif dan rasa sedih~ eee Muezz tak malu! hahaha

Pengalaman PLKN

بسم الله الرحمن الرحيم

Ni la kawan yang paling rapat kat sane,,,Sabri Best Friend PLKN De Bana

Sebenarnya banyak sangat aku nak citer pengalaman aku kat PLKN . Sungguh best & enjoy! Apa-apa pun Kem De Bana tetap hebat!
Hari pertama kat sana sangatlah bosan sebab takde kawan lagi, aktiviti pun belum mula lagi. Just duduk dan terperap dalam dom, keluar time makan ngan pergi sembahyang je... Memang rase macam nak balik je! Dah la 3 hari macam tu boleh kena sakit mental!

 1st time masa bosan,muka aku debab sikit...sekarang da semakin susut,,,

Bila da mula je aktiviti memang rasa syok jugak sebab mula nak kenal-kenal orang lain. Kat PLKN ni ada Kelas (kemahiran Insaniah) jugak,,kita belajar tentang diri kita sendiri,bukan belajar cam kat sekolah. Yang bestnya 10minit sebelum masuk kelas akan diiringi muzik,sebelum muzik berhenti kita mesti duduk! Aktiviti pertama kat kelas adalah Bongo-Bongo,,,hahaha aktiviti ni la yang memudahkan mengenali orang lain... Modul pertama untuk kelas ni adalah Menampilkan Yang Terbaik dalam Diri Sendiri (9 hari). So kita kena belajar la camne nak menonjolkan diri dan buang sifat malu yang tak bertempat tuh... Sebelum kelas habis mesti ada satu sesi Perkongsian Terbuka, untuk sesiapa yang berani pergi ke depan dan cerita apa saja. Aku pernah, yeay!!! huhuhu. Modul 2 plak Menampilkan Yang Terbaik Dalam Diri Orang Lain (7 hari). Kelas kedua ni agak bosan sebab kena belajar menampilkan orang lain,bukan diri kita,camne tuh? OK time ni kita mesti ada BUDDY, Fadh dia la yang bantu aku dalam segala hal,,,apa-apa pun BUDDY aku memang hebat! 
Ok Kelas ni banyak aktiviti yang kena guna kekereatifan otak,,,so selalu kitaorang diperbodohkan dengan permainan dan aktiviti-aktiviti yang senang-senang belaka rupanya!

Satu Malaysia! Masa ni tengah duty untuk hari lawatan keluarga,,,penat tapi best!

Mesti korang fikir pasal kawad kan...? hehe kawad kat sane ada hari-hari tertentu je,,tak setiap hari belajar kawad...so dont worry...Ada senam aerobik,,,aku paling suka sambil senam kita menari,,,hehehe then masuk hutan navigasi pun best,,, Kompeni aku sampai tersesat dua kali,hu~  lenguh kaki ni nak patah,,, macam-macam boleh jumpa dalam hutan! Berkayak ngan rakit sangat best even aku tak dapat cuba pun,,huhu sebab air dia aku alah,,, aku sorang je plak tu padahal sebelum ni air kotor mana pun aku boleh redah je,,, habes satu badan bengkak gatal,,,hu~ Kat sane belajar makan pokok-pokok hutan yang boleh makan juga makan cacing pun ada,,,hehehe tapi rase dia tak boleh nak ungkapkan,,, hanya jurulatih dan orang yang makan je tau.

Padang kawad time pagi-pagi,,,bila dapt HP semua bz berposing,,,,

Bab-bab sembahyang pun dititikberatkan gak,,,kalau lepas Maghrib selalu ada zikir munajat, baca al-Quran, yasin, dan kelas fardhu ain berlanjutan sehingga masuk waktu Isyak. Kuliah Suboh pun ada tapi cuma hari Jumaat,,,jujur aku kate kan memang ngantok time Suboh ney,,,huhu sape yang tido, sebagai denda kena pegang tongkat cam Khatib baca khutbah,,,hahaha kalakar!!!

