Thursday, September 10, 2015

Permulaan Kiara Dengan Pasangannya

 بسم الله الرحمن الرحيم



Kalau sebelum ni Kiara duduk dengan aku kat rumah headquarters CP Broga, ibubapa aku takde situ so semuanya berjalan lancar je lah bela Kiara nih. Tiba masanya aku balik ke rumah sebab praktikal dah habis. Semua terkejut sebab aku bawa balik kucing haha... Mulanya semua tak setuju, banyak je komplen sana sini. Makin lama dah ok dah... heeee

Apa yang aku perhatikan Kiara ni memang penakut lah. Tak tahu la mungkin sebab
kisah silam ataupun memang dia jenis penakut. Sedih sebenarnya dapat kucing penakut ni... huhu tak boleh barang terjatuh sikit terus terkejut. Kiara tahu aku akan marah bila dia keluar rumah, bila aku nampak dia keluar rumah, terus lari masuk rumah balik hahaha itu serius kelakar >.<


Tiba lah masanya Kiara biang/miang/on heat (aku tak tahu terms untuk bahasa melayu ahaha). Serius sangat menjengkelkan bila kucing betina kau 'on heat'. Dia akan mengiau sepanjang hari untuk memanggil Jantan. Nak suruh dia senyap, belai lah dia. Tapi ye lah mana boleh kita belai dia sepanjang masa kan... aduuhhh

Kasi urut, kasi sikat baru senyap

Aku pun berusaha lah mencari seekor Jantan yang boleh dijadikan menantu aku. Risik punya risik... Alhamdulillah jumpa seekor Jantan yang bercorak 'classic tabby'. Pastu aku usha kat satu kedai pets ni ada jual sangkar 3 tingkat RM199 harga promosi katanya. Terus beli sebab mana nak jumpa sangkar besar camtu harga RM200 kat sini.. huhu lain lah kedai Rimba Pets ni ada jual sangkar murah-murah. Tapi dia kat KL sana, aku kat Johor ni tak berbaloi nak pergi sana semata kan...

Ok tak sangkar besar tu dengan harga RM199?

Punyalah berhari aku fikir nak bagi nama apa kat kucing Jantan aku nih, ok lah akhirnya aku bagi nama Kovu. Kovu ni sampai je rumah terus pancut sana sini pastu bising giler! Memang aku risau masa tu sebab memang menggangu sekeliling kot... haishhh 1st impression memang dah buruk perangai Kovu nih hahaha tapi Kovu ni memang jinak dan manja terlampau! Kalau aku panggil dia, boleh datang pastu baring suruh urut perut dia... hehe Kalau Kiara jangan harap lah! Minah tu sombong dengan aku... hmmphh

Kovu minta gosok perut dia yang buncit tuh

Bila dah tanda kawasan, aku masukkan Kiara dalam sangkar Kovu. Aku pun biarkan lah mereka melakukan aktiviti semulajadi mereka selama 4 hari.  Bila lepaskan dari sangkar masih lagi mereka melakukan aktiviti semulajadi mereka. Alhamdulillah sebab itu normal dan tercapai aku nak satukan mereka hahaha


Gambar atas tu Kovu tengah nak mengurat Kiara. Kiara ni bajet-bajet je taknak padahal memanggil je kerjanya... haha hukum alam haiwan.

2 comments:

Wan Ahmad Izuddin said...

Kalau ko kerja jauh dari rumah nanti kena angkut sekali la ni. Hehe :)

muezz@blaz said...

haha memang nak bawak pun buat peneman hehe