Wednesday, September 30, 2015

Muezz Dalam Dunia Hedgehog


 بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini aku akan satukan semua cerita tentang Hedgehog aku dalam satu entri sebab entri lama tak mendatangkan manfaat sebagai penulis blog haha Kalau baca balik entri dulu, hmmm kelakar sangat!

Sebenarnya dah lama aku minat pada Hedgehog. Kebanyakkan ibubapa tak benarkan anak mereka membela haiwan peliharaan sewaktu muda lebih-lebih lagi haiwan eksotik. Disebabkan minat yang mendalam, aku selalu buat kajian membaca dalam internet tentang Hedgehog. Lepastu aku akan tunjuk pada ibubapa aku pasal semua itu hehehe

Aku mula berjinak dengan mudah.my disebabkan untuk membeli haiwan peliharaan. Selagi tak jumpa yang murah dan sesuai, akan buka laman sesawang itu setiap hari hehe Maka dengan izin Allah pada 3/7/2009 aku 'deal' dengan mamat India untuk beli sepasang Hedgehog Salt & Pepper.

Pada 5/7/2009 Alhamdulillah 'cash on delivery' Hedgehog berjalan lancar dibantu
sepupu aku. Masa tu aku tingkatan 5, memang minta tolong orang lain lah untuk ambil Hedgehog tu huhu Semua 'excited' apabila melihat aku bawa balik Hedgehog. Yelah landak mini yang tak pernah didengar oleh orang biasa, plak tu jinak dan comelll. Karakter yang paling disukai ialah dia boleh membentuk jadi bola.



Aku beli sepasang. Lalo untuk jantan dan Lola untuk betina. Tak lama lepastu, pada 25/7/2009 Lola selamat melahirkan anak 4 ekor. Sewaktu itu, aku memang terasa terkejut, panik dan terharu sebab tidak ku sangka selama ini ada anak dalam perut Lola. Panik sebab tak pernah mengalami situasi ini dan aku terus telefon mamat India tu untuk langkah yang seterusnya. Terharu plak sebab inilah kali pertama aku membela haiwan sampai beranak huhu














Setelah anak-anak Hedgehog berumur dua minggu, duri keras sudah mula tumbuh. Hanya tinggal dua ekor sahaja anak yang berjaya hidup sehingga membesar dengan gahnya! Kesilapan ketika itu, aku sentuh anak Lola yang baru lahir. Aku pegang anak dia sebab hoglets(anak hedgheog) terjatuh dari sangkar huhu lepas buat pembacaan di internet baru tahu tak boleh sentuh 'hoglets' dengan tangan kita huuuuu Selepas berumur enam minggu, aku bagi anak-anak Hedgehog pada kawan-kawan aku. Beruntung lah pada ketika itu aku bagi mereka merasa pengalaman menjaga haiwan eksotik ini hehe

Satu peristiwa yang buat aku rasa kesal ketika membela Hedgehog adalah 'hoglets' hilang sewaktu umur 5 minggu. Puas aku dan keluarga cari keliling rumah tapi hampa. Macam-macam aku fikir apa lah yang akan terjadi pada mereka tu hmmm Kesilapan aku jugak sebab tidak tukar sangkar. Anak Hedgehog tu memang muat nak memboloskan diri dari sangkar kalau dia memaksa badan dia. Biasalah waktu muda camtu memang aktif nak kesana sini. Setelah seminggu baru jumpa woiii. Alhamdulillah tidak terkata. Aku jumpa dalam stor padahal sebelum ini dah cari kat situ. Umur 5 minggu ni dia masih menyusu dah Alhamdulillah dia masih hidup. Allah bantu dia untuk 'survive' hehe

Celah mop dia tidur

Sesi mengenal bau tuan kembali

Alhamdulillah mereka masih ingat bau masing-masing


Bawah ni plak video 'hoglet' berumur dua bulan.


Apabila umur anak Lola iaitu Geela & Veela matang, aku mula memberi hadiah padan rakan-rakan ku yang terpilih. Dan tetiba ada permintaan dari tuan Veela nak mengawankan dengan bapanya sendiri iaitu Lalo. Ini juga salah satu kesilapan aku sebab kaedah mengawan dalam keluarga walaupun haiwan memang tak elok, sebab nanti bakal anak akan dapat macam-macam masalah. 

Lagi sekali Lola beranak pada 15/1/2010 setelah empat bulan menyepi. Itupun sebab anak-anak dah besar dan pergi menjalankan hidup dengan tuan baru memasing haha dan aku tak banyak kacau 'hoglets' sebab nak biar kesemua tiga 'hoglets' hidup hehe



Masa 'hoglets' ni baru keluar, dah ada rakan Facebook tempah untuk dibeli hehe tak menyabar... Sangkaan aku antara tiga ekor ni adalah albino tapi tak dapat jugakkkk. Semua tetap Salt & Pepper.

Kalau korang nak tahu betapa produktifnya zaman Hedgehog aku dulu, boleh pergi entri Salasilah Keluarga Lalola. Ringkas dan lengkap aku cerita dari generasi pertama sampai habis haha

Pernah tengok cara orang malas mandikan Hedgehog? haha tengoklah video bawah ni. Tengok aksi Lalo membolakan diri takut dengan air heheee

k

12 comments:

Hilmi Hakim said...

SALAM BRO. nak tanya sikit. berapa lama kena tunggu nak kahwinkan betina hedgehog lepas dy beranak?

muezz@blaz said...

Hilmi, kalau boleh 3 bulan ke atas. 2 bulan kebiasaannya baru berpisah dengan anak.

Anonymous said...

Nk tnya ni..bli kt mne..brape harga tu..berminat pula..

Anonymous said...

jual tak bro?

muezz@blaz said...

Sekarang dah tak jual. Dulu memang susah nak jumpa Hedgehog di pasaran. Sekarang senang jeee... Dekat kedai petshop kebanyakkan akan jual. Ataupun boleh pergi website mudah.my untuk cari seller.

Unknown said...

Salam nak tanya.. hedgehog umur berapa dh bleh mngawan?? Sbb sy pnya 2 ekor dh 6 blan msih x dpt ank.. mcm mna cara nk bagi dia mmbiak?

Anonymous said...

Sama let teringin nak bela tapi takut mak ayah x bagi huhuhu

muezz@blaz said...

Tips untuk pembiakkan Hedgehog boleh rujuk website ini
http://tipshaiwan.blogspot.my/2009/08/cara-pembiakkan-hedgehog.html

Muhd Nizam said...

Salam nk tanya harga sekor mencecah brape ringgit?
Paling murah berapa?

muezz@blaz said...

Nizam, Hedgehog paling murah RM120 kat kedai.

Hakim Karim said...

Nak tanya bro, kalau da baru lahir tu nk kena asing si jantan or biarkn ja??

muezz@blaz said...

Hakim, kena asingkan si bapa tu.