Sunday, August 30, 2015

Sukarelawan Zoo Johor

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah dapat lagi turut serta progam sukarelawan zoo buat kali kedua tetapi kali ini di Zoo Johor. Dapat 'invitation' dari geng sehobi terus terima nak 'join' hehe Progam ini dianjurkan oleh Pertubuhan Sukarelawan Hidupan Zoo Dan Marin Johor(PSHZMJ) untuk meraikan kejayaan kerjasama di antara pihak Iskandar Regional Development Authority(IRDA) sebagai pembiaya dan Zoo Negeri Johor dalam menjayakan program pengayaan kandang Beruang Matahari. Aku dapat makluman seramai 150 yang menjadi sukarelawan.... fuhhh ramai jugak padahal Zoo Johor tak besar mana pun.



Progam macamni nak beri taklimat sebelum hari kejadian memang sukar. Sekarang ni
zaman whatsapp, jadi terus buat group whatsapp khas untuk progam ini. Hasil perbincangan tiap sorang akan beli baju rasmi progam dan akan disediakan sarapan dan makan tengahari. Aku tabik pada penganjur berjaya membuat progam ini. Sebab... ye la tahu-tahu je lah umat manusia kita ni nak turut serta dalam sesuatu progam mesti nak habuan walaupun 'join' atas dasar sukarelawan. Aku rasa syukur sebab sekurang-kurangnya pihak mereka beri makanan percuma, itu sudah memadai.

Selepas pendaftaran, kami dibahagi kumpulan mengikut kandang haiwan. Pada mulanya, kami dapat kandang harimau, tapiiiiiiiiiii pihak zoo memaklumkan bahawa semalam dah ada sukarelawan yang bersihkan kandang rimau tuuuu... maka kecewa sedikit di dalam hati ini huhu Tahu dapat kandang apa? Dapat kandang lembuuuuuuuuu haha aku terus gelak dalam hati... kenapa lembu? hmmm geng aku yang lain semua gelakkan aku sebab dia tahu aku dah biasa dengan lembu ni... huhu



Lepas selesai pembersihan kandang lembu, boleh lah pergi jalan-jalan satu zoo sebab ada lagi kumpulan belum selesai. Lepas semua selesai dan VIP pun dah sampai, maka kami semua berkumpul di kandang beruang matahari. Ini lah acara kemuncak nya.


Sebelum tu sempat lagi minta jasa baik penjaga zoo untuk benarkan kami beberapa orang masuk ke kandang Tapir untuk bergambar dengan lebih dekat... hehe best kot!



Semasa bergotong-royong, sempat jugak lah berbual dengan penjaga zoo tu. Sebenarnya banyak masalah dan cabaran bila menubuhkan zoo di Malaysia ni. Paling penting ialah dana. Tidak dinafikan kesungguhan, semangat dan keghairahan terhadapa haiwan hidupan liar. Objektif utama pun memulihara dan memelihara haiwan liar kan... tapi benda itu takkan berjaya jika tanpa dana. Lagi-lagi bila ada masuk campur tangan orang yang tidak ada 'passion' terhadapa zoo ni. Kerajaan kita pun tidak memperuntukkan khas untuk zoo. Sedih aku bila tahu benda semua ni. Lebih baik tak payah buka zoo kalau camtu... konon nak tarik pelancong luar... hmmmm

Kbai...

No comments: