Monday, July 25, 2011

Hepy Befday LaloLa

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahhh Alhamdulillah my Hedgehogs telah pun bersama aku selama 2 tahun!!! Dah dua tahun dah umur kau, ada lagi 3-5 tahun jangka hayat kau L♀la & Lal♂... harap lama lah sampai aku graduate,,,hehehe nak bagi hadiah apa erk...? OK lah,,, aku bagi mealworm je ea? Nak??? hehe mesti la nak kan.... Dah jadi atuk nenek dah korang ney,,,, aku sangat sayang mereka sebab dia lah hedgehog yang pertama aku,,, ada nilai, so aku takkan jual atau bagi kat sesape!!! 

Lal♂

Lal♂ dah sakit, kaki dah kudung sebelah kiri belakang gara gara anak yang tak mengenang budi -.-' nak tahu lebih lanjut bagaimana klik sini... dan bestnya dia lah jantan spesis Albino yang sukar didapati,,, ciri² yang buat aku sayang kat dia adalah pembersih, nak buang najis just kat satu tempat iaitu atas jaring, then takde pun nak pijak najis dia even jalan tak betul sebab kaki dah takde... senang nak cuci

L♀la

L♀la takyah cakap la,,, pengotor habis habisan, tensyen gak ngan nenek sorang ney! Nama je betina,,,tapi perangai tak sopan,,,hahaha even pengotor, dia lah yang paling jinak, dah tak reti nak bola kan badan sebab dia dah tak takut dengan orang ^^ senang dipegang...



OK la dia sopan bahagian makan,,, kalau makan sangat slow~ sambil duduk,,, lepas tu meniarap,,,,hahaha kalau berlumba makan dengan  Lal♂,  dah 3 ekor ulat, L♀la baru sekor ulat... tapi rasanya dia memang dah lemah sebab dah beranak 5 kali,,, kali yang kelima tak jadi mungkin antibodi lemah,,, sebab apabila umur dah menjangkau setahun, kadar bunting hedgehog turun secara mendadak! 


Disebabkan dia ni pelahap dan gelojoh masa makan,,, selalu tercekik,,,hehehe bukan salah aku,,,huhu rutin harian dia biasa lar, makan tido makan tido... tak timbang plak berat dia... nak pegang dia agak susah sebab duri dia lebih tajam berbanding L♀la ,,, nanti tangan macam kena gigit nyamuk, lebam sana sini,,, bayangkan dia bergenetik albino tetapi selama ni,, hanya sekor je dapat anak albino,,, tu pun bukan hasil sperma  Lal♂ , tapi hasil dari anak dia sendiri Lala si jantan mengawan dengan Lili si betina,,, nak tahu betapa besarnya susur galur dan sejarah LaloLa sehingga berjaya membentuk keluarga bahagia yang besar... klik sini kerana aku pasti anda seronok membacanya,,,hahaha harap harap lar... ^^



Selalu orang tertanya tanya kenapa hedgehog buat camtu? Teknik 'Pengurapan Sendiri' atau 'self annointing' adalah tingkah laku apabila dia berhadapan dengan bau yang baru, seperti benda yang wangi lar,,, lau aku pakai minyak wangi, dia akan bau then jilat tangan tu, then dia akan berkumur, kumpul buih putih dalam mulut,,, dan akan memusingkan badannya,,, agak sukar lau tengok dia nak buat camtu tapi dia tetap nak buat,,,hehehe akhir sekali dia akan keluarkan buih putih tu dan jilat kat duri dia... sampai sekarang pengkaji hedgehog tak pasti apa sebab dia buat camtu,,, tetapi ada yang mengatakan dia jadikan itu sebagai racun dan penguat untuk durinya untuk melindungi dari pemangsa! Tapi masih dalam kajian lagi.... misteri sangat lah hedgehog ni,,,hehehe

Lau da jadi durian, tak ingat dunia dah
1st time dapat anak

Hidup 2 ekor dari 4 ekor

Dah meniarap kepenatan selepas menyusu kan anak

Nak mandi

Berebutkan susu,,,huhuhu

Hadiah hari jadi ^^

Anak pertama ^^ 

Geram plak bila teringat time ney,,, cam nak buat kuih plak,,,hehehe 
Nak baca pengalaman aku masa 1st dapat anak? ehehe kat sini


Saturday, July 23, 2011

Bikin Gua Cuak

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya tak bape suke dengan subjek sem1 saya... 
  1. Kenegaraan Malaysia
  2. TITAS
  3. Hubungan Etnik
  4. Oral Interaction Skill


Tapi saya suka subjek ni....
  1. Sains Tanah Asas
  2. Pertanian dan Manusia
  3. Pertanian
  4. Persekitaran dan Sistem Makanan


Dan senior dah mula nak takutkan si junior ni,,, adoiiii
yang penting subjek tak sabar nak belajar 'Sains Lembu Pendek'

Hahaha tu la status yang aku tulis kat Facebook! Perhh memang buat aku malas lah kan belajar subjek benda alah atas tu,,, -.-' 


Nampaknya senior tu dah takut kan aku,,, ermmm ada jugak kata banyak assignment subjek sem 1 aku ni,,, adoiii malas lar subjek yang 4 pertama tu,,,hoho ini lah kehidupan di universiti... 


Wahaha tengok tu,,,, aku dapat bilik yang sempit,,, pasal kena buli nanti,,, InsyaAllah tak lah,,hehehe malas lah nak layan budak senior nanti,,,hahaha bilik sempit tu tak payah difikir sangat,,, asal aku dapat tidur nyenyak sudah,,, alhamdulillah...

Orintasi aku hanya berjalan 4 hari saja,,, hmmm mungkin best tapi pada aku,,, ada jugak tak bestnya,,, sebab 4 hari tu kena rush, just untuk terangkan segala bagai info pasal belajar nanti... so takde sangat nak main or enjoy,,, hmmm serius cam tak best,,, hahaha tapi lau orintasi seminggu, lain plak kau cakap Muezz -.-'
manusia... manusia...

Kepada sesiapa yang belum join group Universiti Putra Malaysia (UPM) Intake 2011, silalah join bagi budak yang sama nasib dengan aku,,,hehehe terima kasih pada senior senior yang banyak bagi info,,, serius baik hati gila nak tolong,,,, hahaha tanya je apa soalan,,, pasti mereka akan jawab,,,, insyaAllah...

OK abang dan kakak senior,,, saya sudah memuji anda,,, janji jangan kacau saya eh? hahaha



Friday, July 22, 2011

Explorace yang Kontroversi

بسم الله الرحمن الرحيم

Ingat lagi 27 Februari 2011 di mana Explorace PRD berlangsung ketika hening pagi... errr sebelum ni member ajak² aku cakap taknak! Adalah dalam dua minggu Saleh, Zai & Syahmi tak cukup sorang ahli,,, tanya orang semua taknak,,, last² minit aku tetiba setuju,,,*aku tak ingat camne boleh setuju* tapi aku cakap ngan dyowang aku ni mungkin tak membantu,,,hehehe

Syahmi - Zai - Muezz - Salleh

Rancang team aku nak pakai baju merah,,, dan ada satu lagi team pihak lawan aku, member aku gak,,, mungkin aku masuk sebab nak lawan dyowang kowt*tak ingat lah,,hahaha*
Sebelum pertandingan bermula, setiap kumpulan akan diberi reben, ada warna hijau,merah,biru *errr taak ingat lah* dan reben tu lah akan dapat tugas yang berbeza... Kumpulan aku dapat warna hijau... Then sebelum bermula, setiap kumpulan kena buat trademark masing²...adehhh tu yang malas,,, bagi 5 minit untuk bincang trademark,,, last² guna trademark macho,,,huhuhu kesat dahi tiga kali then sikat rambut guna tangan,,,hahaha


Apa yang kontroversinya explorace ni? hehehe OK bila bermula je pertandingan ni,,, terus ambik kad tugasan, tak silap ia tertulis kawasan hijau luas,,,err entah ek,,,,huhu tapi kat KMM ade dua kawasan camtu,,, satu di astaka dan satu lagi kat padang golf... yang kumpulan hijau semua salah faham pergi ke checkpoint salah....hahaha pastu orang penjaga checkpoint pun tak cakap salah... so ingat betul lah, macam yang dijangkakan...

Penat weyh!!!!

1st tugasan adalah si penjaga akan bisik satu ayat dan pemain akan menyampaikan dengan membisikkan ke telinga rakan mereka,,, dan aku lah orang 1st yang dapat informasi tu,,,, tengah penat² kena bisik plak,,, dan hampeh sampai orang kedua dah salah,,, padahal aku bisik ayat yang betul,,,hehehe kena denda cari gula² kat padang bola...hehehe then kena sapu tepung kat muka,,, macam ape dah...
2nd kena pergi dataran plak, tugasan kena cari reben yang sama macam kita punya reben iaitu warna hijau,,, hampeh betol warna kuning hampir cam hijau,,, yang geramnya reben orang senang jumpa, tapi reben sendiri susah giler!!! pastu kena menyanyi atau menari hindustan,,, benci!!! serius malu giler dan kelakar,,,hahaha
3rd kena pergi kafe B,,, hahaha ok la bab makan memang best tapi bayangkan kalau tengah penat tercungap cungap macammane nak makan,,, serius benci giler,,,hahaha makanan dia adalah biskut marie, timun, bawang, sos, limau kasturi errr ape lagi ek,,, aku just sempat makan biskut dan bawang,,, yang laen Salleh yang habiskan,,,hahhaa siyes macam nak muntah!!!
4th, 5th dan 6th malas nak cerita,,, kena pergi perpustakaan, HEP dan kuliah jawab teka teki,,, sejarah, carta organisasi dan teka teki.... bab teka teki aku senyap je,,, aku lemah bab ni...
7th kena pergi kelas tutor yang banyak tu,,, cari simbol.... ape ek lupa larh,,,hahaha ok la yang penting ada simbol orang senyum....hehehe ada 3 tigkat bangunan tu,,, so pandai² la kitaorang cari,,,
8th kena teka batu dalam air yang ade tulis PRD,,,haha Salleh hebat, tekaan sekali,,, alhamdulillah dan hadiahnya kita kena bawa biskut 5 keping jangan sampai rosak,,, perhhh dan terus ke penamat!!!

Sampai je....eh no bape ni,,, tettttttttt mana lagi satu chekpoint? dia ada 9 checkpoint sepatutnya,,, masa tu pengadil kata tak pe dahh kire halal sebab semue kumpulan reben hijau sama camtu,,,hahaha


Dah lama rehat,,, tetiba semua kumpulan reben hijau dipanggil untuk main semula,,, perhhh tak sanggup!!! Then apa lagi,,,terus berlari ke checkpoint pertama sepatutnya,,,hehehe giler jauh tempat dia!!!

OK finally group aku dapat no. 2... Alhamdulillah.... ok la tu,,,,

Sedikit pandangan aku pada ahli kumpulan.....
Salleh stamina aku dengan dia sama jerk,,, hahaha lemah! Dia banyak kali menyalahkan diri sendiri sebab dia lari lambat,,,sebab kitaorang kena tunggu ahli kumpulan cukup baru boleh melakukan tugasan... tapi dalam tugasan dia banyak membantu!!! Tahniah!
Syahmi plak penguat semangat! camne nak cakap ek.... kira dia kata,,, takpe kita satu pasukan, kalah menang tak kisah yang penting kita enjoy,,, bukan salah kau,,,
Zai ni kuat dari segi fizikal lar,,, lari laju... ok not bad,,,
Muezz plak...??? haha aku tak banyak membantu lar,,,, just sikit je,,,hahaha



Haaaaa ok sangat penat... ni dah rilekkkk dah abes,,,
Sumber gambar dari Adieya Ahmad

Thursday, July 21, 2011

Admin Sengal Tapi Enjoy

بسم الله الرحمن الرحيم

Tensyen gak kalau Page KMM Official dah jadi macam tak official,,,, suka main² kalau post sesuatu... hmm bagus la kan tak terlalu official tapi kadang² buat orang tensyen gak! Suka berteka teki,,, -.-' apa kata terus beritahu je kan apa yang info nak disampaikan... tu yang buat segelintir pelajar tak puas hati,,, hohoho

Salah seorang telah menyatakan ketidak puasan hati,,,hehe member aku sorang ni memang agak mudah naik angin...huhu







Hahaha banyak lagi sebenarnya,,,malas aku,,, huhu apa² pun admin, korang dah buat korang punya tugas,,, and u do it very well ok,,, i dont care but u still sengal,,,hahaha
Yelah bukan senang nak jadi admin official untuk semua pelajar KMM... apapun tahniah ^^
Aku tak kata pun korang salah,,, cuma jangan bagi kita orang fikir bukan² sudah...
Apapun admin telah berjaya membuat saya gelak apabila membaca post admin,,,hehehe

Pada yang terasa,,, maaf...

Tuesday, July 19, 2011

Haih Biawak... Biawak...

بسم الله الرحمن الرحيم

Biawak ni tadi hampir² membuat aku eksiden -.-' cuak tadi,,, elok² kau dah lintas,,, aku lalu yang kau patah balik buat apa?! haih nasib je tadi... disebabkan peristiwa tadi membuatkan aku nak research sikit tentang biawak ni la,,,hehehe 

Biawak dalam bahasa Inggeris adalah monitor lizard ok... Mempunyai 70 spesis (lebih kurang)... Kebanyakkan karnivor tetapi ada beberapa spesis biawak yang makan buah. Malaysia adalah salah satu penempatan biawak lagi² di Pulau Tioman dan Pahang. Biawak Savannah kebiasaannya dijadikan haiwan peliharaan kerana kosnya yang kecil dan saiznya berbanding  Nile monitorswhite throated monitorswater monitors, mangrove monitors, emerald tree monitorsblack tree monitorsacanthurus monitorsquince monitorscrocodile monitors dan komodo dragons. Spesis susah nak dijadikan pets sebab memerlukan tempat persembunyian, substrat yang sesuai, hidangan air yang besar untuk rendam kan seluruh badannya. Semulajadi, biawak makan apa saja, tetapi kalau dalam kurungan (pets) diet mereka adalah cengkerik dan ulat juga telur rebus... payah²... -.-'

Spesis biawak yang bertuah duduk di Malaysia adalah spesis Varanus salvator 

Asian Water Monitor kebanyakkan di Malaysia

Biawak Savannah popular dalam kalangan peminat biawak

Perentie sejenis biawak yang cantik coraknya...

Nile monitor seperti buaya

Biawak Emerald Pokok

Komodo Dragon adalah spesis biawak terbesar...

Komodo Dragon adalah spesis biawak paling bahaya sebab dia boleh memakan manusia... errr cara dia membunuh manusia dengan menggigit manusia tu,,,sejurus itu dia telah menyebarkan racun ke dalam badan manusia itu,,, dan akan membiarkan manusia itu lari kerana si biawak ini tahu budak itu tak dapat bertahan,,,hehehe dan jikalau kita bagi pilihan kat dia, daging busuk atau daging segar? Semestinya dia akan memilih daging busuk!

Inilah realitinya kehidupan seekor biawak ^^
Tetiba minat plak nak mengkaji haiwan ni,,,hehehe