Thursday, June 16, 2011

Tewas!

بسم الله الرحمن الرحيم

Geram!!! Aku tewas di tangan Suhaimi & Apiz! Main Bowling padahal aku dah berpengalaman...ececeh pengalaman la sangat,,, just pernah maen je,,,huhu apa2 pun enjoy lepak dengan dyowang... bertukar tukar cerita sampai tak tengok jam dah nak malam,,,haha kami masih di bawah jagaan lagi so parent kami tak kasi balik lewat! Yang penat sebab hari Ahad, jalan sibuk sikit,,, dah ke BP Mall then Carefour plak sebab cari barang tak jumpa -.-'... dan lagi menyedihkan nak jumpa member girl ex KMM pun dy takde daa,,, ntah cuti agaknya masa tu,,, dan sudah takde rezeki sebab air tebu ori yang Su bawak telah basi,,, Y.Y  salah aku gak sebab degil taknak ambik terus,,,tu lah malas punya pasal,,, takpe takde rezeki,,, redha,,, air tebu my favourite....huhuhu

Market ko Su,,,hahaha



Trio Sahabat Johor

Friday, June 10, 2011

Tetiba rindu~

بسم الله الرحمن الرحيم

Tetiba je rindu nak lepak sama² cam dulu,,, lepas tengok gamba dan video ney,,, huhu tak sangka aku telah berjaya menjadi seorang sahabat dan mempunyai sahabat jugak,,,huhu 


Bawah ney la ceritera geng C4,,,tapi C2, C3, C5 pun ikot selalu lepak,,, sebab..? entah tak tahu,,, sebelum ni aku pernah kata bilik aku mempunyai daya tarik tersendiri,,, banyak makanan, minuman, dan melayan orang macam gud2 jerk,,,hahaha dengan laptop tengok movie, maen game, koleksi kerepek dan kuih semua dilonggok kan kat bilik aku,,, mana tak ramai yang datang,,,hahaha


Bila dah selalu ramai orang lepak bilik kita, apa perasaannya? mesti rimas, tak private dan macam2 lagi,,, mungkin mengganggu nak study...? hahaha tapi rindu la plak situasi camtu,,, tak hapenning kalau korang takde,,,kehkehkeh


Almari keramat! Semua barang dan stok makanan letak kat sini sampai kadang2 sibuk, tak basuh pun,,,hahaha
Walaubagaimanapun, nampak kemas sikit gambar ney sebab almari ni baru beroperasi!


Mana tak kecah bilik aku,, lihat sahaja lah gambar di atas ney,,,, dua² bilik ney kira macam bercamtum daa... takpe kita terus contact kat group FB tu yek,,, boleh lepak sesama nanti,,,


Thursday, June 9, 2011

Nak kena Bersihkan...?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang dah mula nak bersihkan kawasan aku di rumah... apakah? Yup kawasan haiwan² aku,,, bukan bilik aku...huhuhu mak aku suruh buang semua akuarium² dan sangkar² landak termasuk landaknya sekali,,, errr mana boleh! 
Sangkar Landak aku... bawah tu aku wat sendiri taw,,,huhu

Sebelum ney kalau aku takde kat rumah memang nampak bersepah r,,,huhuhu nenek aku kalau datang rumah akan membebel kat aku,,,hahahha nak buat camne,,,


Akuarium aku....terbiar

Nak bagi orang sangat tak boleh sebab sangat sayang sebab ada nilai sentimental,,,hahahha kenangan kowt usaha aku selama ney....






Haaa rindu kat ikan² ney,,, bukan senang nak buat & hias camni,,, tapi sekarang aku dah tinggalkan benda ni sebab dia memang kena jaga means aku kena ada kat rumah,,,huhuhu kena jaga oksigen, karbon dioksida, baja pokok,,, dan I thinks i must say Goodbye~

Wednesday, June 1, 2011

Ada Apa Dengan Jepun & Korea?

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang tak dinafikan lah drama2 Korea & Jepun sekarang digilai ramai rakyat Malaysia,,, errr bak kata Hattan benda tu semua musim jerk,,, macam cerita Indon sewaktu ketika dahulu,, ermmm citer Bawang Merah Bawang Putih tak silap aku,,, lepas tu melarat r citer2 indon seterusnya... aku memang tak suka kowt citer2 camni,,,huhuhu anti sangat! hahaha Sekarang berlambak citer2 sebegini, kat Astro semua nak Indon,,, -.-' OK disini saya hanya mengatakan tidak minat bukan saya mengutuk orang yang menonton cerita sebegitu...

