Wednesday, November 9, 2011

Fed up Dengan Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuba perhatikan dunia kita ni? errr cukup la, aku rasa loya dan macam tak sanggup nak hidup kat dunia ni... Apa² pun diingatkan bahawa jangan lah bunuh diri atau mintak nyawa dicabut walaupun dengan cara berdoa kepada Allah. Allah dah bagi nyawa, ia satu anugerah yang tak terhingga, tak bermakna kita putus asa di dunia, nak lepas dengan mudah je...

Berkenaan dengan aku, entah lah, rasa macam........ aku sangat² fedup dengan dunia sekarang ni. Kenapa aku kata begitu? Mesti lah ada sebab. Entahlah... ok la abaikan perkara ini.

Oh ye, lagi satu, berkenaan dengan politik? Apa khabar politik di Malaysia? tak mahu tengok negara orang lain, tengok negara sendiri lah... sihat ke tak? hmmm politik juga salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w., oleh itu jangan mencela politik. Tiada politik, siapa nak tadbir negara? Orang luar sana jangan mudah berkata². 

Cuma yang tak betulnya, politik di Malaysia kotor, bukan Malaysia tetapi di seluruh dunia! Kenapa? Sebab DEMOKRASI. Hmmm bila aku kata demokrasi tak patut ada, pasti yang amat, orang luar, rakan serta hubungan kekeluargaan pun akan takut dengan kenyataan aku. Pasti sangat. Anda² sekalian tak nampak ke? Apa yang demokrasi dah buat? Hmm memang patut korang tak nampak, kalau nampak, sah sah la benda tu akan ditentang. Benda macam ni kena disorok baru lah orang boleh terima.

Disebabkan nak menang dalam undian,,,, 

Pertama mestilah kena ada pengaruh. 
Kedua, propaganda mesti ada untuk menarik pengundi.
Ketiga, pelbagai cara boleh dilakukan "Matlamat menghalalkan Cara"
Keempat, sokongan daripada orang yang pelbagai ilmu, dari lurus bendul sehingga cerdik pandai.
Kelima, sudah tentu keputusan demokrasi bukan kerana kebenaran tetapi kerana pengaruh.
Keenam, disebabkan ada dua atau lebih parti, pertelingkahan berlaku.
Ketujuh, mengata dan kutuk sana sini berleluasa.
Kelapan, mula menggunakan ayat al-Quran untuk menunjukkan diri betul sedangkan tidak lengkap ayat seterusnya.
Kesembilan, fanatik berleluasa sehingga apa pun dia pertahankan.
Kesepuluh, pertelingkahan yang takkan selesai. Percaya lah...

Taknak  tulis lebih², nanti orang kata aku bajet....hmmm anda semua boleh fikir... Sebab tu cara sistem khilafah adalah cara paling terbaik di dunia. Ada sesiapa nak cakap aku ni kena ikut peredaran zaman tak? Ok kalau ada, silakan kerana itu pandangan anda. Tetapi nak diingatkan bahawa kesemua empat mazhab mewajibkan sistem khilafah. Akhir zaman nanti sistem khilafah tertegak kembali. Itu bermakna apa ek? Maksudnya, memang itulah yang Allah mahukan. Wajib!

Sistem khilafah ni ada satu majlis yang dinamakan Majlis Syura yang berfungsi untuk memilih pemimpin. Ahli Majlis Syura ini terdiri daripada golongan bijak pandai, alim ulama, dan mereka² ini dipilih oleh rakyat... Diingat kan bahawa Majlis Syura bukan kerajaan, tetapi tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin. Kita dapat lihat di sini untuk mendapatkan kerajaan yang bodoh sangat amat tipis! Orang bijak yang memilih bukan ikut majoriti.

Kalau macamtu, apa kita nak buat? Kita takde kuasa. Sah sah la kalau kita cakap kat luar benda ni kena tangkap dicop ajaran sesat. Sebab pemikiran kita semua dah dijajah, orang takkan terima. Gembira la anda wahai pengikut² syaitan kerana berjaya membuatkan keturunan Adam berfikiran begitu...

Disini aku cuma nak sampaikan bahawa sistem khilafah patut ditegakkan. Dengan cara bagaimana? Dengan cara pembentukan diri seseorang dahulu, ikut perintah Allah dan Rasul yang terkandung dalam al-Quran, Sunnah serta Hadith. Bila dah buat begitu, sampaikan pula kepada orang lain untuk besarkan dan ramaikan umat Islam yang sebenar benarnya. Akhir sekali baru lah besarkan tempat Allah di dunia ini. Ingatlah dunia ini Allah yang cipta untuk kita, dia suruh tegakkan Islam di seluruh dunia. Lagi sekali saya ingatkan bahawa Allah menciptakan dunia, oleh itu Islam itu perlu tertegak di seluruh dunia kerana dunia ini milik Allah,,,

Politik diatas saya tujukan kepada semua parti politik, tiada pihak mana² parti... Hehehe thanks kerana membaca.... Apa² pun jom kita muhasabah diri...

Wassalam....

3 comments:

Nora Al-Tav said...

emosi betul....pe2 pun....saya sokong!!!

Syuhada said...

kita nak ubah cara pemerintahan, kita takde kuasa.

kita nak tegur pemimpin, pun kita belum tentu dapat sampaikan teguran tu kat pemimpin.

ape kita boleh buat? doa kat Allah, semoga kita semua diberi petunjuk. jangan sampai Allah lupa kat kita semua. doakan pemimpin kita buat keputusan ikut iman, bukan nafsu.

ameen.

p/s: memang nampak mustahil di mata kita, tapi tak mustahil kalau Allah nak tolong. hehe. :)

muezz@blaz said...

@nora : Aah teremosi plak,,,huhu

@k.syuhada : yup, kte xde kuase,,, sbb tu sediakn diri dlu sblm ape2 blaku,,sblum mati,,, nnt Allah akn tnye ape kte wat kt dunia utk tegakkan Islam,,,huhu ape2 pun Allah mmg xtgok result, tp tgok usaha kte ada x me arah menegakkan Islam,,,
sbb result tu Allah yg bagi...