Tuesday, October 27, 2015

Hak Asasi Haiwan

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini berkenaan persatuan luar negara, pernah post benda ni :
  1. Animals Are Not Ours to Eat!
  2. Animals Are Not Ours to Wear!
  3. Animals Are Not Ours to Experiment On!
  4. Animals Are Not Ours to Use for Entertainment!
  5. Animals Are Not Ours to Abuse in Any Way!


Pernah tengok atau terbaca benda-benda macamni?  Inilah kita gelar golongan orang yang taksub! Dalam dunia kita harus berpada-pada dalam sesuatu hal. Kita sayang haiwan sampaikan kita tak boleh makan mereka. Jadi, adil kah golongan ini yang menggelar mereka pencinta haiwan tapi pembenci alam sekitar? Sebab golongan ini makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Tak adil lah kalau awak bersikap begitu. Kalau kita sayangkan alam sekitar, mana boleh makan sayur, mana boleh guna kertas, mana boleh itu ini dan blabla -.-' ok kita cari jawapan dalam al-Quran :

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu. 

(Al-Mu'minuun 23:21)

Terbukti kan? Haiwan itu memberi manfaat bagi manusia untuk sumber hidup. Jadi, makanlah apa pemberian Allah ini, yang halal. Jangan lari dari al-Quran dan Sunnah ye... Orang Islam tak patut menyokong hak asasi haiwan disamakan dengan hak asasi manusia. Ini yang mereke perjuangkan. Hati-hati dengan pemikiran sebegini kerana ianya sama seperti kita menolak al-Quran. 

Jadilah seorang manusia yang sayangkan haiwan tetapi bukan merendahkan darjat manusia atau merendahkan darjat haiwan itu. Darjat dah sedia ada diberitahu oleh Allah dalam al-Quran dimana manusia boleh buat apa sahaja pada haiwan untuk makan, minum, pakaian dan sebagainya tetapi bukan untuk didera.

Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya? Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.

(Al-An'aam 6:119)


1 comment:

theIzuddin said...

Animal Welfare vs Animal Right