Tak suka time ni kena pulang HP pun kena beratur,,, dah la ramai,,,
Tapi kalau nak ambik HP semua jadi suka,,,hahaha
Selalunya Cikgu akan buli kitaorang sebelum dapat HP,,,

Lepas Isyak, aktiviti santai la dikatakan selain tayangan untuk kelas Pembinaan Karakter. Selalu kitaorang menyanyi ramai-ramai lagu Ukays! Lagu tema De Bana! Takpun tengok tayangan movie yang best-best, yang selalu tak ngantok ialah aktiviti kena kan orang,,,senang citer permainan! Nanti mula lah cikgu nak kenakan budak-budak suruh buat aktiviti kat depan, kena sporting la,,,hahaha memang sporting semuanya! Kena berjoget pun ade,,,! ^^ Yang tak larat kalau ade budak-budak buat hal, so kena dengar bebelan Jurulatih,,, adeh~

 Dewan Makan : Duduk makan ikut kompeni warna kerusi 

See,,,PLKN tak seteruk mane pun,,,
Jurulatih kat sana cakap "saya nak awak semua enjoy je kat sini,tapi..." ade tapi nye hehehe jangan buat perangai,onar & langgar peraturan! Konsep PLKN adalah sorang buat salah, semua( satu kompeni) kena! Best tak? hehehe
Kompeni aku pernah kena,ada satu hari kitaorang tak bawak bendera(bendera adalah maruah, kena bawak kemana-mana) so kitaorang dituduh memang takde kerjasama,,,So kene denda depan kompeni laen,,, waktu tu pukul 6.30 pagi, dah tu kena lari 5-6 pusingan,,,hu~ pastu kena jalan itik,,,adeh tak larat~


Kenangan sebelum balik,,,bergambar depan Dom aku...

Aktiviti riadah dia pun best,,,kat kem aku ade Futsal, Bola Tampar, Takraw, PingPong, Bola Keranjang,,, Ok la,, not bad,,, kalau tak dapat join, just jogging je kuatkan stamina... Dan ada jugak program Bumi Hijau kena gembur kan tanah, siram pokok dan tanam pokok,,,huhuu

Peristiwa yang sungguh mengujakan aku dapat tengok Aurora kat sane,,cantik ciptaan Allah ini!
Pelik

Peristiwa yang menarik yang tak dapat aku lupakan adalah besday aku. Hari tu pada 14 April dan aku tahu esok memang birthday aku, masa kat kelas CB3, sedang aku melukis Peta Visual, cikgu Awie panggil aku,,,aku tak tahu pun sebab ape, bila aku datang, dia cakap :
"Cikgu tak panggil pun awak, just sebut je,,,"
hampeh~ hahaha
OK masa perkongsian terbuka tiba-tiba aku dipanggil untuk ke depan!!! adehhh nak cerita apa ni,,, cikgu ni dah kenapa panggil aku ,,,so aku hentam je la cakap pasal diri aku(tak segementar waktu dulu time CB2)banyak gak idea aku,,, bila habis je bercakap cikgu terus letak tangan kat bahu aku, seraya berkata :
"Kamu tahu dia ada buat salah apa sampai saya panggil dia ke depan" aku terfikir jap ade ke aku buat salah ney?! Then, cikgu terus cakap,,, hari jadi aku! Aku terus bisik kat cikgu,, bukan hariniii tapi esok la cikgu,,, ooo rupanya esok takde kelas tu yang buat harini.... Aku tak expect la sebelum tarikh birthday diaorang nak surprise... huhu Pastu semua nyanyikan lagu birthday,,, sungguh bengang tapi terharu gak r,,, then cikgu panggil BUDDY pergi ke depan untuk wish kat aku...Da wish, cikgu suruh salam semut(salam then peluk). Aku rasa hari tu sungguh best! Terima kasih kat cikgu dan kawan-kawan sebab meraikan sebegitu. Tapi sayang lar aku takde gambar dengan MY BUDDY,,,tak sempat nak ambik :-(

Bilik Rehat untuk wira, ada Astro,,, tu yang tengok bola sampai lewat malam pastu bising.
Penyudahnya tak bagon Suboh,,,,kena!

Ketika 15 April, birthday aku memang sangat indah sebab hari tu memang enjoy-santai-rilek giler! 1st dapat makan tak seperti menu yang selalu, dapat aiskrim dapat kuih waktu pagi-pagi tuh,,,hehehe then kitaorang diberitahu bahawa takde sebarang aktiviti,,, hehehe memang syok dan rehat giler time tuh,,, dan lagi satu handphone dapat esoknya ,,,selalu handphone dapat Sabtu, tapi kali ni hari Jumaat dah dapat,,, mana tak excited budak-budak ni,,,wahhaha bape banyak berita gembira aku dapat! Alhamdulillah... Sebab hari tu ada pelancaran Bumi Hijau! pastu dapat jugak tengok keajaiban seakan aurora kat Malaysia ni, memang menakjubkan!!!

O
Ni la dom aku,,,nampak bersih dan kemas,,,Dom aku lah paling cantik kat De Bana! ^^
Aku punye katil yang ada beg besar tuh belah kanan


Ada satu hari tu tak ingat tarikhnyer bila, kawan aku Adib terpaksa buat pengecualian sebab dia menghidap asma! Sebenarnya dia sedaya upaya menyembunyikan penyakitnya(sebab dia sayang PLKN) sampai satu hari dia kantoi! Beberapa hari dia tak masok kelas,,,then tiba-tiba dia masuk kelas dan berkata "boleh masuk kelas? sebab harini hari terakhir" kitaorang ingat dia main-main, pastu tengok muka dia memang serius dan mata merah macam sedih sangat,,,so cikgu pun panggil dia secara personal kat belakang cerita apa yang terjadi sebenarnya... Time perkongsian terbuka, dia pun ke depan dan menceritakan yang dia akan balik ke rumah,,,semua orang senyap dan sorang-sorang mengeluarkan air mata jantan,,,huhuu budak gangster ke taiko Bravo ke tetap mengeluarkan air mata sebab Adib is the best,,, dia lah selalu yang beri semangat, kira dia penguat semangat kitaorang! OK time makan, memang tak boleh blah,,,hahaha kat dewan makan ade gak beberapa orang tak dapat tahan nak nangis gak kat dewan makan! termasuk aku,,, serius memang tak tahan sebak dalam hati ni,,,buat malu je,,,hahaha dah kompeni-kompeni lain pelik dan tanya-tanya aku,,, da la tengah sedih tanya macam-macam soalan,,, hu~ pastu malamnya kitaorang diberi pinjam gitar oleh cikgu Burn untuk nyanyikan lagu khas untuk Adib & meluangkan masa terakhir sebab esok dia nak balik,,,banyak lagu kitaorang nyanyikan,,,hu~ touching
 
Ni la yang aku lemah semangat,,,huhuhu caj HP pun berebut,,tengok sampai sanggup menggadai nyawa,,,hu~ takut tengok banyak2


Tapi memang sangat sedih bila aku da nak balik kena Penangguhan! Bila aktiviti malam nyanyi lagu Bila Diri Disayangi - Ukays dan juga lagu tema De Bana,,,,,serius aku memang sebak tapi kali ni aku tak tunjuk pun sebab menyanyi kat dewan ramai-ramai,,, kawan-kawan aku yang dapat pergi matrikulasi pun sama,,, sebak di dada,,, lirik dia cukup memahamkan aku erti kekuatan persahabatan dan kerjasama! Perpisahan ada dimana-mana!



 Lan(dak cine) ambek gambo aku tengah tido,,,serius time ni aku penat giler sebab tu tido awal.
Hahaha klakar gak aku tido camtu

Pandangan dari Dom aku ke Dewan Makan,,,aku menganggarkan hampir 1km,,,huhuhu dak2 ni kate pegi makan balik lapar balik,,,hehehe(waktu pagi ni) hutan n bukit xnampak dilindungi kabus

Ni blok dom aku,,,Dom C

Ni ampaian sebelah dom,,,luas kan,,memang cukup kemudahan bahagian dom ni

Teka apa yang terjadi,,,? hehehe ni la baju baru lepas angkat sebab hujan ^^
Tapi lau tengah ada aktiviti,memang baju redha je lar ditimpa dek hujan~ huhuhu

PLKN pon ada jadual bertugas gak,,,jangat ingat kat sekolah je ade

Surau pun ok,,,cuma berpasir lau dak2 ney maen masok je, dan juga sangat tinggi suhu apabila waktu Zuhur~

Kat sane banyak sangat kumbang dan serangga yang pelik,berkilat hanya beberapa saja aku dapat ambek gamba.

Rama2 ni sungguh unik,,,kat mane2 lau jumpe binatang aku mesti ambek gambo!

Ulat tu aku rase dia akan transform jadi rama kuning tuh,,,huhuhu 
Yang monyet tu sangat la jinak,,, i like it!

 Ha peristiwa ni memang tak boleh blah! Ade ker time berbaris cermin mata ni boleh patah tibe2,,,?! Agak ajaib!
Da kat sane aku cam meraih simpati,,bengang sungguh. Aku memang tak boleh nampak ape pun semua kabur~
Kat sane memang memerlukan sangat spec,(nasib lagi seminggu nak balik). So terpakse aku soletep
Hahaha cam orang daif betol mintak simpati. Thanks kawan2 ^^

OK la rase sampai sini je pengalaman aku kat PLKN,,,ada lagi tapi dah lupe... Aku rase aku di PLKN telah mengubah diri aku banyak sangat,,,antaranya aku sangat mudah touching2 ney,,, -.-'
OK kat sane walau apapun terjadi jangan set kan dalam minda tensyen2 ni,,,  Disebalik keazaban dan kesengsaraan ada keseronokan dan kegembiraan! Ingat tuh!