Friday, August 28, 2015

#bujangvacation #ktkk (Bahagian 2 - Krabi)

بسم الله الرحمن الرحيم



Tiba lah masa untuk kami pergi ke Krabi. Usha tiket bas dari Bangkok nak ke Krabi dapatlah 800 baht. Mahal kan? Sebenarnya korang boleh cari lebih murah dari ini. Tapi 800 baht ni pada aku berbaloi sebab layanan perkhidmatan dia memang terbaik! Mereka akan beri roti, air kotak dan air mineral sebelum bas bertolak. Lepastu mereka sediakan selimut untuk kita rasa hangat sebab dalam bas kan sejuk gilerrr.... haha Perjalanan dari Bangkok ke Krabi makan masa 12 jam taw hehehe memang penat bontot dan kaki aku dalam tu... oh ye, pakej 800 baht ni siap dengan buffet... sedap weyh tapi tak dapat makan banyak-banyak, sebab masatu pergi tandas lama sangat huhu sedihhhh masa time aku, buffet dia Bubur Nasi Thai sebab waktu kami makan
adalah pepagi buta.... kalau makan malam atau pagi, menu dia pun untuk breakfast and dinner lah... hehe



 Sampai je Krabi, pergilah naik teksi untuk pergi ke Aonang untuk menginap. Bandar Krabi takda pape, terus pergi ke Aonang sebab kat situ ada pantai cantik. Macam biasa kami terjah je Aonang tu sambil membawa beg yang berat tu dan cari tempat menginap yang murah dan selesa. Penat weyh mencari sambil bawa beg berat ni. Pastu terjumpa gerai pulut ayam. Ya Allah tak dapat aku nak rungkaikan betapa sedap dan nikmatnya pulut ayam itu! Harga 40 baht sahaja lengkap dengan pulut, ayam berempah dan bawang goreng sedap!!!! Tapi sayang gambar takde woiiii 

Lepas dapat penginapan, satu malam 150 baht seorang style dorm lengkap dengan penghawa dingin dan kipas, kami pun pergi cari pakej pulau nego sampai jadi >.<


Kami dapat pakej Pulau Phi Phi 1300 baht manakala pakej Tunggang Gajah + ATV ialah 1000 baht. Mahal sebenarnya kawan-kawan untuk pakej Gajah dan ATV tu sebab kalau pergi sendiri tak pakai pakej boleh dapat murahhhh lagiiii.... Kitaorang memang pergi Krabi ni main terjah je... hehehe

Sedih jugak sebenarnya kitaorang tak dapat pergi ke Emerald Pool. Ye lah orang cakap tempat wajib dilawati bila dah sampai ke Krabi kan... bukan tak pergi tapi belum ada rezeki nak ke sana... haha Cerita dia camni... kitaorang bersemangat sewa motor untuk pergi ke Emerald Pool tu, dengan redah hujan bagai, tayar bocor lagi haha.. Jarak antara Aonang ke Emerlad Pool adalah 70km. Kalau naik motor skuter dan takde helmet agak-agak camne perasaan dia? haha adalah dalam suku perjalanan dapat tahu Emerald Pool tutup dah sebab dah petang. Semua berhenti pakat bincang-bincang nak teruskan je sebab ada je lagi tempat menarik selain Emerald Pool tu. Boleh pergi ke Tiger Temple Cave ataupun kolam air panas... hehe dalam perjalanan tayar motor bocor weyh kahkahkah sementara tunggu motor repair, kitaorang pekena Laksa Thai... alhamdulillah ada hikmah tayar bocor. Aku tak pernah lagi jumpa laksa ni selama aku kat Thailand... hehe


Dah aku malas nak sambung cerita atas tu haha kami sampai ke tempat penginapan balik waktu malam... Esoknya tiba lah masanya aktiviti kemuncak di Krabi iaitu Phi Phi Island! Semua berjalan dengan lancar sampai lah hujan turun dengan lebatnya. Masa tu terasa gak la sedih sebab aktiviti ni kalau hujan tak rasalah bestnya... tapi kitaorang terima je sebab itu ketentuan Allah... bukan tak best langsung pun... best je... hehe 






Banyak gambar sebenarnya tapi untuk simpanan sahaja lah yee... haha tulah kalau reti tutup aurat boleh la share kan... haha pertama kali pengalaman yang aku rasa seronok kat Phi Phi Island ni ialah dapat bersnorkeling di tengah laut... perhhh dah la tak reti berenang! Member aku paksa jugak aku turun.. yelahhh dah bayar takkan taknak rasa kan? So, sepanjang snorkeling, mereka pun cover aku supaya aku ni tak gelabah walaupun ada life jacket hahaha terima kasih kawan-kawan!

Keesokkan harinya, aktiviti menunggang gajah dan ATV. Orang cakap tak lengkap lah ke Thailand kalau tak naik gajah.... so memang sepakat mesti naik gajah punya! Layanan kat situ serius tip top!










Seronok weyh semua aktiviti kat Krabi nih. Ok la aku malas nak cerita pasal aktiviti lain haha sebab dah lama tak menulis, gaya dan skill menulis dah takdeeee...





No comments: