Sunday, December 20, 2015

Majlis Perkahwinan Insan Rapat

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah syukur majlis berjalan lancar. 19/12/2015 adalah hari walimatul urus Mohd Arif dan Siti Fatihah di Larkin Jaya, Johor Bharu. Gigih aku balik dari KL malam tu... Alhamdulillah semua dipermudahkan urusan.



Sebelum majlis bermula, pergi teman pengantin bersiap kat rumah sanggar... hehe kemain lama ber make up pengantin kita ni... hehe jurusolek tu tekun sangat! 

Tapi apa yang aku nak sampaikan adalah rasa terharu sebab geng sehobi turut
serta memeriahkan raja sehari kita ni. Ada yang dari Terengganu dan KL, ada juga dari Singapura. Hebat ukhuwah mereka ni. Aku terasa terapi diri bila dapat jumpa mereka semua dan sembang-sembang seperti zaman-zaman dahulu kala. Sekarang semua dah ada hidup masing-masing huhu jadi Alhamdulillah Allah bagi aku merasa peluang sebegini lagi... hehe


Lepastu aku plak dapat jemputan dari geng sehobi dari Hulu Langat awal bulan nanti. InsyaAllah aku pergi... harap sangat aku dapat pergi. Walaubagaimanapun, selamat pengantin baru kepada Mohd Arif dan Siti Fatihah atas keberkatan mendirikan masjid. Semoga hubungan ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah.



Dalam masa yang sama, kawan baik aku juga melangsungkan hari perkahwinan mereka ketika itu. Sebenarnya terasa sedih jugak sebab tak dapat pergi. Sebab aku antara orang yang terawal menerima perkhabaran suci itu sebelum diberi tanggungjawab untuk menyebarkan kepada rakan-rakan sekelas yang lain. Tup tap aku takde pun kat majlis tu. Diaorang tanya tetiba terasa terkilan... huhu Tahniah juga buat Hakim dan Fifah! Semoga hubungan suci mereka diberkati dan rahmat sepanjang masa. Kalau korang nak tahu mereka ni adalah coursemates aku, sorang junior sorang senior hehehe jadi jugak akhirnya mereka bersatu. Aku sangat gembira!

Tak perlu tanya aku kot bila aku nak kahwin... haha nanti dah ada jawapan baru lah korang nak tanya banyak mana pun takpe...

No comments: