Thursday, August 27, 2015

Keburukan Memberi Makan Kepada Haiwan Liar

بسم الله الرحمن الرحيم



Topik ini sangat bagus untuk dibincangkan dan memberi kesedaran serta ilmu untuk semua lapisan masyarakat. Tentu ramai menyangka memberi makanan kepada haiwan liar adalah salah satu cara untuk mengekalkan populasi mereka ataupun lebih senang orang cakap haiwan liar itu akan dapat hidup lebih lama lagi. Sebab dia dapat makanan ketika ia lapar. Sangkaan itu sebenarnya adalah salah. Aku akan cuba berikan sebab mengapa ia tidak digalakkan.

Makanan Manusia Tidak Sesuai Untuk Haiwan Liar
Kandungan nutrisi dalam makanan yang manusia makan tidak sama dengan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh haiwan liar. Perut mereka tidak diciptakan untuk makan makanan apa yang manusia makan terutama makanan yang diproses seperti roti, aiskrim, coklat  dan sebagainya. Kesan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan pada mereka. Sistem pencernaan mereka bersesuaian dari pelbagai jenis makanan yang tersedia di habitat mereka.

Haiwan Akan Hilang Sifat Semulajadi Takut Pada Manusia
Tentu ramai cakap, baguslah kalau haiwan tu tak takut pada manusia (jinak) maka bolehlah manusia mendekati mereka dan bermain dengan haiwan liar. Kita ambil situasi paling dekat dengan kita, monyet. Apabila monyet selalu diberi makanan maka ia akan berharap makanan akan datang setiap hari(sebab dia diberi makan oleh manusia yang lalu lalang setiap hari). Kebetulan, satu hari tu makanan yang diberi tidak memuaskan, tidak cukup kerana orang yang lalu lalang situ berkurangan. Monyet akan cuba pergi ke rumah orang dan cuba mengambil makanan manusia. Jika manusia tu menjerit atau marah, kemungkinan besar monyet tu boleh bertindak ganas sebab dia dah anggap manusia tu bukan perlu ditakutkan. 

Berlebihan Populasi
Situasi ini boleh berlaku pada monyet. Apabila monyet berlebihan makanan, maka ia boleh beranak pinak dan menghasilkan lagi ramai keluarga dan kumpulan. Apabila berlebihan populasi menyebabkan sumber makanan di hutan cepat habis dan berlaku persaingan yang kuat. Apabila makanan tidak cukup, mereka boleh datang ke kawasan manusia untuk cari makan. 

Penyebaran Penyakit
Makanan yang diberi oleh manusia pada haiwan liar tidak semuanya baik. Kadang ada bahan kimia yang tidak sesuai dengan sistem pencernaan haiwan yang boleh membuatkan sistem badan berubah. Imunisasi menjadi lemah, maka pelbagai penyakit boleh datang. Ataupun mungkin disebabkan makanan itu sendiri. Penyakit ini boleh merebak kepada haiwan lain dan kemungkinan pada haiwan ternakan atau haiwan peliharaan kita.

--------------------------

Faktor di atas ini adalah secara asas yang mampu aku terangkan. Walaubagaimanapun, tak kesemua faktor di atas saling berkaitan untuk satu spesis haiwan. Tetapi isu ini masih lagi menjadi perdebatan antara manusia. Mengapa? Kerana manusia punca haiwan liar kekurangan makan(habitat dimusnahkan) maka dia pergi mencari makanan sampai ke luar, dan dijumpai manusia di tepi jalan. Haiwan liar ini merasakan sumber makanan boleh didapati di tepi jalan kerana manusia menyediakan makan itu.

Sebenarnya, orang yang sayangkan alam sekitar tidak boleh salahkan industri pembinaan. Yang bersalah dalam hal ini adalah orang yang tamakkan harta dan mengabaikan alam sekitar. Pembinaan masih boleh dijalankan tetapi semua tu mesti berdasarkan standard yang diberi agar tidak mencemarkan alam sekitar dan habitat haiwan liar. Yang berlaku sekarang adalah orang yang meluluskan pembinaan di sesuatu tempat itu tanpa mengambil kira apa yang dipandukan.


No comments: