Tuesday, September 14, 2010

Sejarah Keluarga LaloLa

بسم الله الرحمن الرحيم

 Hari ni Kola selamaat diijabkabul dengan jumlah RM100....Sebenarnya aku memang tak rancang pun nak jual...sebab dia lah satu satunya anak hedgie jenis Albino...dia juga sangat comel berbanding atuk dia yang albino kerana muka dia ikut macam mak dia,,,Lili! 

Ceritanya begini...Bayep sepupu aku tolong aku jual hedgehog ney sebab 'orang rumah' dah tak sanggup nak jaga sebab dah banyak sangat kat rumah... Kat rumah ada.......8 ekor hedgehog, (3 jantan dan 5 betina)

Berasal dari pasangan Lalo&Lola, mempunyai anak 4 ekor dan hanya 2 ekor yang hidup iaitu Geela&Veela (25 Julai 2009). Mereka telah dibesarkan dengan kasih sayang oleh Lola,sentiasa menyusukan anak,melindungi anak dan membelai mereka sehinggakan kadang2 aku ternampak Lola sangat penat menjaga anaknya....Sungguh bertanggungjawab dan komitmen haiwan ini menjaga anaknya...

Hari berganti hari mereka telah membesar dengan matangnya yang berjiwa remaja! Dua ekor anak ini telah diberikan kepada rakan dan sepupu aku iaitu Nazihah dan Bayep...Mereka dipisahkan kerana belajar berdikari untuk hidup bersama tuan lain dan tanpa ibunya. Beberapa bulan selepas itu, Geela telah melarikan diri akibat sifat keinginan nya ingin tahu tentang dunia luar membuak.Tidak dapat dikesan... Veela pula masih tidak bersedia untuk mendapat anak sehinggakan apabila sehari selepas melahirkan anak,dia memakan semua anak-anaknya.....
Lalo&Lola tidak mengetahui hal ini kerana aku tidak ingin mereka bersedih dan menyumpah anak-anak mereka...

Selepas 6 bulan Lalo&Lola bahagia bersama,,,mereka mendapat 3 ekor lagi 'duri mata' (cahaya mata) pada 15 Januari 2010. Anak mereka kali ini seperti tidak sihat seperti sebelum ini kerana saiznya yang lebih kecil dan akhirnya Lola mengambil keputusan untuk memakan seekor anaknya... Jadi yang hidup hanya dua ekor, Lala&Lili. Setelah mereka cukup matang, Lala&Lili mengambil keputusan untuk mendapatkan anak,akhirnya mereka berjaya mendapatkan anak hasil 'pengawanan' (perkahwinan) mereka pada 1 Jun 2010.

Sebanyak tiga ekor (Kala-Kola-Kula) yang mempunyai satu jenis albino iaitu Kola. Lili pada mulanya tidak tahu menahu tentang penjagaan anak, kerana tiada pengalaman...Lili menjadi kelam kabut dengan asyik membawa anak2 ke sana sini tak tentu hala~ Bulan berganti bulan anak2 Lili berjaya membesar. Pada suatu hari,,,Kula jatuh sakit akibat tidak cukup antibodi kerana kurang menyusu akibat Lili tidak mampu memberi sebanyak 3 ekor anak sekaligus! Sungguh tragis apabila Kula selalu  berseorangan beberapa hari sebelum mati.Dia hanya termenung memandang keluar dari sudut kotak rumahnya. Sesekali aku menyapa tidak dilayan. Akhirnya Kula menghembukan nafas terakhir pada 30 Julai 2010 jam 2.30 petang. Lili merasa sesal yang amat kerana tidak mampu bertindak!
Kala dan Kola berjaya meneruskan hidup disamping ibunya... Pada suatu hari ada seorang lelaki dari Johor Bahru mahu membeli Kola...

Di samping itu, selepas seminggu Lili melahirkan anak,emak Lili iaitu Lola pun melahirkan anak sebanyak tiga ekor iaitu Milo-Mulo-Molo yang mempunyai saiz variasi besar-sederhana-kecil,,,Berdasarkan pengalaman, Lola terpaksa memakan anak dia yang bersaiz sederhana (Molo) mengikut kepercayaan spesis Hedgehog. Akhirnya mereka berjaya membesar dengan kasih sayang Lola yang tiada tolok bandingan sehingga kan Mulo yang sangat tidak bersyukur melarikan diri akibat hasutan nafsu yang meningkat apabila melihat dunia luar sungguh luas tanpa diketahui bahawa sangat bahaya sebenarnya di luar itu... Lola merasai kesedihan anaknya itu hilang....

Kronologi
25/02/2009 - Lalo&Lola dilahirkan (dianggarkan)
05/07/2009 - Lalo&Lola dibeli oleh aku a.k.a Muezz
25/07/2009 - Lola melahirkan anak ( LaloLa I ) Geela&Veela
15/01/2010 - Lola melahirkan anak ( LaloLa II ) Lala&Lili
21/05/2010 - Lola melahirkan anak ( LaloLa III ) Milo-Mulo-Molo
01/06/2010 - Lili melahirkan anak ( LaliLa I ) Kala-Kola-Kula
06/06/2011 - Milo melahirkan anak (Milo&Kala) 3 ekor (semua mati)
17/06/2011 - Lola melahirkan anak (Lalo&Kala) 3 ekor (semua mati)
26-07-2011 - Lola melahirkan anak (LaloLa) Chiki-Miki-Niki

Kesimpulan
Lalo&Lola ada 13 ekor anak dan 6 ekor cucu... Semoga keluarga LaloLa bahagia....Harap anak2 dan cucu2 menjaga emak dan atuknenek mereka sebab mereka sudah tua....Umur semakin pendek...


P/S : Hahahahah tak boleh belah lah entry kali ni,,,,,,,hahahaha penulisan di atas terpaksa aku menahan segala tulisan berbentuk ketawa,senyum dan sebagainya untuk menunjukkan bahawa ianya sejarah fakta. Gelak r aku baca entry kali ney,,,,^^ hahahahahaha Anyway dalam susur galur atas ni ada yang inbreeding, memang tak elok... Masa ni aku masih tak tahu lagi benda-benda camni... huhu so jangan ikut eh



Ular Sawassssss~

بسم الله الرحمن الرحيم
 Tibe2 je minat aku tersangkut plak kat ular ney,,,tapi jenis python/sawa je...hehehe sebelum ni memang tak minat langsung bela ular ney...hahaha ni sebab tengok kat mudah.my la ney!Lagipun reptilia ni mudah jaga tak macam mamalia yang taik dia tak boleh belah,,,!

Sepupu sepapat,makcik2,ibu2 dah warning da, lau aku bela ular memang tak jejak ke rumah aku,,,huhuuhu....rilek r everyone...its very tame la...they not like as lion or tiger...hehehe

Tapi penghalang aku macam biase r...harga saje mencecah ribuan...hmmmm Tapi aku suke sangat!!!! Sepupu aku sampai berkata "Eh orang Islam tak boleh bela ular,,,dalam Hadith kan ada cakap,,," dengan muka serius sebab tak kasi bela,,,hahaha Actually takdepun,,,hadith tak sahih,,,hehehe
Cantik kan warne dia....





1st time aku jumpa ular ney kat Zoo Johor,,,masa tu tak berani lagi nak pegang....kalau la tahu...mesti dah bergambar dengan si ular tu,,,hahaha rugi2!

Monday, July 26, 2010

Masih ingat lagi.....

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....dah lame rasenya tak berblogging,,,hehehe ape2 pn ak rase sungguh bz lepas sambung blajar ney,,,hu~ agak penat... Ak masih ingat lagi sebelum aku pergi PLKN, Ummi aku tidak dapat pergi melihat aku di stesen bas,,,amat sedih,,,time nak pergi, tiba2 je dia rase nak pitam,,,so dia tak dapat nak ikot,,,agk sedih apabila aku bertolak dari stesen bas dengan menaiki bas PLKN,,,orang lain semua babai kat family dyowg,,,wuwuwu

Lagi sekali kisah ketika aku nak pergi Matrikulasi Melaka esoknya, adikku yang bongsu kena masuk hospital akibat jantung kuman hu~ lagi sekali.... dah Ummi kate tak boleh ikut esok nak hantar aku,,,sungguh sedih~ tapi Alhamdulillah Allah menolong aku,,,makcik aku Mokde tolong untuk jage adik aku di hospital,,,Alhamdulillah.... Kerana kes ini, majlis hari ibubapa dibatalkan even adik aku takde la terok sangat,,, walaupun xterok tapi aku tengok adik aku main2 tetap ada rasa kesian sangat2 kat dia,,, bayangkan doktor masokkan tiub ke dalam hidung untuk sedut kahak,,,errr sakit!!!! menangis dia meronta2,,,aku sangat paham kesakitan yang dia rase....Alhamdulillah kini sudah sembuh....

