Sunday, November 20, 2011

Happy Birthday Amer!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Semue nak purple kan, air kotak pun purple,,,haha

Selamat Hari Lahir Muhammad Amir Abdullah hehehe nak berahsia konon tarikh,,, hahaha
Semoga panjang umur dipenuhi keimanan dan murah rezeki dengan keberkatanNya...
Semoga kau dapat capai apa yang diimpikan serta mendapat jodoh yang kau idamkan selama ini,,,haha InsyaAllah, aku doakan yang terbaik untuk sahabat aku sorang ney,,,hehe ^^

Rasa terhutang budi plak sebab kau teman aku masa ni,,,haha

Masa befday kau kali pertama kat KMM, aku tak sambut pun kan, haha sebab masa tu kan ada kursus Ketua Praktikum yang merepek tu,,,hahaha hmmm rasa macam nak pergi je Unikl pergi serang kau ke prank ke, mesti best dan terbalas dendam aku kat kau, hahaha

Dan disebabkan kau lah aku comot ;p

Bau kek sampai ke esok walau dah basuh muka dengan pencuci muka


Pastu sebab kau jugak kowt aku kena teruk camni, bau busuk!!! Ye lah sape lagi yang tahu....huhu



Friday, November 18, 2011

Ermmm Ferret?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum tu, maafkan aku sebab cakap itu ini, cakap punya la gebang, hahaha last² tak jadi,,,,huhu mengenai post sebelum ni, aku dah confirm kan nak adopt sepasang Bearded Dragon,,,hehe tapi kan................... haha okeyh disebabkan melihat terlalu banyak barang yang perlu diambil kira, aku terpaksa membatalkan gara² ikut akal fikiran, jangan nafsu,,,,hehe sebab :
  1. Banyak barang perlu dibeli
  2. Nampak serabut
  3. Bila nak balik rumah, angkut semua barang. Apa kes?

Haaa itu sangat merumitkan bagi pelajar seperti aku ni lah... Ermmm sekarang try tengok yang ni plak...


Amacam? Comel tak? hehehe apa ciri² yang ada pada dia? Sebenarnya dia ni pun dalam wishlist aku... Dah lama pendam, tapi disebabkan kekangan keluarga... huhu Nama binatang ni ialah Ferret, berasal dari keluarga musang atau cerpelai dan Weasel. Tapi rupa dia ada sikit macam memerang. Cara bela dia lebih kurang macam kucing atau anjing. Tapi mestilah banyak kelainan serta unik! ^^

Ferret ni tak boleh biar dia main dengan budak kecik, kalau tak,,,,

Friday, November 11, 2011

Happy Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah... selepas aku tensyen², fed up dengan perangai orang sekeliling, sekarang aku kembali dengan hati yang ceria, tapi muka still yang sama, ahahaha

Thanks jugak la kat Muaz sebab walaupun komen kau pada mulanya menyakitkan hati! ia membuatkan aku tersenyum,,,,haha its very funny bila bergadoh komen dengan kau! 

Thanks kepada kepada Bad sebab calming down aku,,,huhu maaflah aku memang orang yang beremosi sebenarnya,,, sebab tu korang takkan pernah tengok aku bergadoh dengan orang sebab aku tak sanggup memalukan diri aku dengan emo aku tu,,, errrr harap sangat Ya Allah benda tu tak berlaku kat aku,,,

Dan yang lain² tu pun sama la eh,,, syukran! Takde sape tahu sebenarnya apa yang terjadi kat aku,,,haha

Actually sebenarnya hanya dengan mengingati Allah sahaja lah hati kita akan tenang,,, ingatlah Allah sentiasa, berzikir, kita manusia sekarang ni dengar lagu hiburan, hafal lagu sanggup sambil berjalan, waktu bosan tapi zikir? hmmm cuba ingat balik ada tak kita buat semalam? malam tadi? hmmmm muhasabah diri kita...

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia. 
(Ar-Ra'd 13:28)­ ­

Lepas ni aku rasa macam nak mengubah diri aku lebih baik dari sebelum ni... tapi sangat susah kerana perlu bertarung dengan hawa nafsu sendiri,,,, hu~~ jadikanlah aku orang yang beriman Ya Allah... sekarang mungkin aku orang kafir, mungkin juga orang fasik dan mungkin juga aku orang yang syirik...

Ya Allah...ampunkanlah hamba mu ini keran tunduk sangat ngan hawa nafsu, melebihi arahan nafsu dari arahan mu Ya Allah.... :(

Ketahuilah manusia sekarang banyak bertuhankan nafsu dan mensyirikkan Allah... >.<




Wednesday, November 9, 2011

Fed up Dengan Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuba perhatikan dunia kita ni? errr cukup la, aku rasa loya dan macam tak sanggup nak hidup kat dunia ni... Apa² pun diingatkan bahawa jangan lah bunuh diri atau mintak nyawa dicabut walaupun dengan cara berdoa kepada Allah. Allah dah bagi nyawa, ia satu anugerah yang tak terhingga, tak bermakna kita putus asa di dunia, nak lepas dengan mudah je...

Berkenaan dengan aku, entah lah, rasa macam........ aku sangat² fedup dengan dunia sekarang ni. Kenapa aku kata begitu? Mesti lah ada sebab. Entahlah... ok la abaikan perkara ini.

Oh ye, lagi satu, berkenaan dengan politik? Apa khabar politik di Malaysia? tak mahu tengok negara orang lain, tengok negara sendiri lah... sihat ke tak? hmmm politik juga salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w., oleh itu jangan mencela politik. Tiada politik, siapa nak tadbir negara? Orang luar sana jangan mudah berkata². 

Cuma yang tak betulnya, politik di Malaysia kotor, bukan Malaysia tetapi di seluruh dunia! Kenapa? Sebab DEMOKRASI. Hmmm bila aku kata demokrasi tak patut ada, pasti yang amat, orang luar, rakan serta hubungan kekeluargaan pun akan takut dengan kenyataan aku. Pasti sangat. Anda² sekalian tak nampak ke? Apa yang demokrasi dah buat? Hmm memang patut korang tak nampak, kalau nampak, sah sah la benda tu akan ditentang. Benda macam ni kena disorok baru lah orang boleh terima.

Disebabkan nak menang dalam undian,,,, 

Wednesday, November 2, 2011

Rindu kat Iguana

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru je lepas aku menggugurkan gelaran Iguana, sentimental tu datang ,,, adushhhh
Di sini aku mengingatkan bahawa aku tetap cintakan Iguanaseperti dulu, aku tetap eksited dengan Iguana, cita² aku tetap nak jadi penjinak IguanaT.T


Memang betul, sekarang musim post gamba Iguanamereka masing² yang kecik. Setiap bulan or bila² mereka akan update pasal Iguana mereka,,,huhu kekadang rasa macam.... hmmm hahaha aku ketawa ni