Sunday, October 11, 2015

Pertandingan Kucing Cantik

بسم الله الرحمن الرحيم



Sementara tengah menganggur di rumah mestilah kena cari aktiviti yang berfaedah, tidaklah hanya membesarkan badan je haha Alkisahnya dapat jemputan dari penganjur untuk jadi sukarelawan membantu supaya majlis berjalan dengan lancar. Sebenarnya agak teruja dapat jadi AJK dalam event ni sebab nak dapat pengalaman tu camne... Tapi aku bukan lah AJK secara rasmi yang sama-sama mengelolakan progam ini tapi hanya muncul ketika 'event' ini berlangsung je hehe

Antara tugas yang diberikan kepada aku dan geng sehobi yang lain :

- Bahagian pendaftaran
- Mengawal laluan dan kemasukan pengunjung di kawasan pertandingan
- Memastikan keselesaan dan kemudahan sangkar kucing




Orang tanya kenapa tak masukkan Kiara & Kovu dalam pertandingan ni? Aku sebenarnya belum bersedia nak masuk apa-apa pertandingan, banyak lagi aku tak buat persedian menuju ke arah itu. Vaksin pun belum lagi sebab Kiara dah besar pastu sedang bunting. Kovu plak ditentang oleh keluargaku untuk mengkasinya. Kiara ni penakut sejak aku dapat dia. Aku nak latih dia supaya jangan jadi penakut. Tak tahu lah ianya mustahil atau tidak. Bunyi benda terjatuh ke terlanggar ke dah sentap. Memang tak layak nak pergi ke kawasan pertandingan haha biarlah dia melepak kat rumah jeeee


Antara syarat sebelum memasuki pertandingan ini, peserta perlu mendaftar dengan sertakan resit pembelian produk PowerCat. Pandangan aku, ini adalah salah satu strategi penganjur untuk beri kepada pihak tajaan kelebihan. Di samping itu, orang ramai kenal akan produk ini. Alhamdulillah peserta melebihi 30 orang, ramai gak sebenarnya tu... Sebelum kucing peserta dibenarkan masuk bertanding, perlu melalui satu saringan daripada veterinar. Dia akan periksa secara kasar fizikal kucing seperti kebersihan, kutu, mulut dan sebagainya. Dan sudah semestinya kucing perlu divaksin terlebih dahulu.



Atas tu gambar Kuntum. Kuntum ni pernah mengawan dengan Kovu dan aku harap menjadi lah hehe Ada 2 kawan sehobi masuk dalam pertandingan ni iaitu Kuntum & Arjuna kepunyaan Sufi, dan Marcos kepunyaan Fadhil. Sebenarnya ada lagi sorang Mel-mel kepunyaan Hafiz tapi terpaksa tarik diri sebab kucing dia cirit birit, sedih sebab dia tak dapat join... Aku tengok si Sufi mendandan kucing-kucing sebelum masuk bertanding seperti bapa dan anak-anak hahaha orang yang ada 'passion' je boleh tahan buat camtu. Dalam pertandingan ini ada 2 orang juri sahaja yang akan menghakimi kriteria setiap kucing di atas pentas. Sepanjang progam ini tak rasa jemu sebab telatah pengacara majlis memang menghiburkan huhu



Alhamdulillah, ada jugak geng yang menang. Kuntum menang dalam kategori 'Kucing Betina Domestik Berbulu Panjang'. Best tengok kalau member menang ni hehe dan kami sebagai sukarelawan pun dapat lah sikit cenderamata dari penganjur. Banyak kot!




Aku tak cerita pun pasal PowerCat ni ek? haha ok entri akan datang aku akan ceritakan sedikit tentang produk anak syarikat ADABI ni iaitu POWERCAT :-)

No comments: