- Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri
- Berdiri di atas satu kaki
- Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai
- Duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai
- Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri,rukuk dan sujud (menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka)
- Mengangkat pakaian(sarung/celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut"
- Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada
- Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.
- Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihram sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam. Ia perlu diam sejenak sebelum takbiratul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.
- Menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua
- Solat dalam keadaan hendak membuang air besar atau kecil kerana ia mengganggu khusyuk dalam solat
- Jangan bersolat ketika keadaan berlapar tegar apatah lagi ketika makan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,maksudnya: "Apabila diserukan solat Isya' sedang makan malam disiapkan, dahulukan makan sebelum solat kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap dan tidak terpengaruh"
- Menyilangkan jari kedua-dua tangan
- Mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi
- Menutup wajah dengan kain
- Memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk
Beberapa ulama salaf berkata: (tidak patut dilakukan ketika solat)
- Berpaling
- mengusap muka
- mempermainkan batu kerikil (di tempat solat)
- solat di tempat lalu lintas