OK berbalik pada Korea & Jepun... Ni pun satu, aku pun anti gila citer camni...hahaha serius r,,, aku tengok kebanyakkan cerita dia lebih kepada untuk menarik perhatian kepada pelakon2 dyowang,,, haaa kalau aku tanya, apsal korang minat sangat menonton drama Korea / Jepun? Pasti ramai yang jawab sebab pelakon dia hensem2, comel lar,,, rata2 tu lah jawapan dia,,,huhuhu OK rilex dulu,,, jangan terus mengecam aku,,, baca sampai habis apa aku nak tulis ni,,,hahahaha

Tapi betol tak,,,? hahaha aku nak citer sikit la kan... aku pun sebenarnya dah terpengaruh sikit dengan Jepun dan Korea ney,,,hahaha cop! Biar aku habis tulis dulu...
Aku start terpengaruh dengan drama ni apabila aku di matrikulasi,,,


1st adalah cerita Kamen Rider... kehkehkeh gila la kan,,, sanggup tengok citer ney habis habisan dah tak kesah da apa orang nak kata! Banyak koleksi beb Kiva, Kabuto, OOO, Decade, W dan lain2 lagi!
Satu hari, aku dimalukan oleh si M***, geram beb! Aku tengah tengok video Kamen Rider dalam handset kat Kafe tetibe dia datang, perli aku,,, dah tu aku  backup la diri ini,,hahaha pastu dia boleh heboh camni,,,

"Weyh, korang tengok Muezz ney cam budak kecik tengok Kamen Rider,, dah macam apa dah,!"

Bengang giler aku ngan dak tuh! ntah apa lagi dia cakap masa tu,,, semua tengok aku,,,hahaha aku buat selamba dek jek berlakon berbual dengan Tajul...

Favourite Kamen Rider aku adalah Kamen Rider Kiva ^^ Tapi benda ni berlaku sebab musim,,, bukan aku sorang jerk tapi ramai giler,,,bukan nak kata ape lar,,, budak surau pun sama,,kehkehkeh jap2 Henshin! hahaha perkataan keramat bagi Kamen Rider! Dah tu kitaorang akan bergaduh Kamen Rider mana yang paling hebat! hahaha macam budak kecik pun ada...heeee

Aku minat citer ney sebab orang Jepun ni sangat kreatif kan,,, bayangkan negara mereka lebih maju dari kita sedangkan negara kita hebat dengan cerita tahyul mahyul yang hanya memundurkan pemikiran masyarakat kita,,,sedangkan cerita mereka sudah menjauhi langkau teknologi sains moden. Rakyat kita sibuk dengan gosip dan konspirasi dunia sedangkan negara mereka sibuk dengan penciptaan inovasi sains dan pembangunan. Pelik kenapa aku berkata begini tentang cerita Kamen Rider ney? Banyak terbukti dalam Kamen Rider Kabuto, siapa yang tak tengok citer ney tapi inginkan bukti, tengok dalam web I Luv Islam,,, klik sini kalau tak percaya...


2nd cerita Witch Yoo Hee (Korea)... ok cerita ni berkenaan cintan2 lar,,, not bad dan ini 1st time aku tengok citer camni,,,hahaha ni semua disebabkan Jazz merangkap roomate aku yang pengaruh,,,hahaha tak banyak aku nak ungkapkan cerita ni tapi idea cerita dia sangat fresh dan tak seperti drama2 lain... Permulaan cerita memang kelakar giler tapi dah pertengahan sudah mula nak sedih2... Aku suka tengok sebab banyak scene memasak cara profesional,,,! hahaha tapi aku tak suka memasak. Mak aku tengok cerita ni pun kata "Apalah pelakon lelaki semua muka comel macam perempuan,,,bukan macho pun,,, camni budak2 pompuan suka zaman sekarang?" aku no comment~ Haaa tapi aku sangat minat kat Han Ga Inn ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥  memang betul lah aku tengok cerita korea sebab pelakon,,,hahaha


3rd cerita Galileo,,, ok sekarang cerita ni sangat aku suka!!! Galileo the Genius Of Physic !serius lar cerita yang camni lar yang aku carik selama ini... cerita dia berkisah kan tentang penyiasatan,,, stylo giler citer dia ney! menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep Fizik! walaupun aku tak minat Fizik, tapi cara dia menyelesaikan kes sangat buat aku teruja kes ape lah lepas ney sebab kes dia bukan calang2 dan semua orang fikir tak masuk akal,,, tapi dia akan membuktikan kes itu semua dengan eksperimen Fizik,,,hahaha aku syorkan korang tengoklah citer ney,,, membina sikit otak,,,hahaha





*Aku lebih prefer cerita Jepun daripada Korea,,, ^^

*Cerita camni gak tak banyak scene2 budak bawah umur, tak macam cerita orang Barat, dan Malaysia juga ingin mencuba2 sejak menjak ni yek,,, -.-'


*Betul kata pensyarah English kat KMM pemikiran rakyat Malaysia sama jerk,,, sudah terbukti dan kami sekelas yang buktikan,,,hahaha tak boleh beritahu nanti korang tak terkena,,,hehehe

*Mamat Khalid pernah cakap, "Sekarang saya sudah tahu pemikiran rakyat Malaysia yang suka tengok cerita yang berkonsepkan seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah, saya akan teruskan buat filem macam ni lagi seperti yang penonton inginkan" haa anda lihat dan berfikir lah,,, aku pun rakyat Malaysia dan penonton itu,,,huhuhu


*Saya sebagai rakyat Malaysia, marilah kita cuba memajukan diri ini,,,tolonglah remaja2 di luar sana... Kita ni bakal pemimpin, pemimpin tak semestinya hanya sebagai Perdana Menteri, tetapi sebagai khalifah di muka bumi ini yang dilantik oleh Tuhan kita iaitu Allah.


*Jangan nak anti sangat kepada sesuatu perkara kerana nanti anda akan suka,,, aku dah banyak kali kena dah,,,hehehe


*Sekali lagi aku menegaskan, tak salah anda menonton cerita sebegitu untuk hiburan, sebab jiwa kita sama jiwa remaja, tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu memajukan diri kita dari segi agama terutama dan seterusnya dalam kehidupan,,, bukan untuk sesape tapi untuk diri sendiri... ;-)

Hahaha ok aku nak sambung tengok citer Galileo ney,,, ngehngehngeh 

Tuesday, May 31, 2011

Ber Sentimental Bersama Iguana

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk yang pelik kan? hahaha bukan apa,, aku ada group Pecinta Haiwan Iguana kat facebook... semua join mestilah ada Iguana kan tapi aku takde,,,hohoho semua share2 pasal Iguana masing2,,, selama ni bila ada post and comment, aku just tengok je... sampai satu hari, admin group tu tanya :

Ramai lagi yang komen tapi aku khusus kan perbualan ini sahaja hehehe

Hahaha sedih kowt... dan aku nak citer sikit secara ringkas tentang Iguana aku,,, wuwuwuwu
Bapak aku belikan 2 ekor Iguana masa hadiah birthday aku masa form 5... sebab sebelum ni aku memang nak sangat bela IGUANA!!! aku search2 kat internet pasal iguana dan Alhamdulillah bapak aku belikan gak,,,hehehe excited giler time tu!!! Iguana adalah haiwan reptilia yang sangat unik dan eksoktik dan Iguana lah haiwan yang termurah jika nak dibandingkan dengan haiwan eksoktik yang lain,, dah tu boleh besar sehingga 2 kaki! Sape tak teruja ditambah lagi boleh ajak tidur, boleh biar kat rumah, bawak jalan2 letak kat bahu je dan macam2 lagi sifat dia!

Tapi tu semua tinggal kenangan~ hmmm kalau tak sekarang dia dah 2 tahun umur dia,,, T.T ni kisah2 aku bersama Iguana aku... huhuhu

  • Aku buat sangkar khas untuk dyowang! Klik sini
  • Tiko a.k.a. Iggy melarikan diri -.-' Klik sini
  • Video mereka makan ;-) Klik sini
  • Video aku membelai Gecko sampai terlelap ^^ Klik sini

Start aku nak pi sambung belajar kat Matrix,,, bermula lah kisah duka aku,,, huhuhu aku terpaksa bagi Gecko kat kawan aku sebab dia volunteer nak jaga,,, sekali sekala aku melawat dia kalau balik rumah... tapi tiba2 satu hari tu,,, dia dapat melarikan diri! errr sedih kowt,,, dah la dia tak bagi tahu aku langsung,,, agak terkilan r,,, dah lama hilang,,, aku tanya baru nak beritahu... tapi aku tak salahkan dia pun,,, tak suka tuding jari,,, dah takde rezeki kan.... mase tu saiz dia dah besar dahhhh,,, sebab tu aku terkilan,,, menangis lagi sekali Y.Y


Zaman muda2 dulu,,,,,

Saiz sekecik ni jerk

wahhh rindu lar nak bagi dia makan kangkong!!!!

Last aku melawat dia,,,dah besar gini da... tapi waktu dia hilang lagi besar dari ney,,,, :-(

Tengok kalau dia dah besar nanti....

Spesis warna camni susah sikit nak dapat

Haa besar kan,,,sangat teruja dan impian ini sudah terkubur~

Aku sangat ingin jadi macam dia!!! Excited ney!