Friday, July 23, 2010

Muslims warned against 'devilish' Man Utd jersey

A vendor holds up a Manchester United jersey at a shop in Kuala Lumpur. Malaysian clerics have warned that Muslims must not wear the famous Manchester United jersey because of the "devil" emblem on its team crest.
KUALA LUMPUR (AFP) - – Muslims must not wear the famous Manchester United red jersey because of the "devil" emblem on its team crest, Malaysian clerics said Wednesday.
Manchester United and the rest of the English Premier League are massively popular in Muslim-majority Malaysia and the rest of the Asian region, but conservative religious scholars said the jersey is un-Islamic.
Also off limits are the shirts of teams including Brazil, Portugal, Barcelona, Serbia and Norway, all of which carry images of the cross on their team emblems.
"This is very dangerous. As a Muslim, we should not worship the symbols of other religions or the devils," Nooh Gadot, a top Islamic cleric from the southern Johor state, told AFP.
"It will erode our belief in Islam. There is no reason why we as Muslims should wear such jerseys, either for sports or fashion reasons," said Nooh, an advisor to the Johor religious council.
"Even if it (the jersey) is a gift, we should decline it. It is even more sinful when people realise this is wrong and still buy these jerseys to wear," he added.
Nooh said there was no "fatwa", or religious edict, against the shirts but that one was not needed when it was clearly wrong for Muslims to don such a garment.
"These Muslims should repent, repent immediately," he said.
Another leading cleric, Harussani Zakaria, a cleric from northern Perak state, agreed that devils should be shunned, not celebrated.
"Yes of course in Islam we don't allow people to wear this sort of thing," he told AFP. "Devils are our enemies, why would you put their picture on you and wear it? You are only promoting the devil."
Malaysia is a generally moderate Islamic country, but conservative clerics have issued controversial edicts in the past including a ban on the ancient practice of yoga, which is criticised for including Hindu religious elements.

PS: I know this is hard to people that are fanatic with MU,,,my brother too... So, renung2 kan lah...
Source : Yahoo!

Thursday, July 22, 2010

Tolonglah jage Bumi kite....

بسم الله الرحمن الرحيم

Tolonglah jaga bumi kite ney,,,tu je la yang  mampu aku bersuara,,,,hehehe Taadi aku baca paper,,,terkejut aku Terumbu karang kat Malaysia akan mati....pehhh mane boleh jadi ney,,,Fenomena pemanasan global dikatakan semakin meluas hampir mencapai 90% terumbu karang tertekan dan akan mati....12 pulau di 3 negeri telah ditutup sementara,,,hmmm baru rancang nak g melancong,,,ececeh hyahaha... Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Abdul Jamal Mydin berkata "Ini adalah kali kedua berlaku kelunturan karang dan ia lebih teruk  berbanding kes pertama kali semasa fenomena El-Nino pada 1998....." So, sudah tiba masa Malaysia dan negara serantau mengambil langkah segera mengurangkan penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) bagi membendung masalah kelunturan batu karang semakin kritikal. Langkah ini jugak dapat mengurangkan pemanasan global.....

Info sedikit tentang.......

Pemanasan Global
  • Peningkatan suhu bumi akibat pelepasan gas rumah hijau (karbon dioksida)
  • Protokol Kyoto (1997) dirangka bertujuan menyelaraskan tindakan global baik negara atau syarikat multinasional untuk mengurangkan peningkatan suhu bumi.
  • Ketika ini, kepekatan gas karbon dioksida di atmosfera dianggarkan 370 ppm (bahagian per sejuta) berbanding 280 ppm pada pertengahan abad ke-19. Ia dijangka teruss meningkat kepada 550 ppm pada 2050 jika tiada tindakan drastik dilakukan.


Kelunturan Karang

  • Terbentuk akibat tekanan dalam terumbu karang yang melibatkan kegagalan hubungan simbiotik di antara karang dan alga unisel atau dikenali zooxanthellae.
  • Gejala kelunturan termasuk kehilangan warna secara beransur ansur apabila  zooxanthellae keluar dari tisu karang sehingga menyebabkan tulang karang berwarna putih.
  • Faktor tekanan akibat peningkatan suhu laut, keamatan cahaya yang tinggi, tahap kemasinan yang rendah dan bahan pencemar juga boleh memburukkan lagi kelunturan karang
  • Jika tekanan terlalu banyak atau terlalu lama, karang boleh mati.
Sumber : Kosmo


Antara pulau yang ditutup :

Pulau Payar (Pulau Pinang)


Pulau Lima (Terengganu)


Pulau Redang (Terengganu)
 

Pulau Tenggol (Terengganu)


Pulau Perhentian Besar (Terengganu)


 Pulau Rengis (Pahang)


Pulau Soyak (Pahang)

Pulau Tioman (Johor)