Sunday, September 6, 2015

Pets Jambori Day

بسم الله الرحمن الرحيم



Aku sangat teruja apabila Arep Ahmad membuat keputusan untuk pergi ke Pets Jambori Day walaupun tak ramai geng dari Johor nak turut serta. Kami merancang nak pergi ke sana hanya menggunakan kenderaan awam je. Alhamdulillah nak pergi ke Gombak Horse Riding Club(GHRC) tu mudah, dari LRT Gombak pastu boleh naik bas. Sungguh berbaloi dan jimat! Sebenarnya aku terasa teruja nak pergi sebab dah lama
tak jumpa geng sehobi. Dulu selalu lepak kat Shah Alam bila ada 'event' haiwan. Sekarang dah susah dah sebab masing-masing dah jauh. Hanya mereka yang berhampiran je la selalu buat perjumpaan.





GHRC ni pun tempat dah makin banyak fungsi. Kalau dulu ia hanya tempat menunggang kuda, tapi sekarang dah ada kafe. Antara yang ada di 'event' tu ialah pameran haiwan, pertandingan burung Cockatiel, gerai jualan, menunggang kuda dan kafe. Pameran haiwan dibahagikan setiap unit, ada unit ular, unit burung, unit mamalia kecil, unit musang dan sebagainya.










Apa yang best bila pergi ke 'event' besaran seperti ini adalah kita dapat bersua muka dengan rakan-rakan dan otai haiwan yang sebelum ini hanya kenal di dalam Facebook sahaja. Contoh, kalau dalam Facebook kita tengok dia ni macam berlagak sombong je, bila jumpa ehhhh mesra plak... hehe so baru kenal kan...

Antara benda baru yang aku dapat masa progam ini ialah melihat bagaimana pertandingan Cockatile dilakukan. Sebelum ni nak pergi ke mana-mana pertandingan mesti terlepas... Kalau korang tanya aku pasal burung memang minta maaf sebab aku tak banyak buat pembacaan tentang burung lagi-lagi berkenaan mutasi burung... Tapi yang dapat gelaran 'Best of The Best In Show' memang layak!





Oh ye, kat sana pun ada jualan baju tema. Memang bagus orang yang nampak peluang mencari rezeki ni hehe jualan baju pun habis kot...



No comments: